Isnin, 26 Mei 2014

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah


Semalam singgah Mydin Seremban 2 nak beli botol untuk Aina dan Auni...Bila dah belikan diorang botol,kenalah belikan permainan sekali...Nanti saya update permainan yang Aina dan Auni beli.

Nak share dengan korang buku yang saya beli. 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH. YA ALLAH korang memang tak rugi tau beli buku untuk tambah ilmu nak nak hidup sihat mengikut cara Rasulullah...Ruginya tak beli buku nih dari dulu.. Saya dah baca suku. Ada yang saya dah share kat fb. Nanti saya share dengan korang tau.

Sedikit info tentang penulis buku nih...Penulis Dr Mohammad Ali Toha Assegaf lahir di Solo pada 10 November 1959. Lulusan dari Fakulti Perubatan Universiti Diponegoro, Semarang kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, Jakarta dalam bidang Kajian Pentadbiran Hospital. Memperluaskan ilmu melalui kursus,seminar,bengkel di dalam dan luar negara. Antara kursus yang oernah diikuti ialah perubatan akupuntur,ATLS,ACLS,rawatan Reiki TuMo,perubatan barat dan tradisional,kursus Bahasa Arab dan Inggeris serta kursus perubatan dan pengurusan hospital.

6 ulasan:

  1. Bagus tu mimie... jan lupa share tau...dpt pahala kat mimie hihi

    BalasPadam
  2. baguslah buku ni
    memang patut ada bagi setiap seorang :)

    BalasPadam
  3. pernah mama nampak buku ni di kedai buku, belum beli lagi.. menarik rasanya..

    BalasPadam
  4. wah macam best aje tu
    nanti share ye =)

    BalasPadam
  5. Saya ada buku ni juga... Selamat mmbaca...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.