Ahad, 31 Januari 2016

Anugerah Terindah Part 1

Anugerah Terindah Part 1 | Seperti yang Mimi dah janji dengan kawan kawan entry kali nih, Mimi nak share pengalaman atau "ujian" yang Mimi terima tahun lepas...Kerana "ujian" ini lah menyebabkan Mimi buat keputusan rehat sementara dari dunia blogging.

Okey Mimi flashback sikit pasal pengambilan pil perancang selepas lahirkan Auni. Auni dilahirkan 05 April 2011. Sebulan lepas tuh buat keputusan ambil pil perancang selepas kena brain wash dengan mak mentua. Yelah time tuh langsung tak terfikir pun nak ambil pil perancang tapi mak mentua nasihatkan suruh ambil atas faktor kelahiran Aina dan Auni yang selang setahun. (Sebenarnya tak nak ambil sebab tak kisah pun ambil ke tak pandai pandai lah plan sendiri kan tapi mak mentua dah memetir oiii takut Kak Nab) So, terus decide ambil pil perancang tanpa memikirkan risiko dari pengambilan pil perancang.

Sekian lama asyik duk telan pil tuh dengan penuh dedikasi dan on time maka Mimi decide nak stop ambil bulan September 2014 sebab nak tambah baby lagi. Tengok orang lain masing masing update kat fb,ig gambar tengah memboyot, apa lagi excited lah kan nak rasa perut membuncit jugak macam orang lain (Mimi pun nak jugak memboyot kan). Hari demi hari bulan demi bulan tak jugak mengandung. Period tak regular, 2 bulan sekali baru datang. Mula mula fikir dah preggy tapi bila check upt negatif. Almost RM100 duit habis beli upt setiap kali period tak datang. (Nampak tahap keborosan kat situ..Jangan ikut seperti Mimi). Sampailah satu tahap dah malas nak beli upt dan berserah pada Allah. Ada rezeki adalah kan.

Sampai satu tahap empunya diri terperasan perut makin lama makin membuncit ke depan. Masa tuh tak fikir langsung preggy sebab tanda tanda preggy tuh takde. Perut membuncit macam preggy 4 bulan(time tuh period lewat 2 minggu), snap pic perut send dekat grup wassup khas untuk adik beradik perempuan Mimi. Sebab adik yang second jururawat dan yang 3rd PPK so nak tanya diorang kot kot diorang tahu kenapa perut kakak diorang camtu. Sedangkan baru lewat 2 minggu takkan preggy kot.

So adik yang second nasihatkan Mimi pergi klinik buat check up. Time tuh dia langsung tak nak bagitahu apa yang dia rasa sebab katanya takut kakaknya risau. Katanya lah kan. Time tuh malas nak fikir sangat, just bagitahu diorang on the way balik Melaka nanti pergi klinik lah scan apa yang patut.

Tibalah masa hari yang di nanti nanti, sebelum balik Melaka decide nak pergi klinik. Dah bagitahu encik suami awal awal sebab risau perut makin membesar. Pergilah kami ke klinik dan bagitahu doktor masalah period dan flow nya macam mana. Docktor decide buat scan. Masa tuh dalam hati berdebar debar Allah saja tahu. Siap dalam hati berdoa mudah mudahan ada berita baik untuk kami sekeluarga.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala galanya. Setiap ujian yang diberikan pada hambaNya pasti ada hikmah terindah di sebaliknya. Selepas scan, doktor menyatakan ada ketumbuhan luar rahim. Atau bahasa mudahnya ketumbuhan fibroid. Doktor kata tak besar mana cuma sm perlu memantau keadaan tuh.. Fibroid kan banyak kategori dan jenisnya. Selepas rawatan terus balik singgah rumah family nak tunjuk pada adik second yang kebetulan balik hujung minggu jenguk anak anak dia.

Mimi tunjuk gambar scan pada dia, dia cuma cakap " Aku dah agak Kakmi kalau kau tak preggy mesti ada fibroid. Aku tak nak bagitahu kau dulu sebab nak kau buat rawatan dulu tak nak nanti kau risau." Time tuh nak nangis tapi tahan air mata tak nangis depan mama dan adik adik yang lain. So, adik nasihatkan pergi klinik kesihatan dan terus rujuk hospital. Kakaknya akur dan angguk ajelah.

Sepanjang jalan balik ke Melaka hanya air mata jadi kawan. Encik suami dan anak anak seolah olah faham apa yang Mimi rasa diam aje. Lagi sedih bila encik suami cakap "Takpelah kalau ayg tak boleh mengandung lagi. Dah ada dua anak nih pun dah kira syukur." Hoiiii, lagilah Kak Nab menangis sedu tepi cermin kereta. Tak sanggup tengok muka encik suami dah..

Sambung Part 2 nanti ye. Nanti taip panjang panjang jemu pulak nak baca. Hahaha....Jumpa nanti next entry okey.

10 ulasan:

  1. dugaan untuk mimi sekeluarga.
    bersabarlah dan semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. ala mimiiiiii, kak ina baru je bergenang air mata, tunggu nak keluar je lagi.. alih2 bersambung katanya.. tak jadi air mata nak jatuh.. hehhe

    sambungla cepat mimi...

    btw, akak baru tahu yg mimi ambik pil perancang tu pasal MIL suruh... sebelum ni mimi cite ingat mimi yg nak ambik...

    tu yg kadang susah bila benda2 ni libatkan family.. kita taknak tapi dipaksa.. byk benda sebenarnya jadio camni.. dari segi pemakanan baby la, penyusuan baby la...

    tapi apa2 pun, kak ina tahu mimi kuat!!

    BalasPadam
  3. mimi kuat.. sayu nya baca entry ni . huhu
    susah kan bila org lain bagi pendapat bukan x blh terima tp tu lah.. semuannya kuasa Allah..
    pasti ada hikmahnya..
    mimi kuat dan tabah..

    cepatan sambung ye..

    BalasPadam
  4. Sebab pil perancang lah adik kita keguguran & fibroid. Tak lama lepas tu pregnant balik. Doc diagnosis ada fibroid plak. Alhamdulillah benda tu mengecut dan tak membesar sama mcm baby.

    BalasPadam
  5. Sedih jugakan masa perjalanan dari melaka tu, sebab adik rujuk ke hospital, diri tak bermaya dengan berita yang didengar dan ditanggung lagi. Alhamdulillah sekarang dah happy, kakak kakak nak dapat adik.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.