Ahad, 24 Ogos 2014

Resipi Jemput Jemput Kentang Bercheese yang sedap dan lembut

12:04:00 PTG 23 Comments
Assalamualaikum...

Sarapan pagi nih saya buat jemput jemput a.k.a cikodok kentang bercheese...Memang sedap dan lembut aje. Walaupun dah sejuk still lembut lagi tau...



Ghoman isi dalam jemput jemput...

Cara buat senang aje korang..Just tepung+air suam+2 biji kentang yang diparut+keju cheddar parut+sedikit garam+1sdt baking powder...Gaul sebati..Panaskan minyak dan goreng macam biasa...Dah siap boleh makan panas panas..Memang sedap...Selamat mencuba korang..

Khamis, 21 Ogos 2014

Jangan menghukum!!

7:15:00 PTG 18 Comments
Entry nih sekadar pendapat dan luahan..Bahasa yang digunakan untuk entry ini mungkin agak lain sikit dari penggunaan bahasa pada entry entry sebelum ini...Maaf kalau korang rasa janggal. Contoh kalau sebelum nih saya bahasakan diri saya jangan terkejut pulak kalau tetiba saya tuh jadi aku.

Hari nih kita semua dikejutkan tentang kematian seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun yang lemas di dalam kereta. Puncanya bapa arwah yang berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Agama terlupakan anaknya yang tidur di seat belakang kereta..

Bila kes ini di hebahkan dalam fb, macam biasalah akan dapat reaksi pelbagai daripada pengguna fb...Apa yang menyedihkan komen komen yang ditinggalkan mengenai kejadian nih..Ermmm lebih banyak yang menghina daripada yang mengasihani..Lebih ramai yang menghukum daripada memberi semangat...

Sedih betul bila baca komen komen terutamanya Melayu Islam kita.Sepatutnya kau patut bagi semangat kepada bapa mangsa di atas ujian Allah yang beliau hadapi. Nih tak kau tuduh bapa tuh macam macam...Cuai lah, pembunuh lah...Ada yang lagi teruk kau maki hamun dia dengan perkataan yang aku sendiri tak tergamak nak sebut.. Ada komen yang cakap tak boleh terima kenyataan bila si bapa kata terlupa anak...Dan kau cakap setiap saat kau akan ingat anak kau...

Meh sini baca pulak pendapat dan luahan aku pasal komen komen sampah korang tuh...First aku nak cakap korang yang tuduh macam macam dan maki hamun bapa arwah nih punya otak yang cacat dan akal yang dangkal...Sebab apa aku cakap macam tuh sebab itu kenyataannya...

Korang percayakan takdir Allah?Percaya Qada dan Qadar??So, apa guna korang nak menghentam,nak maki hamun nak menyalak macam anjing atas bukit??Kalau korang percaya itu takdir Allah itu Qada dan Qadar dah tentukan korang akan lafazkan Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiuun bila dengar berita tersebut..Nih tak kau maki hamun lagi ada..Tak pasal pasal pahala yang kau buat dah transfer kepada bapa arwah..Ala mesti korang cakap aku nih pandailah cakap sebab mesti aku pun jenis macam tuh kan..Jenis lupa anak..Ya,aku mengaku aku memang jenis lupakan anak aku...Tapi masa bila??Contoh time kerja takkan setiap saat kau asyik fikir dan ingatkan anak kau..Dah sah sahlah kau sibuk kerja,discuss sana sini,meeting sana sini.. Ya aku akan ingat dan fikirkan anak aku bila aku duduk rehat,bila aku makan..So tuh dipanggil setiap saat ke??Jangan nak bohonglah..Sikit sebanyak mesti kau akan lupakan anak kau walaupun sesaat..Time kau solat,kau menghadap Allah,kau sempat ke nak fikirkan anak kau time kau rukuk?Sujud?Ermmm?Cuba jawab??Dah sah sah kau abadikan diri kau,kekusyukan kau pada Allah..Bila berdoa aje kau akan ingat dan fikirkan anak kau.. So,jangan kau guna istilah setiap saat kau ingatkan anak kau.

