Rabu, 22 Januari 2014

Servis Klinik Kesihatan PD dan Klinik Kesihatan Seremban 2

Macam yang saya janji sebelum nih saya nak bagitahu korang servis yang saya terima antara dua klinik kesihatan.Sorry kalau korang baca entry nih panjang giler...

Servis di bahagian kaunter saya sangat puas hati sebab kakitangan dua dua klinik peramah dan bagi servis yang pantas..

Apa yang saya nak bandingkan ialah servis yang diberikan oleh doktor sendiri. Rasanya di mana mana klinik ada disediakan nombor giliran dan bilik rawatan kan...

First saya nak cakap pasal KK PD..Bilik rawatan hanya ada 5 sahaja di mana bagi saya tak cukup untuk berikan servis yang pantas. Korang bayangkan nak tunggu nombor giliran korang dipanggil ambil masa sampai sejam. Incik hubby saya sampai cakap lambat betul. Pesakit lain ada yang saya tengok dua tiga kali bangun dan pergi bilik doktor tanya bila nombor mereka nak dipanggil sebab ada yang lagi lama tunggu tau.

Lepas tuh kebanyakan doktor kat KK PD ialah doktor yang muda.  Bukanlah nak menidakkan kepakaran mereka dalam perubatan tapi cara mereka berikan rawatan sangat saya tidak puas hati. Contoh macam saya doktor yang check saya ialah non muslim young lady doctor. Dia cakap soft saja tapi penerangan yang dia berikan memang saya tak puas hati. Macam feel eh takkan sebab tuh aje kaki aku teruk macam nih kan..Lepas tuh siap pesan balik rumah rehat jangan buat kerja, tekap kaki dengan ais untuk kurangkan bengkak..Ok fine saya terima her suggestion tuh..Korang bayangkan Isnin tuh dah lah saya kerja tapi saya terus pergi klinik untuk buat rawatan.Dari pagi sampai tengahari saya kat klinik. Saya mintak mc dia tak bagi dia cuma bagi time slip..Dia buat saya terima rawatan dari pukul 8 pagi sampai 2 petang.. Cuba korang fikir kalau dah bagi time slip dah sah sah saya kena masuk kerja kan..ada tiga jam saja lagi masa bekerja..Tolak masa nak ke ofis berapa minit, so berapa jam saja saya kena kerja. Lepas tuh doktor tadi suruh saya rehat kat rumah tapi dia tak bagi mc..Dia bagi ubat tahan sakit dan dia cakap kalau kena lagi baru rujuk pakar..Acaner tuh? Kaki kita dah lah sakit dia fikir main main agaknya...Siap bagi ubat tahan sakit...ubat tuh makan pun tak jalan tau..Nih sebab saya tak puas hati...



Semalam saya buat rawatan di Klinik Kesihatan Seremban 2 pulak. Servis memang pantas dan pesakit tak payah tunggu lama sebab bilik rawatan yang banyak. Doktor pun beri rawatan yang bagus. Penerangan yang sangat jelas dan saya faham. Kaki saya bukan sebab tiada pelincir tetapi ligamen pada lutut saya dah cedera dan tak boleh nak support pergerakan tulang pada lutut. Sebab tuh saya mudah terkena. Doc terus nak rujuk saya pada pakar sebab saya kena since umur 17 tahun. Dia bagi saya mc dan suruh banyakkan rehat. Maintainkan berat badan dan tidak boleh buat kerja berat berat. Berdiri lama pun tak boleh..Doktor jugak bagitahu saya dia akan call secepat mungkin untuk ambik surat yang dia buat untuk rujuk pakar. See bezakan servis doktor KK PD dan KK Seremban 2 bagi??


8 ulasan:

  1. servis KK ni mmg lembab sikit, tak sabar nak beranak, malas nak gi check up KK tiap2 bulan...hehehe

    BalasPadam
  2. adik saya kerja dengan kementerian kesihatan
    dia kata bab mc tu memang agak susah sebab kebanyakkan doktor dekat KK hanya houseman
    maksudnya bukan medical officer (mo) atau lebih tepat lagi mereka masih dalam training

    diorang bukan student tau memang doktor tapi houseman
    belum dapat pengiktirafan aje
    dan mc diorang memang tak boleh keluarkan kecuali MO

    mungkin yang sebelum tu houseman
    lepas tu yang dekat KK seremban
    memang MO

    saya dah pakar dah nak kenal mana
    MA, houseman, MO dan specialist
    esp dekat hosp atau klinik kerajaan =)

    BalasPadam
  3. doktor tu tak confident kot... tu yg bg penerangan tak jelas...

    moga mimie cepat sembuh la ye..

    BalasPadam
  4. Mmmm...xtau nk ckp cane.tp tu la.ad yg tahu btul tanggungjwaB mmg terbek la....klu tak..terima jela...

    BalasPadam
  5. servis klinik or hospital kerajaan di Malaysia masih lagi ditahap yang menyedihkan.. malas nak citer panjang, kalau citer, kita yang kena semula..
    btw moga mimi cepat sembuh :)

    BalasPadam
  6. hhmm... Depa sbgai doctr pn x thu mcm manalah kita sebgai pesakit nk tahu penyakt n treatmen smua

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.