Khamis, 30 Januari 2014

Tiga faktor kenapa ibu bapa gagal mengawal anak

4:01:00 PTG 6 Comments
Saya baca info yang sangat sangat berguna untuk kita sebagai ibu bapa....Saya baca blog Dr Shukri Abdullah. Info yang sangat berguna dan bagus...Sekurang kurangnya beri peringatan kepada kita kenapa dan mengapa kita gagal kawal anak anak masa kini.

Saya tepek kat sini sebahagian dari entry yang Dr Shukri Abdullah up kan hari nih...

Antara faktor ibu bapa gagal mengawal anak ialah :

Pertama: TAKUTKAN ANAK !
Ramai juga ibubapa takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas anak-anak mereka sebab sekian lama sebelum ini mereka memenuhi semua permintaan anak. Ia ibarat adegan dalam filem “Anakku Sazali” yang mana bapanya si Sazali bagi, bagi, bagi bermacam permintaan si anak. Maka akibatknya anak itu rosak … spoilt kid !. Si bapa takut kalau mereka tidak memberi apa-apa yang diminta, nanti anak akan memberontak, si anak tak mahu balik rumah, si anak akan ke rumah kawan, si anak akan ponteng sekolah dan pelbagai kemungkinan lagi. Ketakutan serupa inilah yang membuat si anak “naik kepala” dan mengambil pelbagai kesempatan. Inilah masalah sebelum ini semua permintaan ditunai belaka kerana “sayang”. Hari ini anak mudah kelentong mak ayah kecuali mak ayah yang prihatin.
Seorang pujangga pernah berkata kalau ibubapa langsung tidak pernah bertindak melakukan sesuatu yang membuat anak marah kepada mereka, berbuat sesuatu yang menyebabkan anak benci kepada mereka, maka rumusannya ibubapa itu tidak pernah menjadi ibubapa yang berkesan.

Kedua: IBUBAPA MALAS
Mereka pun nak berfacebook. Mereka pun nak layan drama kat TV. Sekarang ini ada pula siri “Kilauan Emas” a.k.a. “Bintang Tua” iaitu membariskan lelaki perempuan berumur 50an dan ke atas dalam pertadingan nyanyian ! Mereka pun nak sibuk bergossip dengan jiran. Mereka pun nak sibuk main game di facebook. Mereka juga nak berlepak di kedai kopi kampong. Mereka berhujjah kalau anak boleh ke sekolah sendiri buat apa nak hantar lagi kerana masa yang digunakan itu boleh buat kerja-kerja lain. Memang ada yang ikhlas dan serius nak buat kerja lain dan nak cari makan tetapi hujjah tadi lebih banyak digunakan oleh mereka sebagai alasan bukan sebagai sebab !
Rumusannya ramai ibubapa kurang bertanggungjawab. Mereka nak senang.
Sebab tu ramai cenderung beli pil kembang otak; pil cerdik minda;  tonik kuat memori dan sebagainya tetapi mereka lupa mengajak anak mereka berusaha. Selalu saya nyatakan, “makanlah buah kismis secupak sehari pun, kalau tak belajar, kalau malas memang tidak ada apa-apa kesan”. Samalah juga ibubapa yang hanya berminat solat hajat tetapi tak pernah ajak anak berusaha ! Kan dalam Surah Al-Insyirah Allah dah ingatkan kita dua kali “nak senang, susah dahulu”. Solat Hajat amat bagus dan tindakan mulia jika disusuli dengan usaha berterusan. Ada yang bergantung ke natas tuisyen. Pergilah tuisyen tiap-tiap hari pun, kalau di sekolah banyak bermain, kalau balik rumah asyik menghadap komputer dan TV, maka tusiyen itu pasti tidak berkesan kerana ke tuisyen bukan untuk belajar, tetapi untuk tujuan lain termasuklah mendapat lessen keluar rumah selepas balik sekolah.
Ibubapa malas dan melahirkan anak yang malas.

