Isnin, 21 April 2014

Bila berjiran,jagalah adab tuh

Hohoho...Entry nih bukan nak mencetuskan kontroversi atau ada unsur perli perli ke eh...Nih sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman sendiri..Tak kisahlah jadi kat diri sendiri atau orang lain...Erm kalau ada yang terasa pedasnya, i'm sorry..


Rasanya kamu,kamu,kamu atau pendek kata semuaaaa orang tinggal berjiran kan?Kalau dah ada jiran kiri kanan depan belakang tuh takkan tak reti reti lagi hormat dan jaga adab dengan jiran...Betapa pentinggggnyaaa terapkan adab berjiran dalam diri. Kalau hidup kaw jenis tak pedulikan perasaan jiran better masuk hutan...

Bila tinggal berjiran nih kenalah jaga hati dan perasaan jiran kan. Janganlah bantai buat bising sampai satu taman dengar..Patut ke tak patut???Let say letakkan diri koraag dalam situasi situasi saya nak cerita nih...Apa pendapat korang??

Situasi 1 

Jiran A dapat mc sebab tak sihat. Duduk rumah, lepas makan ubat nak rehat. Sekali jiran B keluar repaitlr motor. Okey itu tak kisahlah biasa kan kalau ada bunyi bising sikit sebab bunyi letak barang apa semua. Bila dah siap repair tiba tiba jiran B presssssssss motor banyak kali dengan mengeluarkan bunyi yang sangat bising dan panjang...Hoooo stress kan jiran A sebab tak boleh nak rehat...Apa yang jiran A buatdia redha ajelah..

Situasi 2

Jiran C suka sedekahkan makanan dekat jiran D.Ada rezeki lebih, dia akan kongsi rezeki dengan jiran dia..Tak kisahlah dia buat sendiri ke beli ke pendek kata memang dia akan bagi jiran D merasa sama. Dan jiran C tak mengharapkan balasan tuh sebab dia ikhlas nak kongsi rezeki. Sampai satu ketika,jiran C mula mengeluh bukan sebab jemu asyik bagi makanan pada jiran D tapi sebab rumah dia dah takde pinggan mangkuk. Gara gara semuanya dah bagi kat jiran D. Jiran D pulak berpegang prinsip takkan bagi pinggan atau mangkuk kosong pada jiran C. So,selagi takde benda nak bagi jiran D simpan aje pinggan mangkuk jiran C sedangkan jiran C jenis tak kisah nak bagi,bagi tak nak bagi tak kisah asalkan pulangkan pinggan mangkuk.

Situasi 3

Jiran E nak pinjam duit jiran F sebab nak settle bayaran yang tertunggak. Sedangkan jiran F pun belanja cukup cukup makan sementara tunggu gaji dan jiran F dah minta maaf sebab tak dapat tolong. Sekali tiba tiba jiran E tarik muka tak nak tegur jiran F sebab jiran E beranggapan jiran F selalu keluar mesti ada duit kan. Sedangkan dia tak tahu sebab jiran F asyik keluar. So, jiran E rasa jiran F tipu dia dan tak nak tolong dia.

Soooo, ada tiga situasi berbeza..Apa pendapat korang?Macam situasi 2 tuh okeylah kan ada jugak adab kejiranan tuh sebab segan nak pulangkan pinggan mangkuk kosong padahal jiran tak kisah..Kira masih ada adab tuh...Tapi cuba tengok situasi 1 dan 3 tuh...Jenis apakah jiran macam tuh...

Kadang kadang kita tak sedar pun sikap kita nih menimbulkan ketidakselesaan jiran jiran..Bagi kita ala small matter je kot tapi bukan jiran. Kena faham ye adab berjiran...

Lepas tuh, ada pulak mesyuarat tingkap,pintu,tangga petang petang hari...Nih kalau borak biasa is okey nih siap cot cet cot cet perihal orang lain..Tuh satu..Yang paling sadis dan seksa bila dapat jiran jenis adoiiiiyaiiii keluar rumah pakaian seksiiii sangattt...Tersembul beb bijik mata tengok..ALLAH....Keluar buang sampah aje kot tapi pakaian nauzubillah...Jagalah sikit etika dan adab berjiran...

