Majlis Pertunangan Ika @ Syawal ke-2

Syawal kedua family saya agak sibuk..Selain layan tetamu yang datang beraya ada majlis pertunangan akan berlangsung kat rumah mak a.k.a nenek saya. Adik sepupu saya iaitu anak mak lang dan pak lang saya akan bertunang..Kalau korang masih ingat saya pernah up entry pasal metro keluarkan berita adik sepupu saya kemalangan yang menyebabkan dua orang meninggal tuh, hah dia lah yang bertunang...

Majlis pun serba ringkas..Takde hantaran bagai. Just perbincangan untuk tetapkan tarikh pernikahan dan sarung cincin saja. Mekap pun adik saya yang mekapkan..Saya pulak tukang pakaikan tudung dan veil halfmoon...Alhamdulillah tuan punya adik berpuas hati lah kan..Saya dengan adik saya bukanlah berseni sangat...Biasa biasa bolehlah..


Yang tukang mekap adik saya yang pakai shawl biru putih tuh...Saya pakaikan tudung untuk bakal pengantin..Ala ala Mawar Fareeda gitu..


Nih bakal mak mentua adik sepupu..Memang sempoi gila...Masa nih bakal mak mentua dia sarung cincin laju tau pastu kitorang yang tukang ambik gambar nih tak dapat nak snap..So,dengan selamba vadaknya bakal mak mentua dia pergi angkat tangan adik sepupu tinggi tinggi..Tuh yang dia ketawa malu..Malu lah kunun.....

In shaa Allah majlis akan berlangsung pada 12 dan 13 September di Semerah, Johor.Ikat pun tak lama sebulan lebih aje..

To pika semoga hubungan korang berkekalan hendaknya dan semoga semuanya dipermudahkan..Aamiin..

11 comments:

  1. wahh. tahniah untuk adik sepupu sis :)

    BalasPadam
  2. insya-ALLAH. semoga semuanya dipermudahkan.

    tahniah pada dia ^^,

    BalasPadam
  3. mjls masa raya mmng srnk hbs sbb dpt jumpa smua sedare mare one-shot

    tifaanvar

    BalasPadam
  4. aamiin.
    simple kan. buat yg wajib je..
    smga dipermudahkan shingga tarikh yg ditetapkan..

    BalasPadam
  5. wow seronoknyaa mak mertua sporting gitu hahaha.. musim raya ni musim orang kawen jugak kekeke..

    BalasPadam
  6. tahniah! moga di permudahkan nanti.. lagi cepat lagi bagus

    BalasPadam
  7. comel bakal pengantin ye =)
    congratulation

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.