Rabu, 28 Mei 2014

Fakta tentang saya

ENTRY AUTOPUBLISH

Nak share dengan kawan kawan fakta tentang saya. Mungkin ada yang dah kenal,ada yang 50-50 dan ada yang tak kenal langsung..Mudah mudahan dengan perkongsian fakta tentang saya nih kawan kawan akan kenal saya lebih mendalam....

  • Saya seorang ummi yang garang dan tegas tapi hati lembut,berjiwa sensitif.
  • Bila marah lebih suka diam. Bila dah tak tahan sangat marah tuh saya akan menangis.
  • Suka pink.
  • Happy go lucky,friendly
  • Muka nampak sombong tapi sebenarnya tak sombong
  • Ulat buku
  • Anak sulung daripada tujuh adik beradik
  • Tak minat kereta berpintu dua. Rasa macam tak cukup nafas bila naik kereta jenis macam nih
  • Seorang yang rabun jauh dan tak suka pakai spek. So andaikata ternampak saya kat luar dan saya tak senyum silalah jangan cakap saya sombong. Saya tak nampak tau...isk isl isk...
  • Tak suka makan ikan banyak tulang.
  • Tak suka makan organ dalaman macam jantung,limpa,paru,perut(ayam,lembu)
  • Tak minum kopi,soya,susu. Tapi masa pregnant anak kedua minum soya pulak...
  • Fobia dengan lori tanker,yang hok besar besar tuh
  • Tak suka tengok cerita seram sebab saya penakut. Penyakit penakut nih dah berjangkit kat Aina..hahaha..
  • Drive kereta tahap drift punya orang. Kalau sorang ajelah.Kalau anak anak ada takdelah..Sila jangan tiru sikap saya nih...
  • Seorang yang mudah terjaga dari tidur. Tapi kalau terlalu penat, saya akan tidur mati.
  • Tak suka petai,jering dan seadik beradik dengannya.
  • Dulu tak suka makan sayur tapi sekarang dah makan sayur tapi tak semua saya makan...
  • Suka memasak
  • Saya jenis yang hormat orang tapi bila orang tak hormat saya minta maaflah kalau saya terkasar bahasa.
  • Saya boleh ditegur,dinasihati...Kalau saya ada buat silap,dialu alukan tegur saya.
  • Kalau berlaku sesuatu,saya tak bersalah saya akan pertahankan mati matian.
  • Suka membantu,menolong kawan kawan yang dalam kesusahan..Tapi sila jangan ambik kesempatan.
  • Peminat hindustan
  • Suka drama atau filem aksi,komedi romantik
  • Saya suka rumah jenis kayu yang macam kat kampung tuh...Tapi incik hubby dah beli rumah jenis batu duduk ajelah kan....
  • Suka suasana kampung....Nak nak tepi pantai...Nyaman..
  • Suka pakai cincin dan gelang. Hiasan lain macam rantai ke subang ke saya tak suka.
  • Alergik habuk dan sejuk. Kompom bersin..Pendek kata saya nih ada resdung lah...
  • Minat dengan business.
  • Menyimpan impian nak jadi penulis novel. In shaa Allah akan tercapai nanti.
Fuhhhhh,habis jugakkk...Kot kot kawan kawan nak tahu lagi pasal saya boleh aje tanya kat kotak komen entry nih...In shaa Allah saya akan jawab pertanyaan korang tuh..

13 ulasan:

  1. wah details punya explanation tu =)
    banyak benda sama
    tapi bab makanan tu, kita jauh sekali beza =)

    BalasPadam
  2. amboi, dah mcm biodata da hah..hehe..

    BalasPadam
  3. Mudah2an impian nak jadi penulis tu tercapai ya..Aminnn.. Akk org pertama yg beli nnt :)

    BalasPadam
  4. ada banyak persamaan antara kita... cuma saya tak rabun lagi la... dan sy juga suka drift .. haha...

    BalasPadam
  5. Kak mimi keje ape? Umur berape? Byk yg tak tahu, sebab kire budak baru jugaklah blogwalking kak mimi n follow. Hehe.

    BalasPadam
  6. oo mimi bercita nk jd penulis novel.. patutlah mimie ni suka sgt dekat buku yer...

    BalasPadam
  7. saya nak komen bab menyimpan hasrat untuk menulis novel.
    Saya berdoa mudah-mudahan termakbul.
    Cumanya saya tak berapa minat novel cinta, cinta, cinta. Mungkin penulis novel boleh selitkan cinta tetapi lebih menyerlahkan lagi cinta pada kejayaan, cinta pada ilmu, selain cinta pada kekasih hati.
    Maaf lah kalau sudah ada novel sperti ini dipasaran.

    BalasPadam
  8. wahh..akak sulung la ni..
    lya pon sama, klo marah sgt lbh suka diam..klo xtahan..nangisterus.. huhu

    BalasPadam
  9. Salam kak. saya tengok akak tulis minat busines. Nak kembangkan lagi ke cabang lain? :)

    BalasPadam
  10. dr sek rendah sampai skrg mie..baru aku tau fakta pasal.ko..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.