Ahad, 30 November 2014

Sotong Sumbat Pedas Masam Manis

12:00:00 PTG 14 Comments
Selalunya kalau masak sotong mesti sotong masak kicap, sambal sotong, tom yam, masak lemak cili padi..

Semalam ubah selera pula..Buat sotong sumbat...Memang mabeles les les lah rasanya...


Tengok gambar macam telur rebus masak sambal pun ada...Hakikatnya sotong sumbat yang bila dimasak nampak bulat dan domok gitu..hehehe....

Cara buat inti : 5 ekor udang+kobis bunga+lobak+tomato+lada masak..Kesemua bahan dipotong dadu..Masak kesemua bahan di atas api yang perlahan..Kemudian masukkan 2 biji telur. JANGAN kocak telur tuh tau. Bila korang masukkan telur biarkan telur tuh masak dan bila dah masak dan mengeras baru hancur hancurkan. Masukkan garam untuk bagi rasa. Dah siap ketepikan.

Cara buat sotong sumbat : Bersihkan sotong buangkan kulit gelap tuh..(Kulit ke erk yang tuh saya tak tahu apa nama benda alah tuh..Tapi korang faham kan maksud saya??)Dah bersihkan sotong masukkan inti ke dalam sotong bagi padat. Kemudian tutup bukaan sotong dengan lidi kecil. Macam saya tak tutup pun. Alhamdulillah inti tak terkeluar.

Cara buat kuah : 1 labu bawang besar+2 ulas bawang putih+cili kering. Blend dan tumiskan. Kemudian masukkan sos tomato+gula. Biarkan masak seketika..Kemudian last sekali masukkan sotong sumbat tadi+garam. Biar sekejap dah masak boleh dihidang.

Memang sedap tau korang. Kira hidangan nih complete lah..Ada udang,sotong,sayur sayuran dan telur...Yang bab sayur tuh kan korang boleh pelbagai dengan sayur lain. Boleh letak daun bawang, daun sup, brokoli dan lain lain. Ikut kreativiti korang. Saya guna bahan apa yang ada dalam peti ais saja. Korang cuba lah memang sedap.

Handsock Pretty Zahra yang selesa

9:25:00 PG 0 Comments
Assalamualaikum...

Rindu betul dengan blog pink saya nih...Dah dua hari dibiar bersawang..huhuhu...Nampak sangat busy..hehehe...

Okeylah tak mahu cot cet cot cet panjang sangat...Kali nih saya nak review handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan...

Macam saya memang pakai handsock dan macam macam jenis dan design saya pakai...Ada sesetengah handsock buat saya tak selesa sebab terlalu ketat di bahagian atas lengan dan menyebabkan rasa tak selesa dan sakit...Adakalanya saya akan tergaru garu sebab gatal..Mungkin jenis kain yang digunakan buat handsock tuh tak serasi dengan saya...

Jadi, bila rasa tak selesa tuh mesti akan timbul keinginan nak cari handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan kan??Alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan....



Handsock Pretty Zahra nih direka oleh wife officemate saya. Apa yang best tentang handsock nih ialah material kain yang digunakan ialah lycra. Tidak melekap, sejuk, besar,selesa sangat sangat dan yang paling penting handsock nih panjang sampai ke lengan tangan atas.


Untuk sepasang handsock nih harganya RM18.00 sahaja...Ada pelbagai warna yng cantik cantik tau.


Untuk update terkini korang boleh cari fb : Handsock Besar Malaysia (HBM)


Sabtu, 22 November 2014

Testimoni Nurraysa Beauty Skincare

11:21:00 PTG 24 Comments
STICKY POST 24 HOURS

SPONSORED POST

Assalamualaikum...

Sebelum nih saya dah pernah share dengan korang serba sedikit pasal produk Nurraysa Beauty Skincare yang 100% bahan semulajadi dan ada kelulusan KKM...Alhamdulillah saya terpilih untuk mencuba keberkesanan produk Nurraysa. TERIMA KASIH diucapkan kepada pengasas Nurraysa, Pn Nur Aini Zolkepeli kerana beri saya peluang mencuba skincare beliau..

Sebelum nih saya share apa yang best mengenai Nurraysa Beauty Skincare dan kelebihan setiap satu set 4 in 1....Kali nih saya nak share testimoni Nurraysa Beauty Skincare yang saya dah gunakan selama seminggu...

Sebelum nih saya bagitahu korang yang saya just gunakan sabun muka saja untuk jaga kulit muka saya..Memang takde krim siang krim malam bagai...Tak mustahil lah jerawat tetap jugak tumbuh bermaharajalela dekat muka saya...Bila dah berjerawat of course lah tinggalkan kesan hitam kan...