Ketiga: TAK AMBIL PEDULI LANGSUNG
Ramai juga ibubapa dalam kategori ini, iaitu “pandai buat anak tetapi tak pandai membesarkan anak”. Pada mereka asal anak ke sekolah maka tanggungjawab mereka selesai. Kalau anak mundur dalam pelajaran hujjah mereka mudah sahaja “kami dulu … pun bodoh macam tu juga. Apa boleh buat” ! Ada pula yang menyalahkan guru, menyalahkan Guru Besar atau Pengetua dan sebagainya. Langsung mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Mereka kurang prihatin dengan kemajuan anak. Mereka tidak ambil kisah prestasi pelajaran anak.
Itulah pada saya antara tiga faktor yang menyumbang ke arah kemunduran pelajar dan remaja Melayu di negara ini. Sila bagi pandangan balas untuk kita sama-sama bicarakan. Tidak kisah sama ada pandangan anda bersetuju atau tidak dengan pandangan di sini. Yang penting kita berhujah secara ikhlas dan tertib.
Saya hanya buat kupasan kenapa timbulkannya masalah. Cara menangani masalah ini tidak saya sentuh dalam tulisan ini. Itu catatan di masa yang lain.

Untuk entri penuh baca sini (sumber) DR SHUKRI ABDULLAH

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina empat tahun yang lepas (Part 1)

10:09:00 PG 12 Comments
ENTRY REPUBLISH>>>THROWBACK


Kalau nak ingatkan semula pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina dulu, sungguh saya memang tak sanggup nak cerita penderitaan dan kesakitan yang saya tanggung masa tuh.

Saya disahkan mengandung selepas setahun saya dan incik hubby melangsungkan perkahwinan. Masa belum mengandung tuh macam macam pertanyaan yang mengguris hati dan kata kata yang menyakitkan hati kitorang terima. Tapi kitorang sabar aje sebab semua tuh kan kerja Tuhan. Hanya Dia Maha Mengetahui segala galanya kan?

Dalam bulan April, selepas balik dari rombongan Langkawi, beberapa hari lepas tuh saya dah lewat datang period. Saya tak fikir pun saya pregnant sebab sebelum tuh saya pernah lewat period selama 13 hari. Siap pergi klinik check kenapa period tak datang datang. Nurse kat klinik cakap mungkin saya pregnant. Namun hampa, sebab keesokkannya saya period. Sebab tuh bila bulan April, period saya lewat dua minggu saya buat derk aje. Malas nak fikir takut kecewa lagi. Tapi incik hubby pulak, senyap senyap belikan saya sekotak pregnancy test kat farmasi. Dia suruh check manalah tahu ada rezeki. Tapi saya simpan aje. Malas nak check…

Nak dijadikan cerita, keesokkan paginya saya bangun pagi pagi nak buang air kecil. Sekali saya tergerak hati nak buat UPT. Nak tahu sebab apa saya tergerak hati nak buat UPT. Sebabnya masa tidur, saya mimpi saya buat UPT dan keputusannya positif. Sebab tuh, masa nak buang air kecil tuh saya over eksited nak buat UPT sekali. Bajet kalau buat tuh akan positif lah macam mimpi saya kan. Sekali, bila buat….Hamek ko Jah!!! Terus muncul dua line….Saya tergamam sekejap. Macam tak percaya sebab sebelum nih kawan pernah bagitahu saya kalau buat UPT kena tunggu dua tiga minit baru nampak line tuh clear. Tapi macam kes saya nih bukan dua tiga minit dah tapi dua,tiga saat aje terus timbul dua line…

Bila dah buat UPT, terus cuci apa yang patut saya terus duduk sebelah incik hubby dan pandang muka dia yang tengah nyenyak membongkang. Mungkin dia dapat rasa saya tengah tenung dia, dia terjaga dari tidur tanya kenapa? Saya bagitahu saya dah buat UPT dan timbul dua line…Dia tanya apa maksudnya?Saya tunjuk kotak UPT tuh apa maksud dua line. Bila dia baca, dia angguk dan terus tidur!Cis! Sangat tak romantik dan takde perasaan langsung!Huh!!

