Ahad, 10 Mei 2015

Adakah Kita Dibenarkan Menyambut Hari Ibu dan Bapa

8:05:00 PTG 10 Comments
Assalamualaikum..

Seperti semua sedia maklum, hari nih merupakan sambutan Hari Ibu. Kalau tengok dekat timeline FB penuh dengan ucapan untuk para ibu. Tapi sebagai umat Islam adakah kita dibenarkan menyambut Hari Ibu dan Bapa? Jom sama sama baca info yang saya dapat dari web Mufti Wilayah Persekutuan.

Soalan 11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?

Jawapan:
Firman Allah SWT: 
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub
(Surah al-Isra’: 23-25) 
Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.
Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
·     Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
·      Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat. 
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
·      Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
·    Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.
Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulannya, pada pendapat saya tidak salah sambut Hari Ibu dan Bapa tetapi biarlah berpada pada dan beringat.

Selasa, 5 Mei 2015

Rakaman Program Cinta Ilmu TV Al Hijrah

9:58:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum...

16hb bulan lepas pejabat saya ada buat rombongan Cik Kiah ke TV AL Hijrah. Nih merupakan program tahunan anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan..

Kami bertolak ke sana pukul 12.00 tengahari. Perjalanan ke TV Al Hijrah makan masa lebih kurang sejam setengah. Sedang eloklah kami sampai ngam ngam masuk waktu Zohor. Singgah solat kejap dekat masjid. Lepas solat, terus bergerak ke lobi.

Sementara nak tunggu krew Cinta Ilmu sampai kat lobi bagi taklimat haruslah "isi masa lapang" dengan bergambar kenangan. Kalau tak sia sia datang jauh jauh gambar kenangan takde. Cerita pung pang pung pang kat orang kau masuk tv tapi bila nak tunjuk bukti takde...hahaha..Tak ke sia sia namanya tuh kan..

Lebih kurang 10 minit datang salah seorang krew Cinta Ilmu menyambut kehadiran kami dengan senyuman. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan program Cinta Ilmu. Apa yang perlu dan tak perlu kami lakukan sepanjang di dalam studio dan sepanjang rakaman di jalankan. Penonton yang boleh muat dalam studio tidak lebih dari 20 orang. Time tuh kami yang datang pun hanya 18 orang sahaja. Rakaman  berjalan selama 45 minit dan  dibuat untuk 3 episod. Bayangkan korangggg satu episod berlangsung selama 45 minit, 3 kali break seminit dua saja..Kalau 3 episod??? Sendiri mahu ingatlah kan..Kematu punggung duduk tau plus sejuk aircond lagi. Tapi bagi saya itu semua tak menghalang niat kami untuk menambah ilmu di dada selain daripada memenuhkan aktiviti tahunan BAKA.

Tazkirah disampaikan oleh pendakwah yang tidah asing lagi iaitu Ustaz Badlishah. Ada 3 tajuk yang dikupaskan oleh Ustaz iaitu Bidadari Syurga, Tiada Bujang di Syurga dan Flora & Fauna Syurga. Syukur banyak sangat ilmu baru yang kami dapat dan pelajari sepanjang program berlangsung. Terima kasih #TVAlHijrah kerana beri kami warga BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) IPK N.SEMBILAN peluang yang saya rasa tak semua merasa. Syukran..


Alhamdulillah rakaman settle pukul 5.15 petang dan perkara wajib kami akan buat iaitu sesi bergambar kenangan. Lepas tuh kami dijamu minum petang kuey teow goreng plus ayam goreng. Kuey teow sedap kau...Kalah chef antarabangsa masak tau...Menyesal ambil sebungkus aje..Tau ambil 3 bungkus buat tapau..hahaha..Selepas makan kami solat di masjid dan bertolak balik pukul 6.30 petang. Syukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar. In shaa Allah jika diizinkan Allah, kami akan anjurkan program yang melibatkan TV Al Hijrah lagi. Doakan apa yang dirancang tercapai. Terima kasih TV Al Hijrah atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan.

Nota kaki* Program Cinta Ilmu untuk episod kami akan telah bersiaran pada 28 April, 29 April dan hari nih 05 Mei pukul 6.15 petang. 

Berniaga Biarlah Ikhlas

9:29:00 PTG 6 Comments
Assalamualaikum...

Sikap sesetengah peniaga makanan sekarang nih bila berniaga sangatlah tidak ikhlas...Saya cakap BUKAN semua tapi sesetengah saja. (Sila baca 1000x bagi faham supaya tak timbul salah faham)

Berniaga makanan tuh biarlah ikhlas dan ada niat bersedekah..In shaa Allah rezeki yang Allah berikan berlipat lipat kali ganda...Kau berniaga sambil niat bersedekah, rezeki kau takkan putus putus...

Bila tengok gambar Sandwich Telur nih agak agak apa korang rasa???Nasib baik bukan saya yang beli, kalau saya tak tahulah apa jadi...

