Sabtu, 31 Disember 2016

Ayam Bakar Station Port Dickson | Berniaga Sambil Bersedekah

11:40:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum dan hai korang...

26 Disember lepas Mimi sekeluarga pergi Wet World Kolam Air Panas Pedas. Plan yang Mimi dan adik adik discuss sejak 2 bulan lepas lagi. Nak bawak mama ayah adik adik dan anak anak masing masing berehat dan berseronok time cuti sekolah. Bila sekali sekala berkumpul adik beradik seronoknya jangan cakap!!!Lain macam happy dia tuh. Okey, stop bebel pasal Kolam Air Panas Pedas. Mimi nak share dengan korang lokasi makan makan yang best di Port Dickson iaitu Ayam Bakar Station Port Dickson.



Balik dari Wet World, kami sekeluarga singgah makan tengahari di Ayam Bakar Station yang terletak di Batu 11, Telok Pelandok. Kalau balik dari Wet World tuh kami ikut laluan Linggi dan terus tembus Pengkalan Kempas. Kalau lalu ikut Port Dickson-Seremban dah berpusing jauh. Ayam Bakar Station nih betul betul terletak di tepi jalan. Kalau korang dari Port Dickson-Seremban nak ke Pengkalan Kempas, Tanjung Agas atau Melaka ikut jalan lama (tak ikut highway) kedai makan nih terletak di sebelah kiri korang. Begitu juga sebaliknya kalau korang dari Melaka, Tanjung Agas atau Pengkalan Kempas nak ke Port Dickson-Seremban kedai makan nih terletak di sebelah kanan korang.





Ayam Bakar Station ini menggunakan warna oren a.k.a jingga sebagai trademark kedai mereka dan konsep kedai makan ini lebih kepada santai dan layan diri. Apa yang best di Ayam Bakar Station ini sudah tentulah menu utamanya sedap dan meletop. Selain daripada itu, Ayam Bakar Station ini ada juga menyediakan menu masakan kampung tau. Dannn apa yang palingggg istimewa di Ayam Bakar Station ini ialah owner kedainya yang dikenali sebagai Encik Mat mengamalkan konsep "berniaga sambil bersedekah".



Konsepnya macam ini, kalau korang beli Ayam Bakar/Madu Set, sekiranya nasi dah habis pelanggan boleh tambah nasi, salad, sambal dan sup secara percuma dengan syarat guna pinggan/mangkuk yang sama. Tambah ayam kira harga lain lah. Korang tak perlu risau ayam tak cukup ke apa sebab ayam yang dihidangkan memang besar. Tambah nasi dua kali baru ayam habis. Mimi sendiri tambah nasi baru ayam habis. Macam tuh juga dengan air. Oh ya untuk 1 set Ayam Bakar/Madu RM8.50 (Nasi+Ayam Bakar Madu+ Salad + Sup + Sambal). Air pula di caj segelas RM2.00 dan pelanggan boleh refill air banyak kali dengan syarat guna gelas yang sama juga. Korang refill 3,4 kali air tetap dikira RM2.00 tau. Murah kan? Ada 6 jenis air yang boleh korang pilih iaitu orange, ribena, dragonfruit, guava dan 2 lagi Mimi tak ingat dah..hahaha...Boleh refer gambar di bawah mengenai konsep yang Mimi terangkan.



Time pergi makan tuh, family Mimi saja order 14 set Ayam Bakar/Madu, 11 set pedas dan 3 set tak pedas. Beza pedas dan tak pedas tuh Ayam Bakar/Madu didatangkan sekali dengan semangkuk sup dan sambal cili manakala yang tak pedas tuh bezanya tiada sambal cili tetapi digantikan dengan kuah yang Mimi sendiri tak pasti namanya. Tapi rasanya memang sedap. Tak berkesempatan nak tanya owner nama kuah tak pedas tuh sebab owner dan pekerja merangkap isteri dan anak anaknya sangat sibuk melayan pelanggan yang tak putus putus datang. Harga makanan dan minuman memang sangat sangat berpatutan. Rasa sangat berbaloi bayar harga yang ditetapkan sebab serius memang sedap makanan yang disediakan. Memang takkan rasa rugi atau terkilan lah.





Ayam Bakar Station beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pagi hingga petang. Sekiranya hari Isnin jatuh pada hari Cuti Am Ayam Bakar Station buka seperti biasa. Waktu operasi tak dapat nak specific kan dengan tepat sebab tak tentu masa yang sebenar owner tutup kedai. Tapi apa yang pasti Ayam Bakar Station ini beroperasi dari pagi sampai petang.

Ayam Bakar Station highly recommended kalau korang datang ke Port Dickson. Nak makan sedap, boleh tambah nasi, tambah air percuma korang cari Ayam Bakar Station. In shaa Allah gerenti korang puas hati. Mimi sekeluarga bagi 5 bintang.

