Sotong Sumbat Pedas Masam Manis

Selalunya kalau masak sotong mesti sotong masak kicap, sambal sotong, tom yam, masak lemak cili padi..

Semalam ubah selera pula..Buat sotong sumbat...Memang mabeles les les lah rasanya...


Tengok gambar macam telur rebus masak sambal pun ada...Hakikatnya sotong sumbat yang bila dimasak nampak bulat dan domok gitu..hehehe....

Cara buat inti : 5 ekor udang+kobis bunga+lobak+tomato+lada masak..Kesemua bahan dipotong dadu..Masak kesemua bahan di atas api yang perlahan..Kemudian masukkan 2 biji telur. JANGAN kocak telur tuh tau. Bila korang masukkan telur biarkan telur tuh masak dan bila dah masak dan mengeras baru hancur hancurkan. Masukkan garam untuk bagi rasa. Dah siap ketepikan.

Cara buat sotong sumbat : Bersihkan sotong buangkan kulit gelap tuh..(Kulit ke erk yang tuh saya tak tahu apa nama benda alah tuh..Tapi korang faham kan maksud saya??)Dah bersihkan sotong masukkan inti ke dalam sotong bagi padat. Kemudian tutup bukaan sotong dengan lidi kecil. Macam saya tak tutup pun. Alhamdulillah inti tak terkeluar.

Cara buat kuah : 1 labu bawang besar+2 ulas bawang putih+cili kering. Blend dan tumiskan. Kemudian masukkan sos tomato+gula. Biarkan masak seketika..Kemudian last sekali masukkan sotong sumbat tadi+garam. Biar sekejap dah masak boleh dihidang.

Memang sedap tau korang. Kira hidangan nih complete lah..Ada udang,sotong,sayur sayuran dan telur...Yang bab sayur tuh kan korang boleh pelbagai dengan sayur lain. Boleh letak daun bawang, daun sup, brokoli dan lain lain. Ikut kreativiti korang. Saya guna bahan apa yang ada dalam peti ais saja. Korang cuba lah memang sedap.

14 comments:

  1. alahai..menyelerakan..terliur lah pulak..

    BalasPadam
  2. Mudah jugak buat nya..nampak sedap la..:)

    BalasPadam
  3. sedap.sejak pregnant nie..queenpink takde selera nak makan.

    BalasPadam
  4. banyak pulak sis post entri pasal makanan. hihi :)

    BalasPadam
  5. wah perkongsian yang baik siap dengan resepi

    Mesti sedap Sotong Sumbat ni

    BalasPadam
  6. Uih sedapnyeeee
    Masaklah macam ne pun kalo sotong mmg laju CT makan

    BalasPadam
  7. Sedapnya... Kalau buat sy mkn sorg.. Suami alah sotong..

    BalasPadam
  8. Ok, balik ni macam nak try buat je..

    Udang ngan sotong pun ada kat rumah ha.. :)

    BalasPadam
  9. wow! tq for sharing resipi....
    nampak sedap sgt sgt nih!!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.