Selasa, 20 Mei 2014

The Liebster Award - Mar Mansor

Sekali lagi saya ditag dalam Liebster Award. Kali nih dari Mar Mansor pulak...Kawan dah tag moh ler jawab...


11 Fakta Rawak Mengenai saya

1. Nampak sombong tapi sebenarnya ai is byk ckp dan peramah.
2. Bila marah lebih suka diam. Kalau tak tahan menangis.
3. Seorang yang penakut hantu.
4. Fobia dengan lori sebab ada sejarah eksiden dengan lori masa 6 tahun.
5. Addicted dengan PINKKKK
6. I am hantu telur
7. Sukaaa memasak dan cuba resipi baru.
8. Tak suka orang cakap mata sepet sebab saya rasa mata saya besar...hahahaaa...teruk tak nak terima kenyataan...
9. Seorang yang mudah jatuh kesian kat orang.
10. Ulat buku
11. Geli dgn cicak,katak,biawak dan semua hewan stok kulit kulit lembik nih...eeeuuuwww...

11 soalan yang ditag Mar plak

1. Adakah saya cute?
Opkos la cute kan...Tak caya ce tny incik suami awak cute ke x...

2. Apa yang membuatkan korang singgah di blog Janji Kita?
Sebab suka baca entry Mar yang suka share ilmu agama dan share cerita family...And 1 more thing opkos la mengeratkan silaturrahim lagikan.

3. Sejak bila korang berblog?
Sejak dalam perut mama lagi...hahaha...Sengal...Start berblog Dis 2010 tapi start aktif lepas bersalin kan Auni..

4. Kenapa korang berblog??
Nak tambah kawan,share ilmu dan bertukar tukar pendapat dengan kawan alam maya.

5. Apakah pengalaman pahit yang pernah korang alami?
Banyak wooooo,takkan nak list semua kat sini..hehehe...Ermm pengalaman pahit yang sampai sekarang saya ingat kemalangan masa umur 6 tahun di Singapura, kena langgar dengan lori masa nak pergi mengaji.

6. Apakah kenangan manis yang tak dapat korang lupakan?
Kena ngorat dengan incik hubby masa kat U...hahaha...

7. Siapakah insan yang paling korang sayang??
Yang paling sayang???Semua saya sayang cuma keutamaan sayang tuh mestilah pada family.

8. Korang suka binatang?Binatang apa tuh?
Sukaaaa...Suka kucing sebab comel tapi saya tak boleh bela..huhuhu

9. Apakah pekerjaan korang?
Kerja makan gaji aje...hahaha

10. Di manakah korang lahir?
Kat hospital la..hahaha...Hospital Tunku Jaafar,Seremban

11. Adakah korang rasa soalan soalan di atas merepek. Sila jujur.
Okey saya jujur ye. Saya rasa soalan soalan di atas rasa pahit,manis,masin,tawar...hahaha...Dah tadi tanya apa korang rasa kan....Sorryyyy jgn marah...

Fuhhhh, selesai jawab soalan soalan yang diajukan Mar...Terima Mar sebab sudi mengetag daku yang giler nih...hahaha


7 ulasan:

  1. hehe..part soalan 11 tu
    jawapan dia paling kelakarlah =)

    BalasPadam
  2. sedikit sebanyak makin rapat dengan mimi nila baca ni. memang tengok lori hantu pun gerun, susah brek lori ni. Alhamdulillah mimi ok phobia susah nak hilang kan..

    BalasPadam
  3. hihih, seronok menjawab soalan dorang ni, sikit sebanyak kita boleh saling mengenali..

    BalasPadam
  4. Sama... geli sangat pada haiwan spesis kulit lembik gitu, terutama cicak... iiiiii
    Ooo... masa kecik, mimi dok kat S'pore yee...

    BalasPadam
  5. samalah kita... kak ina pun geli binatang yg kulit lembik2 ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.