Lokasi :

Ayam Bakar Station
Batu 11, Telok Pelandok, Port Dickson
(tepi jalan)

Rabu, 14 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade : Tokyo Destinasi Pilihan Untuk Familymoon

12:34:00 PTG 7 Comments
Assalamualaikum dan haiπŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

Korang tahu tak jika Mimi diberi peluang travel ke luar negara destinasi apa yang jadi pilihan utama Mimi untuk Familymoon? Sudah tentulah Tokyo. Kenapa Tokyo? Mimi pilih Tokyo sebab Tokyo terkenal dengan tempat tempat pelancongan yang menarik. Selain daripada itu, Mimi juga jatuh cinta dengan peradaban orang Jepun yang sangat sopan serta kehidupan mereka yang teratur, kemas dan bersih. Mimi nak sangat sangat tengok depan mata cara hidup orang Jepun dan praktikkan dalam kehidupan harian sekaligus dapat ajar anak anak peradaban mereka. So, andaikata dapat pergi Tokyo alangkah bahagianya hidup.

Apabila nak pergi travel, pasti Mimi akan ingat mengenai satu aplikasi yang memudahkan kaki kaki travel iaitu Traveloka. Traveloka? Apa itu Traveloka? Traveloka merupakan aplikasi percutian yang sangat efisien dan pantas kerana kita boleh book hotel dan tiket penerbangan sepantas 123. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan kita untuk travel. Tak perlu risau nak tidur mana naik flight apa lagi dah. Semuanya boleh dibuat di Traveloka. Nak lagi mudah korang cari #MyTravelokaEscapade untuk cari pelbagai maklumat terkini.

Jika diberi peluang dan ada rezeki pergi Tokyo, Jepun, ada 7 tempat pilihan utama Mimi nak pergi tau. Korang nak tahu apa tempat yang Mimi pilih untuk Familymoon nanti. Jom baca jomπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

1. Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku merupakan taman tradisional tertua di Jepun dan mempunyai pelbagai tarikan seperti tasik kecil, jambatan tradisional dan pelbagai jenis pokok menarik. Terdapat juga beberapa taman utama seperti French Garden dan English Garden yang merupakan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura dan musim bunga luruh. Kalau Mimi dan family datang sini memang kami bergambar sepuas puasnya tau. Kalaulah berpeluang pergi time musim bunga sakura confirm meroyan Mimi dibuatnya. Dahlah bunga sakura tuh bunga kesukaan Mimi, warnanya pink pulak tuh (my favourite colour gitu).

2. Sensoji Temple dan Nakasima Street



Dikenali sebagai Asakusa Cannon Temple iaitu kuil Buddha yang terletak di Asakusa dan kuil ini merupakan kuil tertua di Tokyo. Selepas pintu gate utama kuil iaitu Kaminarimon (Thunder Gate) terdapat deretan kedai cenderahati di sepanjang jalan ke pintu gate kedua Hozomon yang dikenali sebagai Nakasima Street.

3. Tokyo Disneyland dan DisneySea





Tokyo Disneyland merupakan taman tema yang dibina pada tahun 1983 berdasarkan filem filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Ia merupakan taman tema Disneyland pertama di luar Amerika Syarikat. Kalau pergi di sini confirm anak anak Mimi suka tau. Pastinya peluang bergambar dengan watak watak dari filem Walt Disney takkan dilepaskan. Manakala Tokyo DisneySea merupakan taman tema fantasi berdasarkan lagenda laut. Hah tempat nih sangat sesuai untuk Mimi dan suami beromantika De Amour.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

4. Yoyogi Park



Hahh Yoyogi Park tempat kedua Mimi dan keluarga akan pergi untuk bersantai santai hirup udara segar. Yoyogi Park merupakan taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga tersayang. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine (kuil yang dibina khas untuk Maharaja Meiji)


5. Gunung Fuji




Salah satu alam semulajadi yang Mimi nak sangat tengok depan mata iaitu Gunung Fuji. Gunung Fuji yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone ini merupakan gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24m. Di sekeliling Gunung Fuji ini difahamkan ada 5 tasik iaitu Tasik Kawagushika, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

6. Tokyo Sky Tree



Hah ini merupakan Tokyo Sky Tree ini merupakan stesen penyiaran tv juga menjadi mercu tanda Tokyo. Ia merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Di sini juga ada shopping complex dan aquarium yang terletak di bawah bangunan. Di sini juga mempunyai observatory deck iaitu Tembo Deck berketinggian 350m dan Tembo Gallery 450m dan merupakan observatory deck tertinggi di Jepun dan antara yang tertinggi di dunia. Souvenir yang dijual di sini juga tidak terjual di tempat lain. Kalau Mimi pergi confirm Mimi bergambar dengan family sampai lebam. Setiap sudut yang menarik Mimi takkan lepaskan. Dan dari sini juga Mimi boleh enjoy tengok view Tokyo yang cantik.

7. Ueno



Bagi pencinta sejarah dan seni seperti Mimi, sangat sesuai pergi Ueno sebab terdapat pelbagai muzium di sini seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Di sini juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan Taman Zoologi pertama di Jepun.