Lagi satu,yang kau kau kau pergi bantai maki hamun mencarut kat bapa arwah tuh dah kenapa??Dah banyak sangat ke pahala korang kumpul sampai tak kisah nak buat dosa walaupun kecil??Baik sangat ke korang macam tak pernah buat jahat??Mulia sangat ke korang macam tak pernah buat dosa...Jangan nak bohonglah...Korang takde kat tempat si bapa korang bolehlah hentam kaw kaw punya..Cakap itu ini...CUBA CUBA CUBA korang letakkan diri kat tempat si bapa..Apa perasaan kau bila orang luar hentam kau macam macam??Let say satu hari Allah nak uji kau dengan kejadian yang sama....Setiap hari kau akan ingat dan alert untuk hantar anak dekat taska tapi suatu hari Allah berkehendakkan kau jadi seorang yang amat amat pelupa dan kau terus pergi pejabat..Kau keluar langsung tak check apa ada dalam kereta sebab tuh rutin kau bila sampai kat ofis...Kau kunci kereta dan terus masuk ofis kerja macam biasa..Tetiba bila waktu balik kerja kau ternampak anak kau yang kau tinggal dalam kereta dah tak sedarkan diri..Muka dan bibir dah lebam..Then,tersebarlah berita anak kau meninggal dan masuk akhbar,fb,instagram...Then, terdapat sekelompok keyboard warriors dan pengkomen pengkomen yang hentam,maki hamun dan kutuk kau kaw kaw..Apa perasaan kau time tuh??Mesti kau cuba nak pertahankan diri cakap aku tak salah..Aku tak sengaja..Aku tak cuai...Aku terlupa...Dalam keadaan kau yang trauma,tertekan segala ayat ayat yang kau beri untuk pertahankan diri kau dah tak laku...Kau akan terus terusan dihentam,dimaki,dihina,dicaci dan dipersalahkan..Masa tuh baru kau akan terfikir..Ooo dulu aku hina,maki orang atas sebab yang sama sekarang baru aku sedar situasi yang dialami orang itu dulu...Time tuh kau menangis air mata darah pun tak guna...

Satu ajelah aku nak cakap,bila terima berita macam nih korang fikirlah dalam dalam dan muhasabah diri dulu..Cuba fikir ada ke ibu bapa yang tergamak nak bunuh darah daging sendiri dengan cara macam tuh??Dan fikirlah bahawa itu cara Allah beri ujian pada ibu bapa arwah...Husnu zhon lah apa yang berlaku hanya penyebab Allah nak ambil semula hak yang dia pinjamkan..Andaikata arwah tidak meninggal cara itu,mungkin akan meninggal cara yang lain...Kematian arwah dengan cara itu hanya menjadi asbabnya saja...Apa yang pasti arwah anak kecil itu ditempatkan di syurga dan betapa untung ya ibu bapa arwah kerana anak mereka tunggu di tempat yang paling indah....Kita semua tahu segala yang berlaku dalam hidup kita,mati kita,jodoh kita,nama kita,semuanya telah termaktub sejak kita dalam rahim ketika usia 4 bulan..*Betulkan saya kalau saya salah* Jadi janganlah sesuka hati nak menjatuhkan hukum pada orang lain..Siapa kau nak jatuhkan hukuman tuh pada mereka yang diuji sebegitu??

Janganlah kita menuding jari dan meletakkan beban ke atas bahu orang yang ditimpa musibah sedangkan tanpa sedar 1 jari kita tuding pada orang, 4 jari lagi tuding ke arah kita...Jaga mulut,jaga jari,jaga hati kau bila lihat orang lain ditimpa musibah..Seeloknya kau ucap ajelah yang baik baik,bagi kata kata semangat dan tunjukkan simpati..Bukannya kau hina,maki hamun,mencarut...Tak kena batang hidung sendiri pandailah kau cakapkan??Dah kena batang hidung sendiri baru kau sedar langit itu tinggi atau rendah..Betapa Allah itu Maha Besar Maha Mengetahui..Bila dia berkehendakkan sesuatu jadi,maka jadilah...Kun Fa Ya Kun....

Ahad, 17 Ogos 2014

Safi 24-Hour Hydrating Body Lotion

6:24:00 PTG 19 Comments

Sebelum nih saya pernah up entry pasal saya guna losyen johnson & johson milk lotion...

Sekarang nih saya dah beralih arah ke losyen Safi..Actually losyen nih banyak jenis...Tapi saya grab yang nih sebab bau dia best..Duk kerja dalam aircond haruslah kena pakai losyen untuk lembabkan kulitkan..Losyen nih gabungan buah zaitun dan vitamin pencerah..Sambil melembab sambil mencerah gitu...

Saya tak tahu pun losyen nih ada kat pasaran...Dah lama ada ke baru ada kat pasaran erk??Tak tahu pulak saya..hahaha..Harga berapa erk kat pasaran..Sebab saya beli kat kedai runcit harga sebotol RM5.50..Kira okeylah kan.

