Ahad, 31 Januari 2016

Anugerah Terindah Part 1

11:49:00 PG 10 Comments
Anugerah Terindah Part 1 | Seperti yang Mimi dah janji dengan kawan kawan entry kali nih, Mimi nak share pengalaman atau "ujian" yang Mimi terima tahun lepas...Kerana "ujian" ini lah menyebabkan Mimi buat keputusan rehat sementara dari dunia blogging.

Okey Mimi flashback sikit pasal pengambilan pil perancang selepas lahirkan Auni. Auni dilahirkan 05 April 2011. Sebulan lepas tuh buat keputusan ambil pil perancang selepas kena brain wash dengan mak mentua. Yelah time tuh langsung tak terfikir pun nak ambil pil perancang tapi mak mentua nasihatkan suruh ambil atas faktor kelahiran Aina dan Auni yang selang setahun. (Sebenarnya tak nak ambil sebab tak kisah pun ambil ke tak pandai pandai lah plan sendiri kan tapi mak mentua dah memetir oiii takut Kak Nab) So, terus decide ambil pil perancang tanpa memikirkan risiko dari pengambilan pil perancang.

Sekian lama asyik duk telan pil tuh dengan penuh dedikasi dan on time maka Mimi decide nak stop ambil bulan September 2014 sebab nak tambah baby lagi. Tengok orang lain masing masing update kat fb,ig gambar tengah memboyot, apa lagi excited lah kan nak rasa perut membuncit jugak macam orang lain (Mimi pun nak jugak memboyot kan). Hari demi hari bulan demi bulan tak jugak mengandung. Period tak regular, 2 bulan sekali baru datang. Mula mula fikir dah preggy tapi bila check upt negatif. Almost RM100 duit habis beli upt setiap kali period tak datang. (Nampak tahap keborosan kat situ..Jangan ikut seperti Mimi). Sampailah satu tahap dah malas nak beli upt dan berserah pada Allah. Ada rezeki adalah kan.

Sampai satu tahap empunya diri terperasan perut makin lama makin membuncit ke depan. Masa tuh tak fikir langsung preggy sebab tanda tanda preggy tuh takde. Perut membuncit macam preggy 4 bulan(time tuh period lewat 2 minggu), snap pic perut send dekat grup wassup khas untuk adik beradik perempuan Mimi. Sebab adik yang second jururawat dan yang 3rd PPK so nak tanya diorang kot kot diorang tahu kenapa perut kakak diorang camtu. Sedangkan baru lewat 2 minggu takkan preggy kot.

So adik yang second nasihatkan Mimi pergi klinik buat check up. Time tuh dia langsung tak nak bagitahu apa yang dia rasa sebab katanya takut kakaknya risau. Katanya lah kan. Time tuh malas nak fikir sangat, just bagitahu diorang on the way balik Melaka nanti pergi klinik lah scan apa yang patut.

Tibalah masa hari yang di nanti nanti, sebelum balik Melaka decide nak pergi klinik. Dah bagitahu encik suami awal awal sebab risau perut makin membesar. Pergilah kami ke klinik dan bagitahu doktor masalah period dan flow nya macam mana. Docktor decide buat scan. Masa tuh dalam hati berdebar debar Allah saja tahu. Siap dalam hati berdoa mudah mudahan ada berita baik untuk kami sekeluarga.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala galanya. Setiap ujian yang diberikan pada hambaNya pasti ada hikmah terindah di sebaliknya. Selepas scan, doktor menyatakan ada ketumbuhan luar rahim. Atau bahasa mudahnya ketumbuhan fibroid. Doktor kata tak besar mana cuma sm perlu memantau keadaan tuh.. Fibroid kan banyak kategori dan jenisnya. Selepas rawatan terus balik singgah rumah family nak tunjuk pada adik second yang kebetulan balik hujung minggu jenguk anak anak dia.

Mimi tunjuk gambar scan pada dia, dia cuma cakap " Aku dah agak Kakmi kalau kau tak preggy mesti ada fibroid. Aku tak nak bagitahu kau dulu sebab nak kau buat rawatan dulu tak nak nanti kau risau." Time tuh nak nangis tapi tahan air mata tak nangis depan mama dan adik adik yang lain. So, adik nasihatkan pergi klinik kesihatan dan terus rujuk hospital. Kakaknya akur dan angguk ajelah.

