Selasa, 20 Januari 2015

Resipi Biskut Tiramisu Kastard

12:29:00 PTG 25 Comments
Assalamualaikum...

Kali nih nak share dengan korang resepi yang sedap dan mudah nak disediakan. Sekali buat mesti nak buat lagi....Saya dah tiga kali buat. Memang sedap..Anak anak sampai makan berkali kali lah...


Terliur tak?terliur tak??Memang sedaplah korang..Serius tak tipu.Makan time sejuk perghhh lagi sedap...

Cara nak buat senang je korang..Masak 1 tin susu cair+1 tin air+6sdb tepung kastard+3/4sdb gula+1sdt esen vanilla.Masak dengan api yang perlahan dan kena selalu kacau sampai pekat..Tutup api.Ketepikan..Susun biskut cracker dalam loyang atau bekas.Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh tutup biskut.Lepas tuh korang tabur serbuk milo.Kemudian ulang step sehingga habis.Dah siap boleh simpan dalam fridge dan sejukkan...

Bila dah sejuk dan potong potong petak petak memang sedap..Nikmat tau korang..Selamat mencuba!!

Sabtu, 17 Januari 2015

Whiteboard dan blackboard untuk Aina dan Auni

12:12:00 PTG 7 Comments
Assalamualaikum...

Saya ada belikan untuk puteri puteri saya satu permainan education iaitu whiteboard and blackboard. Saya beli dengan blogger pinkymomma.com atau kak Diya...Dia memang jual barang permainan bayi sampai lah kanak kanak...Harga yang ditawarkan pun murah jika dibandingkan dengan harga pasaran..Tak percaya korang boleh usha blog atau fb dia...

 
Permainan nih 3 in 1 tau...Sebab apa saya cakap 3 in 1..Jom usha review pasal permainan nih dan permainan nih amat sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke atas...Untuk harga permainan nih ialah RM39.00 satu set.


Ada kapur,pemadam dan marker pen...


Nihlah rupa whiteboard dan blackboard Aina dan Auni...Untuk pengetahuan korang board nih bukan asing asing tau..Gambar nih saya nak tunjuk yang bahagian sebelah blackboard bahagian sebelah lagi whiteboard..Kira ada dua board dalam satu permainan..Dah jemu tulis tulis kat blackboard guna whiteboard plak..

Selain daripada tuh kan korang permainan pendidikan nih ada magnetic yang pelbagai rupa bentuk dan corak..Magnetic tuh korang boleh bentukkan jadi pokok,haiwan dan tumbuhan...

Alhamdulillah Aina dan Auni suka...Yang paling suka dah tentulah Aina sebab dia punya eksited tuh lain macam..hahaha..Nanti saya share dengan korang video Aina belajar susun magnetic nih...Ralit dia main tau...

Kalau korang berminat nak beli korang boleh terjah fb kak Diya Nadia a.k.a blogger pinkymomma..Servis memang tip top..Hari ini order esok dah sampai...Tak percaya??Korang try berurusan dengan kak Diya in shaa Allah puas hati.




Rabu, 14 Januari 2015

Kulit cantik, bersih dan sihat dengan EPHYRA SKIN BAR

11:51:00 PTG 21 Comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari nih genap sebulan saya menggunakan Ephyra Skin Bar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk mencuba satu lagi produk keluaran Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar hadiah yang saya dapat sebagai salah seorang pemenang giveaway Epbyra Skin Bar yang dianjurkan oleh blogger Kak Mia.

Tak mahu bebel panjang panjang panjang saya nak cerita dengan korang testimoni yang saya dapat selepas penggunaan Ephyra Skin Bar.



Jerawat mengecut

Bab yang nih memang tak dapat disangkal.  Ephyra Skin Bar hadir saat pencuci muka yang saya guna dah habis. Kebetulan jerawat bermaharajalela di pipi dan dagu sebelah kanan kehadiran Ephyra Skin Bar memang tepat pada masanya tau.  Alhamdulillah jerawat semakin mengecut dan bekas jerawat semakin hilang walaupun tak 100%. Kulit jenis degil takkan lah sekejap sangat hilangkan.


