Selasa, 20 Januari 2015

Resipi Biskut Tiramisu Kastard

Assalamualaikum...

Kali nih nak share dengan korang resepi yang sedap dan mudah nak disediakan. Sekali buat mesti nak buat lagi....Saya dah tiga kali buat. Memang sedap..Anak anak sampai makan berkali kali lah...


Terliur tak?terliur tak??Memang sedaplah korang..Serius tak tipu.Makan time sejuk perghhh lagi sedap...

Cara nak buat senang je korang..Masak 1 tin susu cair+1 tin air+6sdb tepung kastard+3/4sdb gula+1sdt esen vanilla.Masak dengan api yang perlahan dan kena selalu kacau sampai pekat..Tutup api.Ketepikan..Susun biskut cracker dalam loyang atau bekas.Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh tutup biskut.Lepas tuh korang tabur serbuk milo.Kemudian ulang step sehingga habis.Dah siap boleh simpan dalam fridge dan sejukkan...

Bila dah sejuk dan potong potong petak petak memang sedap..Nikmat tau korang..Selamat mencuba!!

23 ulasan:

  1. Sedapnyaaa nampak. Oh cara buat macam buat Cheesekut.

    BalasPadam
  2. dah copy & simpan dalam note! tq for sharing :) walaupun tatau bila nak buat ehehe...

    JOM JENGUK PELUANG BISNES DENGAN BLOGGING

    BalasPadam
  3. maksudnya susun biskut berlayer² mcm cheesekut ye?sedap ni :)

    BalasPadam
  4. Mudahnya.. tp nak buat tu rasa.malas betul..haha

    BalasPadam
  5. adehhh.. mimi mmg sedap ni.. akak dah lama tak membaking... sbb bb akak meragam.. asal pegang mixer aje dia menangis ngalahkan bunyi mixer tu...

    BalasPadam
  6. mudahnya buat dia...salam kenal..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  7. simplenya mimi, in shaa allah nanti kak ana cuba,tq for sharing :)

    BalasPadam
  8. eh, ni mcm resepi yg kak ina share dlm blog tahun lps.. eh, bkn thn lps tahun 2013... tapi nama resepi hentam kromo je... hahhah/// biskut tiramisu ke nama dia rupanya

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/09/biskut-cream-crackers-berkastard.html

    BalasPadam
  9. Sangat menarik. Boleh dicuba utk bakar kek tu hihi

    BalasPadam
  10. nampak seperti resepi mudah dan sedap ni..heee..

    BalasPadam
  11. boleh cuba nanti bilaaaaaaa rajin hehehe

    BalasPadam
  12. perghhh!, meleleh ayer liur ni
    cuma nak menanti rajin tu entah bila entah =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.