Ahad, 18 Januari 2015

(Video) Aina belajar susun haiwan

Sebelum nih saya share dengan korang pasal whiteboard and blackboard yang saya belikan untuk puteri puteri solehah saya kan...  Alhamdulillah
Aina dan Auni seronok bila dapat hadiah. Yang paling seronok si kakak Aina. Auni pulak sekejap aje dia seronok lepas tuh lain jadinya.. hehehe.. Lain anak lain sikap dan cara mereka belajarkan.  Saya dah faham sangat Auni nih.. Saya takkan paksa dia belajar biar dia sendiri nak belajar.  Bila dia bosan dia akan buat sesuatu untuk meluahkan kekreatifan dia tuh.  Beza pula dengan kakaknya Aina. Memang suka buku dan suka belajar.  Belajar lama pun tak kisah.  Jadi bila dapat permainan education macam nih dia yang paling eksited dan suka.

Saya nak share dengan korang video Aina belajar buat harimau.  Masa nih Auni dah sampai "Itali" selepas penat belajar menyusun objek kat whiteboard..Inilah sebagai salah satu cara saya mengajar anak anak supaya jadi lebih kreatif dan belajar mengenal haiwan dan tumbuh tumbuhan.



Apa yang saya perasan tentang Aina nih dia cepat belajar dan tangkap sesuatu yang kita ajar.  Sekali saja ajar dia dah tau apa yang saya ajarkan. Cuma ada certain part yang dia confuse sikit.  Contoh singa dan harimau.. Dia memang confuse walaupun kedua dua haiwan nih ada perbezaan. Bagi saya bila anak anak belajar biar dia "buat" salah dulu. Sebagai parent kita bertanggungjawab perbetulkan kesalahan dia. Sekurang kurangnya dia belajar dari kesalahan dia tuh.  Betulkan??

Nota kaki* Masih cari masa yang sesuai nak bawa anak anak pergi zoo belajar kenal haiwan. Abi busy dan kena tengok jadual tugas dia.. Ummi anytime aje.. 


6 ulasan:

  1. Hihi... masih confused singa & harimau ye...?? teringat nama kecing atok, nama dia tiger... adik sha yang kecik siap tanya kucing tu... "kau ni kucing ke tiger?"

    Alhamdulillah aina cepat belajar... semoga jadi seorang yang cerdik pandai...

    BalasPadam
  2. mula mula salah nanti lama lama mesti tak salah dah. hehe :D

    BalasPadam
  3. In sha Allah, lama-lama nanti pandailah tu. Yang penting rajin soh dye lakukan aktiviti yang boleh merangsang kognitif dye.

    BalasPadam
  4. mula-mula jer confuse...lepas ni mesti ok..

    BalasPadam
  5. Bestnya tgk diorg bljr.. Ank sy knal dh haiwan.. Cuma x tgk secara real je..

    BalasPadam
  6. hehe...comel!
    tak pe, setiap anak level pelajaran tak sama
    insya allah, lelama boleh lah tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.