Rabu, 30 April 2014

Rawatan susulan lutut di Hospital Tunku Jaafar, Seremban

5:38:00 PTG 10 Comments
Macam biasalah kan bila ada appointment dengan hospital kerajaan datang awal macam mana pun tetap jugak kena tunggu lama...

Datang pukul 8.40 pagi lebih kurang pukul 11 barulah sampai no giliran saya. Hasil pemeriksaan lutut dan rsult MRI doktor brief memang lutut saya dah longgar dan kena operate. Berdasarkan pada x ray MRI saya memang tempurung lutut saya tidak pada kedudukan yang tepat.Tapi itu hanya pada fakta doktor yang merawat saya time tuh..Untuk lebih kepastian dan keputusan yang lebih jitu saya dirujuk pada pakar..Lebih kurang pukul 12 lebih saya dirujuk ke doktor pakar ortopedik/perubatan sukan Dr.Rozaiman. Dia akan bagi keputusan sama ada perlu fisio atau operate..

Dr Rozaiman memang treats patient soft aje siap buat lawak. Dia bantai ketawakan saya bila saya bagitau tak nak buat rawatan dari dulu sebab takut...Muka ai nampak macam bajet bajet berani hati kering kan tapi dalam hati kecut gitu...huhuhu...

Lepas dia buat beberapa ujian pada lutut saya,dia menerangkan keadaan lutut saya yang sebenar. Berdasarkan xray MRI ,memang terdapat kecederaan lama dan beberapa ligamen saya yang cedera. Dia cakap tak nak sentuh sangat bab tuh sebab memang teruk sebab saya kena since 17 tahun..Dia explain saya yang ligamen saya yang menghubungkan tulang lutut atas dan bawah cedera dalam 20% - 25%..Ligamen di bahagian tepi pun cedera. Tempurung lutut saya memang dah longgar dan bagi kesan pada tulang rawan.Otot kaki pun tak kuat nak support. So,bila sejuk kaki saya mula sakit,denyut denyut. Sebab tuh bila silap langkah akan jadilah tulang terkeluar dari kedudukan. Dr Rozaiman syorkan saya buat rawatan fisioterapi dulu selama beberapa bulan..Kemudian dia akan pantau macam mana. If fisioterapi nih berjaya kira okeylah dah pulih. Kalau tak berjaya, akan proceed ke step seterusnya iaitu operate.

Saya memang doa sangat supaya tak operate. Saya memang tak nak tau...Seriau sangattt..Hopefully, rawatan fisioterapi saya berjaya dan lutut pulih sepenuhnya. Dr Rozaiman pun ada syorkan saya makan supplimen untuk lutut...Tapi supplimen nih ada kat farmasi luar...Nanti saya update dengan korang pasal supplimen tuh ye..Lepas dah selesai rawatan, saya kena datang semula appointment 6 minggu dari sekarang dan diberi mc untuk hari nih..

Doakan supaya rawatan fisoterapi saya berjaya ye kawan kawan...

Isnin, 28 April 2014

Restoran Upin dan Ipin Cawangan Mydin S2,Seremban

10:15:00 PG 22 Comments
Assalamualaikum...

Semalam singgah Mydin Seremban 2 nak beli barang untuk buat kek...Selesai beli, anak anak merengek nak pergi restoran Upin dan Ipin....Restoran nih tak besar mana pun tapi boleh lah...Ada meja kat dalam dan luar restoran...

Restoran nih self service ye..Staff bawak menu dan kertas order dan bagi kat kita. Kita lah yang kena tulis no meja,bilangan orang yang makan,kod menu dan kuantiti. Dah settle panggil aje staff dia ambik menu dan kertaa order tuh aje...Lepas tuh tunggu jelah order korang sampai ye.


Fun fries untuk Aina dan Auni...Diorang tak mau makan sebab kenyang makan kfc...Nih pun tak haais diorang makan tau..