Saya juga mempunyai kulit muka jenis kombinasi..Ada masa berminyak ada kering...Bila ada masalah nih mestilah nak cari skincare yang sesuai dengan kulit muka kan...Saya juga ada masalah kulit muka kusam dan eye bag yang agak teruk...Kalau korang masih ingat saya pernah share dengan korang testimoni produk yang saya guna. Memang produk tersebut berkesan tetapi bila masuk bulan kedua muka saya jadi merah dan pedih bila gunakan salah satu produk skincare tersebut...Akhirnya, saya buat keputusan berhenti guna skincare tersebut...Baru masalah muka saya okey tau..Kalau tak memang jadi macam udang kena bakar...Alhamdulillah sekarang dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka saya...Yang penting 100% semulajadi, tiada bahan kimia, dibuat di kilang bertaraf GMP dan ada kelulusan KKM..

Tengok pada gambar atas nih...Sebelah kiri muka saya sehari sebelum guna produk Nurraysa..Jerawat sana sini + eye bag...Sebelah kanan pulak muka saya seminggu (7 hari) lepas guna produk Nurraysa...Masa nih saya hanya menggunakan UV Krim + Celak +Lip Gloss sahaja...Walaupun tak 100% tapi hasil yang saya dapat memang sangat puas hati...Jerawat cepat mengecut dan kesan hitam jerawat semakin pudar...Eye bag pun semakin kurang...In shaa Allah akan pakai secara berterusan untuk dapatkan hasil yang memuaskan...

Bukan saja masalah jerawat dan kesan jerawat dapat di atasi, masalah kulit kusam dan kulit kombinasi juga dapat diselesaikan..Waktu malam sebelum tidur saya akan cuci muka dengan Collagen Soap..Lepas tuh guna Treatment Serum+Miracle Whitening Spray..Esok pagi pagi bangun tidur muka rasa fresh dan moist aje...Waktu siang pula saya guna Collagen Soap+Treatment Serum+UV Krim...

Saya bagitahu korang lagi sekali apa yang ada dalam Set 4 in 1 Nurraysa Beauty Skincare..Set 4 in 1 mempunyai Collagen Soap+Treatment Serum+Miracle Whitening Spray+UV Krim..

So,inilah testimoni saya sendiri selama seminggu gunakan Nurraysa...In shaa Allah akan share dengan korang testimoni selepas sebulan penggunaan Nurraysa...

Berminat nak cuba produk buatan Muslimah dan terbukti berkesan dan selamat ini??Korang bileh terjah fb dan juga website seperti bawah :-



Khamis, 13 November 2014

Nurraysa Beauty Skincare Rahsia Kulit Wajah Cantik Sihat Berseri

2:52:00 PTG 16 Comments
STICKY POST 24 HOURS

SPONSORED POST

Assalamualaikum...

Hari nih saya nak review produk yang semakin menjadi sebutan dan rebutan ramai..Pasti korang nak tahu produk tuh kan?Pernah dengar Nurraysa Beauty Skincare tak??Tak pernah??Okeylah saya akan cerita secara details satu persatu berkenaan produk nih..Bagi kawan kawan yang friend dengan saya di fb mesti tahu serba sedikit kan sebab wall saya penuh pasal produk nih...


Untuk pengetahuan korang, Nurraysa Beauty Skincare merupakan produk buatan muslimah yang diedarkan oleh sebuah syarikat berdaftar dibawah Syarikat Nur Aini Beauty Collagen Sdn Bhd. Produk ini 100% menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia...Kandungan Nurraysa Beauty Skincare terdiri daripada 3 bahan utama iaitu Collagen + Apple Stem Cell + Aloe Vera...Yang paling penting produk ini dibuat di kilang yang bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM...


Pengasas dan model bagi produk Nurraysa Beauty ...


Nih belakang kotak produk Nurraysa..Dekat belakang kotak korang boleh rujuk nombor NOT di web KKM untuk kepastian korang...Selain daripada itu ada juga tercatat kandungan, tahun luput, harga dan edaran syarikat..

Kelebihan produk Nurraysa Beauty Skincare :


  • hilangkan jerawat/parut/pigmentasi/stretchmarks dan cela
  • kurangkan kedut serta menegangkan kulit
  • bersih,mencerahkan kulit yang gelap/kusam
  • menyamaratakan tona kulit
  • hilangkan hitam di bahagian ketiak dan peha
  • hilangkan minyak berlebihan
  • boleh digunakan untuk badan,ekzema,panau,kurap dan gatal gatal
  • kulit lebih licin
  • memudarkan jeragat
  • hilangkan blackhead/whitehead


Untuk pengetahuan korang Nurraysa Beauty Skincare terdiri daripada 4 produk utama iaitu :

NURRAYSA COLLAGEN SOAP

Fungsi : membersihkan & mencerahkan kulit wajah, menganjalkan kulit muka,kurangkan jerawat & parut,tona muka sekata,lembabkan kulit wajah,bersihkan pori-pori & mekap

Kandungan : Glycerin, Pure Marine Collagen, Minyak Zaitun Extra Virgin, Susu Kambing dan Herba

MIRACLE WHITENING SPRAY

Fungsi : memutih,mencerah, menegang, menutup liang liang roma, mengurangkan garis garis halus dan kedutan di wajah.

