Isnin, 1 Februari 2016

Anugerah Terindah Part 2

Anugerah Terindah Part 3 | Okey nak sambung kisah "ujian" istimewa yang Mimi hadapi tahun lepas. Kawan kawan yang terlepas baca Part 1 silalah baca takut nanti kawan kawan tak faham dan timbul kekeliruan nanti. Kali nih agak panjang sikit entrynya. Harap sabar membaca.

Sambungan drama air mata  dalam kereta sepanjang jalan nak balik Melaka serius cakap Mimi menyesali semua tindakan dulu masa ambil pil perancang. Sampai hilang kawalan, Mimi terlepas cakap dekat encik suami "Menyesal ayg dengar cakap mak abg suruh ambil pil dulu. Kalau ayg tahu jadi macam nih ayg tak nak ambil pun." Time tuh memang teresak esaklah Mimi menangis. Suami pun jawab " Abg dah cakapkan abg tak izinkan ayg ambil. Ayg yang degil ambil jugak."

Ya Allah time tuh dah lah kita stress, dengar pulak suami cakap macam tuh lagi stress sebab dia cakap kita degil. Apa lagi Mimi jawab,"Habis, dah mak abg cakap nanti yang susah ayg. Terkejar sana sini sebab anak anak kecil. Kalau suri rumah takpe jugak nih bekerja. Orang lelaki cakap pandailah." Agak agak time tuh apa pilihan yang kau ada bila mak mentua dah cakap macam tuh. Nak bantah dia mak suami aku merangkap mak aku jugak. Adoii serba salah.Encik suami diam aje bila dengar isteri dia cakap macam tuh. Ya Allah! Sumpah demi Allah. Bila kau dalam keadaan macam tuh kau tak akan sedar apa yang kau cakap tuh akan timbulkan perbalahan. Masa itu memang Mimi tak sedar apa yang keluar dari mulut tuh menimbulkan pergaduhan. Yelah dalam keadaan stress yang amat sangat dan sedih, apa yang terbuku dalam hati memang kita akan luahkan. Kawan kawan jangan pulak salah faham hubungan Mimi dengan mak mentua tak berapa baik. Hubungan kami baik tau. Mak mentua Mimi memang mak mentua yang baik walaupun kadang kadang memetir jugak. Orang Melaka faham faham ajelah percakapan diorang macam mana. Mimi tahu mana ada mak mentua yang nak tengok menantu dia susahkan.

Berbalik pada kisah tadi, bila puas menangis perut rasa lapar pulak. Perut dah berkeroncong lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Bila encik suami singgah stesen minyak pesan dekat dia beli ajelah apa apa untuk alas perut. Time tuh dah tak nangis dan banyak istighfar dalam hati. Tiba tiba tersedar balik kata kata yang Mimi luahkan tadi dekat encik suami. Mesti dia terasa hati sebab kita macam menyalahkan mak dia atas apa yang berlaku sedangkan hakikatnya kita langsunggggg tak berniat macam tuh. Langsungggg tak terlintas wei nak salahkan mak mentua. Sebab kalau bukan atas tindakan sendiri benda nih takkan jadi jugak kan...Bila keadaan dah reda, cepat cepat minta maaf dekat suami sebab kita tahu salah kita. Dia pun dah cakap lepas nih jangan ambil lagi pil tuh sebab yang tanggung seksa bukan dia tapi Mimi jugak. Sampai kampung kitorang buat macam biasa macam takde apa apa yang berlaku sebab tak nak family mentua tau.

Tapi sampai bila nak sembunyikan hakikat daripada orang tua kan. Dalam keadaan badan yang berisi dan perut yang membuncit ke depan family yang lain tegur badan makin berisi dan ada yang sangka Mimi pregnant sebab perut membuncitkan macam 4 bulan kan. Bibir mampu ukir senyum aje tapi dalam hati menjerit meraung orang tak tahu. Kadang kadang kata kata diorang menyakitkan dan melukakan hati tapi kerana nak jaga air muka suami ku tahan aje telinga nih sampai naik cair taik telinga lah!!!

Akhirnya mak mentua tahu jugak yang the only menantu yang dia ada (buat masa sekarang nih lah) "sakit". Nampak muka dia serba salah bila tahu punca "sakit" menantu dia tapi sebagai anak, tak nak buat dia risau Mimi hanya buat slumber derk aje..Seolah olah benda tuh small matter aje. Tapi hati tetap meraung wa cakap sama lu!!!

                    ***********************
Dalam pertengahan bulan March 2015, Mimi kuatkan semangat pergi Klinik Kesihatan Seremban 2 untuk rawatan susulan. Siap siap bawak gambar scan tuh. Doktor tengok dan bulatkan area ketumbuhan tuh dan dia kata tengok pada gambar tak besar mana maybe akan hilang ataupun makin membesar. Segala galanya bergantung pada keadaan. So, kes Mimi di rujuk di Gynae Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Appointment 16 April 2015. Means, sebulan lagi. Dalam tempoh sebulan tuh Mimi usaha jugak cara lain untuk rawat ketumbuhan tersebut. Menjadi atau tak belakang kira asalkan kita usaha.