Chicken chop untuk saya dan Aina Auni...Kitorang share...Ayam dia kemain besar tak terdaya nak habiskan.Jenuh paksa Aina Auni makan sekali diorang bantai geleng geleng kepala tak nak...Nak termuntah habiskan..Tapi yang paling saya suka sos black pepper die tuh...Oiiii sedap gila tahap nak pengsan..Rasa nak buat muka tak malu tanya diorang resipi sos black pepper tuh...


Laici share tiga beranak jugak....


Leka makan aiskrim...Semangkuk RM2.50 ye aiskrim tuh...


 
Rupa aiskrim yang Aina Auni nak makan sangat tuh...


Suasana restoran petang semalam...Nasib tak ramai orang boleh makan dengan aman damai...

Ahad, 27 April 2014

Roti Sarang Lebah Arab dan Sos Butterscotch

3:10:00 PTG 13 Comments
Sebelum nih tengok kat fb kak ina dia update pasal roti nih...Resipi pun kak ina dah share kat blog dia..Lama dah ambik resipi tapi nak buat tuh kemain bercinta. Tapi disebabkan kehendak tekak yang membuak buak, segala rasa malas dan godaan setan nirraajim ai is tepis...Nak tunggu roti tuh turun dari langit baru dapat makan???Nan hado...Dengan kerajinan yang tinggi saya buat jugak...

Kali pertama buat doh tak menjadi..Jadi keras terus buang...Okey pembaziran di situ...Kali kedua buat baru jadi tapi roti tak berapa lembut gebus gebas but still can eat la..

Malam semalam buat lagi doh tak menjadi lagi...Memang keras kejung tangan nih bab bab meroti..Try kali keempat yes i did it...Jadi lembut, gebus gebas...Kali nih saya buat nak bagi ayah,mama dan adik beradik rasa roti nih...Alhamdulillah sangat puas hati...

BAHAN BAHAN BUAT ROTI

2 cwn tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/4 sdt garam
1/2 sdt yis
1 sdb gula
1/2 cwn air suam
1/4 cwn air susu tepung dutch lady(resipi asal plain yogurt)
1/4 cwn minyak masak(resipi asal minyak sun flower)

Cara cara buat :

1. Larutkan gula+yis+air..Tunggu sampai yis berbuih ye..
2. Ayak tepung gandum+baking powder.Pastu masukkan garam.
3. Masukkan yis yang dah berbuih dengan susu ke dalam tepung. Masukkan minyak sikit demi sedikit. Uli sehingga jadi doh selama 1/2 hingga sejam. Doh memang melekat kat tangan tau..Saya uli 1/2 jam je tuh pun naik lenguh menguli. Bila doh melekat jangan tambah tepung juat guna minyak untuk kurangkan rasa melekat tuh.Biarkan doh rehat macam pic bawah nih...

 
4. Doh akan kembang dua kali ganda macam pic bawah. Korang tumbuk tumbuk doh bagi angin keluar...Lepas tuh sapu tangan dengan minyak buat doh bentuk bulat bulat. Cara dia doh tuh keluar dari celah ibu jari dan jari telunjuk korang.


5. Susunkan doh yang bentuk bentuk bulat tuh dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.Lepas tuh,korang hias ikut suka.Saya hias dengan chocolate rice dan kacang badam yang dihiris.Biarkan roti korang naik dua kali ganda.
6. Panaskan oven 10-15 minit,api atas bawah suhu 180-200 celcius. Saya panaskan oven 15 minit suhu 180.
7. Bila dah bunyi "ting", saya masukkan roti yang dah naik kembang tuh. Saya bakar suhu 180 celcius api atas bawah untuk 15 minit pertama,pastu saya ubah suhu 200 celcius api atas saja untuk 5 minit terakhir. Macam oven saya nih kena bakar roti 20-25 minit baru masak betul. Kalau 10-15 minit tuh roti memang masak tapi warna tak coklat la.

Nih lah roti yang dah masak...Sedang sedang elok aje...