Sebelum menggunakan Ephyra Skin Bar. Nampak tak jerawat bermaharajalela kat pipi kanan saya. Kecil besar kecil besar aje saya tengok.


Selepas menggunakan Ephyra Skin Bar..Jerawat yang tumbuh mengecut dan ada yang hilang. Cuma tinggal bekas aje. Tuh pun makin pudar. Kalau korang perasan kulit muka saya pun pori mengecil dan lubang yang semakin mengecil.

Dua dua gambar di atas no edit edit ye. Saya hanya gunakan kamera depan Note 2 saya...So, nih memang kualiti asal dari kamera Note 2 saya.

Kulit muka lembab

Yang nih saya tak tipu tau. Sehari tiga kali saya akan cuci muka. Waktu pagi, tengahari dan malam. Bila tidur malam selepas cuci muka saya memang tak apply apa apa kat muka.  Esok paginya bila bangun pagi rasa kulit muka moist moist gitu. Licin aje..


Kulit muka saya dah tak kusam dan makin cerah..Saya gunakan kamera depan Note 2 sahaja ya..Takde edit edit..Alhamdulillah eyebag yang teruk juga semakin berkurangan.Syukur..Masa nih muka fresh dari toilet gitu sebab baru lepas cuci dengan Ephyra Skin Bar.

Kulit muka cerah dan tidak kusam

Bila guna Ephyra Skin Bar nih saya perasan kulit muka saya makin cerah dan tak kusam. Sekarang pergi mana mana memang saya pakai celak dan lip balm saja. Alhamdulillah saya bertambah yakin nak berdepan dengan orang ramai.

Ternyata testimini testimoni yang diberikan oleh saya dan juga pengguna pengguna lain bukan palsu atau bak cakap orang "cakap gebang aje lebih". Bukan nak bodek Pn Amiza pengasas Ephyra ataupun menipu. Banyak testimoni yang berkesan diberikan oleh pengguna pengguna produk Ephyra di luar sana...TAK PERCAYA? KORANG GUNA KORANG RASA!!!Ephyra Skin Bar satu untuk semua, semua untuk satu.

Nak cuba supplemen Ephyra dan Ephyra Skin Bar? Jangan segan silu terjah dan hibungi web dan nombor telefon yang tertera...In shaa Allah korang takkan menyesal dengan EPHYRA.....




Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

Jumaat, 9 Januari 2015

Nurraysa Beauty Collagen Whitening dan Anti Aging Series

10:02:00 PTG 6 Comments
STICKY POST 24 JAM
SILA SKROLL BAWAH UNTUK ENTRY BARU

Assalamualaikum...

Nak share dengan kawan kawan semua tentang produk yang menjadi sebutan kini iaitu produk Nurraysa buatan muslimah sendiri...Alhamdulillah berpeluang sekali lagi review salah satu produk Nurraysa. Beli umur dah cecah 3 series perkara pertama yang saya risau ialah kedutan pada wajah..Dan produk Nurraysa Beauty Collagen ada penyelesaiannya...



Sebelum tuh jom baca kandungan bahan dan cara penggunaan Nurraysa Beauty Collagen nih...

Kandungan bahan :

Collagen
Vitamin C
Kurma
Pamogranate
Snow Lotus

Cara penggunaannya pula semudah ABC tau..Just koyak dan kemam di bawah lidah sahaja. Kemudian dengan segelas air suam...Rasa collagen nih sedap tau korang...Tak tergambar dengan kata kata. Untuk kesan yang maksimum kena minum 3 liter air kosong sehari dan elakkan kafein.

