Rabu, 25 Disember 2013

Tips bahagia rumah tangga

Jom baca tips bahagia dalam rumah tangga. Siapa tak nak bahagaiakan..Semua nak bahagia..Jom jom baca tips bahagia nih.

a) Bahagiakan diri dahulu
- Apa yang ai faham dari pembacaan, kita kena bahagiakan diri sendiri. Caranya kena cari ketenangan supaya kita boleh bagi yang terbaik dalam setiap segi dalam rumah tangga. Kena take time untuk muhasabah diri dan control fikiran dan perbuatan untuk hal yang baik aje. Sebabnya senang aje. Minda bawah sedar yang positif akan lahirkan aura yang positif. Yang paaalingg penting hubungan dengan Allah kena jaga.

b) Hormat
- Hormatlah pasangan korang dan hargai setiap apa yang dilakukan. Ucap kata kata yang sopan dan penuh kasih bila berkomunikasi dengan pasangan. Elak dari merungut, mengeluh dan memperkecilkan kewibawaan pasangan. Elak dari menuturkan kata kata kesat ketika bertengkar.

c) Memberi
- "Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima"..Pernah dengarkan peribahasa nih..So, start dari sekarang tumpukan kepada apa yang orang nak daripada kita. Bukannya apa yang kita nak daripada orang. Jangan letakkan syarat bila pasangan beri hadiah baru kita bahagia. Kebahagiaan akan dirasai apabila kita memberi bukan menerima. Memberi bukan kebendaan semata tapi ucapan terima kasih, pujian atau bantu ringankan beban mengurus kerja kerja rumah.

d) Fokus kebaikan
- Syarat penting nak beroleh bahagia sila abaikan kata kata negatif orang lain terhadap rumah tangga kita..Pedulikan apa yang diorang cakapkan...Yang penting kita tahu siapa pasangan kita. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing masing. Terima seadanya in shaa Allah korang akan feeling bahagia punya..Persetankan apa orang lain kata sebab diorang tak ada kat tempat kita...

e) Positif
- Sentiasa beri kata kata positif dan dorongan kepada pasangan. Sokong pasangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

f) Berkorban
- Korbankan ego dalam rumah tangga. Belajar merendah diri dengan pasangan, bertolak ansur dan sentiasa bersifat empati. Kalau bertengkar atau berselisih faham beri pasangan peluang untuk menang dan berdiam serta bersabar.

g) Doa
- Jaga hubungan dengan Allah dan buat segala suruhanNya. Doakan kebahagiaan pasangan dan keluarga korang. Doa mampu mengikat kasih sayang secara kerohanian antara kita dan pasangan.

h) Ikhlas
- Tanya diri sendiri apa tujuan berkahwin? Jika selain dari mencari keredhaan Allah perbetulkan niat dalam rumah tangga. Lakukan setiap perkara dengan ikhlas kepadaNya in shaa Allah dipermudahkan.

5 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.