10 Barangan Yang Mimi Nak Sangat Beli dari Lazada Sempena 4th Birthday Lazada

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Mimi masih lagi berpeluang nak join contest yang dianjurkan Lazada sempena ulang tahunnya yang ke 4 dan ini pertama kali Mimi join contest yang dianjurkan Lazada.


Siapa yang tak kenal dengan web shopping online yang menjadi sebutan masa kini iaitu Lazada. Diam tak diam sudah 4 tahun Lazada bertapak di dunia shopping online para pembeli online. Semua keperluan yang kita perlukan ada di Lazada seperti barang hiasan rumah, kesihatan dan kecantikan, gajet, barangan keperluan bayi dan kanak-kanak, kamera, pakaian,kasut dan beg, barangan keperluan dapur serta pelbagai lagi yang boleh kita dapat di Lazada. Pendek kata apa kau nak semua ada di Lazada..Cuma dengan beberapa langkah mudah barangan yang ingin dimiliki akan sampai depan pintu korang. Best tak best tak?


Sempena ulang tahunnya yang ke 4 Lazada berkolaborasi dengan beberapa partner nya menganjurkan contest untuk para blogger. Para blogger dialu alukan join contest yang dianjurkan. Mudah saja cuma ikut beberapa langkah seperti gambar di bawah. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Siapa tahu tuah masing masing berpeluang menang salah satu hadiah yang ditawarkan.


Dalam contest ni kena senaraikan 10 barangan yang kita nak beli dari Lazada sempena ulang tahunnya yang ke 4. Tapi kenapa mesti 10 saja bukannya 20,30 atau 100..Wei, Mimi nih memang pembeli online tegar tau. Nak nak diberi peluang macam ni takkan 10 saja kot mana cukup. Rambang mata dibuatnya. Semua benda yang ada kat Lazada tu Mimi nak...Nampak tak kerakusan di situ.

Disebabkan hanya diberi peluang pilih 10 barangan yang hendak dibeli di Lazada, jadi Mimi senaraikan 10 barangan yang memang Mimi nak sangat okey!!!



Harga asal : RM 399.00
Diskaun : 60%
Harga promosi : RM 159.00

Ni bukan kemahuan tapi keperluan. Mimi rasa setiap rumah perlu ada mesin jahit mini ni. Mudahkan kerja nak jahit baju atau seluar terkoyak. Kadang kadang kelam kabut cari benang dan jarum tak jumpa jumpa bila kita perlukan. Jadi, bila ada mesin ni senangkan kerja kita betul tak? Letak setempat. Tak payah melilau sana sini cari benang dan jarum. Yang penting mesin jahit ni ada warna pink okey..I loike!!

♡ User friendly operation
♡ Efficient design
♡ Get the job done fast and proper



Harga asal : RM 399.00
Diskaun : 55%
Harga promosi : RM 134.00

Hah ni lagi satu barang keperluan. Perlu ada dalam rumah. Sebelum kat rumah Mimi ada vakum tapi apakan daya vakum ku sudah rosak angkara encik suami. Kasar sangat dia. Lagipun leceh juga vakum lama tu sebab selirat dengan wayar dan berat nak usung sana sini. Jadi, Deerma Handheld Mini Vacuum menjadi pilihan hati kerana design dia yang menarik dan nampak mudah untuk dikendalikan dan digunakan.

♡ Clean dust quietly quiet
♡ Crevice nozzle reaches corners
♡ Upright vacuum converts into a hand vacuum
♡ Easy to use
♡ Cyclone vacuum system
♡ 600w



Harga asal : RM 2,699.00
Diskaun : 15%
Harga promosi : RM 2,299.00

Dulu handphone bukan satu keperluan tetapi satu kehendak. Tapi masa sekarang bukan jadi satu kehendak tetapi sebaliknya. Kenapa Mimi pilih Samsung Galaxy Note 5? Sebab dah lama aim smartphone nih wei. Lagipun nak menggantikan Note 2 ku yang sudah usang. Skrin telefon retak seribu. Nak repair alahai skrin aje kot tapi upahnya mahal ya amat. Baik beli handphone baru. Selain daripada itu, Note 5 ni memang sesuai sangat untuk blogger macam Mimi miliki. Mudah nak update entry dalam blog. Memang tak sabar nak miliki Note 5 ni lebih lebih lagi warnanya Pink Gold...HEHEHE..My favourite colour weii..

♡ Exclusive design
♡ 5.7" screen
♡ 4GB RAM /32GB internal
♡ 16MP Rear Camera/ 5MP Front Camera
♡ Android 5.1 (Lollipop)




Harga asal : RM 299.00
Diskaun : 79%
Harga diskaun : RM 63.00

Orang yang minat buat kek, roti dan biskut elok sangatlah beli ni. Dekat rumah Mimi dah ada satu tapi nak juga beli lagi satu untuk mudahkan kerja membaking. Sebab apa? Sebab lepas ni Mimi nak mula tumpu pada pembuatan kek. Pendek kata nak berniaga jual kek lah untuk tambah pendapatan. Bila ada dua senang nak baking lebih dari satu kan. Mudah kerja.

