Rabu, 24 Februari 2016

Jubah Murah Yang Berkualiti dan Selesa Dipakai

7:09:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum....


Sila rujuk jadual ukuran di atas..












Kali nih Mimi nak share dengan semua mengenai jubah yang sangat murah dan bagus kualitinya...Material kain jubah nih ialah koshibo tau..Sejuk dan mudah gosok...Yang penting tak melekap dan lengan jenis bergetah..

Walaupun lengan jenis cerut senang nak ambil wuduk...Walaupun masa nak ambil wuduk kena sinsing baju sampai lengan tapi getah tuh tak kembang ya..Jangan risau...

Memang dah lama ada koleksi jubah jubah koshibo nih..Kain sejuk saja tau...Jenis berat dan jatuh..

Kawan kawan yang berminat nak dapatkan jubah nih boleh wassup saya direct 0111-310 3011.Harga seperti tertera pada gambar gambar yang Mimi attach...Yang penting free postage ya.



Isnin, 22 Februari 2016

Pengiraan usia bayi dalam kandungan mengikut minggu dan bulan

12:49:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum...

Hari nih Mimi nak share dengan kawan kawan mengenai pengiraan usia kandungan baby dalam minggu dan bulan. Maybe ada yang dah sedia maklum dan ada yang masih tak faham dan confuse...Macam Mimi pun mula mula confuse juga tapi lama lama faham dah.

Semua nih Mimi tahu dari aplikasi Pregnancy+ yang Mimi download di tab. Senang nak tengok dan pantau perkembangan baby macam mana. Kadang kadang suka main video tumbesaran baby dalam perut mengikut bulan. Aina dan Auni yang terlebih excited sebenarnya.

Okey jom tengok pengiraan usia kandungan mengikut minggu dan bulan.

0 - 28 hari = 4 minggu (1 bulan)
29 - 56 hari = 8 minggu (2 bulan)
57 - 91 hari = 13 minggu (3 bulan)
92 - 119 hari = 17 minggu (4 bulan)
120 - 147 hari = 21 minggu (5 bulan)
148 - 182 hari = 26 minggu (6 bulan)
183 - 210 hari = 30 minggu (7 bulan)
211 - 245 hari = 35 minggu (8 bulan)
246 - 280 hari = 40 minggu (9 bulan 10 hari)

Kat atas nih pengiraan ikut minggu dan bulan tau. Kalau masih tak faham dan tak jelas kat bawah nih Mimi bagi pengiraan ikut hari dan minggu...Then, boleh rujuk pengiraan yang kat atas tuh.

7 hari 🌸 1 minggu
14 hari 🌸 2 minggu
21 hari 🌸 3 minggu
28 hari 🌸 4 minggu
35 hari 🌸 5 minggu
42 hari 🌸 6 minggu
49 hari 🌸 7 minggu
56 hari 🌸 8 minggu
63 hari 🌸 9 minggu
70 hari 🌸 10 minggu
77 hari 🌸 11 minggu
84 hari 🌸 12 minggu
91 hari 🌸 13 minggu
98 hari 🌸 14 minggu
105 hari 🌸 15 minggu
112 hari 🌸 16 minggu
119 hari 🌸 17 minggu
126 hari 🌸 18 minggu
133 hari 🌸 19 minggu
140 hari 🌸 20 minggu
147 hari 🌸 21 minggu
154 hari 🌸 22 minggu
161 hari 🌸 23 minggu
168 hari 🌸 24 minggu
175 hari 🌸 25 minggu
182 hari 🌸 26 minggu
189 hari 🌸 27 minggu
196 hari 🌸 28 minggu
203 hari 🌸 29 minggu
210 hari 🌸 30 minggu
217 hari 🌸 31 minggu
224 hari 🌸 32 minggu
231 hari 🌸 33 minggu
238 hari 🌸 34 minggu
245 hari 🌸 35 minggu
252 hari 🌸 36 minggu
259 hari 🌸 37 minggu
266 hari 🌸 38 minggu
273 hari 🌸 39 minggu
280 hari 🌸 40 minggu

Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah masuk usia 22 minggu 2 hari bermakna dalam lingkungan usia awal 6 bulan....Kalau ikut minggu bermakna tinggal 17 minggu 5 hari saja nak sampai due date...Rasa tak sabar pulak nak tunggu baby keluar dan cuti 3 bulan..huhuhu...

