Selasa, 28 Oktober 2014

Petua Atau Cara Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Baju Berwarna

Rasanya ramai yang tahu cara nak hilangkan turun warna pada baju. Tapi tetap jugak Mimi nak share dekat blog sebagai rujukan diri sendiri dan mungkin ada kawan kawan yang tak tahu petua atau cara nak hilangkan kesan turun warna pada baju berwarna.

Sebab utama Mimi nak share petua dekat blog nih kerana Mimi sendiri menghadapi situasi tuh bila suami basuh baju. Macam Mimi kalau basuh baju akan asingkan baju baju ikut kategori. Seluar jeans lain, baju kurung atau baju melayu lain, baju warna lain, baju putih lain. Tapi bila suami tolong basuh baju, faham faham ajelah. Bukan tak berterima kasih atau bersyukur sebab suami dah membantu. Bersyukur sangat sebab dia tolong basuh baju tapi....

Dijadikan cerita satu hari Mimk balik dari kerja belum pun sempat nak lepaskan penat bekerja seharian suami bagitahu baju Aina dan Auni kena turun warna. Boleh korang bayangkan keadaan Mimi time tuh??Penat dan ditambah pulak dengan berita yang kurang sedap didengar, apa yang jadi dekat Mimi?? Membebel lah jawabnya kan. Bukan Mimi tak pernah pesan pada suami dah banyak kali pesan kalau nak basuh baju kena asingkan ikut kategori. Contoh seluar jeans tak boleh basuh dengan baju lain sebab memang confirm akan turun warna.

Terus Mkmk keluar pergi kat ampai tengok baju Aina dan Auni. Gila punya teruk warna biru bercapuk dekat baju diorang. Mulut memang tak berhenti pot pet pot pet lahKEADAAN MUNGKIN BERBEZA KALAU SUAMI REPORT KESILAPAN DIA TUH BILA MIMI DAH HILANG PENAT ATAU CUKUP REHAT. Mimi tak nak korang cop Mimi isteri yang tak reti bersyukur atau kurang ajar tau tapi Mimi jujur ceritakan keadaan yang berlaku ketika itu ya. Sila faham betul betul ayat yang Mimi highlightkan tuh tau. 

So dengan sepantas kilat Mimi capai handphone dan search petua hilangkan turun warna pada baju yang berwarna. Kalau baju putih senang sikit kerjakan tapi nih baju berwarna.

Dua petua yang Mimk jumpa ialah :-

a) guna sabun baju jenama Dylon - hasil pembacaan dari blog blog yang ada Dylon nih ada dijual di Tesco atau Giant. Mimi dah cari kedua dua tempat tapi nan hadoo.

b) rebus baju yang terkena turun warna tuh kemudian rendam dengan air asam. Air asam apa tak pulak diterangkan secara details so Mimi assume air asam limau. 

Petua pertama ada jugak nak cuba tapi jenama tuh takde. Petua kedua memang taklah nak cuba sebab macam leceh sebab nak rebus bagaikan. So, Mimi decide cuba cara sendiri untuk hilangkan turun warna pada baju berwarna.

Mimi beli clorox lemon ye bukan clorox biasa tuh. Korang pun tahukan fungsi lemon nih mampu menghilangkan kesan kotoran degil. That's why Mimi beli clorox lemon. Cara yang Mimi buat untuk hilangkan turun warna tuh, Mimi letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi dan Mimi guna jenama Daia. Jenama apa korang guna terpulang. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Kemudian isikan lima penutup botol clorox lemon tuh. Kacau air sabun dan clorox sebati.Kemudian rendamkan baju yang terkena turun warna tuh. Rendaman tuh mesti dua hari berturut-turut untuk baju berwarna. Untuk baju putih sehari semalam dah okey. Masuk hari kedua buang air rendaman hari pertama dan buat air rendaman yang baru. Hari yang ketiga korang boleh tengok baju kembali pada warna asal. Macam Mimi, buat tiga hari berturut turut sebab keadaan turun warna yang agak teruk sebab terkena warna seluar jeans kan.

