Jumaat, 30 Mei 2014

Resipi sambal asam puri ayam yang sedap

10:25:00 PTG 11 Comments
Semalam saya masak sambal ayam yang saya ubah suai ikut kekreatifan yang tak berapa kreatif hahaha..Macam yang saya katakan sebelum sebelum nih apa aje bahan yang ada saya akan guna untuk masak dan cuba resipi baru...


Nampak macam sambal ayam biasa kan..Actually kalau sambal ayam saya yang biasa kuah laki pekat likat melekat hahaha..

Makan dengan nasi panas memang boommmm...Sedap....Resipi pun senang aje tau...

Bahan bahan

Ayam yang dipotong-potong (saya masak 7 ketul)
1/2 labu bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
Cili kering yang diblend
2 sdb puri tomato
Air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Minyak

Cara buat : Panaskan minyak. Tumis bawang beaar+bawang putih+halia yang telah dihiris. Tumis sampai baik bau.Masukkan puri tomato+cili diblend.Biarkan seketika. Agak agak cili+puri dah masak masukkan air asam. Kacau sebati. Lepas tuh masukkan ayam...Tutup kuali atau periuk yang korang guna untuk memasak tuh. Biarkan sampai ayam empuk dan masak last sekali baru masukkan garam+serbuk perasa...Dah siap boleh dihidang dengan nasi panas.

Nota kaki*Saya masak guna pemanggang ajaib tau korang. So kalau takde pemanggang ajaib boleh aje masak guna periuk or kuali asalkan masa dah masukkan ayam tuh boleh ditutup.

Tip #2 (Smart Behaviour) - 365 Tip Gaya Sihat Cara Rasulullah

3:44:00 PTG 4 Comments
Allah berkata dalam surah Muhammad ayat 38,"Ingatlah,kamu diseru supaya memderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil,sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman,bertakwa dan menderma,dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu."

Untuk pengetahuan korang punca kebakhilan adalah sebab manusia terlalu mencintai dunia secara berlebihan,takut miskin,hati runsing dan tidak bahagia. Ini boleh menyebabkan kita senang diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur tau dan kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru paru.

So,sebagai hamba Allah yang sentiasa inginkan keberkatan dan hidup yang bahagia, selalulah kena berwasatiyyah dalam hidup. Bila dapat rezeki panjang panjangkanlah sedekah kepada merwka yang memerlukan. Bukaa sahaja rezeki kita murah tapi untuk elakkan kita jadi seorang bakhik.

Khamis, 29 Mei 2014

Resipi Nasi Ayam Kalio

8:38:00 PTG 7 Comments
Tadi saya dah publish teaser Nasi Kalio Ayam...Ramai yang tanya pasal Nasi Kalio Ayam tuh. Actually korang, Nasi Kalio Ayam tuh saya ambik dari resepi asal Nasi Kalio Burung Puyuh oleh Angah Raja Lawak. Dua hari lepas saya tengok rancangan Kuali Terbalik. Masa tuh saya ingat rancangan drama lawak lah kan. Rupanya kuali terbalik tuh rancangan drama lawak + masakan. Masa Angah masak Nasi Kalio Burung Puyuh tuh saya fokus dan cuba ingat bahan bahan yang digunakan dan cara masak. Semalam baru saya tulis resipi dalam buku dan praktikkan resepi tuh..

Cara nak buat pun memang sedap tau korang. Anak anak saya makan bertambah dan diorang cakap sedap. Tapi korang saya dah ubah sikit resipi asal sebab mengikut tekak suka hati saya. Saya dah derhaka pada resipi asal tapi still tak lari tema ye..hehehe..


Bahan bahan nak buat Nasi Kalio Ayam pun jenis yang mudah dan senang nak dapat..Resipi yang saya bagi nih untuk tiga orang makan tau..Korang boleh tambah ikut bilangan orang yang nak makan...

Bahan bahan perapan

1/2 labu @ 1 labu bawang besar (saya guna 1/2 labu saja sebab bawang saya memang besar)
1 sdb serbuk rempah kurma
7 ketul ayam (resipi asal burung puyuh)

Gaul tiga tiga bahan sehingga sebati. Perap bahan bahan tadi sekejap...Ketepikan.

