Adab meminjam

Nak share dengan korang ilmu yang saya dapat dari rancangan Ya Ustaz..Walaupun more pada rancangan untuk anak anak tapi tak salah pun kita as parent nak join sekali tengok sebab ada bagusnya jugak...Contohnya dapat info atau ilmu baru yang boleh dikongsi bersama...

Saya nak share dengan korang adab meminjam....Pinjam apa?Tak kisahlah pinjam apa asalkan MEMINJAM.....

1) meminta izin tuan punya barang

yang nih memang kena buatttt lah kan..nak pinjam apa pun barang orang kena bagitahu dan minta izin dulu tapi ada juga jenis kongghajo main ambil aje tak minta izin...nih memang jadi kepantangan saya tau..tak kiralah walaupun keluarga sendiri..

2) jaga barang yang dipinjam dengan baik

hahhh...yang nih pun sama..ada jenis orang yang pinjam barang orang dia jaga elok aje..macam mana keadaan barang masa kita bagi pinjam macam tuhlah keadaan barang tuh time dia pulangkan..tapi ada juga yang bila pulangkan barang tuh keadaannya Allahurabbi...saya pernah bagi kawan saya pinjam buku dalam keaddan yang baik dan memang macam stok dalam kedailah...bila dia pulangkan semula sedihnya lahai....conteng sana sini...komot sana sini...marah memang marah tapi diamkan aje...

3) pulangkan dengan segera selepas meminjam

lepas pinjam kenalah pulangkan cepatkan..janganlah buat hak mutlak pulakkan...kalau sehari dua takpe kot tapi kalau sampai makan minggu memang melampaulah kan...Saya kalau pinjam novel kawan macam mana keadaan novel tuh masa saya terima macam tuh lah keadaan novel tuh bila saya pulangkan pastu saya akan ambil masa sehari aje baca dan esok terus pulangkan..tak suka simpan hak orang lama lama...

4) ucapkan terima kasih

bila dah meminjam haruslah ucapkan terima kasih walaupun dengan adik beradik sendiri kan..tak luak mana pun kalau ucap terima kasih selepas kita meminjam...

5) mohon maaf sekiranya barang yang dipinjam rosak dan digantikan dengan yang baru

bagi saya memang patut kita buat macam nih..if kita pinjam barang orang dan semasa barang tuh ada kat tangan kita, barang tuh rosak cepat cepat mintak maaf dan gantikan dengan yang baru..jangan diam aje buat derkkk je kan...sebab semua tuh akan buat tuan punya barang akan terasa hati dan tak percayakan kita lagi...saya memang jenis yang kalau bagi orang pinjam barang dan barang tuh rosak, orang tuh datang minta maaf kat saya, saya okey aje nak ganti boleh tak nak ganti pun takpe...bagi saya cukup minta maaf tapi kalau tak minta maaf memang hangenn kus kus lah jadinya..

HAHHH...nihlah 5 adab meminjam barang orang lain ye kawan kawan...Tak salah pun kalau kita merendah diri bila nak meminjam kan...Kalau kita bagus orang mesti suka hati nak bagi pinjam lagi dan lagi sebab orang percayakan kita..Betul tak??

Korang pulak macam mana??Ada yang fiil lebih kurang saya ke??

16 comments:

  1. betul tu mimi..walaupun diajar untuk anak2 tapi ada juga segelintir yang dewasa ni dah pinjam tapi buat cam harta sendiri..ish..tak bestlah

    BalasPadam
  2. lagi satu nak tambah:
    meminjam bila btl2 perlu shj.

    BalasPadam
  3. sama la dgn saya. saya pon pantang kalau org ambik brg saya tak bgtau dlu.ye la nti dok tercari cari kan.

    pernah jga pinjamkan majalah dkt mmber masa bagi cntik terletak. tapi bila dpt blik alahaii.. terus rasa mcm grrrr je

    thanks berkongsi mimie :)

    BalasPadam
  4. tips yang sangat berguna ni.
    peringatan untuk diri sendiri :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Terima kasih kongsikan kak mimi... Tak suka meminjam kecuali terpaksa juga pinjam...

    BalasPadam
  6. bagus tips ni kak..walaupun dapat dari rancangan kanak-kanak.kita yang dewasa ni kadang-kadang terlepas pandang.benda nampak kecik tapi penting.thanks for sharing

    BalasPadam
  7. Terima kasih Mimi sudi berkongsi. Ilmu yang amat baik. Perlu jaga adab ni kalau nak meminjam supaya hubungan antara peminjam dan tuan barang sentiasa baik. Akak paling tak suka jika ada yang tak jaga adab no 2 dan 3 tu..

    BalasPadam
  8. kak ana sebenarnya tak suka sgt pinjam brg org dan nak bg pinjam brg..tgk pada keperluan jugalah kan ..nice sharing my dear..amanah juga ni..

    BalasPadam
  9. Salam perkenalan. Ramai yang suka meminjam tapi liat nak pulangkan hehehe...

    jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Sepatutnya macam tu lah. Saya kenal sorang kawan, even rosak sikit barang yang dia pinjam, dia akan ganti kecuali tuan punya barang insist gila2 tak bagi ganti. Sharing y baik.. Share link kt FB sket :) stanzaku

    BalasPadam
  11. Selalu kalau bagi pinjam mesti dapat balik barang tu rupa dah lain... Sedih sangat. Tapi zumal pendam je la

    BalasPadam
  12. ada juga yang buat macam harta sendiri bila pinjam.. stres betul..

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    BalasPadam
  13. Kekadang tuh, pinjam brg dulu baru mintak izin. Kan kan. Huhu

    BalasPadam
  14. hehehe....adab tu buleh dikatakan hampir kebanyakkan daripada kita sudah sedari cuma dari segi pelaksanaannya mungkin ada yang terkurang sana sket...sini sket

    BalasPadam
  15. tambah lagi, kalau pinjam bagi bagi yer, jangan buat macam harta sndiri ! hehe

    BalasPadam
  16. iya kak.. jangan buat-buat lupa pula bila meminjam.. hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.