Clorox Lemon yang Mimi gunakan


Alhamdulillah menjadi. Turun warna pada baju pun hilang, warna baju pun kekal. Baju anak anak Mimi warna kuning tau. So memang tak bercapuk lah jadi baju tuh. Yang penting bila rendam tuh jangan biarkan aje tau kena rajin rajinkan diri kacau kacau rendaman baju tuh.

Untuk baju putih boleh guna petua yang sama seperti di atas. Rendam dalam air yang dah disebatikan dengan serbuk pencuci baju dan clorox lemon rendam semalaman. Ataupun petua lain ialah kalau baju putih tuh jenis fabrik jenis tebal dan tak sensitif rebus saja. Kalau nipis better rendam dengan air panas. Atau boleh juga rendam dengan air panas dengan perahan air limau.  Kalau kesan luntur warna banyak dan teruk gunakan air perahan limau dengan banyak. 

Perlu diingatkan ye kalau baju berwarna tuh warnanya luntur sebab korang rendam dengan clorox tak boleh guna petua nih. Baju yang warnanya luntur sebab clorox memang tak boleh buat apa dah. Menangis tepi bucu katil sajalah jawabnya.  Seeloknya ELAKKAN rendam baju berwarna dengan clorox semata. Better kalau nak rendam baju dengan clorox pastikan campur dengan serbuk pencuci baju.  Itu lagi selamat dan pastikan kuantiti clorox tu sikit saja lebihkan serbuk pencuci baju. 

Hopefully petua nih dapat membantu sedikit sebanyak korang yang menghadapi masalah yang sama. 

65 ulasan:

  1. Elok sgt petua ni kot2 trkna kat kita blh try cara ni

    BalasPadam
  2. clorox lemon? habis kalau baju yang berwarna pun pakai sama juga ke mimi
    tak luntur ke
    kadang kena juga benda camni
    biasa sental dengan sabun lux je

    BalasPadam
  3. Kalau bajj kesayangan yg kena, lagi berangin. Hehe
    Ahamdulillah dapat hilangkan bercapok tu
    irrayyan.com

    BalasPadam
  4. tq info yang berguna. boleh ni. Ada beberapa pasang baju anak jadi macam ni. Takda idea nak buat guane..

    BalasPadam
  5. boleh cuba ni kalau2 terjadi perkara macam ni..memang leceh kalau turun warna.selalunya jalan terakhir buat kain buruk je la..heheh

    BalasPadam
  6. salam kenal... aida terjah dari segmen truly love. ada masa skit ni hah, bw to meet new frens :)
    aida memang guna clorox lemon tapi utk baju putih. tak pernah cuba lagi baju berwarna.
    tak luntur la ekk warna kuning tu. hmmmm bagus bagus bagus...
    bleh try ni sebab kadang-kadang izzat makan-makan sure terkena baju!

    BalasPadam
  7. WAHH BES TIP NI.. SELALU ALAMI PERKARA YG SAMA .. SUDAH NYA JADI KAIN BURUK AJE..

    BalasPadam
  8. clorox lemon first time dengar tp nak cuba la.. mmg kdg2 warna luntur baju

    BalasPadam
  9. thanx ats tips ini. Saya x tahu pn ade clorox lemon.

    BalasPadam
  10. huhuhuh .. memang cepat la baju reput

    dulu zaman sekolah memang suka pakai clorox .. either biru atau kuning(lemon).. Biasa biru lagi kuat

    tapi just utk baju putih .. mmg xpernah basuh campur baju putih & color pun ... hihihihi

    BalasPadam
  11. Owh.. Thanks sharing... Sy biasanya bior je.. Kalau nk basuh baju mmg tgk2 juga la..

    BalasPadam
  12. thanks mimie
    selalu sy guna clorox lemon utk rendam kain buruk kat dapur je..

    BalasPadam
  13. hihi biasalah tengah penat. dulu ayah main sumbat gak semua tapi skarang dah terer sebab dia sndiri pi campur baju dia and turun kaler n baju dia rosak. dah kena sendiri baru tau.. hihi..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum nak tanya kalau baju kurung cotton pon boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Boleh tapi kalau bercorak saya syorkan rendam baju dengan air panas

      Padam
  15. assalamualaikum nak tanya kalau baju kurung cotton

    BalasPadam
  16. Ok, petua baru lagi hari. Good sharing and nice blog too!~ :-)

    BalasPadam
  17. Memang betul kata awak memang nangis punya bila baju yang warna cantik tetiba jadi hitam sebab jeans luntur. Raya baru ni gaun anak saya 2pasang jadi hitam terus sbb jahil pi basuh ngan seluar jeans. 12tgh malam saya nangis sambil sental dalam bilik air..sian bila fikir rosak baju anak saya. Terus google cari tips nak turunkan warna luntur tu. Mekasih atas sharing awak ni. saya pun nak share tips ni dalam blog saya. Nak tahu saya berjaya hilangkan warna yang luntur tu...:) dengan salah satu tips yang awak bagi tu.