Bahan bahan kuah

4 biji bawang merah dihiris (saya guna 2 biji aje)
3 biji bawang putih dihiris (saya guna 2 biji jugak)
2 inci halia dihiris
1 sdb serbuk rempah kurma
2 sdb puri tomato
Bahan penumis (kulit kayu manis+bunga cengkih+buah pelaga) - bunga cengkih takde saya ganti dgn bunga lawang
2 sdb marjerin atau mentega (resipi asal guna minyak sapi)
1 sdb cili boh (cili kering yang diblend - resipi asal takde cili tau tapi saya tambah sebab nak ada rasa pedas sikit)
Garam & serbuk perasa
Minyak (untuk menggoreng)

Masukkan marjerin/mentega. Tumiskan bawang merah+bawang putih+halia sehingga naik bau. Lepas tuh masukkan bahan penumis tiga sekawan tadi. Kemudian masukkan rempah kurma+puri tomato+cili boh...Gaul sebati tau. Kemudian korang masukkan bahan perapan yang korang buat mula mula tadi. Biarkan seketika sampai masak. Sementara tuh panaskan minyak untuk menggoreng. Bila ayam dan kuah tadi dah masak, korang just ambik ayam sahaja dan gorengkan ayam tadi sehingga habis. Dah masak ketepikan. Kuahnya pulak korang biarkan je dulu.

Bahan bahan untuk nasi

Beras bramathi (kalau takde korang guna beras biasa aje pun boleh)
Air
Susu cair atau susu segar
Kismis (resipi asal takde kismis tapi saya derhaka saya tambah ikut suka)

Basuh beras hingga bersih. Toskan beras biar kering. Macam saya,saya guna beras biasa aje pun takde beras bramathi. Saya masak 3 pot kecik beras. Ala korang pot beras yang saya guna tuh jenis transparent tuh yang memang digunakan untuk sukat beras. Tapi pot beras saya tuh jenis kecik aje...Lepas dah cuci beras, saya sukat air yang digunakan untuk masak nasi dalam cawan. Kira saya dapat tiga cawan air untuk masak nasi...Tapi saya tak guna tiga cawan air tuh tau. Saya just guna dua cawan air saja. Lagi secawan tuh saya isi susu cair. Korang paham kan??Ala kira macam nih kalau sukatan air untuk masak nasi korang kena guna 4 cawan,korang guna 3 cawan air+1 cawan susu lah.Kalau 3 cawan air,2 cawan air+1 cawan susu.

Lepas basuh beras tadi dan toskan,korang masukkan air +susu cair/susu segar+kuah yang dimasak tadi+kismis. Tanak campuran beras sampai masak...Nasi dah masak korang boleh makan dengan ayam yang digoreng tadi. Takde kuah pun takpe tau korang sebab dah cukup rasa pun. Memang sedap. Tak caya korang try lah...Nampak macam leceh tapi sebenarnya senang aje.

Selasa, 27 Mei 2014

Tips #1 (Smart Behaviour) - 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

12:51:00 PTG 4 Comments
Assalamualaikum....

Kali nih nak share dengan korang tip yang saya baca dari buku yang saya beli Ahad lepas.Saya nak share dengan korang pasal marah.
Bohonglah kalau saya cakap kita semua takde langsung rasa marah..Semua pernah marah kan..Bezanya marah yang boleh dicontrol atau tak boleh control aje.

Korang tahu tak marah tuh manifestasi kesedihan dan kesombongan. Bila marahkan tangan akan menggeletar,wajah memerah dan jantung berdegup kencang.

Saya kalau tahap marah yang tak dapat dibendung memang tangan akan menggeletar...Tapi susah tau nak tengok keadaan saya marah macam tuh. Jaranglah..Selalu kalau saya marah saya diam aje..

Lepas tuh kan korang bila kita marah ia akan bebankan otak,pembuluh darah dan jantung kita...Cuba tengok drama melayu kalau dato dato marah anak anak diorang mesti kena serang sakit jantungkan kan....

Kemarahan yang berulang menunjukkan seseorang itu menderita penyakit hati dan boleh terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi,angin ahmar,kemurungan,penyakit saraf pusat,sakit jantung dan vertigo atau gayat.

