Kismis Doa Syifaa

Assalamualaikum...


Khamis lepas saya pergi Wisma Negeri ada attended satu seminar.

Masa time rehat tuh, sempatlah saya shopping beli wide shawl dan cari tudung untuk pemenang giveaway yang saya anjurkan baru baru nih.  Lepas tuh saya singgah satu booth nih yang jual macam macam produk kecantikan dan kesihatan. Kawan saya bagitahu dia beli kismis doa untuk anak anak dia. So,saya pun nak belikan untuk Aina dan Auni.

Kismis doa Syifaa nih berharga RM10.00 telah dibacakan dengan 30 juzuk Al Quran dan lain lain doa mustajab. Cara pengambilan kismis nih mesti dalam kuantiti ganjil dimakan 3 kali sehari sambil niatkan dalam hati apa yang kita nak. Macam saya niatkan supaya hati dan minda anak saya terang terima ilmu bermanfaat terutama sekali ilmu agama.

Saya nak beli lebih tapi masa saya beli tuh ngam ngam tinggal sebotol aje. Rezeki anak anak saya. Lepas nih nak beli lagi tapi kena usaha carilah kan. Kismis nih saya simpan dalam kabinet..Tak boleh letak sepah sepah yelah sebab dah dibacakan dengan juzuk Al Quran kan...Lagipun kalau Aina dan Auni makan, mahu tak sampai sehari dah habis.huhuhu...

8 comments:

  1. bagus kan makan kismis..salah satu ikhtiar juga ni..harga pun berpatutan

    BalasPadam
  2. semoga yg menjual dan yg membeli mendapat manfaat dan khasiat yg sama dgn kismis ni.. :)

    BalasPadam
  3. Zumal suka makan kismis... Kalau tak ada petua confirm habis dalam sehari jer :)

    BalasPadam
  4. mak saya pun dulu ada jual kismis ni
    cuba beli coklat dia
    sedap juga tau, budak-budak mesti suka

    BalasPadam
  5. Sy belikan jenama tok guru utk ank sy..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..