Isnin, 17 Mac 2014

Cara nak pujuk anak menangis bila diorang meragam tak nak pergi taska

Korang tahu tak pagi tadi saya kejutkan Aina sebab nak hantar dia pergi taska. Auni pulak awal awal dah minta dukung....Saya pujuk Aina tapi dia menangis jugak. Bagi dia botol susu pun tetap menangis. Sampailah kat luar rumah masa nak pakai selipar pun dia menangis. Auni bila dah pakai selipar memang dia buat hal sendiri lah...Jalan pun nak sendiri tak nak pimpin.

Sebenarnya Aina tak nak pergi taska sebab dia tahu abi dia ada dekat rumah tapi saya terpaksa tipu dia cakap abi dia kerja...Bayangkanlah korang dah lah saya lambat nak pergi kerja Aina pulak buat perangai betul betul menguji kesabaran tau. Dah lah spesis saya nih cepat berpeluh tang muka...Huhh..Bertambah hangen tau...Nasib tak bertukar jadi incredible hulk pink..Sabar tuh masih ada tau...Boleh control lagi rasa marah tuh....

Bila anak merengek atau menangis tak nak pergi taska takkan kita nak marah herdik bagai kan. So, saya gunakan pendekatan psikologi..Saya pujuk dia baik baik...Saya cakap "Ummi kerja, abi kerja. Siapa nak jaga Aina dekat rumah. Aina kena lah sekolah. Nanti nak makan cikgu bagi, boleh main dengan kawan kawan, belajar dengan kawan kawan. Adik pun suka pergi sekolah. Nanti balik kerja Ummi bagi tengok cerita Upin Ipin dengan Mouse ye." Bila saya pujuk dia baik baik baru dia diam. Saya tengok siap kesat air mata lagi..Alahai sedih pulak tengok Aina nih hah...Nih semua tak bagi Ummi kerja tau..Saja aje..Nasib baik Ummi nih hati kental bersemangat waja gitu..hahaha...

Balik nih, memang kena kotakan janji cari cerita Upin Ipin dan Mickey Mouse Club House baru kalau tak mahu mengamuk Si Aina sebab mungkir janji...So, dekat sini saya nak tekankan pada korang yang anak anak sebaya macam Aina Auni yang tengah membesar lingkungan 3-5 tahun nih memang kita kena pandai pujuk dan main dengan psikologi diorang. In shaa Allah berjaya. Kalau marah marah confirm diorang akan memberontak dan buat perangai...Saya bukanlah nak cakap saya nih baik, lemah lembut dan tak pernah marah anak anak...Oh tak sama sekali. Saya mengaku saya seorang Ummi yang sangat tegas dan garang kalau nak dibandingkan dengan incik hubby saya. Tapi ketegasan dan garang saya bertempat ye. Takde 24 jam asyik nak marah anak aje..Ada masa saya akan manjakan diorang ada masa saya akan bertegas dengan diorang. Tengok pada situasi dan keadaan....Kang semendang aje garang kena report pulak jadi kes dera..hahaha...

SAMA SAMA DOAKAN AGAR PESAWAT MH370 DIJUMPAI SEMULA DAN MANGSA MANGSA TERLIBAT SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA TERCINTA..AAMIIN...

18 ulasan:

  1. Bila pagi2 anak dah buat perangai, tambah2 lagi dah lambat pegi keja, memang naik anginlah....tapi tu lah anak semakin kita marah, semakin dia tak nak, nak pujuk yang lembut2 gitu kan.....:)


    sama2 doakan untuk MH370

    BalasPadam
  2. huhu..sama jugaklah ngan ayish bambam pagi tadi..nangis pulak nak pergi school (taska)..pujuk dia elok2 ckp kat school ada teacher, ada friends, boleh main playground, belajar ABC Alif Ba Ta..ikutkan saya pun garang jugak tau..hehehe

    BalasPadam
  3. betullah dgn anak2 kecil kena lebih diplomasi sikit !.. teruskan doa dgn MH370

    BalasPadam
  4. budak2 mcm2 ragam.
    anak sedara 4tahun, selalu tak nak pergi tadika.
    alsan pandai..abg sakit kepala..kawan abang bising..abg sakit kaki mcm2. biarkan aje tak pergilah. kecil2 tak pe lah..takut dah besar emm..

    BalasPadam
  5. memang kena banyak sabar nak pujuk bebudak umur bawah lima tahun ni kan..

    BalasPadam
  6. salam... anak kalau dah tak nak g taska/tadika..susah nak pujuk kan. kadang-kadang terpaksa berdrama swasta (pada kadar yg tak melampau)..hihi. nak tak nak..terpaksa jugak ditinggalkan di sana..

    BalasPadam
  7. Bila berjanji dengan anak2 jangan sesekali mungkiri sebab sekali dah kena anak2 akan ingat jadi lain kali kita pujuk dah tak makan... Anak2 kecik kadang2 memang rasa tak sabar layan kerenah dia org tapi bila dah besar esok kita akan rindu saat2 itu.

    BalasPadam
  8. a'aa kak ina pun biasa guna cara camni..

    BalasPadam
  9. Guna pendekatan psikologi lebih berkesan dr marah.. Sbb ank2 nk trik perhatian dan manja je dr kita...

    BalasPadam
  10. nice one ummi, kalau saya dah hidup berumah tgga boleh guna ti[s tips dari ummi, hehehe tapi masih student lagi nih hehehe

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak mie, kena pandai pujuk ekk. kalau sheila nanti camne ntah. dah ler kita ni garang je dengan anak2 buah. hihi... selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini~~~

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. ambil pgalaman kak hehee :)
    tq sharing..

    BalasPadam
  14. teringat afif masa mula-mula masuk sek dulu
    pengalaman yang menguji perasaan betul!
    sabo ajelah time tu, dah lah lambat
    lagi lambat sebab dia
    tapi betul kata mimi tu, memang kena berlembut time gini
    kalau kasar dia lagi memberontak

    BalasPadam
  15. betul tu Mimi..kna byk sabar dlm memujuk ank ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.