See marah tuh kan punca penyakit lain timbul. So, jom sama sama kita kawal emosi marah tuh kan...Kita kena kawal perasaan marah kan...Bersabar tuh lebih baik.

Isnin, 26 Mei 2014

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

9:54:00 PTG 6 Comments

Semalam singgah Mydin Seremban 2 nak beli botol untuk Aina dan Auni...Bila dah belikan diorang botol,kenalah belikan permainan sekali...Nanti saya update permainan yang Aina dan Auni beli.

Nak share dengan korang buku yang saya beli. 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH. YA ALLAH korang memang tak rugi tau beli buku untuk tambah ilmu nak nak hidup sihat mengikut cara Rasulullah...Ruginya tak beli buku nih dari dulu.. Saya dah baca suku. Ada yang saya dah share kat fb. Nanti saya share dengan korang tau.

Sedikit info tentang penulis buku nih...Penulis Dr Mohammad Ali Toha Assegaf lahir di Solo pada 10 November 1959. Lulusan dari Fakulti Perubatan Universiti Diponegoro, Semarang kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, Jakarta dalam bidang Kajian Pentadbiran Hospital. Memperluaskan ilmu melalui kursus,seminar,bengkel di dalam dan luar negara. Antara kursus yang oernah diikuti ialah perubatan akupuntur,ATLS,ACLS,rawatan Reiki TuMo,perubatan barat dan tradisional,kursus Bahasa Arab dan Inggeris serta kursus perubatan dan pengurusan hospital.

Kismis Doa Syifaa

10:14:00 PG 8 Comments
Assalamualaikum...


Khamis lepas saya pergi Wisma Negeri ada attended satu seminar.

Masa time rehat tuh, sempatlah saya shopping beli wide shawl dan cari tudung untuk pemenang giveaway yang saya anjurkan baru baru nih.  Lepas tuh saya singgah satu booth nih yang jual macam macam produk kecantikan dan kesihatan. Kawan saya bagitahu dia beli kismis doa untuk anak anak dia. So,saya pun nak belikan untuk Aina dan Auni.

Kismis doa Syifaa nih berharga RM10.00 telah dibacakan dengan 30 juzuk Al Quran dan lain lain doa mustajab. Cara pengambilan kismis nih mesti dalam kuantiti ganjil dimakan 3 kali sehari sambil niatkan dalam hati apa yang kita nak. Macam saya niatkan supaya hati dan minda anak saya terang terima ilmu bermanfaat terutama sekali ilmu agama.

Saya nak beli lebih tapi masa saya beli tuh ngam ngam tinggal sebotol aje. Rezeki anak anak saya. Lepas nih nak beli lagi tapi kena usaha carilah kan. Kismis nih saya simpan dalam kabinet..Tak boleh letak sepah sepah yelah sebab dah dibacakan dengan juzuk Al Quran kan...Lagipun kalau Aina dan Auni makan, mahu tak sampai sehari dah habis.huhuhu...

Ahad, 25 Mei 2014

Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

12:22:00 PG 11 Comments
Kemain ngko tajuk...hahaha....Nih semualah nih nak kena imbas zaman berchenta dulu..Dah lah dak Mimie nih spesis pelupa...Tapi takpelah demi menyokong PetakBunga daku cuba memerah otak imbas kenangan dulu dulu saat ai is tahu i fall in love..


10 tahun yang lalu....

Sangat tak sukaaaaa,menyampah,meluat semua ada..Ala pendek kata benci lah dengan seorang mamat nih. Masa tuh study kat UiTM. Dia tuh pulak kerja kat dining room tempat siswi makan. Menyampah punya pasal sanggup habiskan duit beli makanan kat cafe walaupun makan kat dining room foc dan sedapppp...Memang nak lari lah daripada si dia tuh..Sebab apa benci???Sampai sekarang saya takde jawapan pada soalan tuh...Serius.Noktah.

