Isnin, 1 Februari 2016

Anugerah Terindah Part 3

Anugerah Terindah Part 3 | Okey sambung lagi luahan hati seorang isteri bernama Mimi..hehehe...Kisah ujian yang dilalui tahun lepas...Kawan kawan yang belum baca part 1 dan part 2 dijemput baca supaya lebih faham.

Berbalik pada entry lepas, doktor bagitahu fibroid tuh dah takde. Dalam hati rasa syukur sangat sangat tapi doktor jumpa suatu "kelainan" pulak. Menurut doktor ovari Mimi kanan dan kiri membengkak. Bukan cyst tapi ada satu simptom yang doktor sebut dan tulis pada sekeping kertas. Entah mana lah kertas tuh Mimi simpan. Menurut doktor simptom tuh terjadi bila hormon lelaki dalam badan kita melebihi hormon wanita kita. Jadi, bila hormon wanita kurang maka apa apa proses berkaitan akan terganggu. Sebagai contoh kitaran haid akan terganggu.

Memandangkan selepas berhenti ambil pil, kitaran haid Mimi tak regular maka doktor mengesyorkan Mimi kurangkan berat badan. Time appointment pertama nih berat mencecah 76kg tau. Doktor pesan if nak pregnant kena turunkan berat badan terutamanya pada mereka yang ada masalah kitaran haid tidak tetap. Kalau kitaran haid tetap dan datang on time takde masalah pun kalau kurus atau berisi memang senang nak preggy. Nih Mimi cerita untuk yang ada masalah period tak tetap. Menurut doktor lagi, memang ada kajian menyatakan penurunan berat badan adalah salah satu kaedah untuk pregnant. Mereka takkan bagi patient ubat tapi akan consult patient supaya turunkan berat badan.

Jadi, doktor pun bagitahu tak perlu risau dengan simptom ovari bengkak sebab tak beri kesan apa apa pada kesihatan cuma kalau tak cegah sampai bila lah kita bermasalah kan. Alhamdulillah hari tuh balik dengan hati bunga bunga. Syukur sangat fibroid dah takde cuma ovari bengkak tuh kenalah kuatkan diri untuk pulihkan semula.

        ***********************************

Pertengahan bulan Ogos appointment kali ke 2 di Gynae HTJ. Alhamdulillah berat badan turun 72.4kg. Macam biasa doktor consult the same thing. Kena diet cara semula jadi bukan turunkan berat badan dengan bergantung pada supplimen semata mata okey.

Appointment terakhir pada 31 Disember 2015. Time nih berat naik mendadak iaitu 76.4kg. Doktor terkejut kenapa berat badan naik mendadak sampai macam tuh sekali. Sepatutnya makin turun nih tak makin naik pulak. Time tuh Mimi tak tahu nak cakap apa dah.Dah macam macam Mimi buat tapi berat badan naik jugak nak buat macam mana kan. Rentetan daripada kes berat badan Mimi naik 4kg doktor stopkan appointment gynae dan kena continue rujuk pada yang berkenaan berkaitan kes baru. Allah!Allah!Allah! Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah. Sesungguhnya apa yang hambaMu ini lalui adalah atas izinMu dan tanda kasih sayangMu padaku.

Okey nanti sambung next entry iaitu last entry Anugerah Terindah. Mimi akan cerita kenapa appointment gynae dihentikan gara gara berlaku "sesuatu" pada Mimi.

10 ulasan:

  1. as salam kak mimi...harap2 ada gud news after u have been through pelbagai ujian tu..kita ni pun tgh riso gak ni,nak jgk next baby tp mcm kes cyst dulu berulang lg je ni...nk kena g check o&g gak nnti..pape pun congrats in advance ye if u have a gud news,hehe

    BalasPadam
  2. sesuatu myb pregnant ?
    apa pon ujian itu, mimi mmg tabah dan kuat itu sbb mimi terpilih oleh Allah


    BalasPadam
  3. Mimi bila sambung inform kakak ye
    Kakak nak tahu kisah seterusnya.. macam ngilu bila baca entry Mimi ni.

    BalasPadam
  4. mimi oiiii nape berhenti ekat part yg kak ina xsabar nak tau.. adehhh...

    ni kes mcm drama la jugak, sampai dekat part suspen, dan2 dia tulis bersambung... hahhah...

    BalasPadam
  5. Banyak dugaannya ye...

    Nanti mimi share apa cara yg mimi buat untuk hilangkan fibroid ye, tanpa perlu dibedah

    BalasPadam
  6. satu keajaiban..ada hikmahnya kak.. akak org yg kuat! bini askar mmg kuat kot..hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.