Menarik tak menarik tak?πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™ Rasa tak sabar pula nak menantikan detik detik istimewa ini jika Mimi dan family berpeluang Familymoon di Jepun. Memang Mimi akan gunakan peluang ini sebaik baiknya tau. Takkan lepaskan peluang untuk rakam detik terindah walau sesaat. Hopefully Mimi sekeluarga berpeluang jejak kaki di negara Matahari Terbit dan Traveloka akan merealisasikan impian kami.😊😊😊

Buat korang yang kaki travel jangan lupa singgah web ini www.traveloka.com.my dan jangan lupa guna #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan carian korang tau. Ingat Travel Ingat TravelokaπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Ahad, 11 Disember 2016

Friso Gold : Membekalkan Nutrisi Yang Menguatkan Anak Anak Dari Dalam

8:10:00 PG 2 Comments
Seminggu bercuti, duduk terperap dalam rumah memang sangat bosan tau korang. Tepu otak Mimi dibuatnya duduk dalam rumah. Jammed terus otak tak boleh berfikir. Bila semua kerja rumah dah siap buat apalagi nak buat selain daripada tidur kan? Jadi, daripada duduk terperap dalam rumah, lebih baik bawa anak anak berjalan makan angin menikmati keindahan alam semesta. Betul tak? Anak anak pun dapat buat aktiviti kegemaran mereka.







Memang anak anak seronok sangat bila dapat makan angin sebab mereka boleh belajar sesuatu benda yang baru di samping meneroka alam di sekeliling mereka. Bila mendedahkan mereka dengan keadaan sekeliling pasti akan mengundang bahaya kepada mereka antaranya terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, persekitaran yang tidak sihat dan sebagainya. Sebagai ummi kepada dua orang puteri yang sedang membesar pasti Mimi amat menitikberatkan kesihatan mereka bila melakukan aktiviti di luar rumah. Namun, Mimi tidak perlu risau semua itu kerana Mimi dah pun mencari dan memberikan mereka susu Friso Gold. Sejak consume Friso Gold anak anak Mimi semakin cergas, cerdas serta kekuatan dalaman mereka yang sangat memberangsangkan. Malahan, sistem penghadaman mereka juga semakin baik. Tidak ada lagi masalah sembelit atau diarrhea.



Susu Friso Gold dihasilkan dari susu lembu yang berkualiti tinggi. Kenapa dengan yakinnya Mimi kata susu Friso Gold berkualiti tinggi? Hah, korang baca serba sedikit maklumat penting berkaitan susu Friso Gold. Susu berkualiti tinggi adalah titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti. Jadi Friso Gold bermula dengan sumbernya di negara Belanda. Susu Friso Gold datangnya dari ladang-ladang milik mereka sendiri.

Lembu-lembu di ladang diberi makanan berkualiti. Lembu yang sihat menghasilkan susu yang berkualiti. Peladang-peladang memberikan jagaan terbaik terhadap lembu-lembu mereka. Setiap lembu diberi nama yang tersendiri dan dijaga seperti keluarga. Kolar elektronik dan tag unik digunakan untuk memantau status kesihatan setiap lembu.

Susu adalah produk semula jadi dan alam semula jadi tidak boleh digesa. Penghasilan susu yang berkualiti memerlukan penjagaan serta dedikasi yang tinggi. Peladang ini menggabungkan kepakaran dengan sistem penyusuan dan pemantauan berteknologi tinggi bagi memastikan lembu mereka kekal sihat, dan menjamin susu berkualiti tinggi. Bagi mereka, perladangan adalah sebahagian daripada alam semula jadi.

Nampak tak? Susu Friso Gold terhasil daripada susu lembu yang dijaga rapi oleh peladang dari ladang mereka sendiri dan diberikan makanan yang berkualiti tau. Semakin sihat seekor lembu itu semakin berkualiti susu yang dihasilkan. Korang boleh nampak bagaimana mereka menjaga rapi lembu di ladang untuk memastikan lembu sentiasa kekal sihat.



Susu Friso Gold yang terbaru ini juga dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri di mana membantu mengekalkan nutrien dalam keadaan asal semasa proses pengeluaran supaya ia mudah diserap dalam tubuh dan sistem penghadaman. Ini kerana susu Friso Gold terhasil dari kekreatifan para saintis yang mencipta proses khas yang memelihara susu pada setiap langkah proses agar kebaikan dikekalkan dalam formula susu mereka. Setiap proses adalah di bawah kawalan mereka bermula dari ladang sehinggalah ke kilang. Susu yang berkualiti tinggi ini yang dibawa dari ladang sehingga ke kilang sentiasa dipantau agar kebaikan susu dikekalkan agar dapat membekalkan nutrisi kepada si manja agar kuat dari dalam.

Korang percaya tak susu yang mengandungi nutrien yang kekal terpelihara akan memberikan sistem penghadaman yang baik kepada anak anak. Jika sistem penghadaman baik maka daya ketahanan tubuh mereka juga bertambah baik. Kenapa Mimi cakap begitu? Sebagai contoh, sebelum ini anak anak Mimi mudah kena sembelit. Dari situ Mimi tahu sistem penghadaman mereka tidak sihat. Setiap kali nak membuang, memang mereka menangis meraung kesakitan. Sedih tau tengok mereka menangis. Sejak kejadian itu, Mimi agak cerewet apabila memberikan mereka makanan. Tidak boleh bagi mereka makan sebarangan dan sedaya upaya usaha berikan mereka makanan yang di masak sendiri oleh Mimi. Nak bermain di luar jauh sekali sebab bila dah main tuh faham faham sajalah kan. Mesti kotor sana sini kuku hitam bagai.

