Sabtu, 5 Mac 2016

Berpantang 44,60,100 atau 365 hari? Mana satu pilihan korang?

Assalamualaikum...

Bila sebut bab berpantang semua orang akan tahu kan...Pantang lepas bersalin merupakan amalan ibu ibu yang telah diamalkan sekian lama. Mimi sendiri tak lari dari berpantang. Mana mana ibu ibu yang ketika mengandung berat naik mendadak time berpantang ni lah merupakan "tiket" untuk kembalikan bentuk badan yang asal dan jadi slim melim gitu.

Walaupun masih ada lagi yang mengamalkan amalan berpantang ni ada juga yang tak amalkan. Katanya mengarut dan tak relevan. Siap compare dengan cara orang orang bukan melayu dan barat. Hari ni bersalin esok dah boleh berjimba ke sana sini. Time muda ni tak rasa la dik non sengal sana sini bila umur meningkat baru tahu.

Macam Mimi sendiri memang amalkan berpantang hingga 100 hari...Badan segar, rasa ringan, sihat dan paling penting berat badan turun. Buat bakal bakal ibu jom semak amalan berpantang yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita.

Pantang 44 hari

Tak dinafikan ramai yang masih amalkan pantang 44 hari sebab paling takut dengan masalah bentan. Silap percaturan memang akan kena. Bentan ialah badan kita akan sakit dan lesu dan demam berpanjangan. Ada juga yang sampai mengigil satu badan. Bila berpantang 44 hari kita perlu ambil tahu apa yang kita patut amalkan seperti :-

♡elakkan makan makanan berangin dan gatal
♡perlu pakai stoking dan elakkan dari kesejukan
♡elak minum air yang banyak pada satu satu masa - petua daripada nenek Mimi minum air pada kuantiti yang sedikit tapi kerap untuk elak sembelit.
♡rambut diikat tinggi supaya angin tak masuk.
♡makan jamu (sekiranya baby tiada masalah) dan bahan bahan masa berpantang yang lain seperti pilis.
♡elakkan bersama dengan suami
♡tak boleh banyak gerak dan perlu berbengkung
♡tak boleh angkat benda berat atau keluar rumah (kecuali pergi klinik untuk check up baby sebulan atau masalah jaundis jika ada)
♡mandi air rebusan daun 7 jenis
♡berurut,bertungku dan bertangas

Pantang 60 hari

Teruskan amalan pantang 44 hari seperti:-

♡tidak bersama dengan suami walaupun telah suci dari nifas
♡tak buat kerja berat sebab rahim masih lemah
♡elakkan makanan berangin
♡tak boleh mandi air sejuk kerana badan perlu hangat untuk lancarkan aliran darah

Pantang 100 hari

Amalan yang dilakukan ialah :-

♡elakkan ambil sebarang ubat  atau jamu jika menyusukan anak secara eksklusif
♡tidak bersama dengan suami(takde halangan kalau pasangan nak langgar pantang ni)
♡elakkan makanan berangin dan sejuk seperti laksa dan pulut. Ada yang kata laksa boleh makan tapi jangan bubuh bunga kantan. Pulut memang tak boleh makan..(kalau Mimi memang tak sentuh dua dua ni..Takut dan serik)

Pantang 365 hari

Pantang 355 hari ni jarang jarang dilakukan tapi atas faktor faktor tertentu mungkin amalan ni masih diamalkan iaitu tak makan benda sejuk dan berangin. Macam Mimi dulu minuman berais memang tak sentuh. Minum air suam aje.

Pantang anak ketiga ni Mimi berpantang sendiri. Suami yang akan bantu. Amalan amalan berpantang insya Allah akan diamalkan. Sekarang nih sibuk listkan barang keperluan berpantang..Masa pantang kedua dulu memang pantang betul betul sampai berat jadi 55kg. Ada antara amalan pantang yang nenek Mimi ajar untuk turunkan berat badan dan badan akan rasa ringan dan segar iaitu minum air akar kayu dan bertangas guna serbuk teh..Nanti Mimi share amalan bertangas tuh pada next entry.


Sumber : Pa & Ma dan sendiri

4 ulasan:

  1. MV pantang 60 hari...tapi bab makan...pantang smpi lah anak tak bF

    BalasPadam
  2. kak.. kenapa ada kata pantang 40 hari je?? sbb ada sesetangah negeri 40hari je
    mcm jijah mak2 mmg suh 44hari..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.