Khamis, 18 Februari 2016

Isnin, 8 Februari 2016

Lunch simple di Tahun Baru Cina

5:43:00 PTG 5 Comments

Assalamualaikum...

Cuti panjang kawan kawan pergi jalan jalan ke mana? Mimi duduk rumah aje..Nak berjalan kemalasan melanda diri nih..huhuhu...

Time time cuti nih habiskan masa buat apa yang patut kat rumah nih..Selain mengemas rumah,masak,basuh pinggan bla bla bla dan bla...Mimi marathon layan movie kat laptop...Penat layan movie berlumba lumba buat peta dengan anak anak dan encik suami...😁😁😁😁

Kawan kawan yang tak jalan ke mana mana tuh masak apa hari nih...Mimi masak simple simplr aje hari nih..Suruh encik suami pergi kedai beli cili padi sebab nak buat sambal kicap....Menu untuk lunch hari nih Sup Ayam Keruh (jangan ditanya kenapa Mimi panggil Supa Ayam Keruh😅😅😅), Telur Dadar Pedas dan Sambal Kicap Kaw Kaw Pedas Dia...Simple tapi kaw kaw rasa dia...Inilah menu lunch di Tahun Baru Cina...

Sehari tak makan makanan yang pedas pedas memang tak sah...Rasa tak lengkap aje makanan kalau tak pedas kan..

Sabtu, 6 Februari 2016

Glosari Donut

10:54:00 PG 4 Comments

Assalamualaikum

Ramai kat luar sana yang suka makan donut kan?Termasuklah yang empunya diri...Tak tahu pulak rupa rupanya donut nih banyak jenis...😄😄😄😄

Selama nih tahu buat dan makan aje..Tak tahu pun banyak sangat jenisnya...Adehhh...teruk betul...Jom tengok glosari donut yang ada..Mungkin ada yang kita dah biasa tengok buat atau makan. Mungkin ada yang tak biasa...

Jumaat, 5 Februari 2016

Anugerah Terindah Akhir

2:21:00 PTG 11 Comments
Anugerah Terindah Akhir | Maaf pada kawan kawan yang tertunggu tunggu nak baca kisah sedih dan duka Mimi. Agak busy sikit dengan kerja sampai lupa nak update last part Anugerah Terindah. Kawan kawan yang masih belum baca dan tak tahu apa kisah Mimi boleh klik link link kat bawah ye.


Okey sambungan dari entry part 3 Mimi ada bagitahu sepatutnya appointment gynae diteruskan untuk tahun 2016 tetapi appointment pada 31 Disember 2015 menjadi appointment terakhir. Mimi akan cerita asbab appointment gynae dihentikan serta merta.

Nak dijadikan cerita appointment kedua pada bulan Ogos. Selepas appointment, Mimi lalui kehidupan seharian macam biasa. Uruskan rumahtangga dan persekolahan anak anak. Pada masa yang sama, agak busy sikit sebab bulan September adik no.3 nak kahwin. Sebagai kakak sulung of course lah kan busy sana sini uruskan apa yang patut. Bila masuk September lagi lah bertambah sibuk dan stress. Mungkin stress period datang awal. So, okeylah kan. Cycle period makin lama makin kurang dari 2 bulan berkurang jadi 30++ hari. Kira ada perubahan lah kan sejak turunkan berat badan. Sampailah pertengahan bulan November tanda tanda nak period dah datang. Tanggung sakit hanya Allah yang tahu. Dua minggu tanggung sakit nak period tau.

Dalam masa yang sama mood memang swing. Sampaikan encik suami jadi pelik sebab mood ke laut. Mana taknya kita menahan sakit mau tak ke laut mood tuh. Balik kerja letih jangan cakap. Sepanjang dua minggu menahan sakit tuh kebanyakan masa memang beli makanan kat luar sebab encik suami tak bagi masak. Dia tengok keadaan kesihatan isteri yang agak terganggu. Dua minggu nih masa sakit tuh memang banyak tidur aje kerja Mimi. Sampai aje rumah mata kuyu yang amat sampai kalau letak batang kayu kat mata tuh memang patahlah kayu tuh kan. Hahh..nampak tahap kemengantukan Mimi kat situ.