Kalau macam saya ada jiran macam nih, saya tetap berbual atau sapa menyapa kan. Kang kaw buat muka jiran cakap sombong. Yang mana boleh tegur tuh tegur lah kalau jenis tak boleh tegur suka melangsang orang tuh hentikan ajelah..Kan tak pasal pasal perang dunia meletus...Selagi kita hidup berjiran sifat sabar tuh kena tinggiiiiiii!!!!

13 ulasan:

  1. Nurul duk umah ujung so jiran sebelah je, org tu sewa, sebelah die Indian, chinese, chinese pastuh indian br melayu, depan plak deretan kedai.. Ok la, amann. Time Marhaban Nurul join la.. Rimas dgn org suka mengumpat ni...

    BalasPadam
  2. Jiran sepatutnya jadi macam keluarga sebab jiran la yg paling dekat dengan kita :)

    BalasPadam
  3. Yg situasi dua tu pnh gak jadi.. Last2 mgkuk tu sy sedekah je... Mcm x best. Plak nk mnta...

    BalasPadam
  4. Jiran ada mcm2. Kadabg saya layan..kadang saya boo layan.

    Lama2 hidup berjiran sy makin jenl perangsi manusia.

    Yg penting cuba baik dgn semua org

    BalasPadam
  5. betul la..sebenarnya adab dengan jiran ni lagi la kena jaga sebab kita nak duduk lama..kan??mana tau jiran jugak la tempat nak mintak tolong kalau ada kecemasan..tapi kalau jiran tak boleh tolong tak baik la marah2..kena fikir jugak kemampuan dia ..

    BalasPadam
  6. hidup berjiran ni mcm2 kena jga kan kak..mcm2 karenah jiran kena hadap..nak xnak sabar je lah..

    BalasPadam
  7. situasi no 1 tue selalu terjadi pd kami huhuhu memg angin je kot, kdg2 time org solat subuh, diorg pun sibuk nk kemas2 kat laman depan, tarik kotak..baling kotak..mcm2 benda diorg wat pagi2 buta tue..kesianla sikit org ada anak kecik duk wat bising gitu pagi2, anak tgh tdokan..plg angin time hari minggu..allah...sabar je lah..

    BalasPadam
  8. kes 1 tuh kite tak blh nk slhkan jiran B jgk sbb dia pun tak tau ada org kt umah, n dia plk jenis tak peka pd jiran2 lain...

    Kes 2, jiran C tuh pun dh tau jiran D jenis tak pulang2 bekas lenkali bagi bekas pakai buang je terus, tak pun bg pakai bekas polestrin... kan? mudah je takdelah pinggan mangkuk sume abis... kang dh tak jd ikhlas lak bile kite dok pikir2 psl pinggan mangkuk kite

    kes 3, itu mmg jiran yg tak pyh nk di lyn... nk mintak tlg bile tak blh nk tlg nk tarik muke lak..

    BalasPadam
  9. hidup berjiran, kena pandai bawak diri..

    BalasPadam
  10. hidup berjiran kenalah bertolak ansur.
    buat stylr suami sy.beli tupperware putih biasa tu, pastu bgi la makanan kat sesape pon.tak pulangkan bekas pon x kisah..

    BalasPadam
  11. hidup berjiran ni mmg banyak ragam mcm MV jiran sebelah rumah bela anjing..hari2 menyalak dah tue berak tahi berbau satu rumah..lalat jangan cakap lah

    BalasPadam
  12. macam-macam ye bila dah berjiran ni
    tak tahu nak kata sebab saya sendiri mengalaminya
    yang penting sediri mau ingat...hehe

    BalasPadam
  13. macam-macam ye bila dah berjiran ni
    tak tahu nak kata sebab saya sendiri mengalaminya
    yang penting sediri mau ingat...hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.