Selasa, 25 Februari 2014

Resipi : Ikan Kerisi Masak Masam Manis


Nih resipi dinner malam Ahad lepas....Selama nih duk pening fikir nak masak apa kan...Sekali bila dah beli buku masakan haruslah pratikkan...Resipi nih saya ambik dari buku masakan ikan incik hubby. Dia beriya nak beli nak belajar masak lauk lauk ikan katanya...Penyudahnya bini dia jugak yang masak hahaha...Tapi okeylah kan bini praktikkan ada jugak faedahnya..Nak jaga perut suami katakan...Eh perut anak anak jugak...

Okey saya nak share dengan korang resipi masam manis nih...Yang penting sedap...Incik hubby saya puji sedap tau..Meh cuba resipi nih....

Cara-caranya : 2 ekor ikan kerisi (ikut selera korang nak bubuh berapa ekor) ratakan dengan serbuk kunyit, garam...Goreng sampai masak pastu angkat...Pastu hiris 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia. Tumis sampai garing..Lepas tuh masukkan 4 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili dan 1/2 cawan air (kalau nak bubuh sos dan air lebih pun takpe ikut selera masing masing). Biarkan sampai kuah tuh mengelegak korang bubuh sedikit garam dan gula...Pastu masukkan ikan yang digoreng tadi...Last sekali masukkan tomato (dibelah 8), lada masak (dihiris) dan daun bawang yang dihiris2 panjang..Masak seminit dua..Dah boleh hidang dan makan..

Makan panas panas memang sedap tau korang...Resipi nih korang boleh pelbagaikan jugak..Contohnya ikan kerisi tuh korang boleh gantikan dengan ayam ke, telur ke, daging ke..Ikut seleralah kan...Saya memang nak masak ikan kerisi sama macam dalam buku...Lepas nih nak try resipi lain pulak....

24 ulasan:

  1. thanks kongsi resepi,..malam nie boleh la masak ...

    BalasPadam
  2. serius memang nampak sedap sangat
    nanti boleh lah akak try sekali :)

    BalasPadam
  3. ikan kerisi penah gak mat gini..goreng garing2 sedap!!

    BalasPadam
  4. sedappp ikan masak masam manis camni... ^__^

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Akk slalu ikan kerisi buat masak taucu.

    BalasPadam
  6. Masak walaupun simple kalau kena gayanya memang sedap...main campak2 je...

    BalasPadam
  7. ikan kerisi ni goreng cicah sambal pun sedap kan.... :-)

    BalasPadam
  8. Ok, nampak memang sedap + resepi pun xsusah sangat :D

    BalasPadam
  9. kat rumah ada ikan kerisi ni
    tak ada idea nak masak apa
    boleh ciplak resipi ni =)

    BalasPadam
  10. alahai sedapnya. kalau sy mmg tukar ikan lain la sbb saya ni pelik sikit.ikan kerisi pon tak makan.apa daa.. slalu buat utk cik abe goreng atau buat taucu je..

    BalasPadam
  11. ida suka ikan kerisi tu, ida akan goreng garing2 pastu ratah . pergghh sedap! hehhee

    BalasPadam
  12. sedap ni. yeay ada resepi, boleh try. thanx akak :)

    BalasPadam
  13. Owh.. Pnh masak gini.. Mmg sesuai ikn ni dimasak masam manis..

    BalasPadam
  14. sedapnya=) heheh thanx utk resipi ni ummi,,akan diterai nnt kalau klapangan ye

    BalasPadam
  15. Best. Resepi puan simple n mudah. Saya nk cuba la masam manis ikan kurisi.

    BalasPadam
  16. Mmg sdap lh ikan kerisi masam mnis...tq krna sudi share resepi ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.