3 Faktor Kenapa Ibu Bapa Gagal Mengawal Anak

3 Faktor Kenapa Ibu Bapa Gagal Mengawal Anak 


Hai semua! Baru baru ini Mimi ada baca info yang sangat berguna untuk kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak anak. Info yang berguna ini Mimi baca dari blog Dr Shukri Abdullah. Info yang sangat berguna dan bagus untuk kita ibu bapa menambah ilmu keibubapaan di masa kini. Lebih-lebih lagi kita hidup di zaman teknologi yang serba serbi canggih. Anak anak sekarang ini pun ramai yang celik IT sedari kecil lagi. Sudah pasti, ibu bapa sekarang menghadapi cabaran untuk mendidik anak anak.

Artikel yang dikongsi oleh Dr Shukri Abdullah ini banyak menyedarkan kita tentang cara didikan ibu bapa masa kini. Masa kini, kita dapat melihat di sekeliling kita kerosakan akhlak dan kurangnya adab anak anak sedari umur masih kecil. Di manakah silapnya ibu bapa mendidik anak anak. Perkongsian maklumat berguna dari Dfr Shukri Abdullah sekurang kurangnya memberi peringatan kepada kita kenapa dan mengapa kita gagal kawal anak anak masa kini.

Saya kongsikan 3 faktor kenapa ibu bapa gagal mengawal anak yang saya baca dari blog Dr Shukri Abdullah.

3 Faktor Kenapa Ibu Bapa Gagal Mengawal Anak


1) TAKUTKAN ANAK !

Ramai juga ibubapa takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas anak-anak mereka sebab sekian lama sebelum ini mereka memenuhi semua permintaan anak. Ia ibarat adegan dalam filem “Anakku Sazali” yang mana bapanya si Sazali bagi, bagi, bagi bermacam permintaan si anak. Maka akibatknya anak itu rosa spoilt kid ! Si bapa takut kalau mereka tidak memberi apa-apa yang diminta, nanti anak akan memberontak, si anak tak mahu balik rumah, si anak akan ke rumah kawan, si anak akan ponteng sekolah dan pelbagai kemungkinan lagi. Ketakutan serupa inilah yang membuat si anak “naik kepala” dan mengambil pelbagai kesempatan. Inilah masalah sebelum ini semua permintaan ditunai belaka kerana “sayang”. Hari ini anak mudah kelentong mak ayah kecuali mak ayah yang prihatin.

Seorang pujangga pernah berkata kalau ibubapa langsung tidak pernah bertindak melakukan sesuatu yang membuat anak marah kepada mereka, berbuat sesuatu yang menyebabkan anak benci kepada mereka, maka rumusannya ibubapa itu tidak pernah menjadi ibubapa yang berkesan.

2) IBUBAPA MALAS

Mereka pun nak berfacebook. Mereka pun nak layan drama kat TV. Sekarang ini ada pula siri “Kilauan Emas” a.k.a. “Bintang Tua” iaitu membariskan lelaki perempuan berumur 50an dan ke atas dalam pertadingan nyanyian ! Mereka pun nak sibuk bergossip dengan jiran. Mereka pun nak sibuk main game di facebook. Mereka juga nak berlepak di kedai kopi kampong. Mereka berhujjah kalau anak boleh ke sekolah sendiri buat apa nak hantar lagi kerana masa yang digunakan itu boleh buat kerja-kerja lain. Memang ada yang ikhlas dan serius nak buat kerja lain dan nak cari makan tetapi hujjah tadi lebih banyak digunakan oleh mereka sebagai alasan bukan sebagai sebab !

Rumusannya ramai ibubapa kurang bertanggungjawab. Mereka nak senang.

Sebab tu ramai cenderung beli pil kembang otak; pil cerdik minda;  tonik kuat memori dan sebagainya tetapi mereka lupa mengajak anak mereka berusaha. Selalu saya nyatakan, “makanlah buah kismis secupak sehari pun, kalau tak belajar, kalau malas memang tidak ada apa-apa kesan”. Samalah juga ibubapa yang hanya berminat solat hajat tetapi tak pernah ajak anak berusaha ! Kan dalam Surah Al-Insyirah Allah dah ingatkan kita dua kali “nak senang, susah dahulu”. Solat Hajat amat bagus dan tindakan mulia jika disusuli dengan usaha berterusan. Ada yang bergantung ke natas tuisyen. Pergilah tuisyen tiap-tiap hari pun, kalau di sekolah banyak bermain, kalau balik rumah asyik menghadap komputer dan TV, maka tusiyen itu pasti tidak berkesan kerana ke tuisyen bukan untuk belajar, tetapi untuk tujuan lain termasuklah mendapat lessen keluar rumah selepas balik sekolah.
Ibubapa malas dan melahirkan anak yang malas.

3)TAK AMBIL PEDULI LANGSUNG

Ramai juga ibubapa dalam kategori ini, iaitu “pandai buat anak tetapi tak pandai membesarkan anak”. Pada mereka asal anak ke sekolah maka tanggungjawab mereka selesai. Kalau anak mundur dalam pelajaran hujjah mereka mudah sahaja “kami dulu … pun bodoh macam tu juga. Apa boleh buat” ! Ada pula yang menyalahkan guru, menyalahkan Guru Besar atau Pengetua dan sebagainya. Langsung mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Mereka kurang prihatin dengan kemajuan anak. Mereka tidak ambil kisah prestasi pelajaran anak.

Itulah pada saya antara tiga faktor yang menyumbang ke arah kemunduran pelajar dan remaja Melayu di negara ini. Sila bagi pandangan balas untuk kita sama-sama bicarakan. Tidak kisah sama ada pandangan anda bersetuju atau tidak dengan pandangan di sini. Yang penting kita berhujah secara ikhlas dan tertib.

Saya hanya buat kupasan kenapa timbulkannya masalah. Cara menangani masalah ini tidak saya sentuh dalam tulisan ini. Itu catatan di masa yang lain.

(sumber) DR SHUKRI ABDULLAH

Apabila baca sahaja 3 faktor yang dikongsi oleh Dr Shukri Abdullah memang diakui itu yang berlaku sekarang ini. JAdi, sebagai ibu bapa kita memang inginkan yang terbaik untuk anak anak agar mereka membesar menajdi manusia yang berakhlak dan beradab. Jadi bagaimana caranya untuk membentuk generasi yang berjaya dunia dan akhirat? Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Memang zaman sekarang ini hendak membesar dan mendidik anak anak sangat mencabar. Namun, ibu bapa perlu bijak menangani dan mencari solusi membentuk sahsiah dan akhlak anak anak agar kita mampu mengawal tingkah laku mereka.

Post a Comment

5 Comments

  1. moga jadi parents yang prihatin dengan anak2. .insha Allah

    ReplyDelete
  2. moga kita dapat didik anak jadi anak2 yg soleh n solehah.. dunia makin mencabar

    ReplyDelete
  3. dunia makin mencabar..
    sy renung renungkan

    ReplyDelete
  4. byk dugaan jadi perents skarang, kena byk tambah ilmu untuk jaga anak2 kan.
    good info

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com