Tapi sejak mereka consume Friso Gold, Mimi tak lagi jadi seorang ummi yang over-protected, tidak lagi cerewet malahan memberi anak anak kebebasan bermain supaya mereka dapat meneroka alam sekitar agar mereka menjadi lebih bijak dan kreatif. Mereka tiada lagi masalah sembelit malah perkembangan tumbesaran mereka juga bertambah baik tau. Yang paling ketara, Mimi nampak anak anak jarang demam. Dalam setahun sekali dua saja mereka demam. Kalau tidak,sebelum ini tak terkira dek jari kekerapan mereka demam tau. Sampai cuti tahun tinggal sedikit gara gara mereka kerap demam. Sekarang ini, tak perlu risau dah cuti tahun habis sebab mereka jarang demam. Kalau demam pun, mereka kekal aktif tau. Ada saja yang mereka buat tak tahu duduk diam. Menguji kesabaran sungguh. Demam tapi aktif..hahahaha...



Aktiviti luar rumah yang Mimi dan suami rancangkan untuk anak anak. Bawa mereka dan adik bongsu Mimi mandi laut. Walaupun air laut keruh sedikit langsung tidak merunsingkan Mimi ataupun suami sebab yakin anak anak kami kuat dari dalam dalam. Mereka nak main pasir pun tak kisah dah. Kalau tak mulut kami bising macam murai marahkan mereka main pasir πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



Bila anak anak sihat dan kuat dari dalam sudah tentu Mimi dan suami bertambah gembira untuk melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak anak. Mimi dan suami yakin dengan aktiviti sihat di luar rumah ini lah yang banyak membantu perkembangan otak yang sihat dan cerdas anak anak sehingga mereka juga cemerlang di dalam akademik.



Sabtu, 10 Disember 2016

Tefal Manual Chopper | Memudahkan Tugas Di Dapur

5:36:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum dan hai korang

Sebagai seorang isteri dan Ummi kepada 3 orang anak, wajib tahu masak dan suka masak. Sebab apa Mimi cakap macam tuh? Dulu masa zaman anak dara a.k.a zaman belajar dulu Mimi tak suka masak tau. Kalau bab masak nih rasa lemah sendi sendi semua. Mimi tak suka masak sebab bagi Mimi leceh nak belajar nama bahan bahan masakan tuh hah..Kalau setakat minyak masak garam gula tahu lah kan. Tapi kesedaran tuh timbul bila umur semakin meningkat dan akan bergelar jadi isteri orang. Sekarang nih, jangan tak percaya Mimi sangat suka memasak dan suka cuba resepi baru. So, bila dah suka memasak tentulah kita nak peralatan memasak di dapur lengkap dan membantu kita memudahkan kerja kerja memasak. Betul tak?

Hah, kalau sebelum nih bila memasak Mimi kena chop bawang lobak guna pisau. Sekarang nih, tak payah susah susah chop guna pisau sebab Mimi dah ada Tefal Chopper. Kerja memasak memang menjadi sangat mudah dan senang. Suka suka suka.



Nak gunakan Tefal Manual Chopper nih pun tersangattt lah mudah. Tak perlu guna elektrik pun cuma guna tenaga tangan saja. Itupun tak banyak mana pun tenaga diperlukan untuk cincang bawang ke lobak ke dan sewaktu dengannya. Anak anak korang boleh bantu korang tapi pastikan dengan pengawasan korang tau.



Cara nak guna senang saja. Macam Mimi nak chop bawang besar. So, Mimi just potong 4 saja terus masuk dalam Tefal Manual Chopper. Kemudian tarik pemegang seperti gambar di atas. Kalau korang nak bawang besar di cincang kasar tarik pemegang tuh 3 4 kali dah cukup. Kalau nak sederhana kejadian tarik lagi 2 3 kali. Kalau nak lagi halus korang tarik saja pemegang tuh ikut suka korang berapa kali sampailah bawang besar tuh halus.



Hah, ini kejadian bawang besar yang Mimi chop halus. Sangat berpuas hati guna Tefal Manual Chopper nih tau. Memang memudahkan kerja Mimi sungguh.



Nak ingatkan korang, hati hati bila gunakan Tefal Manual Chopper nih ya. Pisaunya tersangatlah tajam. Nampak saja kecil macam tuh hah. Tersilap langkah tanggung sakit sendiri. Setakat nih, Mimi tak terkena lagi pisaunya tuh. Time guna dan nak basuh memang hati hati.

Korang nak Tefal Manual Chopper juga ke? Hah kalau nak korang boleh terjah sini http://www.lazada.com.my/online-revolution/. Sekarang nih Online Revolution masih on di LAZADA MALAYSIA tau. Apa tunggu lagi cepat cepat terjah tau.

Isnin, 28 November 2016

Bedak Ruam Bayi Penawar Ruam dan Penyakit Ekzema

12:44:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum dan hai



RUAM BAYI POWDER merupakan bedak ruam bayi yang terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, kurap, panau, kayap, ruam susu (bayi), ruam panas, kudis, kudis buta, cacar air, jerawat, luka dan lain lain masalah kulit.

Ia bukan sekadar bedak sejuk biasa tau. Ia membantu memulihkan hampir semua jenis masalah penyakit kulit. Ia merupakan 100% daripada tanah liat putih terbaik dunia dan air galian semulajadi. Tak perlu risau menggunakan bedak ruam bayi ini kerana ia 100% semulajadi.