But one day tuh dia luahkan nak kawan dengan saya. Ikhlas katanya. Awal awal dah cakap nak kahwin dengan saya tau..Hahh...Kemain...Disebabkan tak percaya dengan cakap dia tuh saya ketawa jelah. Just terima dan anggap macam kawan biasa. Dari situ saya kenal secara details sikap dan perangai dia..Masa berkawan tuh betapa caringnya dia. Kalau saya busy banyak assignment dia siap tapaukan makanan untuk saya kirimkan kat roomate..Pastu, sampai sekarang saya ingat lagi dia bekalkan saya beratus biji gula gula..Masa tuh saya dah dapat rasa kuch kuch hota hai...hahaha...hota hai la sangattt kan...Tapi serius tau, memang kuch kuch hota hai lah...Tapi saya just pendamkan rasa kuch kuch hota hai tuh.

Banyak kali dia cakap sayang dan nak buatkan saya isteri dia tapi still jugak saya anggap dia kawan biasa sebab tak berapa yakin dengan hati walaupun dha mula kuch kuch hota hai. Beberapa bulan lepas tuh, si dia masuk tentera. Terus lost contact. Masa tuh baru sedar dan yakin pasal kuch kuch hota hai saya...Rindu tapi apakan daya dah lost contact.

Setahun lepas tuh dengan takdir Allah kitorang jumpa semula. 3 bulan bercinta terus bertunang 07.07.07..Tanggal 22.03.08 kitorang diijab kabulkan. Alhamdulillah orang yang saya benci dulu kini adalah orang yang paling saya sayang..Orang yang banyak berkorban untuk saya dan anak anak...Itulah suami saya, Encik Fadeli...

Itulah kisah cinta dan bagaimana saya tahu saya dah jatuh cinta...Kemain panjang cerita dak Mimie..Tuh pun ai dah cut cut tau kalau tak tigaplohtiga hari tigaplohdua malam tak habis korang nak baca. Hopefully PB berpuas hati ye dengan kisah saya nih...huhuhu

Sabtu, 24 Mei 2014

Pengesanan DNA Porcine dalam Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk

11:16:00 PTG 7 Comments
Sekarang nih hangat pasal isu coklat Cadbury dimana coklat hazelnut dan almond ada dna porcine...

Sekian lama berada di pasaran baru sekarang terbongkar pasal dna b**i dalam coklat tersebut. Siapa yang harus dipersalahkan??Dah berapa ramai orang Islam dah makan coklat cadbury tersebut??Ermmm salah seorangnya saya lah. Memang peminat coklat cadbury lah. Tapi dah lama lah tak makan coklat tuh. Sebelum isu nih timbul memang dah lama tak makan coklat cadbury nih. Patutlah otak agak tepu nak terima ilmu kan nak nak ilmu agama..Allahuakbar...Ruoa rupanya....Haiiiii....;(

Kawan kawan yang gemarkan coklat cadbury macam saya nih better stop makan. Walaupun hanya dua coklat cadbury yang mempunyai dna porcine (yang lain takde dna tersebut) tapi perlunya was was kita tentang produk tersebut. Walaupun takde porcine tapi kena fikir jugak bekas yang digunakan, cara proses coklat tersebut dibuatkan...Sama aje kan.

Korang boleh baca kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KKM untuk rujukan secara detail.




Kenyataan media Ketua Pengarah JAKIM berkenaan kenyataan media KKM mengenai pengesanan dna porcine dalam coklat susu dengan kacang hazel-cadbury dairy milk..


Bila dah keluar kenyataan dari KKM dan JAKIM, sah sah isu nih merupakan satu isu yang sangatttt besarrr...Mana taknya dari kanak kanak sampailah orang dewasa,orang tua pasti akan makan coklat nih kan?Bila jadi macam nih sangat sangatlah mendukacitakan....Lepas nih bukan kata tak nak makan coklat Cadbury aje semua coklat pun kena berhati hati...

Lepas nih sama samalah sokong produk buatan tempatan, buatan orang Melayu Islam dan yang penting halalan toyyiban...

Rabu, 21 Mei 2014

The Liebster Award - Shida Radzuan

6:06:00 PG 12 Comments
Assalamualaikum...



The Rules

Mention who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 questions asked.
Nominate 11 others bloggers.
Create 11 of your questions for them to answer.
Notify your nominate.


