Perlu atau tidak kajian semula gaji pekerja sektor awam dan swasta?

Sekarang nih semua orang tahu mengenai kenaikan harga barang yang semakin menjadi jadi. Bila petrol naik maka satu persatu perkhidmatan dan barangan lain naik harga. Entry nih bukan nak menyuarakan ketidakpuashatian atas kenaikan harga perkhidmatan atau barangan tetapi lebih kepada luahan seorang rakyat Malaysia.

Kenapa saya cakap gaji pekerja sektor awam dan sektor swasta perlu dikaji semula?Sebab kenaikan harga perkhidmatan dan barangan yang semakin menjadi jadi. Korang jangan cakap lah ala dah tahu barang naik belajarlah berjimat cermat...Takpun cari inisiatif lain untuk tambah duit poket..Semua tuh saya tahu..Saya sendiri buat side income untuk tampung perbelanjaan yang semakin meningkat naik. Korang rasa cukup ke nak cover semua? Cuba korang kira yuran taska untuk dua orang anak anak saya dulu RM460 sekarang RM600..Separuh dari gaji bersih saya. Tuh belum tolak lagi nak bayar duit motorsikal,ptptn,bil bil,susu anak,minyak kereta untuk sebulan...Rasa rasanya cukup ke tak? Tuh baru saya yang tinggal area Seremban..Yang tinggal kat Putrajaya? KL? JB?

Kalau perkhidmatan dan barangan naik harga sekalipun tetapi gaji masih ditakuk lama mampu ke nak tanggung semua perbelanjaan?? Rasanya kalau digabungkan gaji suami isteri pun masih tak cukup. Saya sendiri pun dah berbincang dengan incik hubby lepas nih kena jimatkan penggunaan eletrik, cut channel astro yang dirasakan tak perlu...

Cuba fikirkan apa yang akan bakal berlaku pada masa akan datang?Pasti jenayah semakin berleluasa. Pecah rumah,ragut, mencuri atau lebih advance lagi merompak. Semakin hari semakin bertambah penjenayah baru. Sebab apa? Sebab kos sara hidup yang terlalu tinggi..Sebagai contoh penjenayah yang mencuri susu tepung bayi yang berlaku baru baru nih. Nak salahkan siapa?Opkos salah si penjenayah..Dah kenapa engkau mencuri kan..Otak ada tak nak guna. Tapi tapi tapi....Pernah ke kita terfikir kenapa penjenayah tuh buat macam tuh?Mungkin dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu. Bukanlah saya sokong penjenayah tuh..takkk...Marah jugak sebab dia mencuri tapi cuba faham situasi yang dia alami. Percayalah kadang kadang kata hati tak benarkan kita buat sesuatu yang salah tapi kata akal? Allah nak uji dia..Mana tahu satu hari nanti Allah uji kita kan?

So berbalik pada main topik saya tadi...Korang sokong tak kerajaan perlu buat kajian semula gaji pekerja di sektor awam dan swasta untuk mengatasi masalah ketidakmampuan menanggung kos hidup yang tinggi. Kalau setakat harga kangkung yang turun baik tak payah...

Sekiann....

Post a Comment

23 Comments

  1. betullah! semua orang yang bergelar YB hanya bercakap
    tapi action tak ada
    yang suffer kami rakyat, usah cite bab kangkung
    boleh kutip tepi longkak pun, free of charge
    tapi camne barang lain

    kos sara hidup tinggi!
    kalau kerajaan mungkin boleh naik
    tapi swasta, kim salam sebab ekonomi
    bukan kerajaan yang pegang

    siapa nak salahkan bila semua barang naik ni
    kang cakap marah pula
    yelah, kita rakyat aje!

    ReplyDelete
  2. Sokong sgt. .. Kaji semula gaji yg diberi... Sbb taraf hidup.bndr luar bndr, swasta dan kerjaan pun x sma...

    ReplyDelete
  3. Memang tuntutan hidup sekarang ni perlu untuk dikaji balik gaji tu..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. niesa sokong 500% kak!haiss..bila cakap pasal harga naik ni..mmg betul2 buat sakit otak..lgi2 kos sara hidup kat bintulu ni pn sgt2 tinggi..kerajaan mmg perlu kaji semula gaji bkn utk kerajaan je utk swasta pn perlu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak mie. swasta pun harus dikaji gajinya sekali. hehhee

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak mie. swasta pun harus dikaji gajinya sekali. hehhee

    ReplyDelete
  7. tak payah tunggu masa depan mimi.. sekarang dah banyak orang mencuri merompak demi sesuap nasi.. kalau di zaman rasulullah.. orang yg curi susu tepung tu bukan dipotong tangannya..tapi dibantu supaya dia boleh cukupkan keperluan..sbb sedikit sebanyak adalah kesalahan pemerintah bila rakyatnya hidup dalam kekurangan sampai terpaksa mencuri.. lebih2 lagi kalau negara macam malaysia yang kaya dengan macam2 sumber..duit zakat pun katanya sampai berjuta juta.. T_T

    ReplyDelete
  8. Setuju.. mmg semua kena kaji balik..kos hidup makin meningkat.. rakyat berpendapatan sederhana makin tertekan...

    ReplyDelete
  9. no komen, mama ni tak kerja, husben pun kerja sendiri..hihi

    ReplyDelete
  10. setuju dengan akak...
    dorang ni kadang2 cakap je senang, suruh berjimat cermat, kite dah puas jimat cermat dah, tapi perbelanjaaan harian nak cut cost cemana kan, dah tentu hari2 nak kena makan, nak kena isi minyak,huhuhu...pening...pening..

    ReplyDelete
  11. sokong sangat2 kak...lagi satu penyakit keje gomen..asal gaji naik buat loan..termasuk le saya haha..tapi sejak ada kesedaran menabung ni. saya rasa ngok jugak buat loan dulu..tapi nak ungkit pun ada gak saya tolong family..jadi yang lepas tu lepas lah.. bagus juga bank negara buat syarat loan 10 tahun je..dan bagi saya memang patut dikaji semula, takut lambakan jenayah ni menjadi2 sebab kesempitan..

    ReplyDelete
  12. pi balik pi balik sg petani - penang pun dah cecah RM5 ratus sebulan... belum yg lain2 lagi...mang kopak gaklah...

    ReplyDelete
  13. ummmpphh..kalaulah betoll..kan bagus....kasi up gaji

    ReplyDelete
  14. mmg sokong la kak dgn ekonomi skrg ni

    ReplyDelete
  15. Mmg sakit jugak rasa ye...Klu dikaji pon ok jgk...xde masalah pon nk dikaji semula...

    ReplyDelete
  16. Luahan tulus ikhlas rakyat marhean...
    Setuju sgt2 mimi... Harga kangkung turun bukan main suruh rakyat puji... adoi la, mcm tak percaya jer seorang PM boleh cakap sedemikian....
    Kesian kat rakyat yang terbeban....

    ReplyDelete
  17. memang perlu dikaji semmula.. tapi, itulah risau jugak. bila dikaji, nanti ada pihak yang ambik kesempatan naikkan harga barang lagi :(....

    ReplyDelete
  18. Sokong.... memang perlu dan patut dikaji semula... sian kami yang swasta ni, gaji dah brp thn x naik2 pun... tiap2 thn ade je barang yang naik harga... huhu

    ReplyDelete
  19. mahalnya kos taska ye mimie... kak ina xtau kos taska.. tu yg mcm terkejut... kalau anak ramai lebihla lagi...

    ReplyDelete
  20. Takut satgi gaji naik barang pun akan turut sama naik lagi.. huhuu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com