Versatile Blogger Award

Assalamualaikum...


Selalu baca kat blog orang tak sangka kena tag..Sekali empat orang tag..Blogger yang sangat rajin memgetag saya nih ialah :-


Terima kasih buat blogger blogger di atas yang sudi tag ahkak ye..Walaupun agak lambat nak bagi respon tapi i'll try my best tau...Lately memang busy,jadi saya cuba jugak usaha buat yang termampu.

Sebelum tuh jom baca syarat syarat yang diperlukan..

  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Kaedahnya kena tag 15 bloggers lain untuk join award nih...Jenuh ai nak tag..Takpelah saya tag mana yang termampu ye..Hopefully yang ditag tak marah...Nak buat buatlah tak nak buat takde paksaan..

15 bloggers di tag :

  • Maria Firdz - http://myfirdz-trulylove.blogspot.com
  • Jijah - http://www.ziezah.com
  • Mama Idlan Irsyad - http://jaajahat.blogspot.com
  • Falsya - http://livinglifesoul.blogspot.com
  • Sya Mimie - http://hanyadihatiku.blogspot.com
  • Sue -http://syawalsimpsons.blogspot.com
  • Siti Zawiah - http://sitizawiah95.blogspot.com
  • Timm Bill - http://timmbill91.blogspot.com
  • Amy J - http://amysigadisweird.blogspot.com
  • Asha Lya - http://blogashalya.blogspot.com
  • Shida - http://duniashida.com
  • Farahwahyda - http://farahwahyda.blogspot.com
  • Jari Manis - http://jarimanistravel.blogspot.com
  • Cikgu Norazimah - http://cekgunorazimah.blogspot.com
  • Faiz - http://cikgufaizcute.blogspot.com
Jenuh nak mengetag mereka yang bertuah..hopefully sudilah kiranya mereka join ye..

7 perkara tentang saya yang bernama Mimi Azirah 

1. Penakut cerita hantu

Yes penakut..Saya sangat takut dengan cerita cerita yang berkaitan dengan syaitonnnn nirrajim nih..Tak kisahlah cerita tuh Melayu ke,Omputih ke,Indon ke,Thai ke,Filipina ke saya tetap takut...Tak kisahlah disiarkan waktu siang ke malam ke,jangan harap nak tengok..Memang pernah cuba nak tengok dan beranikan diri tapi ai is cannottt...Tengok tak sampai seminit aku punya terbayangkan syaitonn nirrajim tuh makan masa berhari hari tau...

2. Peminat tegar PINK

Tengok blog pun dah tahukan....Memang peminat tegar pink tau..Segala benda yang berkaitan dengan diri sendiri semua nak pink..Incik hubby dah faham sangat dah perangai bini dia nih...Baju,tudung,kasut,hp,kalkulator,pencil case,buku dll semuanya nak pink..Kalau boleh satu rumah dari dinding,perabot,barang hiasan semua nak pink tapi kesian lak kat incik hubby stress dia..hahaha..

3. Rabun jauh

Yup...saya seorang yang rabun jauh...Tapi tak sedar diri tuh rabun, tak mau pakai spek..Kekadang aje pakai...Tapi boleh dikatakan 99% saya tak pakai spek..Andaikata korang mengenali/terserempak hamba di luar dan sedekahkan senyum tetapi senyuman korang tak berbalas silalah jangan salahkan saya..Saya memang tak nampak korang senyum ke apa..I'm sorry..

4. Anak sulung

Anak sulung daripada 7 orang adik beradik..4 perempuan 3 lelaki...Daripada saya sampai no 3 perempuan..No 4 sampai no 6 lelaki...Yang bongsu perempuan..Baru darjah dua..hehehe...

5. Peramah

Kalau sesiapa yang tak kenal saya memang akan cakap saya sombong atau tak mesra alam..No no no..Tak baik cakap macam tuh..Mai kenal rapat dengan saya,baru tahu saya punya tahap keramahan tuh..Tapi tetap ada batasnya ya..hehehe..

6. Cepat marah dan cepat sejuk

Saya akui saya cepat marah bila ada orang buat salah..Nak nak kalau bab kerja..Bab nih memang saya tak boleh control marah...Tadahlah telinga dengar saya pot pet pot pet bising sana sini..Dah penat, diamlah..hahaha...Tapi bila dah lepas semua saya diam dan sejuklah...Kalau bab family saya boleh sabar lagi tapi bab kerja maaf saya memang cepat marah...huhu..

7. Sensitif

Nampak aje tegas,garang tapi dalam hati ada kebun bunga tau.Saya seorang yang sensitif dan mudah menangis..Kelemahan saya tak boleh tengok orang menangis automatik saya pun menangis..Apa apa yang menyedihkan memang saya cengeng dan mudah mengalirkan air mata..

Fuhhhh...Akhirnya berjaya jugak habiskan..Lepas nih nak kena inform mereka yang ditag...

19 comments:

  1. Lya kna tag hihi .dah 2 org yg tag insyallah ada klpgn nnt lya wat entri

    BalasPadam
  2. Aigoo..tak suka citer antu kak mimie kita nih. Hehe. Ana suka citer antu, sebab dia mencabar keberanian.

    Sama la kak, ana cepat marah cepat sejuk. Tapi kalau marah disekalikan merajuk, mmg lambat la sejuk. Hehe

    BalasPadam
  3. eh...eh...egat jugak mimi kat sue yee...kkkikiki..insyallah sue join yee

    BalasPadam
  4. hi pink ummi..kiter pun tag awak jugak arituuu heheh

    http://storybyciksiti.blogspot.com/2014/08/7-things-you-should-know-about-ciksiti.html

    BalasPadam
  5. hehe..baru tahu ni.takut cite hantu rupanya..

    BalasPadam
  6. akak, takut cerita hantu tu kita sama. hihi..

    BalasPadam
  7. Zumal pun rabun jauh gak. Orang depan mata jarak sekaki pun zumal dah tak nampak...

    BalasPadam
  8. Oo.. Nama saya ditag ye.. Insyaallah saya akn cuba buat sementara ada masa ni.. Nasib perasan.. Hehe
    Mekasih kak tag.. Tingin jgk nk share bnda cmni.. ;)

    BalasPadam
  9. Penakut cerita hantu ka? hmmm samala tapi lepas ada anak tak takut lagi. sebab nak didik jadi seorang yang berani.

    Rabun jauh pun sama jugakla saya

    BalasPadam
  10. tq tag Za..hehe..tapi dah buat hari tu..jemput baca.. http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/08/7-things-about-siti-zawiah-versatile.html

    BalasPadam
  11. inshaaAllah ada masa jijah join yer kak.. tq tag jijah

    BalasPadam
  12. ramai adk beradik mimi. Balik raya brkumpul meriah rumah kan.

    BalasPadam
  13. baru darjah dua??? best nyerrr..suka kalu dpt buli ni heheheh

    BalasPadam
  14. Kebanyakan sifat mimi sama ngn farah la..hehehe..kena tag ek..InsyaAllah nnti farah usahakan yer.. =D

    BalasPadam
  15. eh mimi, character kita hampir samalah
    cam kembar lah pula =)
    mungkin sebab kita anak sulung kot
    semua yang mimi senaraikan tu, saya pun sama

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.