Isnin, 21 Mac 2016

Tips Kelihatan Kurus Walaupun Mengandung

Assalamualaikum...

Mimi nak share dengan kawan kawan tips yang Mimi baca dari facebook tadi. Bila baca dapat pula idea. Tapi perlu diingatkan setiap entry yang isinya kita dapat dari sumber lain perlu dikreditkan supaya empunya artikel tak kecil hati...

Tips kelihatan kurus walaupun mengandung

1) Elakkan memakai pakaian jenis kain yang licin kerana fabrik jenis licin menampakkan efek besar kepada si pemakai.

2) Elakkan memakai pakaian yang bercorak melintang. Ilusi corak melintang akan menampakkan pemakai kelihatan berisi dan besar. Seeloknya pakai pakaian bercorak menegak kerana memberi efek kurus.

3) Pilih pakaian yang bercorak bunga kecil supaya nampak kurus. Jika pilih pakaian bercorak bunga besar akan menampakkan badan besar.

4) Jangan memakai pakaian terlalu besar atau terlalu sendat. Jika memakai pakaian terlalu besar akan menampakkan badan kelihatan besar manakala jika memakai pakai sendat akan menampakkan bentuk badan,perut yang membulat dan segala lemak yang ada di badan. Seeloknya pakai pakaian yang sedang sedang sahaja besarnya.

5) Pakai baju yang labuh sehingga menutup punggung dan peha sekiranya memiliki peha yang besar .

6) Elakkan membeli pakaian yang jenis bercekak di pinggang sekiranya pinggang jenis banyak lemak. Seeloknya beli pakaian berpotongan lurus untuk menutup segala lemak di pinggang.

7) Memilih pakaian berona gelap contohnya hitam,coklat gelap,biru tua dan sebagainya. Jika memilih pakaian berona terang dan cerah akan menampakkan efek besar dan bentuk perut yang semakin ke depan. Perlu diingatkan perut kita yang semakin membesar itu perlu di tutup bentuknya kerana itu juga aurat bagi kaum ibu.

Sumber : Page Little DJE'S (FB)

Kesemua tips ni Mimi olah guna ayat sendiri ya tak tiru bulat bulat pun tapi tetap kredit pada empunya entry.

Semoga tips yang Mimi share ni berguna pada bakal dan kaum kaum ibu di luar sana dalam pemilihan baju "maternity". Macam Mimi sendiri tak pening kepala pun nak beli baju "maternity" sebab Mimi pakai jubah saja. Senang. Jenis material koshibo. Berat, sejuk dan tak melekat dan yang penting murah saja harga mampu milik bukan mampu tengok. Yang lagi best ramai tak perasan Mimi preggy walaupun ketika gambar nih di ambil kandungan dah berusia 6 bln. Mungkin efek warna jubah yang gelap dan faktor preggy kali ni perut kecil sikit daripada preggy sebelum ni.

Sila rujuk entry entry Mimi sebelum ni berkenaan dengan jubah ya. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan jubah yang Mimi maksudkan whatsapp Mimi laju laju di talian 0111-310 3011.


3 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.