BAHAN BAHAN BUAT SOS BUTTERSCOTCH

25 gm mentega (saya guna 40gm...derhaka tak ikut resipi..hahaha)
1/2 cwn gula merah
1/2 cwn susu cair (resipi asal whipping cream)
1/2 sdt esen vanila

Cara cara buat sos:

1.Cairkan mentega. Pastu masukkan gula merah. Masak sampai gula merah cair dan berbuih.
2. Masukkan susu cair. Gaul sebati.Last sekali masukkan esen vanila.
3. Dah masak,korang curahkan sos butterscotch atas roti tadi.

Hasilnya korang boleh tengok macam pic bawah. Roti yang dah masak tadi saya ambik seketul seketul susun dalam bekas. Lepas tuh,saya curahkan sos atas roti.

Ada balance roti lagi dua ketul saya bagi anak anak makan. Tapi yang takde sos la,kalo ada sos diorang kureng sikit nak makan. Roti sebelum nih pun saya yang perabihkan..


Nih rupa isi dalam roti yang saya buat. Alhamdulillah kali nih betul betul menjadi dan lembut...Lepas nih nak try buat untuk family in lae pulak tapi nak kurangkan sikit gula merah tuh...Sos manis..





Sabtu, 19 April 2014

Cara penjagaan pemanggang ajaib

2:16:00 PTG 14 Comments
Assalamualaikum....

Nak share dengan korang cara penjagaan pemanggang ajaib. Yang mana dah beli dulu sebelum saya memang dah sedia maklum cara penjagaan pemanggang ajaib kan...Tapi saya tak fedulilkk..Nak jugak share cara penjagaan pemanggang ajaib...Tak kira lah jenama apa pun kan...Asalkan peeemanggganggg ajaibbbb....

Bila first time kita beli tuh, sebelum nak simpan make sure korang basuh dulu ye. Basuh macam biasa guna sponge dan sabun pencuci pinggan...Lepas dah basuh dan cuci bersih bersih, lap dengan kain yang kering dan bersih. Lap pemanggang ajaib sehingga kering ye...


Tujuan basuh pemanggang ajaib tuh untuk menyingkirkan kekotoran dan sisa kimia semasa pembuatan pemanggang ajaib. Bila dah lap kering kering,sapukan minyak pada bahagian dalam pemanggang ajaib tuh....Then simpan macam biasa. Bila nak guna untuk masak,guna macam biasa ye. Gunakan api yang paling kecil bila memasak takut makanan hangus lak...

Lepas dah guna, korang jangan terus basuh pemanggang ajaib tuh time panas panas tau. Biarkan sejuk dulu baru basuh. Ini untuk mengelakkan daripada keluli pemanggang ajaib cepat rosak. Nanti dah rosak rugi aje takleh gunakan...Basuh guna sponge dan sabun pencuci macam biasa. Tapi lepas basuh terus lap sampai kering tak payah sapu minyak dah...Untuk pertama kali aje sapu minyak macam biasa...

Hopefully entry nih dapat membantu korang yang baru beli pemanggang ajaib macam saya nih hah...




Rabu, 16 April 2014

Sam's Deli - Chicken Chop dan Fish 'n' Chips

11:22:00 PG 25 Comments
Semalam lepas balik kerja terus singgah Mydin S2 nak beli cream cheese dan cheddar cheese...Setiap kali menyoping kat Mydin, setiap pelanggan akan dapat keratan resit no baucer Sam's Deli...Selama nih kalau dapat ai is buaag aje. Semalam punya cerita ai tak buang..

Turun aje eskalator terus pergi Sam's Deli...Tengok tengok apa yang ada. Teringin nak makaa fish 'n' chips. So, saya pilih menu tuh dan chicken chop. Dua dua harga RM9.90. So,total RM19.80. Baucer yang saya dapat tadi diskaun RM5.00 dengan setiap pembelian RM15.00 ke atas. So, jumlah yang dibayar hanya RM14.80...Okey murah puas hati...


