Punca punca anak menjadi biadab part 1

ENTRY AUTOPUBLISH

Assalamualaikum....

Nak share dengan korang beberapa punca anak menjadi biadab..Hasil bacaan saya dari buku yang ditulis oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk Menangani Anak Biadab.

Kali nih saya share dengan korang 1 punca anak menjadi biadab dulu ye....Ada 21 punca sebenarnya so saya buat part by part dulu....

1) Paradigma semasa yang ada dalam minda ibu bapa adalah silap.

Paradigma : Menurut kamus dewan,paradigma ialah lingkungan atau batas pemikiran seseorang pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman,pengetahuan,kemahiran dan kesedaran yang ada.

Jadi bila paradigma yang negatif ada dalam pemikiran kita secara automatik akan mengeluarkan gelombang yang negatif kepada anak yang menyebabkan diorang jadi biadab.

Macam situasi masyarakat Melayu,dah jadi kebiasaan sebenarnya bila anak anak nakal atau degil, orang akan anggap anak itu akan jadi biadab bila diorang dewasa nanti. Bukan orang saja anggap macam tuh,ibu bapa sendiri pun anggap anak sendiri macam tuh. Bila ibu bapa sendiri ada paradigma yang salah,gelombang yang negatif (negative vibration) akan memberi pengaruh pada anak.

Situasi : Abu sedang memanjat tingkap rumahnya. Ibunya yang melihat situasi tuh terus memarahi Abu.

Ibu : Hei Abu,panjat saja kerja kamu ye. Dah berapa kali ibu cakap. Degil sampai ke tua gamaknya kamu nih ya!!

Hahhhh korang nampak kan apa yang saya cuba sampaikan dengan paradigma yang negatif nih. So,dalam mendidik anak anak kenalah kita sebarkan aura dan paradigma yang positif. Bila anak anak buat sesuatu yang kita tak suka seeloknya kita tegur dengan lembut dan berhemah...Bila saya baca apa yang ditulis oleh Dato' Dr HMFK nih memang betul pun kan....Kadang kadang bila terlau marah kita tak sedar pun apa yang kita cakap dekat anak anak. Apa kata mulai sekarang kita praktikkan cara komunikasi yang positif bila bercakap dengan anak anak....

Anak anak kecik nih kan korang,nak nak dalam lingkungan 2-6 tahun nih akan simpan segala aura,cakap kita dalam kepala diorang tau. Apa kita cakap diorang akan ingat. Contoh kalau kita ajar diorang,jangan sebut bodoh. Kita akan cakap tak elok sebut bodoh nanti Allah marah...Tapi bila satu hari tuh kita tersebut bodoh,agak agak korang apa reaksi anak kita masa tuh???Dapat anak yang jenis petah,dia akan tegur kita sebab sebut bodoh....

Kita ajar anak anak jangan buat benda negatif tapi kita sendiri terrrrbuat kan...Tuhlah kan kita yang dewasa nih kadang kadang tak sedar pun...Lepas nih memang kena hati hati lah bila mengeluarkan kata kata tuh takut nanti beri kesan pada anak anak kita...

15 comments:

  1. ... kalau sampai ke tua kurang ajar macam mana, konon nak tunjuk protes atau nak mengajar, tapi diri sendiri nampak tak elok... memalukan mak bapa bagi akak... kalau kita ni bersifat kurang ajar siapa akan disalahkan kalau bukan mak bapa jugakan...

    BalasPadam
  2. btul tue, kak.
    saya pn pernah dgr satu forum nie, dia kata, perangai anak sebenarnya mencerminkan perangai ibubapa.
    maaf, kalau apa yang saya bagitahu nie tidak tepat.

    BalasPadam
  3. betul sangat tu. cuba lihat orang2 tua. bila lihat anak2 panjat pokok, belum apa2 lagi dah kata "jangan, nanti jatuh". yang kita ni punyalah pesan "baik2 panjat tu..". heee

    BalasPadam
  4. tips parenting terbaik..
    betul tu, kalo nak marah anak/ajar anak mesti dgn percakapan y betul n ayat2 y positif..biasa klo kt sebut pkara y dilarang tu.. lg mereka akan buat..

    BalasPadam
  5. Rasanya memang selalu cakap negatif macam tu PU tapi taklah samapai teruk cenggitu, cuma mungkin lenggok bahas yg digunakan tu bukan lemah lembut.....huhu Boleh tukar lagi tak agaknya

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana berkongsi mimie ;)

    BalasPadam
  7. tu sbb kalau nak marah/tegur anak tegur guna kata2 nasihat kan kak..kata2 ibu kan doa

    BalasPadam
  8. a'aa betoi tu mimi... mcm kak ina mmg bkn jenis yg sebut bodoh or pe2 je perkataan yg mencarut yg lain... tapi kak ina ada tegur alisha jgn bahasa kan diri aku... sekali tu, kak ina nyanyi lagu yang guna sebutan aku... tak pasal2 kene tegur...

    BalasPadam
  9. cakap ibu satu doa.. jgn salah cakap .. jika marah biarkan saja...

    BalasPadam
  10. Jd ye kena ckp yg positif je..klu suka memanjat brgkali dh besar nnt jd jurulatih org pjt gunung..hihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..