Time tuh Mimi ada kongsikan masalah dengan bos sebab Mimi perlukan kaunseling untuk kuatkan semangat. Bos pulak memang ada sijil yang diiktiraf sebagai kaunselor. Masa tuh dia banyak bagi semangat dan nasihat. Dia jugak ada terangkan fibroid nih macam macam jenis. Tapi ada satu nasihat dia yang Mimi pegang dan ingat sampai sekarang. "Awak anggap ujian yang awak terima tuh sebagai hadiah daripada Allah bukan satu bebanan. Terimalah hadiah yang Allah berikan tuh dan jaga baik baik. Anggap hadiah itu sesuatu yang istimewa yang awak tak tahu hikmah di sebalik hadiah tuh. Tiba masa nanti terpulang pada awak nak pulangkan hadiah itu kembali atau simpan." 

Okey selepas dah melalui sesi kaunseling apa semua Mimi buat kerja macam biasa. Lalui hari hari yang mendatang macam biasa. Sampailah satu hari, Mimi period. Tuh pun selepas macam macam usaha Mimi buat untuk rawat ketumbuhan tuh seperti amalkan supplimen dan sebagainya. Tapi keadaan period ketika itu sangat luar biasa. Bayangkan kebiasaannya hari pertama akan guna pad biasa dan malam aje guna jenis wings dan sehari 3 kali tukar. Tapi period kali nih 5 kali tukar dan pad yang digunakan jenis wings dari pagi sampai malam. Walaupun wings tetap bocor. Lencun...Luar biasa. Ketulan pun ada keluar tapi Mimi tak fikir pun kemungkinan ketumbuhan tuh keluar sebab memikirkan period yang lama tak menjengah. Selepas period tuh alhamdulillah perut kempis sangat sangat. Masa tuh memang berharap sangat sangat ketumbuhan tuh hanya mitos saja.

Sampailah tarikh appointment yang dinantikan. Rasa berdebar debar jugak. Doktor yang rawat Mimi time tuh tengok jugak gambar scan. Dia tengok memang macam ada ketumbuhan. Time tuh terus doktor decide nak scan lagi sekali dan dia tanya pernah buat pap smear atau tak. Dengan jujurnya ku jawab langsung tak pernah. Hahaha.. Alasan tak buat sebab takut. Punyalah penakut dak Mimi nih wei. So, doktor suruh buat scan dan pap smear sekali. Masa scan doktor tak nampak pun ketulan ketumbuhan tuh. Doktor kata tak jelas. So dia decide buat scan bawah. Masa tuh blur blur jugak scan bawah tuh macam mana. Rupa rupanya scan bawah tuh alat scanner tuh dimasukkan dalam bawah kita tau. Bentuk scanner tuh panjang macam batang kayu tapi tak lah panjang sangat atau besar sangat. Diameter lebih kurang macam besar duit syiling 50 sen dan bahagian depan runcing sikit. Nak terangkan pun tak tahu macam mana fizikal scanner tuh. Doktor ada cakap akan rasa senak dan sakit sikit. Masa scan tuh doktor tak jumpa ketumbuhan tuh atau erti kata lain macam hilang. Masa tuh dalam hati dah happy sangat. Memang ketumbuhan tuh takde tapiiiiii doktor jumpa masalah lain pulak. Time tuh rasa what????Allah ujian lain pula Mimi kena lalui.

Ujian baru apa yang Mimi hadapi dan lalui??Tunggu next entry pula.

P/S * Entry nih bukanlah nak menyatakan pengambilan pil perancang tuh tak elok sebab lain orang lain effect nya. Ada kawan kawan yang ambil okey aje takde apa apa masalah ada jugak yang bermasalah macam Mimi. Tapiiii kebanyakan yang Mimi tahu dan dengar memang ada masalah lepas ambil pil. Adik Mimi yang jururawat pun tak ambil pil sebab dia pernah cakap dia tahu kesan pengambilan pil tuh.


8 ulasan:

  1. Bagus nasihat bos mimi tu, terkesan juga pada akak, maknanya fibroid ni boleh hilang jugalah walaupun tak dibedah ye.

    Kawan akk 6 thn kawin tak pregnant, lepas tu dia buat check up ada fubroid, kemudian dia bedah buang, lepas buang fibroid tu alhamdulillah dia pregnant, dah setahun umur anaknya.

    Ye kadang bila kita stress mcm2 boleh jadikan,akk pun pernah juga macam tu

    BalasPadam
  2. Allah Maha Besar

    kalau buat pap smear kita oanggil alat dia mulut itik. hihii.rasanya mcm saya buat HSG kot masukkan alat tu. mmg senak.
    tahu rasanya.

    Alhamdulillah

    tak pa mimie Allah sayangkan mimie sbb tu Allah uji mimie.
    bagus dpt bos yg blh bg kata kata semnagat mcm tu,kan ! bruoah seronok pergi kerja dan lalui hari2 biasa tanpa stress..

    berdebar pulak nk tahhu kisah seterusnya..

    BalasPadam
  3. kira tak berapa elok juga pil ni ya kak..

    sbr ya kak.. ujian..

    BalasPadam
  4. dah habis baca, nak gi baca part 3 pulak... baru terperasan mimi dah update.. hehhe.. maka blh baca 2 entry sekaligus pasal ni.. hihi

    BalasPadam
  5. Teruja nak baca part seterusnya... Gigih baca nak tahu cerita..

    BalasPadam
  6. Allah sebaik2 perancangan kan kak.. if ada cara lain better elakkan dr amik pil perancang

    BalasPadam
  7. Ya Allah.. Terkejut sbnrnya bca kisah akk ni..

    BalasPadam
  8. memang ketumbuhan ni kesan pil perancang ker kak?kakak makan pil perancang berapa lama...dan kak mimi telan jer atau kunyah..maaf bertanya....sebab rasa takut timbul dalam hati....

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.