Ahad, 29 Jun 2014

"Ummi,Ummi marah adik ke?"

Kejadian tengahari tadi. Incik tengah mop lantai ruang tamu. Saya pulak masak nasi goreng untuk anak anak...Tetiba dengar suara incik hubby marah dengan kuat. Dia marahkan anak. Saya datang jenguk tanya kenapa marah anak?Incik hubby bagitahu Auni main tuang air sirap dekat luar rumah...

Tak fikir panjang saya datang dekat Auni,cepuk tangan comel dia tiga kali. Bukan kuat pun tapi bagi budak mesti lah akan menangis sebab kena cepuk...Saya ambik gelas kat tangan Auni terus pergi dapur sambung masak. Auni menangis saya tak pujuk. Bukan tak kesian tapi budak kalau dipujuk nanti lagi dia naik lemak...

Bila dah siap masak nasi goreng, saya panggil Aina dan Auni makan. Sekali Auni datang dekat saya...

Auni : Ummi, Ummi marah adik ke?
Saya : Apa?? (Saya tanya sebab tak dengar sangat)
Auni : Ummi, Ummi marah adik ke?
Saya : Masa nih saya terdiam. Terkejut saya bila dengar Auni tanya macam tuh..Tak sangka budak seusia macam Auni tanya saya macam tuh...

Tak banyak cakap terus saya dukung Auni...Saya usap usap kepala dia.

Saya : Tak...Ummi tak marah dah..Ummi sayang adik..Ummi mintak maaf ye..

Bila Auni bersuara macam tuh memang saya nak nangis tapi saya cover aje...Terharu pun ya,sedih pun ya. Tak sangka anak sekecil Auni pandai ambil hati saya. Bila dia tanya macam tuh, Allah terus sayu hati saya...

Saya mengaku yang saya agak tegas dan garang dengan anak anak...Walaupun saya tegas dan garang, saya tak boleh tau dengar incik hubby saya marah anak anak tau. Tak tahulah kenapa..Bagi saya tahap ketegasan dan kegarangan incik hubby saya bila dia marah anak anak tuh terlalu over tau walaupun dia rasa taklah over mana...Macam mana eh nak explain tak reti saya...huhuhu...

Dekat rumah saya memang ada standby rotan halus tuh untuk ajar anak anak. Tapi bukan untuk pukul diorang tau tapi rotan tuh saya akan pukul kat lantai ke kusyen ke bantal ke untuk menakutkan dan gertak diorang aje.

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri nak didik anak anak kan...Saya bukanlah semendang tegas dan garang dekat anak anak. Tak ye..Ada ada masa saja...Saya ada jugak guna pendekatan yang lembut,memujuk dan puji anak anak...Supaya diorang sedar saya dan abi diorang sayangkan diorang bukan bencikan diorang.

14 ulasan:

  1. As salam, suka template blog ummi ni. comey ;)

    BalasPadam
  2. Biasala kadang2 ayah ni tak sedar dia garang dengan anak. Orang lelaki mcm tu kot

    BalasPadam
  3. Alahai.. Pndai betul ank akk berkata2.. Dia pham ummi dia mara bersebab tu..

    BalasPadam
  4. Sangat2 la terharu baca story k.mimi. Memang lain tau kalau seorang ayah marah kat anak dengan seorang mak marah kat anak. Wpun dua2, marah sbb mendidik. Tapi kalau ayah marah, lebih terkesan kat hati anak. Nanti dia ingat sampai besar. Huhu.

    BalasPadam
  5. Kalau si ayah silap marah, boleh jadi anak tu berdendam dgn ayahnya.

    BalasPadam
  6. bila anak buat ayat sedey gitoo..dengan suara melirih je,..mmg sayu je kan...

    BalasPadam
  7. smua mak mcm tu kut, diri sendri bolh marah ank@pukul anak smpai ank menangis. Tp cuba hubby or org lain nak marah sikit pn x blh. Tulah nak perasaan protective seorg ibu

    BalasPadam
  8. alahai.. bila Auni bertanya tu yang jadi sebak tu..

    BalasPadam
  9. naluri seorang ibu,, macam tulah. tak boleh sesiapa marah anak kita walaupun suami sendiri. kak sendiri pun. cuma kita tau had kita. selalunya bila anak kena denda cikgu, yg datang ke sekolah pun selalunya ibu

    BalasPadam
  10. Hmm... Setiap kali mrh knabgtau knp kitamrh...

    BalasPadam
  11. kalau saya pun rasa geram kalau orang marah kat anak
    walau yang marah tu papa diorang sendiri
    cuma kalau saya tak masuk campur kalau encik suami marah atau pukul
    walau dalam hati rasa nak cepuk dia balik

    saya sama cam mimi, rotan ada standby
    tapi tak pernah guna, hentak kat lantai atau dinding bagi takut aje

    betul setiap ibubapa lain dalam mendidik anak-anak
    yang pasti, kita semua maukan yang terbaik buat mereka =)

    BalasPadam
  12. Bila anak ckp mcm tue terus sejuk hati kan..=D

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.