Yang dua ketui tuh chicken chop dan seketui tuh fish 'n' chips...Chicken chop tuh Aina dan Auni...Tapi bila sampai rumah, saya makan chicken chop, fish 'n' chips tuh jadi hak Auni...Chicken chop memang sedap. Dari potato wedges,kentang putar memang sedap. Yang fish 'n' chips tuh kureng sikit.Kentang okey cuma isi ikan tuh....

So far saya bagi 4.5 bintang untuk chicken chops dan fish 'n' chips saya bagi 3 bintang..

Selasa, 15 April 2014

Pringles : Korang tahu tak??

11:32:00 PG 26 Comments
Assalamualaikum...




1. Gambar orang pada logo Pringles, dengan misai yang lebat dan umumnya dikenali sebagai "Julius Pringles".



2. Oleh kerana reka bentuk logam yang panjang, bentuk tabung, tin-tin Pringles telah digunakan untuk membuat antena Wi-Fi, yang juga dikenali sebagai cantennas.



3. Di Amerika Syarikat, Pringles tidak dikenali sebagai kerepek kentang, sebaliknya dikenali sebagai "kerepek rangup".



4. Nama Pringles dipilih dari buku telefon daerah Cincinnati,iaitu Pringles Avenue di Finneytown, Ohio USA , kerana ringkas  dan  sedap didengar.


Jumaat, 11 April 2014

Pengalaman rawatan MRI di HTJ

9:48:00 PG 12 Comments
Nak cerita pengalaman jalani rawatan MRI kat HTJ tapi sorryyyy sebab entry kali nih panjang berjela. Dak Mimie malas nak buat entry part by part. Petang semalam saya buat rawatan MRI kat HTJ. Appointment pukul 5.30 petang tapi saya sampai 45 minit awal. Nak cari parking je dah 15 minit. Sampai aje MRI, serah dokumen MRI pastu kena tukar baju hijau hospital tuh.

Bila buat MRI segala harta benda kena tanggalkan. Nasib baik saya memang tak pakai cincin ke subang ke apa. Nak dijadikan cerita masa nak tukar baju hospital tuh, berlaku something yang buat saya tergamam. Nasib baik masa kejadian tuh berlaku saya tengah butang baju dan alhamdulillah aurat dan maruah saya terjaga dan terlindung. Masa tengah butang baju tuh, seorang staff lelaki bukak pintu bilik persalinan tuh. Dia terperanjat saya lagilah tergamam. Rupanya pintu yang saya sangka dah kunci tuh tak rapat sebab pintu tuh rosak sikit. Kena tutup ketat ketat baru rapat. Ya Allah syukur sangat sebab aurat saya masih terjaga.

Lepas dah siap pakai baju hospital,saya duduk sekejap dalam 2,3 minit macam tuh terus saya dipanggil untuk buat MRI.


Seorang staff kat MRI tuh tanya saya sama ada ada pakai apa apa ke tak. Saya jawab takde. Dia tunjukkan saya bilik yang ada mesin bulat besar tau. Kat tengah tengah mesin tuh ada satu terowong. Dalam terowong tuh nanti akan scan lutut saya. Yang conduct saya time tuh staf perempuan tau bukan staf lelaki tau. Risau jugakkan tapi alhamdulillah perempuan yang ambil alih. Sempat jugak saya tanya stokin dengan sarung tangan kena bukak ke tapi nasib baik tak payah.