Kali ini saya ditag oleh blogger blue blue flower girl Shida Radzuan...hahaha...Bila masuk blog shida mata ai bajet mat saleh okey sebab biru mata hitamku...hahaha...Macam biasa lah kan kena jawab soalan soalan bikin pecah oootakkkkk....oootakkkk....

1. Memperkenalkan secara ringkas tentang diri anda.

Alaaaaa.......kenapa secara ringkasssss..Nih kalau taip tentang ahkak Jenab nih mau tak habis habis tigaplohtiga bulan..huhuhu...Okey nak secara ringkas kan?Hah tentang saya :-

Seorang isteri kpd seorang suami,ummi kepada dua orang puteri Aina dan Auni.

Suka pink.

Nampak sombong tapi peramah.

Umur dah masuk 3 series...Anak jati N.Sembilan...Anak sulung daripada 7 orangaadik beradik..

2. Sila nyatakan url blog anda, dan kenapa memilih nama url tersebut?

url blog : http://coratcoretpinkummi.blogspot.com

Sebab pilih nama url blog :

(Sila cari maksud corat coret dalam kamus dewan. Terima kasihhhh...haha...)Idea nak letak corat coret datang secara spontan..hehehe...

Pink Ummi - anak anak panggil saya ummi dan pink tuh opkos la my febereto kaler u know...So,bila digabungkan eh eh macam best je sebut pinkummi tuh...hahaha...So,selepas guna kaedah dan formula algebra semua,sekotak suara saya gabungkan coratcoretpinkummi tuh utk dijadikan nama url blog.

3. Antara blog berdomain dan blogspot yang mana kadi pilihan,kenapa?

Sebenarnya kan, akak lebih prefer berdomain sebab macam gah gitu but but for the first five years nih,akak nak kekalkan blogspot dulu. Disember 2015 genap lima tahun guna blogspot in shaa Allah nak tukar domain dot com..Ada jenama sendiri gitu walaupun blog akak tak sepopular ahkak Paten korang tuh..kihkihkih

4. Sudah berapa lama anda berblog?

Dah tiga tahun 5 bulan akak berblogggggg....erkkkk tetiba teringat cool blog...hahaha...

5. Tujuan anda berblog, huraikan seringkasnya.

Nak tambah kawan,share ilmu dan tujar pendapat.

6. Setujukah anda dengan berblog anda boleh buat pendapatan sampingan,kenapa?

Setujuuuu....Setuju sesangat berblog boleh buat pendapatan sampingan..Yelah kan dari sponsored post,iklan nuffnang,churp churp etc boleh dapat duit beratus ratus beriban riban...Tengok contoh blogger famous amous sebulan berapa income diorang dari blog???

7. 'Blogger Popular' sikap bagaimana yang patut ditonjolkan sekiranya anda adalah blogger tersebut.

Aamiin....If akak blogger popular akak still kekalkan sikap akak yang sekarang nih...Friendly,happy go lucky dan banyak mulut..pot pet pot pet...

8. Apa pendapat anda tentang (Blog Shida) www.duniashida.com

Blog yang simple dan sejuk mata tengok sebab kaler biru. Share info pasal blog contoh tutorial,iklan. Pastu,suka beri maklumat terkini dan semasa yang berlaku di sekeliling.

9. Senarai 5 blog kesukaan anda

http://www.duniashida.com
http://kupukupukecik.blogspot.com
http://www.azhafizah.com
http://www.nadiafarahida.com
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com

10. Senarai 5 blog yang selalu anda kunjungi
Mana aci 5 blog aje Shida oiiii...Banyak tau blog akak selalu jengah...tacing nanti tau...

11. Senarai 5 blog yang menjadi inspirasi anda berblog

Semua blog ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Semua blog yang akak jengah adalah sumber inspirasi akak tau. So tak dapek den nak describe 5 blog tuh.

Fuhhhhh lega dah dapat jawab semua soalan shida...Sakit kepala otakkk tau nak jawab soalan soalan shida nih..Saja bagi akak stress kan...hahaha

Selasa, 20 Mei 2014

The Liebster Award - Mar Mansor

5:51:00 PTG 7 Comments
Sekali lagi saya ditag dalam Liebster Award. Kali nih dari Mar Mansor pulak...Kawan dah tag moh ler jawab...