Saya juga peniaga makanan iaitu kek...Contoh kalau saya jual cheese cake leleh saya akan pastikan cream cheese dan cheese parut banyak...Sebab nak berniaga sambil niat bersedekah..Kalau kau kedekut dengan bahan bahan yang kau letak besar "tahi hidung" agak agak berbakul bakul tak korang kena sumpah seranah??Fikir fikirkan..


Ahad, 3 Mei 2015

Resipi : Nasi Ayam Karamel

6:01:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum...

Jumaat baru baru nih saya masak Nasi Ayam Karamel. Dari sehari ke sehari nak buat tapi asyik duk tangguh. Kepala otak jenuh fikir tak manis ke tak manis ke..Maklumlah iolz tak suka sangat manis manis nih. Untuk puaskan hati, Jumaat hari tuh terus buat. Tak payah banyak bunyi kan..Dah cuba baru tahu. Macam biasa bahan bahan apa yang ada itu yang saya guna. Lagipun cuma tinggal tiga beranak aje kat rumah. Masak pun bajet bajet untuk 3 orang makan ( 1 dewasa 2 kanak kanak).



Tengok gambar pun tahu simple aje kan saya masak..Apa yang ada itu yang saya guna untuk memasak. Tak kisahlah hiasan ke laut ke apa janji rasanya marvellous..Korang yang belum buat lagi Nasi Ayam Karamel nih eloklah buat cepat cepat. Rugi bebenor kalau tak cuba. Sekali makan mesti nak lagi. Okey jom tengok resipi nak buat Nasi Ayam Karamel nih ye. Sebelum tuh saya nak bagitahu korang resipi yang saya bagi nih ialah resipi asal untuk seekor ayam. Sukatan bahan yang saya guna seperti yang tertera dalam kurungan tuh ye. Kalau takde kurungan tuh maknanya saya ikut sukatan asal. Nanti korang pandai pandai lah bajet sukatan bahan bahan yang korang nak guna. Dan DIINGATKAN SEKALI LAGI sukatan yang saya guna ialah untuk 6 ketul ayam ye untuk 3 orang makan...

Bahan bahan untuk Ayam Karamel

1 ekor ayam (saya guna 6 ketul ayam yang telah dipotong) - telah direbus (air rebusan ayam jangan buang)
2 senduk gula (saya guna 5sdb gula)
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - dihiris (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 inci halia - dihiris (saya guna 1 inci halia)
Daun pandan (saya tak guna sebab takde)
Air

Mula mula korang karamelkan gula (gula hangus). Kemudian masukkan air+ayam+garam+bawang putih+halia dan daun pandan(jika ada). Pastikan ayam separuh tenggelam dalam air ye. Rebus sampai kuah likat menyaluti ayam dan angkat.Goreng ayam dan potong ikut suka.

Bahan bahan untuk Nasi

3 cawan beras (saya guna 2 cawan beras)
4 cawan air rebusan ayam (saya guna 3 cawan air rebusan)
2sdb butter (saya guna 1sdb butter)
1 cm halia - ditumbuk
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga* (saya guna 3 buah pelaga)
1 kulit kayu manis*
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan (saya tak guna sebab takde) - untuk mewangikan nasi
Sedikit serbuk kunyit

Basuh beras dan toskan. Panaaskan butter dan tumis rempah penumis (*)+daun pandan(jika ada)+serai+halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sampai naik bau wangi. Lepas tuh, korang masukkan bahan bahan yang dimasak tadi dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan ayam+garam dan serbuk kunyit. Kalau sukatan air rebusan kurang dari sukatan beras boleh tambah air. **Kalau sukatan air rebusan cukup tak payahlah tambah air lagi kang lembik nasi korang saya juga yang dipersalahkan. Padahal sendiri derhaka tak nak dengar arahan kan...Siapa buat tak jadi nak salahkan saya memang kena tembak dengan pistol air asam jawa..Kejam tak?? So, sila baca arahan dengan betul.

Bahan untuk Kuah Lada/Sos

5 biji lada merah (saya guna 2 biji lada merah)
3 ulas bawang putih (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 cm halia (saya guna 1 cm halia)
1 sdb cuka - optional (saya tak guna cuka sebab alahan)
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Kisarkan semua bahan hingga lumat. Kemudian masak sebentar.

Bahan bahan untuk Kicap

Kicap manis (saya guna kicap lemak manis Jalen)
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Campur semua bahan dan masak sebentar.

Bahan bahan untuk Sup

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar - dikisar (saya guna 1/2 biji bawang besar dan ditumbuk)
Rempah sup bunjut (saya gantikan dengan serbuk ketumbar sebab takde stok)
Garam
Daun sup dan daun bawang - dihiris (saya tak guna sebab takde)
Bawang goreng (saya tak guna sebab takde - nak buat sendiri malasssss)

Rebus air rebusan ayam+ sup bunjut+bawang besar dan garam. Taburkan bawang goreng+daun sup+daun bawang. Masak sehingga mendidih.

