Sabtu, 31 Mei 2014

Aku Tak Bodoh

ENTRY AUTOPUBLISH

Semalam saya tengok cerita Aku Tak Bodoh..Before this memang tahu ada cerita nih tapi tak pernah tengok pun. Tapi semalam saya tengok cerita nih memang banyak pengajaran sebenarnya...

Aku Tak Bodoh banyak beri pengajaran dari segi parenting sebenarnya. Tanggungjawab sebenar ibu bapa kepada anak anak...

Sebagai ibu bapa yang berkerjaya, anak anak perlulah diutamakan. Sesibuk mana pun di pejabat, anak anak perlu diberi perhatian..Semalam yang pegang watak ibu bapa Roy tuh Amy Mastura dan Riezman Khuzaimi. Kesian anak anak dia yang rasa tersisih dengan ibu bapa. Ada satu ayat tuh yang buat saya tersentuh bila adik Roy tuh luahkan isi hatinya pada sehelai kain yang bunyinya lebih kurang, walaupun ada ibu bapa tapi dia terasa seolah macam dia anak yatim.Hahhh lebih kurang macam tuhlah ayat dia...Makan dalam tuh...Yelah kan anak anak rasa tersisih sebab ibu bapa terlalu sibuk bekerja sampai lupa nak luangkan masa dengan anak anak..Sampaikan hasrat dan kehendak anak anak diabaikan...

Bila anak anak buat kesalahan terus mak ayah dia hentam tanpa dengar penjelasan. Lepas tuh kan korang, mak ayah si Roy nih suka pandang enteng dengan kelebihan anak anak....Bila anak anak bantu kena marah pulak...Ishhh banyaklah pengajaran dari cerita yang saya dapat.

Part yang palingggggg saya suka part Adibah Nor tengok kertas ujian anak dia yang dapat markah 55%. Apa yang Adibah Nor buat dia tak marah anak dia tau tapi sebaliknya dia puji anak dia sebab berusaha untuk belajar. Lepas tuh siap reward anak dia beg sekolah baru. See,pengajaran dan nilai yang kita dapat dari part nih....

Pengajaran yang saya dapat dari Aku Tak Bodoh :

a) Luangkan masa dengan anak anak walaupun sibuk macam mana pun dengan kerja
b) Hargai anak anak. Apa pun kelemahan yang ada pada anak anak jangan marah jangan pandang enteng sebaliknya kita puji dan beri kata kata semangat pada mereka.
c) Bila anak anak buat salah jangan terus menghukum. Sebaliknya dengar dulu penjelasan mereka lepas tuh baru menilai. Kalau anak salah nasihatkan dengan cara berhemah dan lembut sebab kalau kita terus marah anak anak akan rasa tersisih.
d) Setiap anak anak ada kelebihan masing masing. Kita jangan memaksa anak anak ikut kehendak kita dan mengabaikan kelebihan dan keistimewaan yang dia miliki.
e) Ibu bapa kena jadi kawan,sahabat,teman rapat anak anak. Barulah anak anak rasa disayangi dan dihargai.

10 ulasan:

  1. menarik jugak cerita macam ni daripada dramam cinta meleret2 tu kan

    BalasPadam
  2. betul tu..banyak pengajaran dalam cerita aku tak bodoh tu...
    mak bapak pk camni
    anak2 pk camtu..

    BalasPadam
  3. Best ke citer dia? Ingat tak best. Huhu

    BalasPadam
  4. aku tak bodoh ?? herm.. x sure lah tengok k tak lagi.. kena search neh .. :)

    BalasPadam
  5. mmng mi ank2 skrang lebih cpt matang utk memahami ape yg brlaku sekeliling.

    BalasPadam
  6. Cerita nie best.. banyak kali Fiza tengok..

    BalasPadam
  7. Betul tu Mimi.. anak2 ada kelebihan sendiri yg tak boleh ki perlekehkan.. teringin pulak akak nak tengok cerita ni :)

    BalasPadam
  8. tak pernah tengoklah pula
    tapi betullah, kena banyak luang masa dengan diorang

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.