Resipi Choc Moist Cake yang sedappp dan tersangat moist!!

12:43:00 PTG 15 Comments
Assalamualaikum...

Walaupun ramai dah tahu cara nak buat choc moist cake tetap jugak nak share resipi dengan korang.. Dijamin sedap dan moist sangat sangat...


Ooooo...hiasan kek ku tercacat sikit gara gara tercuit tanpa sengaja...huhuhuhu...

See..meladong ladong topping coklat...Coklat meleleh leleh..Jom jom belajar buat kek..

Cara buat : 300gm tepung+100gm serbuk koko+1sdt baking soda+baking powder diayak..Ketepikan...Putar dengan mixer hingga kembang dan putih 3 biji telur+300gm gula kastor+1sdt esen vanila..Kemudian masukkan 250ml susu cair+250ml minyak jagung+ 2 sudu susu pekat..Putar lagi sampai sebati...Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan digaul dengan spatula guna kaedah kaup balik..Masuk tepung sikit demi sedikit..Last sekali masukkan 250ml air panas.Gaul sebati..Griskan loyang kek dengan mentega dan lapikkan loyang dengan baking paper.Curahkan adunan dalam loyang..Bakar suhu 160° selama 1 jam 30 minit.

Untuk topping : 200gm coklat masakan+150ml susu cair+1sdb susu pekat+2sdb mentega...Gaul sehingga semua bahan sebati...Curahkan topping atas kek sikit demi sikit (suku topping)atas kek...Tujuannya untuk bagi topping tuh menyerap ke dalam kek dan kek akan rasa moist gitu...Biarkan seketika..Lebihan topping tadi bolehlah dicurahkan habis atas kek..Lepas tuh boleh hias ikut taste memasing.

Kek akan moist sangat sangat dan coklat akan terasa..Tak caya korang boleh try..Memang moist..Kek nih saya buat untuk open house lorong rumah saya...

* nak rasa kek coklat lebih hoho liaw korang boleh masukkan serbuk nescafe/kopi..Memang kek coklat korang akan bertambah sedap..Tak percaya boleh try.

Rabu, 13 Ogos 2014

Resipi kuah ikan bakar campak campak

9:00:00 PG 16 Comments
Puan blog minta maaf sebab lambat update resipi kuah ikan bakar agak lambat sebabnya puan blig tak sihat..Sepatutnya semalam daa hari nih ada seminar dekat ILIM tapi terpaksa tarik diri sebab kesihatan yang tidak mengizinkan...Demam+Batuk+Badan Bisa+ Hilang Suara..Lengkap...So, tahap kelupaan agak tinggi...


Sebelum terlupa baik update laju laju...Kang berhutang lagi dengan korang..


Malas nak letak watermark..Puan blog time dengan sepantas kilat...

Cara nak buat : Blend bawang besar holland+4 biji bawang merah+2 batang serai+air asam jawa+cili kering+kunyit+ 1sdt serbuk rempah tumis...Blend sampai lumat..Ketepikan..Panaskan minyak tumis bahan yang diblend+serai diketuk tadi sehingga pecah minyak. Last sekali masukkan garam+gula...Curahkan atas ikan dan bakar ikut kesesuaian suhu oven korang atau guna pemanggang ajaib..

*Rempah tumis tuh yang saya dapatkan daripada kak Ina..Maksud saya, saya kirim kat Ina masa dia balik Terengganu...

*Kalau takde rempah tumis korang gantikan dengan serbuk kari..Disebabkan rumah saya takde serbuk kari saya tukar guna rempah tumis..Sedap jugak..hehehe..

Yang penting makan time panas panas haba menossk lobang hedong memaag perghh teraagkat mak bedah..Try la yer...Kalau tak sedap jangan salahkan saya..Salahkan tekak saya..hahaha...

Resipi kuah ikan bakar campak campak

5:57:00 PG 10 Comments
Puan blog nak minta maaf sebab lambat update entry resipi kuah ikan bakar sebab puan blog tak berapa sihat..Demam+bisa badan+batuk+suara hilang...Lengkap..Tapi tetap datang bekerja macam biasa..huhuhu..

Okeylah takmo merapu bubbling pepanjang..Direct aje ye...


Cara nak buat kuah nih blend bawang besar holland+bawang merah+ 2 batang serai+cili kering+serbuk kunyit+serbuk kulit kayu manis+serbuk jintan manis+serbuk jintan putih+serbuk ketumbar+air asam jawa..Dan blend ketepikan..Panaskan minyak tumiskan bahan yang diblend tadi+serai yang diketuk...Masak sampai pecah minyak...Last sekaai masukkan garam+gula...Then, curahkan kuah atas ikan. Bakar ikut suhu yang bersesuaian dengan oven korang atau masak guna pemanggang ajaib...

