Sabtu, 7 Jun 2014

Punca Punca anak menjadi biadap part 2

ENTRY AUTOPUBLISH


2) Hubungan dengan Allah yang kurang dijaga

Antara lain anak anak menjadi biadap terhadap ibu bapa adalah kerana ibu bapa yang tidak menjaga hubungan  mereka dengan Allah SWT.

Ibu bapa tidak menjaga ibadah seharian seperti lambat menunaikan solat,kurang berzikir,kurang membaca Al-Quran dan sebagainya.

Jadi bila ibu bapa tidak menjaga hububgan dengan Allah, secara automatiknya anak anak akan ikut sama kan? Bila hubungan anak dengan Allah kurang dijaga, tak hairanlah anak anak jadi biadap kepada ibu bapa.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa kena terapkan ilmu agama dalam diri dan juga anak anak. Kena disiplin kan diri melakukan ibadah agar jejak kita diikut oleh anak anak. Macam mana kita nak didik anak jadi anak yang soleh serta solehah sedangkan kita sendiri gagal tunjuk contoh yang baik? Sama sama kita muhasabah diri perbetulkan diri agar menjadi contoh pada anak anak..Mohon dijauhkan anak anak kita dari sikap biadap nih. Nauzubillah Minzalik...

5 ulasan:

  1. smga ank2 kita semua mnjadi ank yg sole dan solehah

    BalasPadam
  2. Allahuakhbar.. Mampu ke sy didik ank2 yang bkal lahir ni sebaiknya..

    BalasPadam
  3. salam k.Mimi Azirah ..
    huu..sentiasa memperbaiki diri sendiri..insyaallah..tenkiu for sharing

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.