Dalam bilik tuh,saya kena baring atas katil yang muat muat size badan dewasa aje tau. Lutut kiri pulak diletakkan atas satu alat yang boleh adjust. Saya pun tak tahu apa nama dia. Pastu kaki saya ditutup dengan bantal kecik. Ala bantal tuh jenis plastik tebal dalam dia macam air. Sejuk aje. Dua biji bantal yang tutup kaki saya. Apa tujuan bantal tuh saya tak pastilah. Tak tanya pulak. Kaki kanan saya just letak yang biasa biasa aje sebab yang sakit sebelah kiri aje. Staff perempuan tuh bagitahu saya, MRI akan ambil masa 40 minit tapi kalau saya terbergerak sikit MRI kena buat lagi sekali sebab takut result tak jitu gitu. Pastu, dia bagi saya pakai sejenis alat macam headphone untuk tutup telinga sebab masa proses MRI tuh akan keluarkan bunyi yang bising dan kuat. So, bila pakai headphone tuh bunyi tuh tak berapa kuat. Katanya lah. Then, dia bagi saya satu alat bentuk dia macam pam nak check tekanan darah tuh. Tapi nih size kecik dan kaler kelabu. Dia pesan if ada apa apa picit aje alat tuh nanti dia akan datang sebab nanti saya kena tinggal sorang sorang dalam tuh.

Bila dah pasti semua preparation okey, katil yang saya baring tuh bergerak naik ke atas perlahan lahan sampailah berhenti betul betul kat tengah tengah terowong mesin besar yang saya bagitau tadi. Then, perlahan lahan gerak masuk dalam terowong tuh sampai paras perut tau. Mata nih asyik duk tenung mesin tuh aje. Tengoklah apa apa kot kot leh menyibuk kan macam mana mesin tuh berfungsi. Tapi nan hado. Bunyi memang bising lah walaupun dah pakai headphone tuh.

Mula mula tuh memang terasa seolah olah ada something bergerak gerak tau dalam lutut saya tuh tapi tak pastilah mungkin tuh tindakan kesan dari MRI ke apa kan. Disebabkan punya lama buat MRI saya tertidur. Hampeh betulkan. Boleh ai tertidur. Bila tidur tak lena kan kita akan rasa macam terkejut tetiba kan. Lepas tuh bila terjaga sekejap saya sambung tidir balik. Sedar sedar aje bila mesin tuh tak kuarkan bunyi bising. Staf tuh tanyalah tadi cik tertidur ke sebab tadi cik tergerak sikit tuh yang MRI lama sebab terpaksa buat balik. Untuk pengetahuan korang, MRI nih tak boleh ada pergerakan langsung tau. Kalau tergerak walaupun sikit aje MRI tuh kena buat semula. Tuh yang makan masa yang lama.

Dah settle semua saya duduk sekejap tak boleh gerak sebab kaki kiri dah kebas tak boleh nak rasa apa. 5 minit macam tuh, baru kaki okey saya turun dari pembaringan tuh sambil staff tuh tolong saya bangun. Dia pesan saya dah boleh tukar baju dan terus balik. Datang appointment semula macam yang dah ditetapkan pada kad temujanji. Saya start buat MRI tepat pukul 5 petang. Habis rawatan pukul 6.05 patang. 5 minit sebab rehat kaki kebas tadi. 6.11 petang keluar dari unit MRI. Memang lama. Apa apa pun satu pengalaman yang memang saya takkan lupa. Sebelum nih tengok kat tv aje, bila dah merasa sendiri baru tahu oooo macam nih rasanya bila buat MRI.

Khamis, 10 April 2014

Review produk : Avon Ultra Colour Lipstick

10:42:00 PG 12 Comments
Assalamualaikum...

Dengan rajinnya saya nak review produk Avon iaitu Ultra Colour Lipstick...

Actually saya dapat lipstick nih masa jadi penonton Apa Kata Wanita...Saya memang guna lipstick Avon jugak selain Maybelline.

Lipstick nih didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik tau. Macam saya dapat colour Nipe Rose N101. Warna seakan akan coklat tapi bukan coklat. Bila sapu kat bibir saya memang kenalah...Saya suka dengan tekstur lipstick yang smooth dan soft...Warnanya yang tak pekat memang sesuai lah dengan saya yang tak berapa suka lipstick yang terang terang or pekat nih...Saya lebih suka pada warna yang nampak natural.


Yang penting kaler pink tetap ada...hahaaa...