    BalasPadam
  18. Memang betul kata awak memang nangis punya bila baju yang warna cantik tetiba jadi hitam sebab jeans luntur. Raya baru ni gaun anak saya 2pasang jadi hitam terus sbb jahil pi basuh ngan seluar jeans. 12tgh malam saya nangis sambil sental dalam bilik air..sian bila fikir rosak baju anak saya. Terus google cari tips nak turunkan warna luntur tu. Mekasih atas sharing awak ni. saya pun nak share tips ni dalam blog saya. Nak tahu saya berjaya hilangkan warna yang luntur tu...:) dengan salah satu tips yang awak bagi tu.

    BalasPadam
  19. Cmne klu Jubah 2 wrna,cntoh hitam n Oren.wrna hitam trun kt Oren..blh try ke cra ni sis... Blh tlg sy😩😭

    BalasPadam
  20. Sis, kalau warna kain luntur, possible tak kalau nak kembalikan warna tu? Kasut sy warna hitam terkena clorox, habis luntur warna hitam tu, macam mana ya😢

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kasut atau baju yg turun warna sbb kne clorox memg xleh buat dah dik....sbb tuh kalo kasut atau baju berwarna yg direndam sgn clorox kne campur sekali dengan sabun baju..

      Padam
  21. Assalamualaikum, salam perkenalan
    Petua yang baik dan blh dicuba ni..
    Jemput datang ke blog saya Mimiaseemacollection@blogspot.com.my

    BalasPadam
  22. Tq dik.hr ni bj sek Ana bercapok.nk Cuba cari klorox tu

    BalasPadam
  23. Nak tanya kalau baju kolor merah luntur kene clorox . Boleh ke kalau guna kan pertua awak ni untuk kembalikan warna yg luntur tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju yang berwarna luntur sebab clorox xboleh buat apa dah. Lepas ni baju berwarna elakkan rendam guna clorox... Kalau campur dgn sabun pencuci takpe.. Jangan rendam dgn clorox semata

      Padam
  24. Boleh tak send gbr clorox Lemon sbb dh servey kt market x jumpa. T.kasih.

    BalasPadam
  25. kalau seluar hitam kna clorox cmne nak hilang kan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo turn warna kne clorox memg zbleh buat apa dah

      Padam
  26. kalau seluar hitam kna clorox cmne nak hilang kan ???

    BalasPadam
  27. Terima kasih sy acap kali terjadi mcm ni...clorox lemon nk try cari

    BalasPadam
  28. Kalau tak guna clorox lemon tp pkai yg clorox biase yg original pnye untk bukan bju putih boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi kesan maybe lambat sikit dari clorox lemon.kalau guna clorox biasa boleh cuba campur dengan perahan limau

      Padam
  29. kalau baju putih tu ada line hitam ke lain merah ke dia tak kacau ke? pakai clorox lemon boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rendam dengan clorox pastikan campur dengam serbuk pencuci sekali. Kalau clorox semata takut bercapuk baju

      Padam
  30. Saya mengalami masalah itu sekarang and jadi kat baju kesayangan saya!!omg! Baju biru laut pulak tu..menjadi ke idea ni?xluntur ke warna nya??bantu saya:(

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum. Sy nak tanya ' baju sy tu warna putih then ada corak bunga2 pink tu. Kalau pakai clorox lemon tu hilang tak warna2 bunga tu?? 😭 hmm main campak2 je baju dlm mesen' sekali bercampur dgn seluar jeans 😌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..cuba try rendam dgn clorox lemon + sabjn basuh baju serbuk

      Padam
  32. Boleh share gambr clorox lemon tu x?