♡ Compact yet efficient 200w high power
♡ Super easy and effective in egg/flour whisking,beating and mixing.
♡ Eject button fix detachable beaters/hooks for easy cleaning
♡ Detachable stainless steel bowl
♡ Comfortable ergonomic handle




Harga asal : RM 299.00
Diskaun : 67%
Harga promosi : RM 99.00

Hahhh sesiapa ada baby dekat rumah elok sangatlah beli ni untuk kegunaan korang. Mimi nak sangat food processor ni sebab senang dan mudah nak sediakan makanan untuk baby yang bakal lahir nanti. Nak sediakan puri untuk baby pun jadi mudah. Jimat masa kita sebagai surirumah yang kena hadap buat kerja lain kan.

♡ 200w
♡ Single speed blender
♡ Dishwasher friendly
♡ 20 pieces set


Harga asal : RM 1,699.00
Diskaun : 24%
Harga promosi : RM 1,289.00

Kamera Casio ni memang dah lama jadi idaman Mimi tapi sampai sekarang tak juga dapat beli..huhuhu...Salah satu sebab nak sangat kamera ni kerana mudah dibawa ke sana ke mari, bentuknya kecil dan yang penting tema Pink okey. Memang dah lama mengidam kamera ni. Nak nak sebagai partimer blogger kamera amat penting untuk membantu snap gambar gambar yang cantik untuk dikongsikan dengan pembaca blog kan. Lagi satu kan kepada mereka yang kaki selfie, kamera ni memang sesuaiiii sangat dengan korang tau.

♡ High quality image capture
♡ First Let Me Take a Selfie
♡ Make up plus
♡ Easy Sharing



Harga asal : RM 73.00
Diskaun : 81%
Harga promosi : RM 14.00

Part jam memang rambang mata di buatnya. Semua cantik cantik tapi tak tahu la kenapa jam ni juga jadi pilihan. Pink memang tak lari dari jadi pilihan la kan. Sekarang ni Mimi memang suka nak kumpul jam. Boleh tukar tukar jam ikut kesesuaian tempat dan majlis. Betul tak?

♡ Classic look
♡ Designed with metal case & faux leather band



Harga asal : RM 40.00
Diskaun : 50%
Harga promosi : RM 19.99

Kalau beli jam untuk diri sendiri boleh takkan jam untuk encik suami tak boleh kan. Walaupun jam ni murah tapi design jam ni buat Mimi tertarik. Memang sesuai sangat la namanya dengan kerjaya encik suami Mimi. Dia jenis yang lasak so, memang sesuai sangat dengan dia ni. Bila pakai confirm nampak lagi macho..hahahaha....Sengal betul.

♡ LED sports watch designed
♡ Cold light function
♡ With alarm, second counting, timing alarm,date,week,running time function
♡ Stopwatch stage timekeeping function
♡ A good time reminder


Harga asal : RM 110.00
Diskaun : 60%
Harga promosi : RM 44.00

Ssatu lagi keperluan yang perlu dimiliki. Nak bawa pergi kursus ke, camping ke sangar mudah. Bentuknya yang kecil dan ringan mudah di bawa ke mana mana. Tak payah kau nak angkut iron berat berat sumbat dalam beg. Menambahkan beban aje.

♡ Lightweight, hand held steamer
♡ No more bury or damaging fabrics
♡ Removes wrinkles, creases & odour feom garments
♡ Multipurpose handheld
♡ Tough enough for linens, safe enough for silk
♡ Save to use on different types of materials and fabrics.



Harga asal : RM 254.00
Diskaun : 30%
Harga promosi : RM 177.00

Salah satu barang yang ada dalam wishlist Mimi tahun ni. Memang nak sangat sangat beli printer ni sebab senang nak print out latih tubi untuk anak anak buat. Kadang kadang Mimi dan  encik suami pun ada juga nak print out dokumen dokumen yang penting. So, ini memang menjadi keperluan.

♡ Prints up to 400 pages of documents using Canon PG47 balck catridge
♡ Prints up to 300 pages of documents using Canon CC-57 colour catridge
♡ Compact and weightlight
♡ Easily fits into even and smaller spaces
♡ Suitable for home and student use

Done!! Alhamdulillah selesai senaraikan 10 barang yang Mimi nak dari Lazada.

Sebelum terlupa, sempena ulang tahun Lazada yang ke 4 Mimi nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 4 kepada LAZADA :

SEMOGA TERUS MAJU DAN SUKSES.


SEMOGA MUTU PERKHIDMATAN BERTAMBAH BAGUS DAN BAGUS PADA MASA MASA AKAN DATANG.



SEMOGA DAPAT BERSAING DENGAN WEB SHOPPING ONLINE DI PERINGKAT ANTARABANGSA.



SEMOGA MENJADI WEB ONLINE SHOPPING PILIHAN NO.1 SEANTERO DUNIA.



TERIMA KASIH LAZADA KERANA MEMBERI KAMI PELUANG MEMILIKI BARANG IDAMAN DENGAN HARGA MAMPU MILIK BUKAN MAMPU TENGOK.



TERIMA KASIH ATAS MUTU PERKHIDMATAN BERKUALITI YANG ANDA BERIKAN KEPADA KAMI.



Kepada para blogger di luar sana masih sempat lagi korang nak join contest yang dianjurkan. Contest ini tamat tepat pukul 11.59 malam ni. Kepada online shopper korang boleh shopping puas puas sementara Lazada dengan baik hatinya bagi diskaun sehingga 90%. Jangan tunggu lama lama menangis tak sudah korang nanti.

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Post a Comment

5 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com