Jumaat, 30 Mei 2014

Resipi sambal asam puri ayam yang sedap

Semalam saya masak sambal ayam yang saya ubah suai ikut kekreatifan yang tak berapa kreatif hahaha..Macam yang saya katakan sebelum sebelum nih apa aje bahan yang ada saya akan guna untuk masak dan cuba resipi baru...


Nampak macam sambal ayam biasa kan..Actually kalau sambal ayam saya yang biasa kuah laki pekat likat melekat hahaha..

Makan dengan nasi panas memang boommmm...Sedap....Resipi pun senang aje tau...

Bahan bahan

Ayam yang dipotong-potong (saya masak 7 ketul)
1/2 labu bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
Cili kering yang diblend
2 sdb puri tomato
Air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Minyak

Cara buat : Panaskan minyak. Tumis bawang beaar+bawang putih+halia yang telah dihiris. Tumis sampai baik bau.Masukkan puri tomato+cili diblend.Biarkan seketika. Agak agak cili+puri dah masak masukkan air asam. Kacau sebati. Lepas tuh masukkan ayam...Tutup kuali atau periuk yang korang guna untuk memasak tuh. Biarkan sampai ayam empuk dan masak last sekali baru masukkan garam+serbuk perasa...Dah siap boleh dihidang dengan nasi panas.

Nota kaki*Saya masak guna pemanggang ajaib tau korang. So kalau takde pemanggang ajaib boleh aje masak guna periuk or kuali asalkan masa dah masukkan ayam tuh boleh ditutup.

11 ulasan:

  1. Tengok awal-awal ingatkan ketam.. hehe nampak mcm sedap..

    BalasPadam
  2. cm sedap je..kalau gune tomato blend sama x rasa die?

    BalasPadam
  3. memang sedap nih..sebab letak tomato puree..cam nak makan nasi tomato pulak..huhu

    BalasPadam
  4. Wah.. Mesti rasa masam-masam pdas kn..

    BalasPadam
  5. saya sll nya masak nasi tomato ltk tomato puree. Kalau ade tomato puree lbh akn guna utk ayam masak merah je

    BalasPadam
  6. terliur tengok. mmm saya pulak tak reti masak. resepi dah ada hehe

    BalasPadam
  7. ammak... sedapnyer. udah ler tengah lapar ni. uhuhu

    BalasPadam
  8. saya dengan berasap lagi
    nampak sedap ni. lapar pula

    BalasPadam
  9. serupa mcm ayam masak merah la nie.. sedapnye...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.