Nak dijadikan cerita satu pagi tuh bersiap siap nak pergi kerja. Macam tuh jugak encik suami. Dia pakai deodoran depan Mimi. Mimi terus marah dia suruh pakai kat luar bilik sebab bau busuk. Dia punya pelik sampai cakap "Aii..sebelum nih abg pakai ayg okey aje. Benda wangi cakap busuk. Apa pasal nih??Macam orang mengandung pulak dia. Ayg mengandung ke?"

Time tuh terus jawab "Mana ada mengandung. Ayg tengah tahan sakit nak period nih tahu tak? Memandai aje cakap orang mengandung." Tapi time tuh kan dalam hati macam terdetik mengandung ke aku sebab tanda tanda period dah dua minggu berlalu tapi period tak jugak datang. Masa tuh tak nak menaruh harapan sangat sebab sebelum nih dah banyak kali buat upt asyik negatif aje. Duit pun banyak habis beli upt. Dalam hati melonjak lonjak nak beli upt tapi otak dah set tak payah, membazir. Sepanjang hari kat pejabat asyik duk fikir nak beli upt ke tak. Last last decide nak beli jugak tapi nak rahsiakan daripada encik suami. Tapi macam mana nak rahsiakan daripada dia sebab balik kerja dia jemput. Nak ajak singgah farmasi confirm dia tanya nak beli apa kan. Sh peduli sajalah. Dalam hati nekad nak beli jugak. Keputusan negatif belakang kira janji buat upt nak puaskan hati.

Balik dari kerja suruh encik suami singgah farmasi. Bagitahu dia nak beli ubat batuk sebab kebetulan time tuh memang tengah batuk. Hakikatnya isteri dia nak beli upt. Encik suami tunggu kat motor aje. Settle beli pergi kat encik suami dia tanya beli apa. Mimi jawab ubat batuk. Tapi terus dia cakap "Kalau takde tak payah beli.
Nanti kecewa lagi." Yes, Encik suami tahu isteri dia beli apa. Dengar dia cakap macam tuh tarik nafas aku dibuatnya. Allah! Betapa dia memang tahu sangat sangat isteri dia beli apa.

Balik rumah simpan dulu upt tuh sebab sibuk nak uruskan hal rumahtangga kan. Masa mandi malam teringat nak buat upt. Dengan rasa berdebar debar Mimi pun upt tapi tuhlah bila tengok result, negatif lagi. So letak upt tuh ke tepi jela. Malas nak fikir dah, andi macam biasa tapi hati macam tak puas saja dengan keputusan upt tuh. So Mimi decide tengok semula upt tuh. Allah!Allah!Allah! Masa tuh istighfar dalam hati. Dua line!!!Betul ke apa aku nampak nih. Masa tuh mata bergenang. Okey rileks Mimi, rileks.Keluar bilik mandi buat muka macam biasa. Macam takde apa apa yang jadi. Ya Allah dah mula rasa happy tapi tak nak over eksited sebab sebelum nih pernah buat upt naik 2 line tapi samar samar. Ingatkan preggy rupa rupanya tak. So, bila upt nih naik 2 line tak nak percaya sangat. Tunggu esok pagi buat kali kedua. Alhamdulillah keputusan yang Mimi dapat memang sama. 2 line. Masa tuh syukur sangat sangat. Sebab selama nih Allah berikan Mimi "hadiah" istimewa sebab dia nak tengok sejauh mana Mimi redha dan terima pemberianNya. Alhamdulillah kesedihan yang Mimi lalui Allah gantikan dengan kegembiraan yang tak tergambar dengan kata kata. Syukur sangat sangat.

Sesungguhnya penantian hampir 5 tahun bukan penantian yang sia sia. Ada sebab kenapa dan mengapa Allah pilih seseorang itu terima ujianNya. zuriat ke 3 nih merupakan zuriat yang sangat istimewa penantiannya. Inilah Anugerah Terindah yang Allah berikan selepas Mimi kembalikan "hadiah" yang dipinjamkan sementara. Sebab itu, appointment gynae Mimi dihentikan because I am pregnant now! Doakan yang baik baik untuk Mimi dan baby dalam kandungan ya.

Fakta Tentang Virus Zika

9:25:00 PG 5 Comments
Assalamualaikum.....