Sepanjang jalan balik ke Melaka hanya air mata jadi kawan. Encik suami dan anak anak seolah olah faham apa yang Mimi rasa diam aje. Lagi sedih bila encik suami cakap "Takpelah kalau ayg tak boleh mengandung lagi. Dah ada dua anak nih pun dah kira syukur." Hoiiii, lagilah Kak Nab menangis sedu tepi cermin kereta. Tak sanggup tengok muka encik suami dah..

Sambung Part 2 nanti ye. Nanti taip panjang panjang jemu pulak nak baca. Hahaha....Jumpa nanti next entry okey.

Sabtu, 30 Januari 2016

Fakta Tabung Haji

11:37:00 PG 1 Comments
Assalamualaikum...

Hari nih Mimi nak share dengan kawan kawan fakta berkenaan Tabung Haji..Sebelum nih banyak khabar yang tak bagus kita dengar pasal Tabung Haji..Jadi saya nak share info yang saya dapat dari fb..Sumber dari seorang hamba Allah yang tak sempat saya nak copy link fbnya...Bila skroll cari semula tak jumpa sebab info tuh share atas share...

Semoga info nih bermanfaat untuk kita semua..





Sumber : fb personel seorang hamba Allah..maaf tak dapat nak link ke fb beliau sebab cari semula dah tak jumpa...InsyaAllah kalau jumpa Mimi akan update ye..

Rabu, 27 Januari 2016

Setiap Ujian Pasti Ada Hikmah!!!!

8:46:00 PG 10 Comments
Assalamualaikum....

Pagi pagi lagi Pn Mimi kita update blog secara langsung dari Klinik Kesihatan...Bosan tunggu no giliran lama nau sambil sambil tuh update blog...

Ermmm....Tajuk entry kali nih rasanya semua tahu dan semua setuju kan...Setiap ujian pasti ada hikmahnya....Hikmah yang kita sendiri tak akan pernah terfikir...

Jujurlah Mimi kata kan banyak faktor sebenarnya Mimi menyepi dari blog...Salah satu faktor sebab ujian yang dihadapi menyebabkan mood nak berblogging terus ke laut. Bukan sebab terlalu sedih dengan ujian yang di terima tetapi perlukan ruang untuk mencari kekuatan menghadapi ujian tersebut.

Sebab itulah kita sebagai hambaNya kena yakin seyakin yakinnya ujian yang Allah berikan bukanlah untuk "menjatuhkan" hambaNya tetapi ujian itu memberi kekuatan yang kita sendiri tak sangka..Allah berikan ujian kerana sayangkan hambaNya...

Jadi setiap ujian yang kuta hadapi jangan sesekali mengeluh..No no no...Tetapi hadapi ujian itu dengan tabah dan terima ujian itu sebagai "hadiah" istimewa daripada Allah..

Nanti saya update kisah "ujian" yang saya hadapi dan hikmah yang saya terima selepas saya hadapi "ujian" tersebut...

Isnin, 25 Januari 2016

Blogger Pink Ummi Kembali!!!

4:20:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum kawan kawan!!!!

Ya Allah!!Rindu betul Mimi dengan korang tau....Lama betul dak Mimi nih menyepi dari dunia blogging....Walaupun menyepi sekian lama dekat blog iols tetap follow korang tau....Kat fb,IG....Sumpah tak pernah lupa...

Mesti ramai tertanya tanya kenapa lama menyepi....kan...Ermmm serius cakap Mimi takde jawapan untuk soalan tuh...Huhuhu...

Insya Allah come back kali nih..(ecececeh..bajet retis ngko siap bercome back bagai) penulisan lebih santai seiring dengan usia yang makin meningkat..Al maklum ajelah dah masuk 3 series nih kan...Perkongsian ilmu tuh tetap ada....Diam seketika sebab belajar benda benda baru dalam kehidupan seharian....

Ok lah jumpa korang next entry ye....Sumpah rindu kawan kawan blogger yang ramah tamah nih....