Lawatan ke RTM dan jadi penonton Apa Kata Wanita part 1

Sabtu 08.03.2014 baru nih office saya buat lawatan ke RTM dan berpeluang muncul sebagai penonton untuk rancangan Apa Kata Wanita.

Bertolak dari pejabat lebih kurang pukul 7 lebih...Sampai RTM pukul 8.30 macam tuh..Lebih kuranglah..Tak kuasa saya nak catat pukul berapa bertolak pukul berapa sampai...Banyak kojo lain den nak buek..

Sampai sampai aje turun bas terus mak budak dua orang nih sengal nak bergambar..haha..Bukti yang kitorang dah sampai kan...Ooo ya, untuk pengetahuan korang masa kitorang attend untuk program Apa Kata Wanita kena pakai baju warna pink atau ungu sempena Hari Wanita pada hari tuh.


Sebenarnya banyak jugak gambar saya dan kawan ambik tapi saya tepek yang mana dan jela...Line macam siput sakit lak hati nak upload gambar.. 

Lepas bergambar kat luar, kitorang berjalan kaki nak masuk bangunan kat bawah nih...Kitorang di sambut oleh Pyan Azizah..Puan Azizah bawak kitorang duduk dalam Auditorium Utama dan bagi taklimat serba ringkas mengenai RTM dan jugak Auditorium Utama tuh. Sebenarnya kitorang tak dibenarkan ambik gambar sesuka hati tau sebab menjaga kerahsiaan diorang. Boleh ambik kat tempat tertentu dengan izin daa kebenaran Puan Azizah.


 Lepas taklimat kitorang dibawa oleh Puan Azizah melawat tempat tempat di dalam RTM..Yang tuh saya akan up pada next entry ye...

7 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..