Virus Zika..Siapa yang tak tahu pasal virus Zika kan??Nak nak virus Zika nih merisaukan ibu ibu mengandung di luar sana.

Jom sama sama kita baca fakta tentang virus Zika...


Sumber : fb Kementerian Kesihatan Malaysia

Isnin, 1 Februari 2016

Anugerah Terindah Part 3

11:08:00 PG 10 Comments
Anugerah Terindah Part 3 | Okey sambung lagi luahan hati seorang isteri bernama Mimi..hehehe...Kisah ujian yang dilalui tahun lepas...Kawan kawan yang belum baca part 1 dan part 2 dijemput baca supaya lebih faham.

Berbalik pada entry lepas, doktor bagitahu fibroid tuh dah takde. Dalam hati rasa syukur sangat sangat tapi doktor jumpa suatu "kelainan" pulak. Menurut doktor ovari Mimi kanan dan kiri membengkak. Bukan cyst tapi ada satu simptom yang doktor sebut dan tulis pada sekeping kertas. Entah mana lah kertas tuh Mimi simpan. Menurut doktor simptom tuh terjadi bila hormon lelaki dalam badan kita melebihi hormon wanita kita. Jadi, bila hormon wanita kurang maka apa apa proses berkaitan akan terganggu. Sebagai contoh kitaran haid akan terganggu.

Memandangkan selepas berhenti ambil pil, kitaran haid Mimi tak regular maka doktor mengesyorkan Mimi kurangkan berat badan. Time appointment pertama nih berat mencecah 76kg tau. Doktor pesan if nak pregnant kena turunkan berat badan terutamanya pada mereka yang ada masalah kitaran haid tidak tetap. Kalau kitaran haid tetap dan datang on time takde masalah pun kalau kurus atau berisi memang senang nak preggy. Nih Mimi cerita untuk yang ada masalah period tak tetap. Menurut doktor lagi, memang ada kajian menyatakan penurunan berat badan adalah salah satu kaedah untuk pregnant. Mereka takkan bagi patient ubat tapi akan consult patient supaya turunkan berat badan.

Jadi, doktor pun bagitahu tak perlu risau dengan simptom ovari bengkak sebab tak beri kesan apa apa pada kesihatan cuma kalau tak cegah sampai bila lah kita bermasalah kan. Alhamdulillah hari tuh balik dengan hati bunga bunga. Syukur sangat fibroid dah takde cuma ovari bengkak tuh kenalah kuatkan diri untuk pulihkan semula.

        ***********************************

Pertengahan bulan Ogos appointment kali ke 2 di Gynae HTJ. Alhamdulillah berat badan turun 72.4kg. Macam biasa doktor consult the same thing. Kena diet cara semula jadi bukan turunkan berat badan dengan bergantung pada supplimen semata mata okey.

Appointment terakhir pada 31 Disember 2015. Time nih berat naik mendadak iaitu 76.4kg. Doktor terkejut kenapa berat badan naik mendadak sampai macam tuh sekali. Sepatutnya makin turun nih tak makin naik pulak. Time tuh Mimi tak tahu nak cakap apa dah.Dah macam macam Mimi buat tapi berat badan naik jugak nak buat macam mana kan. Rentetan daripada kes berat badan Mimi naik 4kg doktor stopkan appointment gynae dan kena continue rujuk pada yang berkenaan berkaitan kes baru. Allah!Allah!Allah! Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah. Sesungguhnya apa yang hambaMu ini lalui adalah atas izinMu dan tanda kasih sayangMu padaku.

Okey nanti sambung next entry iaitu last entry Anugerah Terindah. Mimi akan cerita kenapa appointment gynae dihentikan gara gara berlaku "sesuatu" pada Mimi.

Anugerah Terindah Part 2

8:00:00 PG 8 Comments
Anugerah Terindah Part 3 | Okey nak sambung kisah "ujian" istimewa yang Mimi hadapi tahun lepas. Kawan kawan yang terlepas baca Part 1 silalah baca takut nanti kawan kawan tak faham dan timbul kekeliruan nanti. Kali nih agak panjang sikit entrynya. Harap sabar membaca.