Pembuatan secara homemade warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL di mana ia sangat sesuai digunakan oleh bayi sehingga dewasa.



Ruam Bayi Powder sudah mempunyai testimoni dan masih menggunakan bahan bahan tradisional yang diwarisi turun temurun. Ruam Bayi Powder tidak diproses oleh kilang kerana kualitinya perlu dijaga dan sifat kesucian tanah liat terbaik di dunia perlu dijaga keasliannya.

Testimoni berjaya yang telah menggunakan Ruam Bayi Powder boleh di lihat seperti di bawah.



Bila dilihat dari awal, memang kasihan dan sedih pada bayi ini, hampir seluruh muka dan badan kene ekzema. Bermacam2 krim sapuan telah digunakan , tapi masih belum sembuh2 lagi. Sehinggakan pada suatu hari si ibu telah terlihat akan produk Ruam Bayi Powder yang diiklankan di internet. Si ibu telah mencuba Ruam Bayi Powder dengan harapan bayi nya sembuh.

Alhamdulillah dari hari ke hari banyak sangat perubahan positif pada kulit bayi nya. Kini bayi nya semakin sembuh dari ekzema. Gembira nya hati si ibu bila melihat bayi comelnya semakin sihat.

Bagi sesiapa yg mengalami ekzema atau penyakit kulit lain, boleh mencuba Ruam Bayi Powder ini. Ianya selamat digunakan dari baby sampai dewasa, selamat jika termakan. Bebas bahan kimia .

100% tanah liat putih dan air galian semulajadi serta sunnah Nabi S.A.W. Ini kerana ia salah satu cara Nabi SAW mengubati pelbagai penyakit kulit.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk atau dapatkan Ruam Bayi Powder boleh hubungi maklumat seperti di bawah :

Puan Nurul : 017-623 9935
En. Hafis : 013-480 6787


Facebook : Bedak Ruam Bayi 

Rabu, 16 November 2016

ENCHANTEUR PARIS Rahsia Kulit Cantik dan Menyerlahkan Pesona Diri

11:04:00 PG 4 Comments
Assalamualaikum dan hai

Korang mesti pernah dengar jenama terkenal yang sudah lama bertapak di pasaran iaitu ENCHANTEUR. Kepada adik adik yang baru nak kenal produk ENCHANTEUR meh baca penerangan mengenai produk ini.



ENCHANTEUR merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewahdan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Antara produknya ialah losyen, deodoran, EDT dan mandian. Mimi ingat lagi jenama ini menjadi pilihan saudara Mimi sebab bau aromanya yang wangi. Mimi juga guna produk ENCHANTEUR tau iaitu ENCHANTEUR Romantic. Sejak sekolah rendah lagi Mimi dah tahu pasal produk ENCHANTEUR. Betapa lamanya produk ini kekal di pasaran hingga kini dan menjadi pilihan utama kaum wanita kerana wangiannya yang lembut dan kekal sepanjang masa.



Kini ENCHANTEUR mengeluarkan jenama baru iaitu ENCHANTEUR PARIS tau korang dimana ia diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan kesegaran tubuh badan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR PARIS kini boleh didapati dalam 3 variasi wangian iaitu ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan ENCHANTEUR PARIS Adore.
Jom baca dengan lanjut mengenai rangkaian ENCHANTEUR PARIS nih dengan terperinci supaya mudah korang buat pilihan wangian mana yang korang suka.



ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Diinspirasikan dari keceriaan saat saat indah persahabatan. Ia sangat sesuai digunakan ketika bersantai dengan kawan kawan. Wangian ini yang ringam dan menyegarkan diadun untuk disesuaikan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. Ia juga menawarkan Seym Wangian Lembapan Berganda (Double Mousture Parfum Serum) yang diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Haruman ini menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Lisyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang dari 3 agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.


ENCHANTEUR PARIS Adore

Merupakan konbinasi wangian bunga bungaan dan buah buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore.



Hah korang dah baca kan penerangan mengenai rangkaian produk ENCHANTEUR PARIS nih. Amacam? Teruja tak korang nak dapatkan rangkaian ENCHANTEUR PARIS nih. Mimi dah pun guna ketiga tiga rangkaian wangian tersebut. Deodoran dari Mon Amie, semburan wangian dari Adore dan Losyen dari Belle Amour. Ketiga tiga wangian nih memang wangi sangat tau korang. Bau pun lembut saja tapi kekal tau sepanjang masa. Bayangkan Mimi pakai dari pagi sampai petang wangian ENCHANTEUR PARIS still kekal lagi tau. Paling Mimi suka wangian Belle Amour tau. Jatuh cinta di buatnya. Soft saja bila hidu aromanya.

Apa guna membazir duit beli produk mahal yang berjenama untuk penjagaan kulit sedangkan ada produk yang jenamanya dikenali sejak sekian lama dan boleh di dapati dengan harga yang murah dan berpatutan. Yang paling penting wangian yang berkekalan sepanjang masa. Tak kisahlah kan orang lain guna jenama mahal sebab nak kekal wangi sepanjang masa, ENCHANTEUR PARIS pun mampu beri korang wangian sepanjang hari tau. Setanding dengan wangian berjenama mahal yang lain.

