Rabu, 29 Oktober 2014

Resipi Apam Susu yang sedap,gebu,lembut dan mudah disediakan (*_^)

10:14:00 PTG 25 Comments
Semalam dah janji dengan anak anak nak membaking. Hari nih tunaikan janji..Saya nak share dengan kawan kawan resipi apam susu yang sedap, gebu, lembut dan paling best senang disediakan....



Cara nak buat :- Pukul 4 biji telur + 1sdt esen vanila + 1sdb ovalette + 1 cwn gula halus sampai kembang dan putih..Lepas tuh masukkan 4sdb susu pekat..Pukul lagi adunan tuh..Last sekali masukkan 2 cwn tepung gandum..Pukul lagi sampai sebati..Bahagikan adunan pada tiga bahagian dan masukkan pewarna yang korang suka..Kukus selama 45 minit...

Apam susu nih boleh dimakan time time lepak lepak di perang hari...Nak makan bila bila pun boleh kan ikut masing masing lah kan..Saya memang lama nak buat apam susu tapi tuh lah kan kekangan masa..Bila dah mc nih ambil peluang yang ada buatlah kan..Bahan bahan pun memang dah ada kat dapur apa lagi lah kan,buat ajelah...

Korang pun boleh try resipi apam susu nih tau..Senang aje tau..

Selasa, 28 Oktober 2014

Petua Atau Cara Menghilangkan Kesan Turun Warna Pada Baju Berwarna

1:59:00 PTG 75 Comments
Rasanya ramai yang tahu cara nak hilangkan turun warna pada baju. Tapi tetap jugak Mimi nak share dekat blog sebagai rujukan diri sendiri dan mungkin ada kawan kawan yang tak tahu petua atau cara nak hilangkan kesan turun warna pada baju berwarna.

Sebab utama Mimi nak share petua dekat blog nih kerana Mimi sendiri menghadapi situasi tuh bila suami basuh baju. Macam Mimi kalau basuh baju akan asingkan baju baju ikut kategori. Seluar jeans lain, baju kurung atau baju melayu lain, baju warna lain, baju putih lain. Tapi bila suami tolong basuh baju, faham faham ajelah. Bukan tak berterima kasih atau bersyukur sebab suami dah membantu. Bersyukur sangat sebab dia tolong basuh baju tapi....

Dijadikan cerita satu hari Mimk balik dari kerja belum pun sempat nak lepaskan penat bekerja seharian suami bagitahu baju Aina dan Auni kena turun warna. Boleh korang bayangkan keadaan Mimi time tuh??Penat dan ditambah pulak dengan berita yang kurang sedap didengar, apa yang jadi dekat Mimi?? Membebel lah jawabnya kan. Bukan Mimi tak pernah pesan pada suami dah banyak kali pesan kalau nak basuh baju kena asingkan ikut kategori. Contoh seluar jeans tak boleh basuh dengan baju lain sebab memang confirm akan turun warna.

Terus Mkmk keluar pergi kat ampai tengok baju Aina dan Auni. Gila punya teruk warna biru bercapuk dekat baju diorang. Mulut memang tak berhenti pot pet pot pet lahKEADAAN MUNGKIN BERBEZA KALAU SUAMI REPORT KESILAPAN DIA TUH BILA MIMI DAH HILANG PENAT ATAU CUKUP REHAT. Mimi tak nak korang cop Mimi isteri yang tak reti bersyukur atau kurang ajar tau tapi Mimi jujur ceritakan keadaan yang berlaku ketika itu ya. Sila faham betul betul ayat yang Mimi highlightkan tuh tau. 

So dengan sepantas kilat Mimi capai handphone dan search petua hilangkan turun warna pada baju yang berwarna. Kalau baju putih senang sikit kerjakan tapi nih baju berwarna.

Dua petua yang Mimk jumpa ialah :-

a) guna sabun baju jenama Dylon - hasil pembacaan dari blog blog yang ada Dylon nih ada dijual di Tesco atau Giant. Mimi dah cari kedua dua tempat tapi nan hadoo.

b) rebus baju yang terkena turun warna tuh kemudian rendam dengan air asam. Air asam apa tak pulak diterangkan secara details so Mimi assume air asam limau. 

Petua pertama ada jugak nak cuba tapi jenama tuh takde. Petua kedua memang taklah nak cuba sebab macam leceh sebab nak rebus bagaikan. So, Mimi decide cuba cara sendiri untuk hilangkan turun warna pada baju berwarna.

Mimi beli clorox lemon ye bukan clorox biasa tuh. Korang pun tahukan fungsi lemon nih mampu menghilangkan kesan kotoran degil. That's why Mimi beli clorox lemon. Cara yang Mimi buat untuk hilangkan turun warna tuh, Mimi letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi dan Mimi guna jenama Daia. Jenama apa korang guna terpulang. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Kemudian isikan lima penutup botol clorox lemon tuh. Kacau air sabun dan clorox sebati.Kemudian rendamkan baju yang terkena turun warna tuh. Rendaman tuh mesti dua hari berturut-turut untuk baju berwarna. Untuk baju putih sehari semalam dah okey. Masuk hari kedua buang air rendaman hari pertama dan buat air rendaman yang baru. Hari yang ketiga korang boleh tengok baju kembali pada warna asal. Macam Mimi, buat tiga hari berturut turut sebab keadaan turun warna yang agak teruk sebab terkena warna seluar jeans kan.

Clorox Lemon yang Mimi gunakan


Alhamdulillah menjadi. Turun warna pada baju pun hilang, warna baju pun kekal. Baju anak anak Mimi warna kuning tau. So memang tak bercapuk lah jadi baju tuh. Yang penting bila rendam tuh jangan biarkan aje tau kena rajin rajinkan diri kacau kacau rendaman baju tuh.

Untuk baju putih boleh guna petua yang sama seperti di atas. Rendam dalam air yang dah disebatikan dengan serbuk pencuci baju dan clorox lemon rendam semalaman. Ataupun petua lain ialah kalau baju putih tuh jenis fabrik jenis tebal dan tak sensitif rebus saja. Kalau nipis better rendam dengan air panas. Atau boleh juga rendam dengan air panas dengan perahan air limau.  Kalau kesan luntur warna banyak dan teruk gunakan air perahan limau dengan banyak. 

Perlu diingatkan ye kalau baju berwarna tuh warnanya luntur sebab korang rendam dengan clorox tak boleh guna petua nih. Baju yang warnanya luntur sebab clorox memang tak boleh buat apa dah. Menangis tepi bucu katil sajalah jawabnya.  Seeloknya ELAKKAN rendam baju berwarna dengan clorox semata. Better kalau nak rendam baju dengan clorox pastikan campur dengan serbuk pencuci baju.  Itu lagi selamat dan pastikan kuantiti clorox tu sikit saja lebihkan serbuk pencuci baju. 

Hopefully petua nih dapat membantu sedikit sebanyak korang yang menghadapi masalah yang sama.