Kandungan : Distilled Water,Bifidobacterium Bifidum, Methylisothia Zolinone Phenoxyethanol, Mentha Piperita, Butylene Glycol, Fragrance, Sacharide Isomerate, Hyaluronic Acid, Malus Domestica

TREATMENT SERUM

Fungsi : anti septik dan anti antibiotik untuk melindungi kulit daru jerawat dan jadikan kulit berseri dan mulus.

Kandungan : RO Water, Phenoxyethanol,Butylene Glycol, Epilobium Augustifolium Flower, Matricaria Chamomilla Hamamelis, Allantoin, Methylisothiazolione Carbopor.

UV KRIM

Fungsi : melindungi kulit dari sinaran matahari dan jadikan kulit cerah berseri.

Kandungan : SF 1632, SF 1642, Silsoft 034, TI O2-as-6ld, Yellow rs 112d, Red afs 112d, Mica,  Td 50ab, Ss 4267,Sf 1202,Transparmer.


Bila diberikan kepercayaan untuk review sesuatu produk yang diberikan WAJIB lah kena cuba produk tersebut dan beri pendapat mengenai produk tersebut..Sebelum saya share dengan korang apa yang best tentang Nurraysa Beauty Skincare saya nak beritahu korang yang saya dah stop pakai sebarang skincare. Tak pakai dah krim siang,krim malam,serum dan segala adik beradik keturunan skincare kecuali pencuci muka saja saya guna..Yang tuh saya kena pakailah sebab takkan nak biar kulit muka saya "tak makan". Bila pakai sabun muka saja faham faham ajelah keadaan kulit muka saya kan...Tak sihat 100%...Kesannya muka senang tumbuh jerawat dan meninggalkan bekas jerawat. Bila berpeluang untuk mencuba produk Nurraysa Beauty Skincare haruslah kena beri feedback selepas penggunaan kan...

Apa yang best tentang Nurraysa Beauty Skincare nih ialah baunya wangi. Baik sabun, UV krim, miracle whitening spray dan serum...Setiap satu mempunyai bau wangi yang tersendiri...Tekstur serum pula ringan dan tak berminyak...UV krim pula teksturnya tidak berminyak,lembut dan ringan. Maksud saya ringan tuh bila apply dekat muka memang tak rasa pun macam kita pakai krim..Serius,saya tak tipu..Tak payah sapu tebal tebal dekat muka just sapu nipis saja dah cukup untuk lindung muka korang daripada sinar uv. Sabun pula wangi dan mempunyai buih yang halus. Sabun nih korang boleh kerat jadi kecil. Lagi satu kan korang sabun nih tak midah cair walaupun terkena air. Boleh jimat sebulan tau manakala spray pula berwarna hijau tau..Bila sembur kat muka terasa segar dan sejuk tau korang..Bau spray macam ala ala herba yang berangin...Bila hidu tuh memang bestlah baunya.

Hari nih merupakan hari pertama saya guna produk nih..Nantikan review saya pada hari ke 8 iaitu saya akan beritahu korang kesan selepas 7 hari penggunaan Nurraysa Beauty Skincare dan testimoni pengguna produk Nurraysa Beauty Skincare.

Kalau korang berminat nak cuba Nurraysa Beauty Skincare korang boleh terjah fb dan website seperti tertera kat bawah :








Ahad, 9 November 2014

Resipi Telur Dadar Udang

10:24:00 PG 29 Comments
Assalamualaikum....

Lama tak share resipi kat blog...Semendang sibuk kan...Blog pun bersawang...Saja nak ternak sawang kat blog hahaha..

Okeylah tak nak bebel panjang panjang kang merapu meraban...Semalam punya cerita masak untuk makan malam..Simple aje..Sambal sardin, tekur dadar dan sayur kacang buncis..Tapi nak share dengan korang resipi telur dadar yang senang dibuat dan sedap..Dah banyak kali saya buat memang tak jemu makan...


Nihlah rupa telur dadar udang yang saya buat semalam..Bahan bahan mudah nak dapat dan senang nak buat...

Caranya udang dibuang kulit dan dipotong kecil+tomato dibuang biji dan isi dalam,potong dadu+lobak parut.. Kemudian masukkan telur+garam dalam bahan tadi.Gaul semua bahan sebati.Panaskan sedikit saja minyak.Masukkan bahan telur tadi..Dah masak boleh dihidang..

Senangkan nak buat...Memang sedaplah korang..Saya sekali dah buat asyik nak buat lagi..Tapi kalau korang nak meriah lagi bubuh lah sayur lain kan...Yang sesuai..Jangan pulak bantai letak kangkung sawi bagai kang orang tengok macam pelik aje...hehehe..

SELAMAT MENVUBA KORANG!!!

Khamis, 6 November 2014