Tapi…tapi pagi tuh dalam pukul 8 lebih, saya bangun nak terkucil lagi dan sekali lagi saya buat UPT sebab tak puas hati. Takkan lah kejap aje dah timbul dua line. Disebabkan UPT ada lagi satu, saya guna lagi untuk buat ujian tuh lagi. Sah! It’s positive….I am pregnant…Syukur Alhamdulillah. Akhirnya doa saya dan incik hubby termakbul juga. Korang tahu tak apa yang incik hubby buat bila dia bangun pagi tuh? Terus capai handphone, die kol ayah mentua dan ayah saya bagitahu diorang akan jadi datuk tak lama lagi. Aishhh, ingatkan takde perasaan rupa rupanya dia pulak terlebih over okeh!!!

Nota kaki* Next entry coming soon…Ok bai!

Rabu, 22 Januari 2014

Testimoni Ephyra - Ephyra beri tenaga pada tubuh badan

9:01:00 PTG 15 Comments
Muka yang penuh bertenaga..hahahahaha

Kali nih saya nak bagi testimoni Ephyra berkaitan dengan tenaga pulak...

Sebagai wanita yang berkerjaya masa memang tak cukup nak uruskan kerja, anak anak dan suami. Terkejar sana terkejar sini kan..Kat pejabat kena siapkan kerja kerja yang hari hari kita kena hadap. Buat program itu ini..Memang memenatkan...Balik rumah takkan duduk goyang kaki aje kan..Mestilah nak kena masak, kemas rumah apa yang patut dan layan anak anak...

Uiittt memang penat sangat sangat kan..Tuh yang badan kita flat bila dah terlalu penat dan letih. Siapkan bantal letak kepala terbongkang tak sedar diri..hahaha..Bayangkan lah kehidupan seorang isteri, ummi berkerjaya macam saya nih hah..Kawan kawan yang surirumah sepenuh masa pun mesti penatkan...Uruskan rumahtangga dari pagi sampai malam...

So dengan adanya Ephyra badan takkan letih punya..Percayalah cakap Kak Ton!!! Bila minum Ehyra nih saya memang perasan sangat sangat perubahan ketara yang berlaku tau. Dulu bila penat mesti saya akan curi masa tidur sejam dua nak lepaskan penat lelah..Tapi sejak consume Ephyra nih saya perasan saya bangun awal pagi tidur mesti lewat malam.Ada aje kerja saya nak buat tau langsung tak rasa penat ke letih ke..Esoknya bangun awal pagi takde pun rasa macam malas nak bangun ke letih ke..See??? Penangan Ephyra..Memberi tenaga yang sangatttt luarrrr biasaaa tau...

Korang yang nak dapatkan Ephyra dengan harga kasih sayang busuk masam boleh contact dengan kak Ina a.k.a IntaNBerliaN. In Shaa Allah servis terbaik punya kak Ina bagi. 

 Testimoni 1 
 Testimoni 2 


Posted via Blogaway

Ahad, 19 Januari 2014

Perlu atau tidak kajian semula gaji pekerja sektor awam dan swasta?

8:44:00 PTG 23 Comments
Sekarang nih semua orang tahu mengenai kenaikan harga barang yang semakin menjadi jadi. Bila petrol naik maka satu persatu perkhidmatan dan barangan lain naik harga. Entry nih bukan nak menyuarakan ketidakpuashatian atas kenaikan harga perkhidmatan atau barangan tetapi lebih kepada luahan seorang rakyat Malaysia.

Kenapa saya cakap gaji pekerja sektor awam dan sektor swasta perlu dikaji semula?Sebab kenaikan harga perkhidmatan dan barangan yang semakin menjadi jadi. Korang jangan cakap lah ala dah tahu barang naik belajarlah berjimat cermat...Takpun cari inisiatif lain untuk tambah duit poket..Semua tuh saya tahu..Saya sendiri buat side income untuk tampung perbelanjaan yang semakin meningkat naik. Korang rasa cukup ke nak cover semua? Cuba korang kira yuran taska untuk dua orang anak anak saya dulu RM460 sekarang RM600..Separuh dari gaji bersih saya. Tuh belum tolak lagi nak bayar duit motorsikal,ptptn,bil bil,susu anak,minyak kereta untuk sebulan...Rasa rasanya cukup ke tak? Tuh baru saya yang tinggal area Seremban..Yang tinggal kat Putrajaya? KL? JB?