Senang aje kan kan..Koraag bolehlah cuba ye..Kalau tak sedap jangan salahkaa saya,sayakan tekak saya..hahaha..larik...

*sukatan untuk semua jenis serbuk tuh 1 sudu kecil ye..Jangan membukit sangat serbuk tuh agak agak rata okeylah...

Isnin, 11 Ogos 2014

Aiskrim Chocolate Rice

10:30:00 PG 20 Comments
Semalam lepas masak masak saya buatkan anak anak aiskrim pulak..Aina request aiskrim coklat..So, ummi buat ikut permintaan anak..


Bertaburan lah chocolate rice kat atas aiskrim tuh...Dulu saya buat aiskrim ada bubuh telur..Sekarang buat aiskrim tak payah guna telur...

Cara nak buat aiskrim pun sangat sangat senang tau...1 tin susu cair+susu pekat+ovalette..Pukul dengan mixer hingga kembang dan gebu..Lepas tuh masukkan 3 sudu besar serbuk coklat.Gaul rata..Tuang dalam tipuware dan taburkan chocolate rice...Sejukbekukan dalam fridge..

* Sukatan susu pekat ikut pada taste korang..Macam saya tak berapa suka manis so saya letak 4 sudu besar.

*Perasa aiskrim ikut pada koranglah nak letak ye...

Kuah Ikan Bakar campak campak yang sedap

9:00:00 PG 16 Comments
Dua tiga hari lepas ada tengok entry kak Ina a.k.a IntaNBerlian pasal kuah ikan bakar resipi mak kak Ina..Tetiba tekak nih pun nak makan ikan bakar..So,kuahnya harus ku buat sendiri guna rempah gulai yang saya kirim daripada kak Ina..Nak masak kena bereksperimen nanti kita tak tahu sedap ke tak...


Meladong kuah ikan bakar yang saya buat..hahaha...Melimpah ruah kuah ikaa bakar tuh..Puas lah makan..Memang sedap...Naati saya share resipi dengan korang ye...

Ahad, 10 Ogos 2014

Mee Rebus Kuala Sg Baru yang kaw kaw mabeles lesss

7:30:00 PG 14 Comments
AUTOPUBLISH

Semalam lepas balik dari Wet World Resort Kolam Air Panas Pedas, ayah ajak pergi makan mee rebus dekat Kuala Sg Baru..Ayah belanja...Total semua sekali RM49.50 untuk 11 mee rebus + air...Murahkan...

Lokasi kedai makan yang jual mee rebus nih agak tersorok sikit..Kena tengok betul betul..Kalau kawan kawan yang dari Melaka nak pergi PD/Seremban ikut jalan dalam memang akan lalu Pekan Kuala Sg Baru..Kedai makan tuh betul betul sebelah Shell..Di sebelah kiri jalan..Kalau kawan kawan dari PD/Seremban nak pergi Melaka ikut jalan dalam gak memang lalu Pekan Kuala Sg Baru..Kedudukan kedai makan nih sebelah kanan jalan...Saya highlightkan sekali lagi ye..Gerai makan mee rebus nih agak tersorok dan terletak bersebelahan dengan Shell.


Mee rebus nih memang kaw kaw mabeles lesss...Kuah mee rebus nih memang pekat dan terasa rempahnya tau..Tempat lain kalau makan mee rebus tak sama rasa macam mee rebus Kuala Sg Baru..Kalau kat PD kuah mee rebus jadi macam kuah mee bandung..Itu apa yang ayah saya cakap..Ayah saya cakap mee rebus Kuala Sg Baru memang terasa dan sedapnya tak tahu nak gambarkan macam mana...Tapi orang resdung tak digalakkan makan sebab kuahnya memang rasa udang tau...Tapi saya makan jugak sebab ada penawar untuk elakkan resdung..hahaha...

Kalau kawan kawan ada lalu Pekan Kuala Sg Baru sila rajinkan diri makan mee rebus kat sini..Harga berpatutan tau..RM3.00 saja..Memang puas hati..Tak rugi makan..hehehe..

Sabtu, 9 Ogos 2014

Resipi Kek Oren Sunkist Blended Cheese

1:10:00 PTG 13 Comments
Assalamualaikum...