Nipe Rose...Sangat soft,smooth dan yang penting kalernya buat jatuh cinta. Pengsan tigaplohtiga kali bila pakai lipstick nih. Nampak muka natural gitu...Kawan kawan yang berkenan boleh beli kat agen agen Avon..Saya nak habiskan stok nih dulu. Nanti nak beli lagi...

Rabu, 9 April 2014

Cara menurunkan berat badan

6:19:00 PTG 12 Comments
Hahhhh, jangan tak tahu dan jangan tertipu dengan gambar gambar saya yang bajet slim melim tuh...oh memang gambar kadang kadang tipu walaupun tak edit..Hanya tuan punya badan yang tahu kondisi badan sendiri...

Korang tahu tak saya dengan kawan kawan saya masa sekolah rendah siap buat group khas iaitu group kuwussss...hahaha...Kitorang masing masing buat perjanjian sampai bulan Ogos nih berat siapa yang paling banyak turun dan siapa berjaya menguruskan badan..

Korang tengok saya macam tak gemuk kan..Ye bukan korang ajr kawan kawan opis pun cakap saya tak gemuk...Hakikat sebenar ai is stress dengan berat badan sekarang. Dulu berat badan maintain aje..BMI pun kategori normal okey, 25.Sekarang berat badan dah naik 7.3 kg dari berat badan asal.BMI pun dah jadi 26.1..Kawan kawan cakap tak nampak saya gemuk sebab saya tinggi...Okey fine..Bukanlah tak bersyukur kan tapi saya kena turunkan berat badan jugak atas salah faktor keadaan lutut saya. Doktor dah nasihatkan maintain berat badan jangan bagi naik..Tapi sikalang wa punya belat sula ala naik woooo.... Macam mana tak naik kan,asyik makan tak ingat dunia..hahaha..

So, misi menurunkan berat badan pun dah mula...Sekarang pola pemakanan pun dah berubah..Dulu kalau sarap dan lunch makan berbukit bukau tak hengattt dunia,sekarang ai is control..Pagi wajib minum ephyra dan makan roti gardenia...Sama ada makan dengan telur goreng atau sosej atau daging burger yang dimasak tanpa minyak...So, akan kenyang lama. Bila lunch saya makan nasi putih sikit aje...Koraag bayangkan bekas polisterin putih tuh,nasi saya 1/3..Selebihnya lauk...Tadi lunch pun saya makan 1/3 nasi,sepotong nenas masak pajer,sebelah telur masin dan seikiat ulam raja..

Untuk dinner pulak, saya tak makan lewat dah..Lepas balik kerja saya makan roti dengan sosej atau daging burger yang dimasak tanpa minyak...Lepas tuh, meraainkan diri exercise...Eaok nak cari stok nestum pulak...Buat sarapan pagi...Fokus utama nak kecikkan punggung dan peha...Nampak je kurus tapi tang dua tempat nih nauzubillah...Hopefully misi menurunkan berat badan nih berjaya lah...Kena turunkan sekurang kurang 10.7kg....Huh, banyak tuh...

Kawan kawan ada cadangam tak menu yang sihat untuk orang yang tengah berdiet macam saya nih...

Isnin, 7 April 2014

Tutorial : Cara letak watermark pada gambar menggunakan smartphone

1:42:00 PTG 19 Comments
Dah lama tak buat tutorial. Hari nih nak buat tutorial cara nak letak watermark pada gambar menggunakan smartphone. Sebelum nih jenuh dak Mimie cari tutorial tapi tak jumpa. Semalam saya ada jumpa tutorial nih...Memang happpy sangatttt. Tapiiiiii makesure dalam phone korang tuh ada save siap siap gambar watermark korang (jpeg,png) ye.....Ikut step by step in shaa Allah korang akan faham...Jom baca step by step resipi dak Mimie nih..hehehe...

Langkah 1 : Sila DOWNLOAD Photo Editor di Play Store/Google Play...Simbolnya macam gambar kamera ada gunting kecik kat tepi (kaler biru) dalam gambar bawah nih ye...Lupa pulak nak tunjuk anak panah...