11 Fakta Rawak Mengenai saya

1. Nampak sombong tapi sebenarnya ai is byk ckp dan peramah.
2. Bila marah lebih suka diam. Kalau tak tahan menangis.
3. Seorang yang penakut hantu.
4. Fobia dengan lori sebab ada sejarah eksiden dengan lori masa 6 tahun.
5. Addicted dengan PINKKKK
6. I am hantu telur
7. Sukaaa memasak dan cuba resipi baru.
8. Tak suka orang cakap mata sepet sebab saya rasa mata saya besar...hahahaaa...teruk tak nak terima kenyataan...
9. Seorang yang mudah jatuh kesian kat orang.
10. Ulat buku
11. Geli dgn cicak,katak,biawak dan semua hewan stok kulit kulit lembik nih...eeeuuuwww...

11 soalan yang ditag Mar plak

1. Adakah saya cute?
Opkos la cute kan...Tak caya ce tny incik suami awak cute ke x...

2. Apa yang membuatkan korang singgah di blog Janji Kita?
Sebab suka baca entry Mar yang suka share ilmu agama dan share cerita family...And 1 more thing opkos la mengeratkan silaturrahim lagikan.

3. Sejak bila korang berblog?
Sejak dalam perut mama lagi...hahaha...Sengal...Start berblog Dis 2010 tapi start aktif lepas bersalin kan Auni..

4. Kenapa korang berblog??
Nak tambah kawan,share ilmu dan bertukar tukar pendapat dengan kawan alam maya.

5. Apakah pengalaman pahit yang pernah korang alami?
Banyak wooooo,takkan nak list semua kat sini..hehehe...Ermm pengalaman pahit yang sampai sekarang saya ingat kemalangan masa umur 6 tahun di Singapura, kena langgar dengan lori masa nak pergi mengaji.

6. Apakah kenangan manis yang tak dapat korang lupakan?
Kena ngorat dengan incik hubby masa kat U...hahaha...

7. Siapakah insan yang paling korang sayang??
Yang paling sayang???Semua saya sayang cuma keutamaan sayang tuh mestilah pada family.

8. Korang suka binatang?Binatang apa tuh?
Sukaaaa...Suka kucing sebab comel tapi saya tak boleh bela..huhuhu

9. Apakah pekerjaan korang?
Kerja makan gaji aje...hahaha

10. Di manakah korang lahir?
Kat hospital la..hahaha...Hospital Tunku Jaafar,Seremban

11. Adakah korang rasa soalan soalan di atas merepek. Sila jujur.
Okey saya jujur ye. Saya rasa soalan soalan di atas rasa pahit,manis,masin,tawar...hahaha...Dah tadi tanya apa korang rasa kan....Sorryyyy jgn marah...

Fuhhhh, selesai jawab soalan soalan yang diajukan Mar...Terima Mar sebab sudi mengetag daku yang giler nih...hahaha


Fatwa untuk Wanita : Hadiah Top Pengomen

11:08:00 PG 17 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dah selamat sampai pun hadiah saya untuk top pengomen blog jnjikita.blogspot.com a.k.a Mar Mansor...

Saya dapat buku Fatwa untuk Wanita. Mar macam tahu tahu aje saya nih suka baca buku. Terima kasih Mar untuk hadiah yang sangattt bermakna nih..Nanti saya share dengan kawan kawan ilmu yang saya dapat daripada buku nih ye...


Banyak persoalan mengenai kita kaum Hawa terjawab tau. Berdasarkan Al Quran dan As Sunnah...

Nota kaki* Tengah baca bab 1

Jumaat, 16 Mei 2014

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT BERTENAGA

12:04:00 PTG 13 Comments

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




You are my sunshine,my sweetheart,
Come to me darling,don't lari-lari,
Kulit sentiasa cantik,gebu dan sihat,
Penangan minum Ephyra setiap hari.

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Rawatan fisioterapi di Klinik Kesihatan Seremban 2 part 2

8:09:00 PG 7 Comments
Rawatan fisioterapi part 1

Isnin lepas saya buat rawatan fisioterapi untuk pertama kali kan...So appointment pun sekejap aje.Untuk kali kedua nih lama sikit lah.