Kalau perkhidmatan dan barangan naik harga sekalipun tetapi gaji masih ditakuk lama mampu ke nak tanggung semua perbelanjaan?? Rasanya kalau digabungkan gaji suami isteri pun masih tak cukup. Saya sendiri pun dah berbincang dengan incik hubby lepas nih kena jimatkan penggunaan eletrik, cut channel astro yang dirasakan tak perlu...

Cuba fikirkan apa yang akan bakal berlaku pada masa akan datang?Pasti jenayah semakin berleluasa. Pecah rumah,ragut, mencuri atau lebih advance lagi merompak. Semakin hari semakin bertambah penjenayah baru. Sebab apa? Sebab kos sara hidup yang terlalu tinggi..Sebagai contoh penjenayah yang mencuri susu tepung bayi yang berlaku baru baru nih. Nak salahkan siapa?Opkos salah si penjenayah..Dah kenapa engkau mencuri kan..Otak ada tak nak guna. Tapi tapi tapi....Pernah ke kita terfikir kenapa penjenayah tuh buat macam tuh?Mungkin dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu. Bukanlah saya sokong penjenayah tuh..takkk...Marah jugak sebab dia mencuri tapi cuba faham situasi yang dia alami. Percayalah kadang kadang kata hati tak benarkan kita buat sesuatu yang salah tapi kata akal? Allah nak uji dia..Mana tahu satu hari nanti Allah uji kita kan?

So berbalik pada main topik saya tadi...Korang sokong tak kerajaan perlu buat kajian semula gaji pekerja di sektor awam dan swasta untuk mengatasi masalah ketidakmampuan menanggung kos hidup yang tinggi. Kalau setakat harga kangkung yang turun baik tak payah...

Sekiann....

Resipi Ayam Masak Serai

4:05:00 PTG 18 Comments

Assalamualaikum...

Nak show dengan korang resipi Ayam Masak Serai yang saya buat semalam. Resipi nih saya cilok dari blog kak Ina..Thanks kak Ina sebab share resipi dengan kitorang nih especially saya yang selalu ketandusan idea nak masak apa. Sesekali masak simple pun ok jugak kan...

Oklah sebenarnya senang aje nak masak Ayam Masak Serai nih...Cuma saya ada ubah siiiikiiittt je resipi asal kak ina sebab takde bahan tuh dalam rumah. So, saya gantikan dengan bahan lain.

Bahan bahan A

Ayam
Serbuk kunyit
Garam

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng dan ketepikan.

Bahan bahan B

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Cili Kering

Bahan bahan C

4 batang serai (diketuk)
Air asam jawa
Garam
Sedikit serbuk perasa
Gula

Blend bahan bahan B. Kemudian tumiskan bahan yang diblend tadi..Dah garing masukkan 4 batang serai dan ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula..Dah siap...

Hahhhh senang aje kan....Masa saya try masak tak sampai setengah jam pun nak masak...Lebih kurang 10 minit. Masa masak memang rasa kejap aje..Betul kata kak Ina sedap makan dengan nasi panas...Perghhhh....

Ahad, 12 Januari 2014

Review produk : Azza's Cold Powder by Azza Elite

11:39:00 PTG 14 Comments

Kali nih ai nak review produk keluaran Azza Elite iaitu Azza's Cold Powder. So entry nih agak panjang ye...Kalau rasa malas nak baca ai is redha..tskkkk T_T

Untuk pengetahuan korang, Azza's Cold Powder merupakan produk keluaran kak Azza Elite sendiri. Kandungan bedak sejuk nih ialah Calc, Sulph Q, Cal Floorica 6X, Air Tanpa Klorin, Model 02. Jangan korang tanya apa maksud bahan bahan nih sebab bab bab kimia ai memang failed...(Tapi masa SPM dulu ai tak failed kimia tau...ai lulus okeh)..