Sambungan drama air mata  dalam kereta sepanjang jalan nak balik Melaka serius cakap Mimi menyesali semua tindakan dulu masa ambil pil perancang. Sampai hilang kawalan, Mimi terlepas cakap dekat encik suami "Menyesal ayg dengar cakap mak abg suruh ambil pil dulu. Kalau ayg tahu jadi macam nih ayg tak nak ambil pun." Time tuh memang teresak esaklah Mimi menangis. Suami pun jawab " Abg dah cakapkan abg tak izinkan ayg ambil. Ayg yang degil ambil jugak."

Ya Allah time tuh dah lah kita stress, dengar pulak suami cakap macam tuh lagi stress sebab dia cakap kita degil. Apa lagi Mimi jawab,"Habis, dah mak abg cakap nanti yang susah ayg. Terkejar sana sini sebab anak anak kecil. Kalau suri rumah takpe jugak nih bekerja. Orang lelaki cakap pandailah." Agak agak time tuh apa pilihan yang kau ada bila mak mentua dah cakap macam tuh. Nak bantah dia mak suami aku merangkap mak aku jugak. Adoii serba salah.Encik suami diam aje bila dengar isteri dia cakap macam tuh. Ya Allah! Sumpah demi Allah. Bila kau dalam keadaan macam tuh kau tak akan sedar apa yang kau cakap tuh akan timbulkan perbalahan. Masa itu memang Mimi tak sedar apa yang keluar dari mulut tuh menimbulkan pergaduhan. Yelah dalam keadaan stress yang amat sangat dan sedih, apa yang terbuku dalam hati memang kita akan luahkan. Kawan kawan jangan pulak salah faham hubungan Mimi dengan mak mentua tak berapa baik. Hubungan kami baik tau. Mak mentua Mimi memang mak mentua yang baik walaupun kadang kadang memetir jugak. Orang Melaka faham faham ajelah percakapan diorang macam mana. Mimi tahu mana ada mak mentua yang nak tengok menantu dia susahkan.

Berbalik pada kisah tadi, bila puas menangis perut rasa lapar pulak. Perut dah berkeroncong lagu Sakitnya Tuh Di Sini. Bila encik suami singgah stesen minyak pesan dekat dia beli ajelah apa apa untuk alas perut. Time tuh dah tak nangis dan banyak istighfar dalam hati. Tiba tiba tersedar balik kata kata yang Mimi luahkan tadi dekat encik suami. Mesti dia terasa hati sebab kita macam menyalahkan mak dia atas apa yang berlaku sedangkan hakikatnya kita langsunggggg tak berniat macam tuh. Langsungggg tak terlintas wei nak salahkan mak mentua. Sebab kalau bukan atas tindakan sendiri benda nih takkan jadi jugak kan...Bila keadaan dah reda, cepat cepat minta maaf dekat suami sebab kita tahu salah kita. Dia pun dah cakap lepas nih jangan ambil lagi pil tuh sebab yang tanggung seksa bukan dia tapi Mimi jugak. Sampai kampung kitorang buat macam biasa macam takde apa apa yang berlaku sebab tak nak family mentua tau.

Tapi sampai bila nak sembunyikan hakikat daripada orang tua kan. Dalam keadaan badan yang berisi dan perut yang membuncit ke depan family yang lain tegur badan makin berisi dan ada yang sangka Mimi pregnant sebab perut membuncitkan macam 4 bulan kan. Bibir mampu ukir senyum aje tapi dalam hati menjerit meraung orang tak tahu. Kadang kadang kata kata diorang menyakitkan dan melukakan hati tapi kerana nak jaga air muka suami ku tahan aje telinga nih sampai naik cair taik telinga lah!!!

Akhirnya mak mentua tahu jugak yang the only menantu yang dia ada (buat masa sekarang nih lah) "sakit". Nampak muka dia serba salah bila tahu punca "sakit" menantu dia tapi sebagai anak, tak nak buat dia risau Mimi hanya buat slumber derk aje..Seolah olah benda tuh small matter aje. Tapi hati tetap meraung wa cakap sama lu!!!