Macam biasa sampai aje terus register. 2,3 minit lepas tuh saya di minta masuk dalam bilik rawatan untuk buat cycling dulu. Sebelum cycling ambik gambar bilik fisioterapi dulu..


Saya kena buat cycling selama 30 minit tapi lutut kiri saya dah sakit..Sempat buat 20 minit aje. Terus saya stop...Bila saya bagitau staff kat situ lutut sakit dia tekap lutut kiri dengan FlexiPac...Jangan tak tahu dengan slumber vadaknya saya buat fisio pakai baju kurung okey. Bajet wanita melayu terakhir la konon...puiii....hahaha..Sebenarnya dari pejabat terus pergi kan malas nak singgah rumah pakai seluar...Tapi one of the staff dah inform after this pakai seluar senang sikit...Baikkkkkkk lah cikgu...hahaha...


See...Canggih tak basikal bmx saya nih...hahahaha....


Minah sengal bercycling pakai baju kurung...Ngko mampu Mak Limah???


Lutut kiri ditekap dengan FlexiPac dan dibalut dengan tuala kering dan bersih.


FlexiPac yang saya bagitahu sebelum nih...Semalam try cari kat farmasi Alpro tapi dah habis pulak .


Lepas lutut dah ditekap dengan FlexiPac, kena buat senaman nih pulak..Apa nama dah lupa...Nampakkan kaki saya tampung benda hitam tuh...Untuk sebelah kiri saya kena angkat benda tuh dengan kiraan 5..Yang sebelah kanan kena angkat dengan kiraan 10 kali..Dua dua belah kena buat 10 kali...


Last sekali buat balancing...Kena berdiri kat atas getah hijau yang lembut lembik tuh...Buat sekejap aje. Pastu saya kena pergi kaunter ambik kad untuk next appointment...

Rabu, 14 Mei 2014

Cara lipat baju yang efektif

7:41:00 PG 15 Comments
ENTRY AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Nak share dengan korang cara lipat baju yang paling efektif,mudah,senang dan cepat..


Nota kaki* Ada yang boleh tengok video ada yang cakap kosong saja..So upload video yang sama lagi sekali...

Selasa, 13 Mei 2014

Rawatan Fisioterapi di Klinik Kesihatan Seremban 2 part 1

11:18:00 PG 14 Comments
ENTRY AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Semalam saya pergi Klinik Kesihatan Seremban 2 srbab nak buat fisioterapi lutut. Appointment pukul 10 pagi tapi datang awal sikit lah kan..Duduk sekejap dekat ruang menunggu, nama saya dipanggil. Buat pendaftaran dulu. Lrpas tuh saya ditanya beberapa soalan..Kena sejak bila pernah buat surgery tak,pernah buat rawatan tak sebelum nih...Macam macam lah...Oh ye,untuk pengetahuan korang kat klinik kesihatan nih tak dipanggil unit fisioterapi tau tapi unit rehabilitasi.


Kena sorok muka awek yang jaga kaunter tuh kang kena saman tak pasal pasal. Dah lah ambik gambar tanpa izin...hahaha..

Nampak tak orang yang berbaju putih separuh tuh??That lady is Indian tau. Dia yang conduct saya dari awal sampai selesai treatment.

Lepas pendaftaran, saya kena duduk kejap. Lima minit kemudian, Indian lady tuh panggil saya masuk dalam bilik rawatan yang terlwtak kat sebelah tepi kiri tempat menunggu.


Lepas tuh, saya di minta baring atas katil..Bilik rawatan diasingkan oleh langsir yang semua hospital dan klinik ada tuh..

Lepas tuh kan Indian lady tuh rasa lutut kiri saya dia cakap panas. Apa yang panas pun tak tahulah..Dia cakap tumggu kejap. Then,dia muncul bawak satu beg bentuk segiempattepat berisi air. Dia syorkan saya beli tuh dekat farmasi..Boleh panas dan sejuk. Masa dia tekap kat lutut tuh oiiii kemain sejuk...Nauzubillah..Terasa sampai tulang ngko....15 minit tau. Bayangkan saya kena tanggung sejuk tuh berapa lama...Bisa sejuk jangan cakap..Nak elok punya pasal tahan ajelah..