Langkah 2 : Klik GALLERY


Langkah 3 :  Klik Gallery or apa apa apps yang korang simpan gambar..Korang pilih gambar yang nak korang tepek watermark tuh..Macam saya pilih Gallery.


Langkah 4 : Saya pilih gambar anak buah saya..So, akan keluar macam kat bawah nih...Kat bawah gambar tuh korang nampak tak kotak kotak yang tulis color,color (curves),color (levels), bla..bla..bla....Korang skroll kotak kotak tuh sampai korang jumpa  text/image.


Langkah 5 : Nampak kan kotak text/image tuh...Klik kotak tuh.


Langkah 6 : Pastu akan keluar kotak +, Edit, Delete dan Arrange tuh kan...Okey sekarang klik + tuh. Akan keluar tiga kotak Add Text, Add Image dan Add Shape...(Sorry takde gambar sebab bila nak printscreen hilang...Tak tahu kenapa.Rasanya korang boleh nampak kot bila dah download apps tuh nanti) Korang sila klik Add Image ye.


Langkah 7 : So akan keluar macam kat bawah nih...Nampak tak Built-In Image Pi...?Sila klik Built-In Image Pi....


Langkah 8 : Pilih watermark korang yang korang dah save tuh...Contoh macam kat bawah nih nampak PinkUmmi tuh..hah tuh watermark saya.


Langkah 9 : Lepas dah pilih watermark akan keluar macam kat bawah nih...Pastu klik Apply.


Langkah 10 : Akan keluar la watermark korang macam kat bawah nih...Yang ada bulat bulat lima ketul tuh korang boleh adjust nak besar mana, kecik mana, atas bawah kiri kanan, serong, senget tepi senget tengah..Eh korang adjust ikut suka...Macam saya just adjust kedudukan watermark aje...


Langkah 10 : Dah adjust ikut piawaian yang korang nak tuh. Klik Apply (Tick Hijau). Pastu akan keluar save, klik save dan pilih save dalam gallery. Dah siap..So, gambar korang dah ada watermark dah d isimpan dalam gallery.Korang boleh double check kat gallery..Confirm ada....


Contoh gambar yang saya letak watermark guna phone korang boleh rujuk entry saya yang pasal bulu roma tuh.

Kalau korang berjaya buat tahniah lah ye...Korang happy saya lagiiii happy.

Kredit tutorial : mialiana.com



Rabu, 2 April 2014

Petua hilangkan sakit mata

3:40:00 PTG 14 Comments
Hahhh, hari nih dak Mimie nak sharing petua nak hilangkan sakit mata....Tetiba teringat nak up entry pasal sakit mata...Sebelum nih saya mc 4 hari sebab sakit mata....Kalau sakit mata mesti cepat cepat pergi klinik ambik mc dan ubat kan....Masa mengurut dengan nenek a.k.a mak saya dia bagi petua untuk hilangkan sakit mata yang merah menyala tuh...

Kalau kawan kawan atau sedara mara atau kawan kawan yang ada air susu badan kan, mintak diorang sikit air susu tuh. Lepas tuh titiskan dalam mata yang sakit tuh. In Shaa Allah kalau amalkan spanjang sakit mata tuh cepat aje sembuh..Dah jimat duit tak payah beli ubat mata kan...Nih salah satu khasiat air susu badan tau.

Masa saya sakit mata ri tuh saya tak teringat langsung petua tuh..Bila dah elok baru teringat..Apa lagi tepuk dahi lah kan..Adoii...

Jenis jenis makanan sejuk dan berangin yang perlu dielakkan orang yang berpantang

8:50:00 PG 25 Comments
Jenis Jenis Makanan Sejuk dan Berangin Yang Perlu Dielakkan Orang Yang Berpantang | Hai korang! Sorry tajuk panjang tapi Mimi nak share dengan korang JENIS JENIS MAKANAN SEJUK DAN BERANGIN YANG PERLU DIELAKKAN ORANG YANG BERPANTANG. Mimi bukan share ilmu sembernono tau sebelum update entry Mimi rujuk nenek Mimi merangkap bidan kampung. Mungkin ada yang tak setuju sebab semua makanan ni mempunyai khasiat tersendiri. Bukanlah Mimi nak halang korang makan tapi semua tu bergantung pada badan masing masing. Ada yang okey makan apa pun, ada yang tak okey. Bila makan jatuh sakit. Semuanya bergantung pada penerimaan badan masing masing.

