Anugerah Terindah Akhir

Anugerah Terindah Akhir | Maaf pada kawan kawan yang tertunggu tunggu nak baca kisah sedih dan duka Mimi. Agak busy sikit dengan kerja sampai lupa nak update last part Anugerah Terindah. Kawan kawan yang masih belum baca dan tak tahu apa kisah Mimi boleh klik link link kat bawah ye.


Okey sambungan dari entry part 3 Mimi ada bagitahu sepatutnya appointment gynae diteruskan untuk tahun 2016 tetapi appointment pada 31 Disember 2015 menjadi appointment terakhir. Mimi akan cerita asbab appointment gynae dihentikan serta merta.

Nak dijadikan cerita appointment kedua pada bulan Ogos. Selepas appointment, Mimi lalui kehidupan seharian macam biasa. Uruskan rumahtangga dan persekolahan anak anak. Pada masa yang sama, agak busy sikit sebab bulan September adik no.3 nak kahwin. Sebagai kakak sulung of course lah kan busy sana sini uruskan apa yang patut. Bila masuk September lagi lah bertambah sibuk dan stress. Mungkin stress period datang awal. So, okeylah kan. Cycle period makin lama makin kurang dari 2 bulan berkurang jadi 30++ hari. Kira ada perubahan lah kan sejak turunkan berat badan. Sampailah pertengahan bulan November tanda tanda nak period dah datang. Tanggung sakit hanya Allah yang tahu. Dua minggu tanggung sakit nak period tau.

Dalam masa yang sama mood memang swing. Sampaikan encik suami jadi pelik sebab mood ke laut. Mana taknya kita menahan sakit mau tak ke laut mood tuh. Balik kerja letih jangan cakap. Sepanjang dua minggu menahan sakit tuh kebanyakan masa memang beli makanan kat luar sebab encik suami tak bagi masak. Dia tengok keadaan kesihatan isteri yang agak terganggu. Dua minggu nih masa sakit tuh memang banyak tidur aje kerja Mimi. Sampai aje rumah mata kuyu yang amat sampai kalau letak batang kayu kat mata tuh memang patahlah kayu tuh kan. Hahh..nampak tahap kemengantukan Mimi kat situ.

Nak dijadikan cerita satu pagi tuh bersiap siap nak pergi kerja. Macam tuh jugak encik suami. Dia pakai deodoran depan Mimi. Mimi terus marah dia suruh pakai kat luar bilik sebab bau busuk. Dia punya pelik sampai cakap "Aii..sebelum nih abg pakai ayg okey aje. Benda wangi cakap busuk. Apa pasal nih??Macam orang mengandung pulak dia. Ayg mengandung ke?"

Time tuh terus jawab "Mana ada mengandung. Ayg tengah tahan sakit nak period nih tahu tak? Memandai aje cakap orang mengandung." Tapi time tuh kan dalam hati macam terdetik mengandung ke aku sebab tanda tanda period dah dua minggu berlalu tapi period tak jugak datang. Masa tuh tak nak menaruh harapan sangat sebab sebelum nih dah banyak kali buat upt asyik negatif aje. Duit pun banyak habis beli upt. Dalam hati melonjak lonjak nak beli upt tapi otak dah set tak payah, membazir. Sepanjang hari kat pejabat asyik duk fikir nak beli upt ke tak. Last last decide nak beli jugak tapi nak rahsiakan daripada encik suami. Tapi macam mana nak rahsiakan daripada dia sebab balik kerja dia jemput. Nak ajak singgah farmasi confirm dia tanya nak beli apa kan. Sh peduli sajalah. Dalam hati nekad nak beli jugak. Keputusan negatif belakang kira janji buat upt nak puaskan hati.

Balik dari kerja suruh encik suami singgah farmasi. Bagitahu dia nak beli ubat batuk sebab kebetulan time tuh memang tengah batuk. Hakikatnya isteri dia nak beli upt. Encik suami tunggu kat motor aje. Settle beli pergi kat encik suami dia tanya beli apa. Mimi jawab ubat batuk. Tapi terus dia cakap "Kalau takde tak payah beli.
Nanti kecewa lagi." Yes, Encik suami tahu isteri dia beli apa. Dengar dia cakap macam tuh tarik nafas aku dibuatnya. Allah! Betapa dia memang tahu sangat sangat isteri dia beli apa.