Actually ai mula kenal produk nih since after ai kena chicken pox..Around bulan September...Masih ingat lagi time tuh ai tengah duk cari produk yang boleh bantu mengatasi masalah ai time tuh iaitu nak nyahhhhkannnn bekas parut chicken pox, resdung, bersin, selsema, jerawat dan gatal gatal di muka. Disebabkan ai rajin online instagram, so dari situ ai kenal bedak sejuk a.k.a Azza's Cold Powder nih.

Ai terus buat keputusan nak jadi agen dan sekaligus try Azza's Cold Powder. Masuk bulan nih lebih kurang 3 bulan setengah la ai consume produk nih..Antara kebaikan dan fungsi produk nih ialah :

- mengurangkan minyak di muka
- melembutkan dan melembabkan muka
- menghilangkan/mengecutkan jerawat
- menghilangkan jeragat
- merawat resdung/bersin
- menghilangkan ruam2 dan gatal2
- merawat kesan luka dan parut
- merawat kesan lecur
- menghilangkan daki dan kekotoran di muka dan badan
- boleh dijadikan skrub

Sesuai digunakan semuaaaa kategori umur ya dari baby hingga warga emas...Lelaki dan perempuan..Ibu pregnant dan dalam pantang pun boleh guna tau...Boleh digunakan tak kira masa pagi petang siang malam..Mana mana saja..Time korang nak tidur..Nak masak...Tengok tv atau tengah lepaking...Tak kisah lah asalkan ikut keselesaan kita..

Sepanjang ai guna produk nih memang ai sangattttt lah puas hati sebab bekas chicken pox ai banyak yang dah semakin pudar kesan pemakaian bedak sejuk Azza nih..Yang penting kena pakai secara konsisten..Korang jangan cakap bekas chicken pox ai makin kurang sebab ai consume produk kesihatan yang tengah hot meletup sekarang nih pulak ye...No no no...Sebab ai consume produk kesihatan tuh pertengahan bulan 12 tahun lepas pastu stop 6 hari baru sambung kotak baru. So agak mustahil lah ai baruuu consume produk tuh dah kurang bekas chicken pox ai..Nampak nau bongak..So ai berani jamin bekas parut chicken pox ai makin kurang hasil penggunaan berterusan bedak sejuk before ai consume produk kesihatan tuh ye..

Dan part paling best kalau ai bersin mesti ai selsema punya..Pastu mula tak leh bernafas sebab hidung tersumbat. Sangat stress time tuh tapi dengan adanya Azza's Cold Powder nih ai terus tepek kat batang hidung terus hengusss tuh tak stuck kat lubang hedonggg ai...Dapat rasa lah hengusss tuh bawak diri dari tempat bersemayam beliau..Terus boleh bernafas semula...Pastu gatal gatal muka semakinnnn kurang lah...Jerawat yang baru nak tumbuh terus segan silu malu meow meow nak kelaur tunjuk diri tau...

Azza's Cold Powder nih didatangkan dalam dua jenis iaitu botol kaler putih yang berisikan bedak kaler hijau dan botol transparent berisikan bedak kaler pink. Fungsinya tetap sama ye sayang ku semua hanya packaging saja yang beza. Harga sebotol Azza's Cold Powder ialah RM20.00 bagi Semenanjung dan Rm25.00 bagi Sabah Sarawak..

Kalau korang berminat nak cuba produk nih jangan segan silu wassup/sms saya seperti yang tertera di side bar sebelah kanan ye..Nak tanya banyak banyak soalan pun ai tak kisah...Sedia membantu dan menjawab pertanyaan korang.

*** Testimoni produk ai akan update kat entry lain ye..Kang semua nak tepek dalam entry nih muntah pink pulak korang nak baca...