Isnin, 10 Mac 2014

Aktiviti puan blog hari ini

Assalamualaikum...

Hari saya cuti...Cuti sampai Rabu nih...Penat bekerja kan..Dengan tempahan cheese kek leleh lagi badan saya terlalu letih dan perlukan rehat. Tapi tak bermakna cuti duduk goyang kaki kat rumah je..No no no...Ada kerja lain yang tengah tunggu nombor giliran untuk diselesaikan..

So hari ini banyak aktiviti yang saya kena buat. Sebenarnya saya tak sihat nih..Batuk batuk dan semput mula nak.menyerang. Tapi nasib baik dengan kecekapan yang ada terus telan ubat lelah yang ada dalam simpanan. Malam tadi tidur dengan aman dan jayanya. Kalau tak mulalah merengek manja macam budak kecik sebab sesak nafas. Alhamdulillah bangun pagi nih rasa okey sikit dan mampu buat kerja rumah..Nak nak minum ephyra kan lagi bertenaga lah saya..See Ephyra di hati..hehehe..

Aina dan Auni dah selamat saya hantar kat taska..Tinggal berdua aje dengan incik hubby kat rumah. Kejap lagi nak hantar kek cheese leleh wife officemate order. Lepas tuh, balik rumah macam biasa kemas rumah apa yang patutkan..Then masak..Lunch hari nih special sikit sebab nak masak lauk hasil pencarian remis semalam..Nanti saya update entry misi mencari remis part 2..Petang sikit nak membaking lagi ada orang order kek lagi. Kali nih very the special kek yang customer nih order..Kek cheese leleh yang diperbaharui..Nanti saya akan share hasil membaking saya tuh ye..

Walaupun hari nih jadi full housewife tapi kerjaya sampingan sebagai blogger tetap tak lupa..Macam biasa saya akan balas komen kawan kawan satu persatu ye..Alhamdulillah pagi tadi dah reply sebahagian komen..Dan saya akan update entry baru hari nih kalau berkesempatan..Banyak nak story kat korang tau..Antaranya:-

a) lawatan ke RTM dan live kat Apa Kata Wanita part by part
b) Misi mencari remis part 2
c) Hasil membaking
d) Cara basuh dan masak remis
e) Pengalaman mengandung dan melahirkan Nur Aina Zahirah (nih memaag gila punya lama nak abiskan citer)

Korang doakan lah saya berjaya mengupdate entry entry nih hari nih..Kalau tak to be continue jela jawabnya kan..

9 ulasan:

  1. bess la mimi cuti ari ni....biasa la walaupun cuti...kerja rumah x pernah habis..ada je benda nk buat..

    ooo banyak order yer...tahniah...moga terus maju k...

    teringat masa kecik2 kat kampung sitiawan, perak...naik basikal g laut...cari lala..kepah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak mie, jaga diri baik2. jangan push2 diri siapkan semua kerja. and enjoy ya update semua entri2 tu. hehee ~~~

    BalasPadam
  3. selaamt bercuti...cuti pon banyak kerjaan berlaku kan

    BalasPadam
  4. tak sihat ye, sian dia
    jadi orang isteri dan ibu memang ginilah citenya
    sihat ke tak, tak ada istilah cuti
    semua perlu dilakukan seperti biasa demi untuk yang tersayangkan

    ambil tempahan kek rupanya
    saya baru tahu...hehe
    all the best ye =)

    BalasPadam
  5. keje-keje jugak..kesihatan tu kena jaga tau..kan melarat plak

    BalasPadam
  6. semoga bisnes makin maju..walaupun sesibuk mana..jaga kesihatan baik-baik

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.