Semalam sempat buat dua jenis kek untuk bekalan cuti cuti Malaysia dengan family...Kek coklat dan kek oren...Tapi kali nih nak share dengan korang resipi kek oren sunkist blended cheese...Cheese dan aku tak boleh dipisahkan...Bila badan naik mula pot pet pot pet..hahaha...


Cara nak buat senang dan mudah aje tau korang...Pejam sebelah mata pun boleh..hehehe....

Bahan bahan dan cara nak buat

2 cawan tepung + 1 sdt baking powder...Diayak..Ketepikan...Dua biji oren sunkist (dibuang biji) + kulit oren (dibuang serat putih tuh) + 3 biji telur (gred A@size L) + 1 cawan gula pasir + 1 cawan minyak masak..blend hingga sebati. Kemudian tuang adunan dalam bekas lain..Masukkan tepung yang diayak sikit demi sedikit. Gaul guna spatula cara kaup balik..Dah sebati masukkan cheese cheddar yang diparut + secubit garam...Gaul sekejap bagi sebati..Kemudian masukkan dalam loyang kek yang digris dengan mentega..Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 35-40 minit...

*cheese parut ikut pada korang nak buh banyak mana..Saya parut 1/4 aje cheese tuh..

*kalau tak nak letak cheese parut pun boleh..Cara buat sama aje cuma tak payah buh cheese.

*oren sunkist kalau tak nak dua biji boleh aje letak sebiji..ikut selera korang..

Kek nih sedap tau..Terasa keorennan dalam mulut tau..Rasa yang gebas gebus tuh perghh...Kalau nak bawak balik untuk mentua kat kampung boleh...Senang,mudah,jimat masa...

Selasa, 5 Ogos 2014

Fesyen Muslimah El Zahraa

1:30:00 PTG 15 Comments
Pernah ada satu ketika di mana industri fesyen tempatan kita mengalami ‘zaman kegelapan’ di mana ianya tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan pasaran luar negara malah negara-negara jiran sekalipun. Pada waktu itu juga ramai penggiat fesyen Malaysia sudah hampir berputus asa kerana kekeringan idea untuk meneruskan karier mereka. Namun kemudiannya keadaan mula berubah. Landskap dunia fesyen Malaysia semakin meriah diserikan dengan kehadiran ramai pereka fesyen muda yang begitu berbakat. Mereka hadir dengan pelbagai koleksi pakaian yang cukup kreatif dan halus hasilnya.

Sehingga kini kita boleh lihat industri fesyen di Malaysia sudah semakin berkembang maju dan mampu bergerak seiring dengan trend fesyen terkini yang popular. Apa yang paling penting ialah cabang fesyen di Malaysia telah merentasi bermacam jenis kategori dan yang terbaru ialah fesyen Muslimah.
Trend fesyen Muslimah terkini mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan para peminat fesyen di Malaysia malah sudah mendapat perhatian di peringkat global. Atas hasil usaha mereka yang terlibat juga, fesyen Muslimah kita telah mampu menghiasi pentas-pentas fesyen antarabangsa. Ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan apatah lagi ianya ternyata memberikan lebih banyak pilihan buat para wanita di luar sana yang sukakan fesyen Muslimah.


Jenama El Zahraa adalah antara yang mula meniti di bibir para pencinta fesyen Muslimah di Malaysia. Ianya amat sinonim dengan wanita yang berhijab kerana menawarkan bermacam jenis produk untuk golongan sebegitu. El Zahraa semakin dikenali kerana membariskan bermacam koleksi pakaian Muslimah untuk wanita moden yang mementingkan penampilan Muslimah yang bukan sahaja menutup aurat malah dalam masa yang sama boleh kekal bergaya dan anggun ketika memakai baju Muslimah mereka.



Misalnya, baju kurung moden yang ditawarkan oleh El Zahraa adalah amat sesuai sekali dengan cita rasa wanita moden masa kini. Ianya bukan sahaja cantik malah amat praktikal untuk dipakai setiap hari walau ke mana jua anda pergi. Jika anda adalah seseorang yang mementingkan gaya yang menawan dan sopan, koleksi baju kurung El Zahraa pastinya menepati kemahuan anda.



Kini anda boleh mendapatkan koleksi terkini baju Muslimah daripada El Zahraa di website online shopping Malaysia yang terkemuka iaitu ZALORA. ZALORA Malaysia menawarkan koleksi baju Muslimah dan pakaian tradisional wanita moden yang cukup meluas daripada jenama ini. Jom dapatkan El Zahraa hari ini juga dan rebut diskaun hebat sekarang juga di ZALORA!