Rawatan susulan lutut di Hospital Tunku Jaafar, Seremban

Macam biasalah kan bila ada appointment dengan hospital kerajaan datang awal macam mana pun tetap jugak kena tunggu lama...

Datang pukul 8.40 pagi lebih kurang pukul 11 barulah sampai no giliran saya. Hasil pemeriksaan lutut dan rsult MRI doktor brief memang lutut saya dah longgar dan kena operate. Berdasarkan pada x ray MRI saya memang tempurung lutut saya tidak pada kedudukan yang tepat.Tapi itu hanya pada fakta doktor yang merawat saya time tuh..Untuk lebih kepastian dan keputusan yang lebih jitu saya dirujuk pada pakar..Lebih kurang pukul 12 lebih saya dirujuk ke doktor pakar ortopedik/perubatan sukan Dr.Rozaiman. Dia akan bagi keputusan sama ada perlu fisio atau operate..

Dr Rozaiman memang treats patient soft aje siap buat lawak. Dia bantai ketawakan saya bila saya bagitau tak nak buat rawatan dari dulu sebab takut...Muka ai nampak macam bajet bajet berani hati kering kan tapi dalam hati kecut gitu...huhuhu...

Lepas dia buat beberapa ujian pada lutut saya,dia menerangkan keadaan lutut saya yang sebenar. Berdasarkan xray MRI ,memang terdapat kecederaan lama dan beberapa ligamen saya yang cedera. Dia cakap tak nak sentuh sangat bab tuh sebab memang teruk sebab saya kena since 17 tahun..Dia explain saya yang ligamen saya yang menghubungkan tulang lutut atas dan bawah cedera dalam 20% - 25%..Ligamen di bahagian tepi pun cedera. Tempurung lutut saya memang dah longgar dan bagi kesan pada tulang rawan.Otot kaki pun tak kuat nak support. So,bila sejuk kaki saya mula sakit,denyut denyut. Sebab tuh bila silap langkah akan jadilah tulang terkeluar dari kedudukan. Dr Rozaiman syorkan saya buat rawatan fisioterapi dulu selama beberapa bulan..Kemudian dia akan pantau macam mana. If fisioterapi nih berjaya kira okeylah dah pulih. Kalau tak berjaya, akan proceed ke step seterusnya iaitu operate.

Saya memang doa sangat supaya tak operate. Saya memang tak nak tau...Seriau sangattt..Hopefully, rawatan fisioterapi saya berjaya dan lutut pulih sepenuhnya. Dr Rozaiman pun ada syorkan saya makan supplimen untuk lutut...Tapi supplimen nih ada kat farmasi luar...Nanti saya update dengan korang pasal supplimen tuh ye..Lepas dah selesai rawatan, saya kena datang semula appointment 6 minggu dari sekarang dan diberi mc untuk hari nih..

Doakan supaya rawatan fisoterapi saya berjaya ye kawan kawan...

Post a Comment

10 Comments

  1. begitu lah.... saya pun kekadang terpaksa redha jer menunggu masa yang lama sebab hanya itu jer yang mampu. nak ambik medical card (memang di akui banyak manfaatnya) tak mampu dari segi komitmen bulanan la pulak

    ReplyDelete
  2. inshaAllah cepat sembuh, salmon omega oil bagus untuk sendi- sendi atau recovery ,boleh cuba

    ReplyDelete
  3. Insyaallah semoga allah permudahkan. .

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah.smga dipermudahkan segalanya.aamiin

    tapi serius mmg seriau bab lutut ni kan.
    pernah teman cik abe melawat kawannya yg operate lutut sbb kecederaan yg agak teruk.pemain bola katakan.

    dia cite masa oprate tu bius separuh badan
    kena cucuk kat tulang belakang
    masa operate tu mmg boleh tgk dkt skrin masa doktor buat keja ketuk mengetuk tu.. huh.

    suami sy pon ada masalah yg sama jgak ni.
    kalau ikutkan mmg kena operate jugak tapi takut jgak. hihi..

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..moga semua ok yea .
    serius dgr kena operate ni

    ReplyDelete
  7. Salam Pink Ummi. Boleh sy tau update terkini lutut sis? Sebab masalah sis sama dengan saya. Banyak kali jadi. Tapi kali ni masih belum sembuh. Akan buat X-ray petang ni. Baru dapat refer pakar. X-ray kena buka stoking kaki tak sis?

    ReplyDelete
  8. Nasib baik kena fisio je..teruk jugak kan lutut mimi..sekarang dh ok ke?

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com