Nampak kan tuala tuh??Lepas dia tekap dengan beg berisi air yang sejuk giler tuh. Dia tekap dengan tuala bersih...Duk melangu lah 15 minit. Lepas dah selesai, saya kena buat satu senaman untuk kuatkan otot sekeliling lutut,peha depan dan belakang. Apa jenis senaman tuh saya akan cerita next entry ye.

Isnin, 12 Mei 2014

Appointment fisioterapi di Klinik Kesihatan Seremban 2

10:30:00 PG 17 Comments
ENTRY AUTOPUBLISH

Assalaamualaikum...


Masa korang baca entry nih mungkin saya sedang menjalani rawatan fisioterapi lutut dekat Klinik Kesihatan Seremban 2. Mulanya kena buat kat HTJ tapi memandangkan Klinik Kesihatan Seremban 2 pun ada Unit Fisioterapi dan lokasinya yang memang dekat dengan rumah so better buat fisio kat sini ajelah...

Sebelum nih saya ada bagitahu keadaan lutut saya dan perlu operate menurut doktor yang merawat saya tapi dia akan rujuk kes saya pada pakar dulu. Dan doktor pakar bagi suggestion supaya buat fisio dulu sebelum operate tengok perkembangan macam mana. Kalau dah sembuh tak perlu operate dah kira seribu rahmat buat saya. Kalau boleh saya tak nak operate...Sebab tahu bila dah operate azabnya lain pulak nak tanggung.

Harap kawan kawan doakan agar rawatan fisio saya nih berjaya pulihkan lutut saya yang dah kiok nih...Tak mahu operate...So ngilu dan ngeri...Nanti saya update entry pasal rawatan fisio pertama kali saya nih ye.

Ahad, 11 Mei 2014

Cara nak dapatkan semula komen yang terdelete

8:00:00 PG 12 Comments
ENTRY AUTOPUBLISH

Assalamualaikum...

Sob sob sob :(=================...Saya sedih nih..Mata dah bertakung air mata....Kawan kawan boleh tolong saya tak??Sebelum sebelum nih pernah tak korang terdelete komen kawan kawan blogger tanpa disengajakan??Pernah tak???Tahu tak macam mana cara nak dapatkan semula komen yang terdelete tuh... 

Saya BW guna phone tau...So,bila dah balas jejak saya akan tick dan publish komen blog yang saya dah jejak tuh. Entah macam mana saya tak perasan saya tertick semua kotak komen yg dah published pastu entah macam mana boleh pulak tertekan remove content...Bukan sikit tau korang komen yang terrrrrremove tuh..Sekali 100 komen...Sorry kawan kawan yang saya terdelete komen tak sengaja....Sungguh ai is mencikkkk this situation laaa...Ya Allah nasib baik Allah bagi saya kesabaran yang tinggi kalau tak memang give up terus resign dari blogging...Kecewa teramat kerana kesilapan yang tak disengajakan....Kawan kawan ada tak tips or cara yang boleh dapatkan semula komen komen terdelete tuh...Pleaseeee memang perlukan pertolongan kawan kawan....


Nih sebahagian 100 komen yang saya terdelete tuh...Sedih tau...Nasib baik saya dah terjah blog diorang...Huhuhu...Please ye kawan kawan yang tahu ajarkan saya ye...

Khamis, 8 Mei 2014

Jenis jenis cyst dan kanser servik

11:36:00 PG 9 Comments
Semalam saya pergi satu majlis ilmu Kempen Kesedaran Wanita...Antaranya pengisian kempen semalam pasal cyst dan kanser servik..Ceramah mengenai cyst dan kanser nih disampaikan oleh Leftenan Kolonel (B) Dr Sukhilmi owner Klinik Bersalin Sukhilmi di Senawang. Sebab tuh pentingnya pap smear untuk mengesan pra kanser..Banyak jugak gambar gambar yang saya ambik...Korang tengok lah ye....





Antara jenis cyst yang ada...Macam.macam jenis kan...






Yang kat atas nih semua jenis kansee servik...Kalau tak dicefah macam nihlah ruoa kanser yang menyerang...