Hari semalam penuh sejarah

Semalam kan ai langsung tak berkesempatan nak jengah blog korang sebab macam macam berlaku semalam tau..Nih nak share dengan korang suka duka ai terima semalam.

Pagi pagi semalam masa tengah bersiap nak pergi kerja ai dapat call daripada ayah bagitahu adik ai dah pun selamat melahirkan anak sulung lelaki yang diberi nama Muhammad Izz'addin. Berat 3.13kg dilahirkan pada 08 Januari 2014 jam 0245..

Lepas tuh sampai ofis ai dah mula kelam kabut sebab ada claim budak praktikal yang problem disebabkan dokumen yang diperlukan takde.Dah lah semalam tarikh tutup akaun pembayaran kan..Lepas tuh macam macam lah budak nih bagi alasan berkaitan dokumen tuh. Ai cakap kalau nak duit kena usahakan jugak dapatkan dokumen tuh before jam 0930. Alhamdulillah settle jugak...Amin..

Pastu ai nak masuk meeting. Masa nak amsuk tuh dapat pulak panggilan telefon. Kena jawab kan kalau telefon ofis berbunyi takkan nak biarkan. Sekali ai jawab panggilan staff yang "ada kes mental". Macam macam ai disoal dan ditanya. Layan jela kan..uuu aaaa uuuu aaaa jela ai.. Nail panas telinga melayan dia..Punyalah lama dia bagi ceramah doa..Nasib baiklah daku penyabar..Hahaha..

Pastu pukul 11 lebih ai dapat mesej daripada adik sepupu ai yang trauma nak pergi kerja sebab kena gangguan seksual. Ai suruh dia datang pejabat ai amik kaunseling dengan pegawai kaunselor. Pastu ai bergerak lak pergi IPD S2 jumpa pegawai yang berkaitan. Lepas tuh pergi pulak Balai Bomba tempat adik sepupu bertugas nak maklumkan OC dia pasal hal nih. ADOII macam macam tau yang berlaku. Adil sepupu ai diberi rehat 5 hari oleh OC dia untuk rehatkan diri sementara kes dia dalam siasatan.

Settle masalah adik sepupu ai pergi pejabat pos nak pos barang customer order. Dahlah sistem down pastu sampul prabayar poslaju saiz S habis. Ambik jela borang poslaju je..Masa dalam pejabat pos ai perasan Note 2 ai rakde dalam handbag tau. So ai quess mesti Note 2 jatuh dalam kereta. Lepas dapat borang poslaju ai terus keluar. Sekali ai tengok Ya Allah!! Note 2 ai ada kat atas jalan tar okey bersebelahan dengan pintu kereta driver..Dahlah kereta keluar masuk orang lalu lalang..Nasib baik tau. Note 2 masih rezeki ai. Kalau tak menangis tak berlagu la ai..

Lepas habis kerja terus ambik anak anak terus pergi Hospital Port Dickson nak melawat adik dan anak buah ai...Adoiii geram pulak tengok anak buah ai comel dan kecik tuh. Rasa nak picit picit aje..hehehe..

Lepas melawat terus pergi rumah mak a.k.a nenek ada hal nak jumpa pakcik. Lepak rumah mak sampai jam 2200 tau..Pastu terus balik rumah..Huhhh...Macam macam yang berlaku semalam. Apa pun ai anggap tuh semua penyeri dalam hidup.

14 comments:

  1. Assalamualaikum kak mie. lamanya tak singgah sini. sheila baru warm up berblogging semula. nak ucap terima kasih lagi sebab kak mie tolong sheila buangkan domain haritu. heheh. kesiannya ada juga kes gangguan seksual kat ofis ekk. risaunya >___<'

    BalasPadam
  2. macam-macam yang berlaku semalam ye
    mudahan dipermudahkan segala urusan
    apapu thaniah sekali lagi untuk kedatangan orang baru =)

    BalasPadam
  3. amboi... bz betul Mimie ye.
    la... ingatkan anak mimie, rupanya anak buah ye. hehehe. apa pun tahniah buat adik mimie dan suaminya :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah. tahniah diucapkan dgn kehadiran org baru dlm keluarga ummi

    nasib kan. masih rezeki lagi.

    mm cma x bpa paham staff mental tu?

    BalasPadam
  5. adoi..mmg sibuk la ye 1 hari..haha..uihh!note 2 tuu..nasib baik masih rezeki kak mimi..kalau x melayang lee note 2...

    BalasPadam
  6. Cuti sekolah hari tue...akak ada pergi pd teluk kemang...

    P/S:pasal harga meja tue...akak lupalah harganya...akak beli meja tue...waktu sikakak umur 5 tahun...masih lagi kuat...orang dewasa pun boleh duduk...akak beli kat giant...macam kaler ada...

    BalasPadam
  7. Salam Jumaat..memang kadang² tu sehari banyak je dugaan nya..kita pulak gelabah je kan..takpe,yang penting,follow the flow :)

    fiza dah promote blog akak dalam kategori resepi.thanks join:)
    http://www.azhafizah.com/2014/01/pelbagai-resepi-yang-sedapmudah-dan.html

    BalasPadam
  8. aduhai..semput baca..memang kelam kabut dibuatnya..

    note 2 tu memang rezeki awak.. alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. Kemain busy yaa Ummi . Hehehe , Salam Jumaat ye :)

    BalasPadam
  10. ingtkn ank mimi dh muka pn ade iras2 mimi. hehehe ayat kaver line

    BalasPadam
  11. Hari yg penuh agenda.. moga dipermudhkan sgala urusan..

    BalasPadam
  12. Byk btul agenda ye...bila dpt selesai mesti lega....fuhhhh

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..