    BalasPadam
  33. Boleh share gambr clorox lemon tu x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk gambar di entry ini

      http://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2017/06/gambar-clorox-lemon.html?m=1

      Padam
  34. Saya Baru beli baju mmg sayangg gile bju tu pling cntik bju raya saya , pkai skali pon x prnh sbb bru beli knn , pstu mk saya cucii Ttbe dy pnggil sy dy ckp tgk ni patu sya bengang gile smpai nk nangis pun ada , Sabtu ni ada jamuan raya dah cadangg nak pakai baju tuu . Last last erghhrhjhjh , Baju saya luntur Kaler Merah Kene dekat Atas Dia Warna Putih Cmne Nk Hilang Kannn

    BalasPadam
  35. Kena cari dulu clorox lemon tu.. n try terus..frust xsudah2 ni baju anak sepasang kena color menurun

    BalasPadam
  36. Akak memang cari petua- petua ni semua..dah berapa banyak baju akak kena turun warna dari baju lain...kalau tau ada jalan paling mudah..guna je tips mimi ni..huwaaaa...dah buang plak tu baju2 tu...

    BalasPadam
  37. Kalau baju jenis kain jersey boleh ke ?

    BalasPadam
  38. Sy rendam baju hitam dgn clorox , campur sabun daia . banyak jugak la clorox tu sy letak , esok pgi sy tgk baju hitam tu jadi tompok2 oren, mcm mana sy nak buat ye ? Dahla baju cantik tiba2 ada tompok camtu :’( tolong bantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  39. Allah..kalau tompok oren tuh makna warna hitam tuh luntur sebab clorox...seeloknya baju berwarna kalau nak letak clorox dengan kuantiti yg sikit + sabun pencuci.sebelum rendam kena pastikan clorox + sabun + air sebati baru rendam baju. Kena ingat clorox kneguna sedikit saja. Kalau dah jadi macam tuh tak boleh buat apa dah. Beli baru jawabnya

    BalasPadam
  40. Salam sis nk tanya clorox lemon tu cap giant blh ke pkai.. sy nk try tp takot makin luntur baju n warna asal turun jgk.. sb baju raya ank 3 psg rosak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah cuba cap giant. Kalau hasilnya sama why not cuba

      Padam
  41. Salam sis nk tanya clorox lemon tu cap giant blh ke pkai.. sy nk try tp takot makin luntur baju n warna asal turun jgk.. sb baju raya ank 3 psg rosak

    BalasPadam
  42. Tengah apply air panas ngan lemon..
    Baju raya hubby trn kaler...yg kena baju dia yg 1 lg...nasib baik baju2 yg lain ok..sadish....klu x ok gak...kena cari yg lain..

    BalasPadam
  43. hye. nak tanya. baju saya colour hijau. ada certain parts je dia turun colour. nak bagi dia sama colour balik, ikut cara sis mimi ker? Thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh jgn... Petua nih untuk baju yang terkena warna dari baju/seluar lain yang turun warna. Baju anak saya bercapuk kena warna dari seluar jeans. Tapi kalau baju sis turun warna dan nak bagi sama warnanya tak boleh guna petua nih. Nanyi bercapuk jadinya

      Padam
  44. Nak tanya baju raya saya warna hijau muda pastu saya tersalah campur dengan satu baju warna merah, sekarang ni habis baju raya saya tu turun tompok2 merah. Jadi ke kalau guna clorox lemon tu? sbb sy takut baju sy tu jadi luntur pulak nanti. Explain please. Hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba rendam dengan air panas + perahan limau.

      Padam
  45. Klu bju yg berwarna kena luntur sbb t'kena clorox blh jga guna tips ni ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau luntur kena clorox tak boleh guna petua nih

      Padam
  46. baju saya warna putih.saya dh buat tapi warna yang turun pada baju saya tu tk keluar pon..boleh bagi cadangan yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara lain rendam baju tuh dengan air panas...kalau fabrik baju jenis tebal dan x sensitif rebus baju smpai warna tuh hilang. Kalau nipis rendam saja dengan air panas mcm sy ckp tadi. Cara lain rendam baju dalam air panas + perahan limau. Kalau warna yg melekat tuh banyak dan pekat, kena lebihkan perahan limau.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.