Jumaat, 18 Mac 2016

RAYANI AIR - Indah Khabar dari Rupa?

Assalamualaikum....

Pertama sekali tujuan entry ni ditulis bukan nak dapatkan perhatian netizen untuk diviralkan. Nak reka reka cerita jauh sekali. Sebelum nak up entry ni banyak kali fikir kesan dan akibat yang bakal Mimi terima. Tapi setelah difikirkan demi kebaikan bersama dan atas persetujuan empunya diri, Mimi share kisah yang berlaku ke atas ex EO a.k.a one of my friend berkenaan servis Rayani Air. Apa yang berlaku pada dia dan anak anak mengundang rasa sedih dan marah.

Al kisahnya, kawan Mimi, Puan Fairus ingin bercuti ke Langkawi bersama dengan anak anak hari ini dengan menggunakan perkhidmatan Rayani Air. Bila dah janji dengan anak anak faham faham aje la rasa excited anak anak bila kehendak mereka ditunaikan. Namun sayang seribu kali sayang, janji seorang ibu tidak tertunai bukan kerana ibu itu mungkir janji tetapi kerana kekhilafan pihak lain.

Apa kau rasa bila kau dah tempah tiket dan dapat tahu flight korang retime schedule sampai 2x malah lebih dari itu? Maybe ada keyboard warrior akan cakap "Ala, mana mana penerbangan pun sama aje." Memang tak dinafikan ada syarikat penerbangan lain berlaku perkara yang sama. Tapi berapa kerap? Setakat situasi jarang jarang tu orang pejam mata dan maafkan. Tapi kalau dah acapkali? SIAPA MAMPU BERSABAR...


Rayani Air - Syarikat penerbangan yang patuh syariah. Katanya!!! Pramugari berpakaian sopan dan sejuk mata memandang. Tapi setakat pakaian pramugari yang patuh syariah tapi yang lain tak patuh syariah tak guna juga...Sanggup ke tanggung caci maki penumpang penumpang yang kecewa dengan perkhidmatan korang? Tak dinafikan ada yang puji melangit perkhidmatan Rayani Air bagus. Mimi juga pernah baca blog yang puji dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan. Memang tak dinafikan. Kelainan yang ditampilkan Rayani Air benar benar memikat hati. Tapiiiii...Berapa peratus yang puji mutu perkhidmatan Rayani Air bagus?Maybe 10%,20% or less then that. Majoriti komen yang Mimi baca di page Rayani Air meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan perkhidmatan yang diberikan Rayani Air.



Korang baca status kawan Mimi ni. Apa korang rasa bila tengok gambar diorang??Kesian wei...Masa terbuang kat airport macam tuh aje. Anak anak punyalah excited nak jalan jalan kat Langkawi sekali CANCEL...

Bukan nak tabur pasir di periuk nasi orang tapi ini hakikat. Korang boleh search page Rayani Air di facebook dan baca sendiri komen komen netizen. Kau rasa takkan ramai ramai nak tutup periuk nasi Rayani Air? Tepuk dada tanya hati!!

Guna kapal terbang berusia 20 tahun plus plus plus dan plus dan cuma hanya ada 2 buah saja kapal terbang. Then, kau tamak habis semua kau nak pulun!!! Kalau pulun semua tapi schedule penerbangan on time takpe la juga ni....Ni tak haghammmm....

PLEASE LAH RAYANI AIR!!! BETTER UPGRADE YOUR SERVICE FIRST.TAK PAYAH NAK PULUN SEMUA SAMPAI TAK TERKEJAR MASA. JANGAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN. 

Kalau tak mampu berikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan lebih baik tutup saja syarikat penerbangan tu daripada menanggung malu kemudian hari. Sepatutnya moto Rayani Air perlu selari dengan perkhidmatan yang diberikan. Bukan Indah Khabar dari Rupa!!


6 ulasan:

  1. Memang dah ramai yang tak puas hati dengan service mereka ni. Harap Rayani Air cepat2 ambil tindakan wajar untuk atasi masalah2 teknikal begini. Kesian orang nak bercuti, plan sikit punya baik,..tapi tersadai kat airport je.

    BalasPadam
  2. Kitaorg batu je cadang nak try guna prkhidmatan penerbgn ni nmpknya cance, la..tetap guna AA juga la mcm2 selalu

    BalasPadam
  3. memang sakit hati kalau dah lama sangat menunggu.

    BalasPadam
  4. Fila ada feedback negatif sepatutnya pihak syarikat cepat2 betulkan keadaan.

    BalasPadam
  5. sian anak2 kawan kak mimi...huhu..kawan MV pun kena haritu....depa awalkan pernerbangan 3 jam awal..tanpa maklumkan...indah khabar dari rupa...seteruk2 air asia tapi tak lah mcm ni..sorry to say

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.