Oh ya, sebelum terlupa, Mimi nak bagitahu korang rangkaian serum dan losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati dalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang memudahkan korang untuk bawa ke mana saja kalau korang buat aktiviti luar untuk melindungi kulit serta mengekalkan penampilan yang mempesona dan akan sentiasa kekal harum. Produk jenis tiub dijual dengan harga RM7.90(85ml) RM7.50(100ml) manakala botol pula RM18.00(275ml) RM16.95(300ml). Deodoran Wnagian Anti-Peluh pula dijual pada harga RM8.70(50ml). Semburan Pewangi Deodoran pula dijual pada harga RM10.10(100ml). Rangkaian produk ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di semua pasar raya / pasar raya besar dan juga farmasi.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR korang boleh layari www.enchanteur.com.my 

atau layari Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Selasa, 15 November 2016

Online Revolution 2016 | Box Of Joy Dari Lazada

9:46:00 PG 5 Comments
Assalamualaikum dan hai korang😊😊😊

Lazada merupakan satu web shopping online terkenal dan terkemuka yang menyediakan perkhidmatan jual beli secara online. Korang nak beli handphone, laptop, pendrive, beg, kasut, lampin pakai buang anak, barangan mekap semua ada dekat Lazada Malaysia okey. Rambang mata dibuatnya kerana Lazada Malaysia sentiasa menawarkan harga yang murah dan selalu baik hati bagi kod diskaun tau kepada para pelanggan setianya.


Online Revolution dah start mulai 11.11 (Sila klik banner untuk terus pergi ke web LAZADA)


Semalam Mimi dapat surprise okey😍😍😍 Bukan main besar lagi parcel Mimi dapat. Bila buka parcel tuh keterujaan kuasa dua sungguh bila tengok Box of Joy dari Lazada. Bukan double joy dah tapi triple joy Mimi dibuatnya. Macam macam produk ada okey. Meroyan kejap tengok😱😱😱 Ada wireless speaker, wipe tissue, chopper, mee segera, beg, susu kotak dan sebagainya. Senang cerita tengok  kat gambar bawah nih.


Mesti korang tertanya tanya kan macam mana Mimi boleh dapat sekotak merah yang meriah dengan pelbagai produk jenama terkemuka dari Lazada. Untuk pengetahuan korang, Mimi nak war warkan pada korang yang Lazada Malaysia sedang mengadakan Online Revolution mulai 11.11.2016 sehingga 12.12.2016. Lebih dari 1000 jenama terkemuka yang terlibat dalam Online Revolution ini tau antaranya Nescafe, Maggi, Mamy Poko, SanDisk, Nestle, Loreal, Logitech dan sebagainya. Nak senaraikan semua jenama besar yang terlibat bernanah mata korang baca.

Jom tengok antara barang yang ada dalam Box Of Joy yang Mimi dapat nih dan bagaimana caranya korang nak dapatkan produk produk ini.


Nikmati petang korang yang sejuk dan mendung dengan secawan Nescafe White Coffee Rasa Pandan dari Nescafe yang sangat marvellous. Aroma Nescafe Pandan yang lembut dan rasanya ala ala kuih talam bila di minum. Nak dapatkan Nescafe White Coffee Rasa Pandan klik SINI.


Sekali sekala nak rasa makan masakan yang sedap serta ringkas dan hanya memerlukan sepantas 2 minit untuk sediakan. Apa kata cuba mee segera dari Maggi yang memang dikenali sejak dulu lagi. Klik SINI untuk dapatkan mee segera Maggi Royale Thai White.


Habiskan masa hujung minggu korang dengan menonton filem kegemaran dengan peralatan yang canggih pasti membuatkan hujung minggu korang rasa seronok. Simpan koleksi filem dalam pendrive dual function (untuk handphone dan PC/Laptop) dari Sandisk sambil dengar bunyi audio yang jelas menggunakan wireless speaker dari Logitech. Boleh dapatkan di SINI untuk pendrive dan di SINI untuk wireless speaker.

Buat pelanggan baru Lazada, korang akan dapat 20% diskaun dengan masukkan kod "20LAPOR25" dengan maksimum diskaun RM25 sah dari 1 November sehingga 17 Disember 2016.


Apa tunggu lagi jom shopping di http://www.lazada.com.my/online-revolution/ dan dapatkan produk favourite korang. Harga panah jantungπŸ’˜πŸ’˜ yang ditawarkan oleh #LZDMYRevolution confirm buat korang sesak nafas tau.

Khamis, 10 November 2016

Ibadah Akhir Zaman

11:24:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum dan hai korang

Rasanya korang mesti dapat teka apa yang dimaksudkan dengan ibadah akhir zaman. Yalah, dalam keadaan semasa yang berlaku sekarang nih terdapat "kebanyakan" orang suka show off amal ibadah yang mereka lakukan. Dulu jadi viral juga bila ada yang sharing done solat, done mengaji dan sebagainya.



Mimi sendiri no comment bab bab macam nih sebab tak tahu apa niat si tukang share cerita. Kalau dari sudut positif ada baiknya dia ingatkan kita tentang ibadah tapi rasanya lebih banyak buruk dari baiknya. Seeloknya segala amal ibadah kita biarlah hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlu show off sangatkan sebab kalau kita share satu dunia ibadah kita buat di manakah keberkatan dan kenikmatan sesuatu ibadah itu?

