Ahad, 22 Jun 2014

Tolong Rumahku

Mesti semua orang tengokkan rancangan Tolong Rumahku kat tv3 tuh. Saya suka tengok rancangan nih sebab sikit sebanyak membantu saya nak hias rumah nampak cantik dan kemas. Suka tengok make over yang diorang buat...Simple dan tak sarat...

Actually saya dan incik hubby plan nak tukar cat dinding ruang tamu. Incik hubby nak warna grey. Saya setuju sebab entah kenapa warna grey tuh saya tengok nampak menarik ajekan...Dinding utama belakang tv nih saya cadangkan kat incik hubby guna cat Nippon Paint yang Momento tuh..Selalu tengok iklan cat Momento tuh jadi meroyan plak..

Kabinet tv pun saya nak buang sebab dah jahanam dibuat anak anak...Dalam kepala otak dah fikir nak hias macam mana dan make over macam mana kan...Langsir pun nak tukar...Dah 4 tahun tak tukar langsir tau...Jangan fikir pulak setiap kali raya saya nak tukar cat baru,langsir baru,perabot baru..No no no..Saya bukan jenis macam tuh...Selagi boleh guna saya guna..Akan tukar bila dah capai tempoh tertentu yang mewajibkan kitorang tukar. Sesekali kenalah ubah suasana dalam rumahkan...Tak la bosan...Banyak sebenarnya saya nak buat nak bagi rumah cantik tapi bila ada anak anak kecil nih faham faham ajelah kan....

AG dan Azri tolong rumahku..huhuhu...Rasa sakit aje mata nih hah tengok tapi sabar ajelah...Rumahku Syurgaku kan..Walaupun AG dan Azri tak membantu secara realiti tapi bila tengok rancangan nih sedikit sebanyak mrmbantu jugak nak gunakan ruang yang kecil sebaik mungkin. Masih tengah survey survey apa yang perlu dan tak perlu untuk hiasa rumah. Takut jadi macam apa pulakkan....Kawan kawan ada idea untuk saya jadikan sumber rujukan untuk hiasan dalaman nih??

23 ulasan:

  1. akak baru tengok rancangan ni tadi :)

    BalasPadam
  2. Terlepas tengok rancangan Tolong Rumahku tadi... Idea dorang memang menarik :)

    BalasPadam
  3. Oke jugak tu cadangan k.mimi. Ana pun suke gak tengok tolong rumahku. Nice sangat. Lagi2 org pakar yg buat. Ape lagi kak mimi, snap gambar sebelum dan selepas. Boleh buat slide video. Hehe.

    BalasPadam
  4. ida sukaaa tengokk citer psl deco deco rumah niii.. pukul berapa hari ape kakkk ??

    BalasPadam
  5. Akak pun suka tengok rancangan tu Mimi.. Memang pun kena tukar kalau dah smpi masanya kan.. tapi akak pun tak reti nak bagi deco ni.. cam kita kena joint program tolong lah rumah ku tu kan ehe ;)

    BalasPadam
  6. timm suka bca buku anjung seri..lawa2 landskap depa hias..

    BalasPadam
  7. timm suka bca buku anjung seri..lawa2 landskap depa hias..

    BalasPadam
  8. saya x mahir bab nak pilih2 cat rumah dan hias2 ni. Matbe mimi kene pilih konsep hiasan rumah, warna langsir yg sesuai dsbg

    BalasPadam
  9. Tak pnh plak tgk. Tak perasan pun de rnvgn tu... Hehe

    BalasPadam
  10. tak pernah tgk.
    tapi mmg mmbri inspirasi kan..

    BalasPadam
  11. nanti boleh update rumah sebelum n selepas..nak tgkkkk :D

    BalasPadam
  12. dulu kak rajin beli anjung seri dan impiana utk cari idea deko rumah. last2 pakai idea sendiri..
    alahai, duit beli majalah tu kalau kumpul2 boleh beli perabot..hahaha

    kak tengok sesekali prog tu.. tapi kak miss lah dengan deko bersama eric

    BalasPadam
  13. Dulu2 akak suka baca majalah anjung seri tapi sekarang dah banyak group yang berkongsi hiasan rumah di FB. Boleh tgk idea mereka dan suaikan dengan konsep rumah kita..

    BalasPadam
  14. Semoga berjaya mengubah warna rumah Umi. Tak cuba masuk rancangan tu ka?
    Selain dari jenis cat, rancangan tu pun banyak membantu dari segi memilih warna cat, perabot dan sebagainya memang best pun.

    BalasPadam
  15. tengok iklan je hari tu.wah, meletop la rumah akak raya kali ni

    BalasPadam
  16. tak pernah tengoklah pulak kak mimi.. pukul brapa ek..

    BalasPadam
  17. ehh, knapa la saya tak tertengok cerita tu eh.. mesti bestkan..

    BalasPadam
  18. salam k.mimi..
    pernah jgk tgk siaran tu.. ingatkan akak terpilih masuk sama..
    hihi.. betul2..nmpk kemas ringkas dan menarik.. ^^

    BalasPadam
  19. salam k.mimi..
    pernah jgk tgk siaran tu.. ingatkan akak terpilih masuk sama..
    hihi.. betul2..nmpk kemas ringkas dan menarik.. ^^

    BalasPadam
  20. salam k.mimi..
    pernah jgk tgk siaran tu.. ingatkan akak terpilih masuk sama..
    hihi.. betul2..nmpk kemas ringkas dan menarik.. ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.