Kelebihan Nurraysa Beauty Collagen nih ialah :

Mencerahkan kulit wajah dan badan
Anti penuaan dan mengurangkan kedutan
Merawat jerawat, jeragat dan parut
Bertindak sebagai "milk booster"
Melancarkan perjalanan darah
Membuang toksin di dalam badan
Mencuci dan membersihkan usus
Selamat digunakan oleh ibu mengandung 6 bulan ke atas



Nih kulit muka saya selepas seminggu menggunakan Nurraysa Beauty Collagen. Sebelum mencuba collagen nih kulit muka saya agak teruk dan tumbuh jerawat merah di sebelah kanan..Korang boleh tengok gambar saya kat atas nih..Alhamdulillah selepas seminggu jerawat jerawat merah berkurangan. Cuma tinggal bekas ajelah..Sehingga sekarang parut hitam tuh semakin hilang...Muka saya nih tanpa secalit bedak tau..Saya just guna celak dan lip gloss...Lebih selesa berwajah natural...

Dan apa yang bestnya mengenai produk nih saya amalkan waktu pagi sebelum sarapan..Selalunya saya amalkan dalam pukul 6.50 ke atas sebelum pergi kerja. Bila sampai di pejabat, dua jam kemudian perut sakit tanda nak membuang. Memang betul betul beri kesan yang bagus..Selain dari tuh, kulit muka pun lembab aje..

Untuk pengetahuan korang produk nih diproses di kilang bertaraf GMP dan semestinya halal..Produk muslimah dan buatan Malaysia. Sekotak Beauty Collagen nih mengandungi 20 sachet dan berharga RM150.00. Apa yang best sebagai harga pengenalan produk Beauty Collage nih dijual RM75 sekotak.

Berminat nak cuba?Korang boleh terjah fb dan blog untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk nih.


ResIpi Puding Roti yang mudah dan sedap

12:54:00 PG 19 Comments
Nak share dengan kawan kawan resipi puding roti yang sedap mabeles. Lama tak on blog sekali dah on berlambak lambak entry nak publishnya hoi...Tapi kena juga publish ikut turn...Rindu sangat dekat blog...Bila bercuti lama nih balas dendam nak update semua cerita...Banyak tau nak share dengan korang..Tahun baru semangat pun baru..

Okey okey straight to the point lah..Saya nak share dengan korang resepi puding yang sedap dan mudah disediakan..


Nihlah rupa puding roti sebelum disejukkan..Saya buat tiga warna...Pink, Ungu dan Coklat...


Puding roti yang siap dipotong...Nampak cantiknya aje marble tuh..Mula mula saya ingat tak jadi sebab takut warna bercampur aduk...Alhamdulillah tak sangka menjadi pulak...

Cara nak buat puding roti senang aje korang....10gm agar agar tali+3 cwn air..Masak sehingga agar agar tali larut dalam air..Sementara tunggu agar agar tali larut, blend 5 keping roti+1/2 tin susu cair+1/2cwn gula+2 biji telur+3sdb susu pekat+1/2cwn air...Bila semua dah sebati selepas blend, ketepikan..Kacau adunan agar agar tadi..Bila dah mengelegak masukkan bahan yang diblend tadi..Kacau sebati...Lepas tuh, korang biarkan menggelegak dan tekstur puding tuh nanti akan nampak macam berketul ketul kecil...Kacau lagi dan tutup api..Bahagikan aduna  pada 3 bahagian. Masukkan pewarna yang korang suka..Macam saya letak berwarna pink, ungu dan serbuk milo..Lepas tuh, boleh curah dalam loyang berselang seli macam saya buat tuh..dah habis semua dunan biarkan sejuk seketika..Dah agak sejuk baru masukkan dalam peti sejuk ye...Memang sedap makan time time puding roti nih sejuk...


Saya nih bukanlah peminat puding yang menggunakan agar agar tau..Tapi puding roti nih memang masuk dalam tekak saya sebab rasanya yang sedap...



Nota kaki* Resepi nih korang boleh ubah ikut citarasa masing masing...Saya ada juga buat puding roti kali kedua untuk di bawa ke pejabat...Bahan bahan yang sama cuma saya tambah Nestum dalam bahan untuk diblend..Memang sedap...Rasa macam biskut pun ada..Tak kisahlah rasa apakan asalkan kita kreatif.