Fikir fikirkanlah selamat beramal....

Selasa, 8 November 2016

Jus Qalbi Penawar Kolesterol dan Membekalkan Tenaga Semulajadi

6:31:00 PTG 4 Comments
Assalamualaikum dan hi korang😊😊

Korang pernah dengar tak tentang Jus Qalbi Al-Ehsan yang boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah dengar Mimi nak share dengan korang apa itu Jus Qalbi Al-Ehsan?Jus Qalbi ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang asli seperti bawang putih, halia, lemon, cuka epal dan madu asli.

Jus Qalbi ini juga dikenali sebagai jus pembersih kolesterol yang sangat mujarab menghakis serta melunturkan kolesterol serta bertindak sebagai pembekal tenaga semulajadi.



Kelebihan Jus Qalbi Al-Ehsan adalah seperti berikut :

❤Mencuci dan Membuang Kolesterol

❤Merawat Masalah Saluran Jantung Tersumbat

❤Mencegah kompilasi jantung

❤Menyingkirkan Toksin Dalam Badan

❤Melancarkan Peredaran Darah

❤Menurunkan tekanan Darah Tinggi

❤Melancarkan sistem pernafasan

❤Menghindari Penyakit Strok

❤Mencairkan lemak

❤Mengurangkan Serangan Gout

❤Membuang Angin dalam badan

❤Mengatasi Masalah Selsema

❤Meningkatkan Daya Pemikiran dan Minda

❤Melegakan sakit-sakit badan dan sendi

❤Kaya dengan Vitamin C

❤Menurun dan melangsingkan badan

❤Menambah tenaga

❤Meningkatkan sistem immunisasi badan

❤Kesihatan yang berpanjangan



Pertama kali nak amalkan Jus Qalbi ini serius Mimi cakap Mimi tak tahan baunya. Kuat tau bau bawang putih menusuk lubang hidung. Nak nak Mimi nih jenis sangat sangat tak suka makan sebarang ubat ke jamu ke jus ke supplemen ke yang rasa pahit payau. Memang tak lalu. Bila hidu bau Jus Qalbi lagi lah Mimi rasa boleh ke tak aku telan Jus Qalbi nih. Tapi Mimi gagahkan diri juga rasa jus ini.

Bila dah rasa jus nih alhamdulillah Mimi boleh terima rasanya. Sedap juga. Taklah kuat rasa bawang putih tuh kan...Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk. Bila minum tuh memang nikmat lah rasanya. Yang penting amalkan minum air suam sebanyak mungkin.

Cara nak amalkan Jus Qalbi Al-Ehsan nih pun senang saja tau korang. Korang just amalkan sesudu pagi sebelum sarapan dan sesudu sebelum tidur malam. Pastikan goncang botol dulu sebelum minum jus untuk pastikan jus sebati sebab bila tak goncang korang akan nampak mendapan di bahagian bawah botol. Kemudian pastikan korang guna sudu plastik tau. Ia untuk mengekalkan khasiat Jus Qalbi Al-Ehsan.

Selepas amalkan Jus Qalbi, alhamdulillah terasa perubahan pada badan. Untuk makluman korang, badan Mimi nih memang berangin sikit tapi masih ditahap boleh dikawal. Tak lah kalau sentuh sikit keluar angin yang bunyi macam orang sendawa tu. Macam Mimi bila urut memang terasa angin bergerak gerak terutama sekali dalam perut. Kalau Mimi urut urut perut, confirm akan rasa nak melepaskan angin. Sejak amalkan Jus Qalbi tak perlu urut perut untuk keluarkan angin. Kadang kadang duduk saja saja angin mesti keluar. Janganlah cakap Mimi nih pengotor tapi apa Mimi cakap berdasarkan pengalaman.

Lagi satu, badan pun memang dah terasa ringan bila amalkan minum jus nih tau. Dah tak ada rasa sakit sakit lenguh lenguh dan sengal badan. Dulu kalau rasa penat mesti badan sakit dan bisa. Rasa nak menangis saja tahan sakit. Minta anak anak urut kejap saja. Rasa tak puas sungguh. Tapi sejak angin banyak keluar asbab mengamalkan Jus Qalbi, memang badan rasa ringan saja. Sekarang boleh berlagak dengan anak anak tak payah minta tolong mereka urut badan. Amal jus nih angin sendiri rela hati keluar dari badan tau. Tak payah minta diurut lagi dah.



Jadi, untuk korang yang ada masalah seperti yang Mimi inform awal tadi boleh lah mencuba Jus Qalbi nih. Boleh juga korang jadikan hadiah istimewa untuk kawan kawan dan ahli keluarga yang lain. Jus Qalbi nih didatangkan dalam kotak warna hitam yang nampak eksklusif dan ada tali pada kotak memudahkan korang untuk bawa jus nih ke mana mana saja.



Berminat nak cuba Jus Qalbi Al-Ehsan? Korang boleh hubungi nombor telefon berikut untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai jus ini.