Macam Mimi sendiri, selepas bersalinkan anak kedua, Auni, dah dua kali demam dan badan banyak angin. Paling teruk bila demam kali kedua sampai tak boleh bangun langsung. Semua tulang belikat bisa. Nenek Mimi cakap Mimi kena demam urat. Puncanya, faktor pemakanan, badan tidak diurut dengan betul atau tidak pantang dengan betul. Kesannya, kita akan alami pada masa akan datang. Sebab tu, orang berpantang kena pakai stoking, pakai pilis, bengkung dan sebagainya. 

Dulu Mimi bukanlah jenis mudah kena angin tapi sebab masa pantang anak pertama adalah sebab munasabab yang menyebabkan pantang yang Mimi lalui tidak betul caranya. Kira memang berpantang tapi pantang yang biasa saja lah.

Jadi, apa kata kita semak antara makanan sejuk dan berangin yang tak boleh dimakan masa berpantang :-

a) timun 
b) keladi 
c) kentang 
d) kacang dal 
e) pulut 
f) betik 
g) air kelapa 
h) kobis 
i) nasi sejuk 
j) rebung 
k) nangka, cempedak 
l)kangkung,bayam 
m) tauhu jepun 
n) tembikai 
o) kacang panjang 

Ini antara makanan jenis sejuk dan berangin yang Mimi tahu. Kawan kawan ada tahu tak makanan lain yang Mimi tak tahu. Boleh share share dekat sini. Sama sama kongsi ilmu dan ambil tahu. Macam Mimi cakap sebelum ni lain orang lain penerimaannya kan. Ada yang makan okey ada yang tak okey. Terpulang pada individu sendiri

Selasa, 1 April 2014

Kapsul Pati Halia

8:08:00 PG 16 Comments
Nak promo kat korang produk yang kawan saya jual..Produk nih ialah kapsul pati halia elok untuk pembuangan angin,melawaskan pembuangan air besar,pecah lemak,melancarkan perjalanan darah dan membersihkan usus.
Sebotol mengandungi 50 biji kapsul dan sebotol berharga RM20 sahaja. Cara pengambilan 2 biji pagi atau malam. Tahan selama 25 hari ye.


Rasanya semua tahu tahu kebaikan dan kelebihan halia nih. Kalau badan bisa bisa ada angin memang elok amalkan minum air halia. Memang akan prutt prutt prutt ajelah kerjanya kan takpun akan keluar angin melalui mulut macam bunyi sendawa tuh...If korang tak boleh minum air halia korang boleh amalkan makan kapsul. Macam saya jangan haraplah nak minum confirm daku muntahkan semula...Bila amalkan makan kapsul halia nih saya pruttt pruttt tau...Takde bau pun tapi leganya bila aagin keluar..hahaha..

Lepas tuh kan, kapsul pati halia nih membersihkan usus, mencuci dan melawaskan pembuangan air besar korang..Macam sepupu kawan saya nih ada masalah pembuangan air besar sekali. Alhamdulillah lepas dia amalkan, semua najis degil dan lama keluar. Bau agak busuk dan warna kehitaman..

Selain daripada tuh,kapsul pati halia nih memecahkan lemak korang tau..So,sesiapa nak kurus bolehlah try...Macam mana nak dapatkan produk nih??Korang boleh contact kawan saya, Puan Nur Nazihah melalui fb,instagram atau whatsapp.

Instagram : Nur Nazihah HKCC Coffee (Nur_nazihah_hkcc)
Whatsapp : 0196165258