Khamis, 30 Januari 2014

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina empat tahun yang lepas (Part 1)

ENTRY REPUBLISH>>>THROWBACK


Kalau nak ingatkan semula pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina dulu, sungguh saya memang tak sanggup nak cerita penderitaan dan kesakitan yang saya tanggung masa tuh.

Saya disahkan mengandung selepas setahun saya dan incik hubby melangsungkan perkahwinan. Masa belum mengandung tuh macam macam pertanyaan yang mengguris hati dan kata kata yang menyakitkan hati kitorang terima. Tapi kitorang sabar aje sebab semua tuh kan kerja Tuhan. Hanya Dia Maha Mengetahui segala galanya kan?

Dalam bulan April, selepas balik dari rombongan Langkawi, beberapa hari lepas tuh saya dah lewat datang period. Saya tak fikir pun saya pregnant sebab sebelum tuh saya pernah lewat period selama 13 hari. Siap pergi klinik check kenapa period tak datang datang. Nurse kat klinik cakap mungkin saya pregnant. Namun hampa, sebab keesokkannya saya period. Sebab tuh bila bulan April, period saya lewat dua minggu saya buat derk aje. Malas nak fikir takut kecewa lagi. Tapi incik hubby pulak, senyap senyap belikan saya sekotak pregnancy test kat farmasi. Dia suruh check manalah tahu ada rezeki. Tapi saya simpan aje. Malas nak check…

Nak dijadikan cerita, keesokkan paginya saya bangun pagi pagi nak buang air kecil. Sekali saya tergerak hati nak buat UPT. Nak tahu sebab apa saya tergerak hati nak buat UPT. Sebabnya masa tidur, saya mimpi saya buat UPT dan keputusannya positif. Sebab tuh, masa nak buang air kecil tuh saya over eksited nak buat UPT sekali. Bajet kalau buat tuh akan positif lah macam mimpi saya kan. Sekali, bila buat….Hamek ko Jah!!! Terus muncul dua line….Saya tergamam sekejap. Macam tak percaya sebab sebelum nih kawan pernah bagitahu saya kalau buat UPT kena tunggu dua tiga minit baru nampak line tuh clear. Tapi macam kes saya nih bukan dua tiga minit dah tapi dua,tiga saat aje terus timbul dua line…

Bila dah buat UPT, terus cuci apa yang patut saya terus duduk sebelah incik hubby dan pandang muka dia yang tengah nyenyak membongkang. Mungkin dia dapat rasa saya tengah tenung dia, dia terjaga dari tidur tanya kenapa? Saya bagitahu saya dah buat UPT dan timbul dua line…Dia tanya apa maksudnya?Saya tunjuk kotak UPT tuh apa maksud dua line. Bila dia baca, dia angguk dan terus tidur!Cis! Sangat tak romantik dan takde perasaan langsung!Huh!!

Tapi…tapi pagi tuh dalam pukul 8 lebih, saya bangun nak terkucil lagi dan sekali lagi saya buat UPT sebab tak puas hati. Takkan lah kejap aje dah timbul dua line. Disebabkan UPT ada lagi satu, saya guna lagi untuk buat ujian tuh lagi. Sah! It’s positive….I am pregnant…Syukur Alhamdulillah. Akhirnya doa saya dan incik hubby termakbul juga. Korang tahu tak apa yang incik hubby buat bila dia bangun pagi tuh? Terus capai handphone, die kol ayah mentua dan ayah saya bagitahu diorang akan jadi datuk tak lama lagi. Aishhh, ingatkan takde perasaan rupa rupanya dia pulak terlebih over okeh!!!

Nota kaki* Next entry coming soon…Ok bai!

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak mie, alhamdullilah. murah rezeki kan. time belum ada rezeki, sakit jiwa gak orang bertanya je. sedih betul hati ni. alhamdullilah, kita pun mas check terus naik 2 line sekaligus, 2 minggu sebelum check upt sheila ada mimpi.. kawan2 suruh check upt. haha tak sangka ada makna mimpi tu (",)

    sambung lagi kak mie. hehehe

    BalasPadam
  2. orang lelaki sebenarnya pandai simpan emosi..dia saja tak tunjuk depan bini..mmg biasanya orang lelaki eksaited terlebih lagi.. hahaha..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..rezeki tuhan kan..kena bersabar banyak2..

    BalasPadam
  4. Tak citer lagi pengalaman melahirkan qhalif yang sangat2 senang tu.

    BalasPadam
  5. biasalah mulut orang mimi
    bila belum kawin, tanya bila nak kawin
    dah kawin, tanya pula bila nak ada anak
    dah ada anak, tanya pula bila nak tambah anak
    sampai kemati tak boleh lari persoalan gitu

    apapun selamat bercuti =)

    BalasPadam
  6. Mesti sukar nak gmbarkan perasaan masa tu kan kak? :)

    BalasPadam
  7. ngantuk sgt tu.sebab tu bila bgtau tak ada perasaan sgt..haha
    lepas bgn dia yg excited yea.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.