Pengesanan DNA Porcine dalam Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk

Sekarang nih hangat pasal isu coklat Cadbury dimana coklat hazelnut dan almond ada dna porcine...

Sekian lama berada di pasaran baru sekarang terbongkar pasal dna b**i dalam coklat tersebut. Siapa yang harus dipersalahkan??Dah berapa ramai orang Islam dah makan coklat cadbury tersebut??Ermmm salah seorangnya saya lah. Memang peminat coklat cadbury lah. Tapi dah lama lah tak makan coklat tuh. Sebelum isu nih timbul memang dah lama tak makan coklat cadbury nih. Patutlah otak agak tepu nak terima ilmu kan nak nak ilmu agama..Allahuakbar...Ruoa rupanya....Haiiiii....;(

Kawan kawan yang gemarkan coklat cadbury macam saya nih better stop makan. Walaupun hanya dua coklat cadbury yang mempunyai dna porcine (yang lain takde dna tersebut) tapi perlunya was was kita tentang produk tersebut. Walaupun takde porcine tapi kena fikir jugak bekas yang digunakan, cara proses coklat tersebut dibuatkan...Sama aje kan.

Korang boleh baca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KKM untuk rujukan secara detail.




Kenyataan media Ketua Pengarah JAKIM berkenaan kenyataan media KKM mengenai pengesanan dna porcine dalam coklat susu dengan kacang hazel-cadbury dairy milk..


Bila dah keluar kenyataan dari KKM dan JAKIM, sah sah isu nih merupakan satu isu yang sangatttt besarrr...Mana taknya dari kanak kanak sampailah orang dewasa,orang tua pasti akan makan coklat nih kan?Bila jadi macam nih sangat sangatlah mendukacitakan....Lepas nih bukan kata tak nak makan coklat Cadbury aje semua coklat pun kena berhati hati...

Lepas nih sama samalah sokong produk buatan tempatan, buatan orang Melayu Islam dan yang penting halalan toyyiban...

7 comments:

  1. cklt jg fav saya. Tapi dh lama jgklah saya mkn bende2 manis mcm gula2 dan cklt.

    BalasPadam
  2. trkejut jg berita ni Mimie..sy jg pnggemar coklat...

    BalasPadam
  3. Nasib baik saya bukan penggemar coklat... Tapi mmg tak patut la kan... dah la kat coklat tu siap ada tanda halal...

    BalasPadam
  4. niesa suka mkn cadbury..hukhuk..xpelah..elok jugak diharamkan..xde la rosakkan gigi..saba je lah..tsk.tsk

    BalasPadam
  5. saya dah lama juga tak makan benda manis
    tapi tak perlu menghukum diri
    lagipun kita beli sebelum ni sebab ada pengesahan halal

    BalasPadam
  6. Hmm... Elakkan mkn coklat cadbury lagi..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..