Masak sup versi saya 

Tumiskan bawang besar sampai naik bau. Kemudian masukkan serbuk ketumbar. Biar sekejap baru masukkan air rebusan ayam. Last sekali masukkan garam. Masak sampai mendidih.

Nota kaki * Nasi Ayam KAramel memang sedapppppp...Tak percaya try lah buat ye..Confirm tk menyesal...Yang dah buat mesti setuju dengan statement saya kan...Tak setuju diam diam sudah..hehehe

Sabtu, 2 Mei 2015

Throwback Engagement Day : Cuya dan Zul

8:00:00 PG 4 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah tanggal 21 Februari lepas adik saya nombor 3 selamat bergelar tunangan orang. In shaa Allah 26 September 2015 majlis dia pulak. Majlis pertunangan adik saya tuh buat dekat rumah nenek dan majlis pun ringkas ringkas jer...

 
Kami 3 beradik yang berlainan muka tapi tang mata tak boleh disangkalkan..Adik nombor 2 saya nampak berisi sebab tengah pregnant ank yang kedua. Alhamdulillah rezeki. Bertambah lagi cucu mama dan ayah saya.


Officially bergelar tunangan orang sudah adik saya nih. Doakan yang terbaik untuk mereka..Semoga kuat dan tabah mengharungi ujian sepanjang bergelar tunangan orang.

Jumaat, 1 Mei 2015

Throwback : Sambutan Hari Lahir Aina

9:04:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum...

Start from today, memang korang baca cerita throwback saya jelah..Siapa suruh diam seribu bahasa kan..Sekarang rasalah kejenuhan jari jemari menaip...Mungkin ada yang ingat dan ada yang lupa..Mungkin ada yang perasan bila saya update kat FB.

Bulan Januari lepas iaitu 4 bulan lepas birthday anak dara sulung saya kakak Aina....Tak sambut gah sangat pun..Cukuplah sambut dengan keluarga kecil kami kan. Incik hubby bagi duit suruh belikan kek tapi sayang 1000 kali sayang dia takde sama..It's okay lah..Kerjakan..Kenalah faham..


So celebrate lah kami 3 beranak...Beli kek kat Kedai Kek King's aje..Tuh ajelah kedai yang dekat dengan pejabat. Tuh pun berjam jam duduk termenung depan kek kek yang ada..Rambang mata oiii tak tahu nak choose yang mana. Beli kek bukan ikut tekak sendiri tapi ikut pada tekak anak anak dan pandangan mata dia kan...Budak budak biasalah lebih tertarik pada sesuatu yang colourful kan...So finally nih rupa kek yang saya belikan untuk Aina walaupun pada mata sendiri tak berapa berkenan..hahaha...

Tuh sambutan kecil kecilan kat rumah aje. Kat tadika diorang pun ada sambutan hari lahir jugak. 1 April lepas tadika diorang buat sambutan hari lahir untuk pelajar pelajar yang lahir dari bulan Januari hingga Mac. Kali nih kek untuk Aina bukan beli tau tapi homemade cake. Beberapa minggu sebelum sambutan hari lahir tuh jenuhlah tengok youtube nak cari idea buat kek apa...Finally saya decide buat Pinata Cake untuk Aina.


Wajah wajah polos yang happy sambut hari lahir masing masing. Tadika ada buat jemputan untuk ibu bapa sekali kalau nak join. Saya decide untuk sama sama share happiness with my daughter. Isi borang pergerakan dan mohon pelepasan daripada bos. Bila melibatkan aktiviti anak anak saya di tadika saya akan usaha "free" kan masa untuk spend time dengan diorang.

Yelah sebagai Ummi saya tak nak anak anak rasa kekurangan atau feel like their parent tak pedulikan diorang langsung. Budak budak kan apa diorang tahu istilah kita sibuk atau susah yang diorang tahu kita sentiasa ada di sisi diorang masa senang, gembira, susah atau sedih kan...Okay stop...Merapu dah..


Nihlah rupa Pinata Cake yang saya buatkan untuk Aina. Actually Pinata Cake nih saya ubah sikit. Cara buat sama aje cuma decoration aje saya ubah..Saya deco kek tuh follow decoration gravity cake..yelah buat kek nih kena kreatif sikit ye tak?

Sambutan hari lahir kat tadika start pukul 10 pagi dan selesai 11 pagi. Masa datang tadika, dari awal Auni memang berkepit dengan saya ajelah. Sampai kepala brain jenuh fikir cara nak lepaskan diri balik pejabat..Takut dia menangis nak ikut. Alhamdulillah apa yang saya fikirkan tuh tak jadi pun sebab bila Auni nampak muka teacher Lin terus saya pun dia tak heran...Bertuah sungguhlah anak. Rupa rupanya Auni manja dengan techer Lin dia tuh...Fuh, lega hati Ummi nak..Lebih kurang pukul 11.20 macam tuh saya minta diri balik pejabat. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun agak susah nak handle budak budak yang tengah membesar.

Okey stop dulu. Next entry will coming soon..Bye..