Biasakan diri ucap terima kasih kepada anak anak

Kali nih ai nak share tips dengan korang. Ai bukan nak tunjuk pandai ke apa ke tak ye. Mana yang ai rasa bagus dikongsikan ai kongsi lah. Walaupun ai tahu mesti korang dah praktikkan dekat anak anak. Tapi ai tetap nak share dengan korang jugak...

Rasanya korang semua tahu kan betapa besar maknanya ucapan terima kasih tuh kan. Macam ai, ai selalu ucap terima kasih kat anak anak kalau ai nak mintak tolong diorang ambikkan sesuatu. Bila selalu ucapkan terima kasih diorang mesti akan ikut apa yang selalu kita buat dan sebutkan. Betul tak?

Contohnya tengahari tadi ai tukar siaran kat tv. Lepas tuh channel 615 ada kartun Mr Bean..Ai cepat cepat tukar channel. Sekali Auni mintak tukar channel 615 sebab nak tengok kartun Mr Bean. Bila ai tukar terus dia cakap "Time acih ummi..". Hohoho so sweet..Ai pun jawablah sama sama kan...

So kat sini ai nak highlightkan kat korang biasakan diri ucap terima kasih kat anak anak korang. In shaa Allah benda baik anak anak korang pasti akan cepat ikutkan...Dan kita doa agar amalan yang baik nih akan menjadi kebiasaan diorang bila dah besar nanti. Kalau orang puji anak anak korang bagus mestilah korang jugak yang bangga kan.

7 comments:

  1. betul tu, saya pun selalu dok buat gitu
    kita kan role model paling dekat pada anak-anak =)

    selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  2. Betul2... Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnya kan? Masa kecik2 ni la kena praktikkan benda2 mcm tu..bila dh besar dorg biasa la ucap terima kasih kn.. :)

    BalasPadam
  3. kembang je hati dek happy bila ank2 ucap thank u mak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... mmg diterapkan dlm kehidupan seharian ucapan ni... bukan pada ank, tapi perlu juga pada suami dan kpd sesiapa shja... mmg sejuk je hati dgn ucapan tu.. nk marah pun tak jadi...:)

    BalasPadam
  5. betul kak... anak-anak akan ikut apa yang diucapkan parent mereka kan :)

    BalasPadam
  6. Nnt lme2x dia pon akn terikut kn....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..