Balik rumah simpan dulu upt tuh sebab sibuk nak uruskan hal rumahtangga kan. Masa mandi malam teringat nak buat upt. Dengan rasa berdebar debar Mimi pun upt tapi tuhlah bila tengok result, negatif lagi. So letak upt tuh ke tepi jela. Malas nak fikir dah, andi macam biasa tapi hati macam tak puas saja dengan keputusan upt tuh. So Mimi decide tengok semula upt tuh. Allah!Allah!Allah! Masa tuh istighfar dalam hati. Dua line!!!Betul ke apa aku nampak nih. Masa tuh mata bergenang. Okey rileks Mimi, rileks.Keluar bilik mandi buat muka macam biasa. Macam takde apa apa yang jadi. Ya Allah dah mula rasa happy tapi tak nak over eksited sebab sebelum nih pernah buat upt naik 2 line tapi samar samar. Ingatkan preggy rupa rupanya tak. So, bila upt nih naik 2 line tak nak percaya sangat. Tunggu esok pagi buat kali kedua. Alhamdulillah keputusan yang Mimi dapat memang sama. 2 line. Masa tuh syukur sangat sangat. Sebab selama nih Allah berikan Mimi "hadiah" istimewa sebab dia nak tengok sejauh mana Mimi redha dan terima pemberianNya. Alhamdulillah kesedihan yang Mimi lalui Allah gantikan dengan kegembiraan yang tak tergambar dengan kata kata. Syukur sangat sangat.

Sesungguhnya penantian hampir 5 tahun bukan penantian yang sia sia. Ada sebab kenapa dan mengapa Allah pilih seseorang itu terima ujianNya. zuriat ke 3 nih merupakan zuriat yang sangat istimewa penantiannya. Inilah Anugerah Terindah yang Allah berikan selepas Mimi kembalikan "hadiah" yang dipinjamkan sementara. Sebab itu, appointment gynae Mimi dihentikan because I am pregnant now! Doakan yang baik baik untuk Mimi dan baby dalam kandungan ya.

11 comments:

  1. alhamdulillah... tahniah kak.. moga dipermudhkan segalanya.

    BalasPadam
  2. Akak pun tumpang gembira mimi..
    Alhamdulillah ..
    Jaga diri mimi dan kandungan baik2 ye..
    Semoga ianya terus jadi Anugerah Terindah..

    BalasPadam
  3. Ya Allah terharu hingga watery eyes tau mimi, tears of joy orang kata tumpang happy, 5 tahun, dapat hadiah, bestkan dapat baby. Syukur. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Tahniah kak mmi... Moga dipermudahkan... Selamat hingga bersalin..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. tahniah mimie.
    jaga diri ye :) semoga semuannya baik baik sehingga saat melahirkan nanti aamiin
    :)
    tepat tekaan saya..

    BalasPadam
  6. syukur alhamdulillah..tahniah mimi..take a good care of yourself k..lalui hari2 mendatang dengan tenang..semoga dipermudahkan segalanya. amin

    suriaqistina.blogspot.com

    BalasPadam
  7. mimiieeeeeeeeeee kak ina pulak yg rasa nak nangis... alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Tuhan sebaik2 perancang..! Moga kali ni rezeki baby boy pulak..!! Aamiin.... Eh, lupa, berapa bulan dah ni

    BalasPadam
  8. Allah! Allah! betul jangkaan jijah bila tgk akak asyik share kat fb tu..hehe nikmat Allah! tahniah kak.. bape bulan dah nih? bestnyaa... jaga diri baik2 tau! kena extra carefull

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Tahniah kak.. Lpas ni share diari prgnancy pula.. :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...MV kena baca part 1-3 ni...jaga diri tau

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.