                    ***********************
Dalam pertengahan bulan March 2015, Mimi kuatkan semangat pergi Klinik Kesihatan Seremban 2 untuk rawatan susulan. Siap siap bawak gambar scan tuh. Doktor tengok dan bulatkan area ketumbuhan tuh dan dia kata tengok pada gambar tak besar mana maybe akan hilang ataupun makin membesar. Segala galanya bergantung pada keadaan. So, kes Mimi di rujuk di Gynae Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Appointment 16 April 2015. Means, sebulan lagi. Dalam tempoh sebulan tuh Mimi usaha jugak cara lain untuk rawat ketumbuhan tersebut. Menjadi atau tak belakang kira asalkan kita usaha.

Time tuh Mimi ada kongsikan masalah dengan bos sebab Mimi perlukan kaunseling untuk kuatkan semangat. Bos pulak memang ada sijil yang diiktiraf sebagai kaunselor. Masa tuh dia banyak bagi semangat dan nasihat. Dia jugak ada terangkan fibroid nih macam macam jenis. Tapi ada satu nasihat dia yang Mimi pegang dan ingat sampai sekarang. "Awak anggap ujian yang awak terima tuh sebagai hadiah daripada Allah bukan satu bebanan. Terimalah hadiah yang Allah berikan tuh dan jaga baik baik. Anggap hadiah itu sesuatu yang istimewa yang awak tak tahu hikmah di sebalik hadiah tuh. Tiba masa nanti terpulang pada awak nak pulangkan hadiah itu kembali atau simpan." 

Okey selepas dah melalui sesi kaunseling apa semua Mimi buat kerja macam biasa. Lalui hari hari yang mendatang macam biasa. Sampailah satu hari, Mimi period. Tuh pun selepas macam macam usaha Mimi buat untuk rawat ketumbuhan tuh seperti amalkan supplimen dan sebagainya. Tapi keadaan period ketika itu sangat luar biasa. Bayangkan kebiasaannya hari pertama akan guna pad biasa dan malam aje guna jenis wings dan sehari 3 kali tukar. Tapi period kali nih 5 kali tukar dan pad yang digunakan jenis wings dari pagi sampai malam. Walaupun wings tetap bocor. Lencun...Luar biasa. Ketulan pun ada keluar tapi Mimi tak fikir pun kemungkinan ketumbuhan tuh keluar sebab memikirkan period yang lama tak menjengah. Selepas period tuh alhamdulillah perut kempis sangat sangat. Masa tuh memang berharap sangat sangat ketumbuhan tuh hanya mitos saja.

Sampailah tarikh appointment yang dinantikan. Rasa berdebar debar jugak. Doktor yang rawat Mimi time tuh tengok jugak gambar scan. Dia tengok memang macam ada ketumbuhan. Time tuh terus doktor decide nak scan lagi sekali dan dia tanya pernah buat pap smear atau tak. Dengan jujurnya ku jawab langsung tak pernah. Hahaha.. Alasan tak buat sebab takut. Punyalah penakut dak Mimi nih wei. So, doktor suruh buat scan dan pap smear sekali. Masa scan doktor tak nampak pun ketulan ketumbuhan tuh. Doktor kata tak jelas. So dia decide buat scan bawah. Masa tuh blur blur jugak scan bawah tuh macam mana. Rupa rupanya scan bawah tuh alat scanner tuh dimasukkan dalam bawah kita tau. Bentuk scanner tuh panjang macam batang kayu tapi tak lah panjang sangat atau besar sangat. Diameter lebih kurang macam besar duit syiling 50 sen dan bahagian depan runcing sikit. Nak terangkan pun tak tahu macam mana fizikal scanner tuh. Doktor ada cakap akan rasa senak dan sakit sikit. Masa scan tuh doktor tak jumpa ketumbuhan tuh atau erti kata lain macam hilang. Masa tuh dalam hati dah happy sangat. Memang ketumbuhan tuh takde tapiiiiii doktor jumpa masalah lain pulak. Time tuh rasa what????Allah ujian lain pula Mimi kena lalui.

Ujian baru apa yang Mimi hadapi dan lalui??Tunggu next entry pula.

P/S * Entry nih bukanlah nak menyatakan pengambilan pil perancang tuh tak elok sebab lain orang lain effect nya. Ada kawan kawan yang ambil okey aje takde apa apa masalah ada jugak yang bermasalah macam Mimi. Tapiiii kebanyakan yang Mimi tahu dan dengar memang ada masalah lepas ambil pil. Adik Mimi yang jururawat pun tak ambil pil sebab dia pernah cakap dia tahu kesan pengambilan pil tuh.