Pejabat : 03-5511 4366
Hp : 017-7300366 & 017-3730366


Instagram : @qalbialehsan

Selasa, 1 November 2016

Program "Mudah Kurus" Bersama Dr Malinda

4:09:00 PTG 0 Comments
OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’ dan masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.
Anda dikatakan obes apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan 32%
Lelaki : Peratusan lemak badan 25%

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
Diabetes (Kencing manis)
Hipertensi (Darah Tinggi)
Kolestrol Tinggi
Penyakit jantung koronari
Stroke (Angin Ahmar)
Batu hempedu
Kanser Payudara
Kanser Prostat
Kanser kolon (usus besar)
Masalah pernafasan (respiratori)
Masalah muskuloskeletal
Vena varikos
Masalah kulit
Osteoarthritis
Penyakit Alzheimer’s
Gout
Sleep Apnea
Infertility (Ketidaksuburan)
Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
Depressi

KENALI JENIS JENIS LEMAK

1)Lemak Untuk Struktur  ( Structural Fat )
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Lemak Normal (Normal Fat Reserve)
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'

3) Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda!

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga! Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.

Macam mana nak menggerakkan lemak Jenis 3 yang degil itu?

HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak Jenis 3 ini.

APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.
Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.

BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

TESTIMONI CLIENT


Salam Jumaat yang penuh barokah...

Melihat foto ini,,terpanggil aku untuk mengimbau keadaanku lebih dari setahun yang lalu..
Memiliki berat badan lebih dari 100kg??..apa yg kurasa??

Ianya hanya..igauan yang melukakan;
*Sukar untuk beribadah..solat pun sering duduk,,
*Penyakit datang bertimpa timpa..1..2..3..4..5,,
*Hilang keyakinan diri,,
*Tekanan perasaan,,
*Sering jadi bahan gurauan...(so irritating)
*Hati sakit...jiwa pedih..

Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..
Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..

Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.
Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..
*Let the photo speaks by itself*
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat
Boleh juga klik SINI untuk maklumat dan testimoni berkaitan program "Mudah Kurus" Bersama Dr Malinda.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh hubungi:
Dr Malinda
017 - 508 4430
Website (Official) : http://www.drmalinda.com
Fb : Dr Malinda

Isnin, 31 Oktober 2016

Wajah Kian Berseri Dan Tampil Berkeyakinan dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

8:01:00 PTG 4 Comments
3D Gold Stemcell Serum merupakan produk dari My Beauty Herbs iaitu produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM. 3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit kita terus kekal muda anggun selamanya.



KESAN 3D GOLD STEMCELL SERUM

3D GOLD STEMCELL SERUM juga sangat bagus dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah seperti :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Dapat serum terus selfie

3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari


Mimi sendiri menggunakan serum sehari dua kali selepas cuci muka pada waktu pagi dan tengahari. Waktu malam pula sebelum tidur Mimi sapukan treatment cream. Mimi juga tak lupa amalkan minum air suam. Sehari 2 hingga 3 liter sehari. Bohonglah kalau Mimi kata muka tak tumbuh jerawat langsung. Bila time period biasalah jerawat akan keluar seketul dua tapi bila sapu 3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream jerawat akan cepat mengecut tanpa meninggalkan kesan parut hitam.

SEBELUM : 09 OKT 2016

SELEPAS : 31 OKT 2016

*Sila fokus pada masalah utama iaitu parut jerawat dan liang pori terbuka. Kulit wajah sebelum dan selepas berbeza kerana faktor pengcahayaan*

Kalau di lihat gambar selepas liang pori tidak kelihatan dan parut jerawat ada yang hilang dan pudar. Bukan lah kata hilang 100% tetapi masih memberi kesan positif pada kulit wajah Mimi. Bukan setakat pori mengecil dan parut jerawat pudar dan hilang, kulit wajah Mimi juga kurang berminyak dan sentiasa lembap.

Selain daripada itu, dahulu walaupun Mimi mengenakan mekap parut jerawat masih jelas kelihatan. Memang kurang berkeyakinan masa itu sebab parut jerawat jelas walaupun dah tepek bedak patplohpat inci. Tetapi selepas penggunaan serum dan treatment cream secara konsisten, parut jerawat yang lama semakin pudar dan bila mengenakan mekap parut jerawat dah tak nampak. Baru guna tiga minggu hasil yang Mimi dapat dah kebaboom macam ini, kalau konsisten guna sehingga dua tiga bulan mahu merecik flawless seperti Feeya Iskandar.


Alhamdulillah Mimi kini tampil berkeyakinan kerana wajah kian berseri. Hopefully lepas ini serum hebat ini dapat merawat masalah gelap bawah mata Mimi pula. Sejak ada anak kecil mata panda tak dapat dielakkan kerana kerap berjaga malam. Walaubagaimanapun, setelah penggunaan serum ini selama 3 minggu memang memberi kesan yang bagus pada kulit wajah Mimi terutama sekali membantu Mimi mengatasi masalah parut jerawat dan liang pori terbuka selain daripada tona kulit Mimi semakin sekata.

Siapa kata produk Malaysia tidak setanding produk luar negara? 3D Gold Stemcell Serum telah membuktikan bahawa ia mampu bersaing dengan produk luar negara. Buktinya dengan testimoni berjaya daripada pengguna setia. Diharapkan produk 3D Gold Stemcell Serum semakin mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi pilihan no.1 di pasaran.😊😊😊





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.